terapi iman

Sunday, January 19, 2014

Home Stay Taman Kempas

Assalamualaikum..

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad. Salam Maulidur Rasul kepada semua. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar segala puji-pujian bagi ALLAH atas segala nikmat iman dan Islam serta segala pemberian-Nya.Maaf kepada semua pembaca kerana ku telah lama tidak menulis di sini.

Oh ya, kali ini ku ingin berkongsi sebuah tempat bersama kalian semua. Subhanallah, home stay ini sungguh selesa, lengkap dengan semua peralatan di dalam rumah serta berhawa dingin lagi. (^^,). Syukran Jazilan kepada Tuan Rumah En Selamat bin Sakyem atas keramahan dan layanan terbaik kepada kami sekeluarga. Hanya ALLAH yang bisa membalas kebaikan En Selamat Sekeluarga.Ameen.

Ok, Homestay Taman Kempas ini terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru. Dekat untuk ke Lapangan terbang,Senai. 6minit saja ke A-mart,bank,Subways,Tutti Frutti,Starbucks, KFC,Mc Donalds, Pizza Hut, Petronas, Hanya 10 minit dari tol kempas dan 25 minit ke pusat bandaraya Johor Bahru. Mudah hendak ke JPO  (Johor Premium Outlet, Kulai ),Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Masjid Abu Bakar, Zoo Johor, Pasir Gudang Hospital Sultan Ismail dan Jusco Tebrau 20 minit saja.15 minit ke Angsana, Universiti Teknologi Malaysia.Malahan hanya 30 minit ke Nusajaya atau ke LegoLand,Newcastle University, .. Alhamdulillah3x.. Maha Penyayang Allah mempermudahkan segalanya.

Di sini..ku ingin berkongsi sedikit gambar Homestay Taman Kempas ini bersama kalian atas keizinan Tuan Rumah iaitu En Selamat. Sekiranya kalian berminat bolehlah menghubungi beliau terus di:

En Selamat Bin Sakyem
HomeStay Taman Kempas
Alamat :No.26, Dataran 1, 
             81200 Johor Bahru,
             Johor Darul Takzim
No. Tel: 012-524 7049 / 012-7969442
Email   : Drsel202@yahoo.com 



















Terbaiklah.. Insya ALLAH pasti kan datang lagi. (^^,) Terima Kasih dan kami sangat puas hati