:: USRAH QIYADAH PKPIM ::
22 Mei 2007 bersamaan 5 Jamadilawal 1428 H
SLOT 1
Suruhan supaya mengingati Allah setiap masa
Al-Munafiqun: 9-11
Oleh:
Norwahyu Ab. Manaf
Biro Dakwah dan Tarbiyyah PKPIM

Surah Al-Munafiqun membicarakan perihal orang-orang Munafiq dengan menyebut beberapa peristiwa dan kata-kata yang diceritakan telah berlaku dan diucapkan mereka. Terdapat juga kecaman yang keras terhadap perangai kaum Munafiqin dan pembohongan- pembohongan, tipu daya, pakatan dan tindak tanduk mereka yang jahat, juga dendam kesumat dan rancangan jahat mereka terhadap kaum Muslimin yang tersimpan di dalam hati mereka, juga sifat-sifat keji hati nurani mereka.
Namun di akhir surah ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman untuk mengingatkan mereka supaya jangan terbabit dengan mana-mana sifat orang-orang Munafiq walaupun dari jauh. Malah, Allah memuliakan orang-orang mu’min yang dibariskan Allah dalam barisan-Nya bersama-sama Rasulullah s.a.w. dengan menunjukkan seruannya yang akhir kepada mereka supaya membersihkan diri dari segala sifat yang menyerupai sifat-sifat kaum Munafiqin dan supaya mereka lebih mengutamakan darjat yang mulia itu dari harta kekayaan dan anak-anak.
9: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilekakan oleh harta benda kamu dan anak-anak kamu dari mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian, merekalah orang-orang yang rugi.”
Harta dan kekayaan yang dianugerahkan boleh melalaikan sekiranya hati tidak mempunyai kesedaran tentang matlamat kewujudannya, tidak merasa mempunyai suatu matlamat yang tinggi, yang layak dengan makhluk insan yang mendapat tiupan roh dari Allah. Di dalam roh inilah Allah meletakkan rasa kerinduan untuk melaksanakan sesetengah sifat Illahiyah mengikut batas kemampuan manusia. Justeru, tugas khilafah di muka bumi dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan adanya hubungan dengan Allah yang menjadi sumber menerima pengajaran-pengajar an yang boleh menjadikannya makhluk insan. Barang siapa yang lalai dan cuai dari membuat hubungan dengan sumber itu, “Merekalah orang-orang yang rugi”.
10. “Dan belanjakanlah rezeki yang telah kami kurniakan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu dikunjungi maut, lalu ia pun berkata: Wahai Tuhanku! Mengapakah tidak engkau tempohkan ajalku kepada satu tempoh yang dekat (sebentar) supaya dapat aku bersedekah dan menjadi orang-orang yang soleh?”
Al-Quran juga mengingatkan tentang rezeki yang ada di tangan mereka adalah datangnya dari sisi Allah yang mereka beriman kepada-Nya dan yang menyuruh mereka supaya membelanjakan harta mereka ke jalan kebajikan. Lantaran harta yang ditinggalkan tidak memberi sebarang manfaat, melainkan harta yang dibelanjakan ke jalan kebajikan yang menjadikan dirinya termasuk dalam golongan orang yang soleh. Tika dikunjungi maut, masih berharap dan berangan-angan agar ajalnya ditangguhkan, sedangkan mana mungkin ianya boleh berlaku?
11. “Dan Allah tidak akan menempohkan seseorang apabila telah tiba ajalnya, dan Allah Maha Mengetahui segala perbuatan yang dilakukan mereka.”
Bersama muhasabah diri, moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mengingati-Nya. Mencari sinar, demi memburu redha-Nya…Ameen. .
SLOT 2
Hadith 21
Oleh:
Mohd. Harmiza Mohd. Zaki
Biro Latihan dan Pembangunan PKPIM
Terjemahan:
Dari Abi Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufiyan bin Abdullah radiyallahuanhu anh katanya: Kataku, ya Rasullullah! Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang lain daripada engkau. Sabdanya : Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian hendaklah engkau beristiqamah .
(Diriwayatkan Muslim)
Hadith ini menyatakan bagaimana Rasullullah menjawab persoalan berkaitan agama dan juga Syariatnya (Peraturan). Jawapan Rasullulah pada hadith ini ialah sebagai seorang muslim yang beriman hendaklah sentiasa beramal kepada Allah sebagai tanda keimanan kepada Allah. Selain itu , hendaklah kita istiqamah dengan apa yang di amalkan.
Ini menunjukkan bahawa Islam adalah keimanan dan amalan yang dilakukan dengan seiring apa yang diucapkankan. Ini dapat dibuktikan melalui pengertian iman itu sendiri: Membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah dan melakukan dengan perbuatan. Keimanan perlu berjalan seiring dengan amalan kerana keimanan tanpa amalan adalah tempang dan amalan tanpa keimanan adalah hampa ibarat rumah yang dibina tidak lengkap tanpa dapur rumah dan ruang tamu.
Rasulullah juga memerintahkan manusia supaya sentiasa memperbaharui keimanan kepada Allah untuk mendapat tenaga amal yang tidak akan berhenti. Dengan kata lain kita disuruh beristiqamah iaitu sentiasa berada di jalan yang betul sesuai dengan tuntutan keimanan iaitu; tidak menyeleweng atau menyimpang dari garisan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Istiqamah yang dimaksudkan oleh Rasullulah dan dikehendaki oleh baginda pada hadith ini bermaksud ketekunan dan keteguhan dalam iman dan menuruti segala tuntutan Allah. Istiqamah tidak mungkin wujud pada seseorang kalau hatinya belum dapat bersih dari unsur-unsur yang boleh menodai jiwa manusia mahupun yang mengganggu tauhidnya.
Kesimpulannya, agama Islam mengandungi dua perkara yang amat penting dalam membentuk kesempurnaan iaitu tauhid dan taat. Kedua-dua faktor ini adalah unsur-unsur yang tidak boleh dipisahkan dan mestilah bekerjasama dalam satu tujuan dan satu corak amalan. Ini bererti amalan dan ketaatan hasil dari istiqamah mestilah selari dengan keimanan dan keyakinan.
Selain itu ia juga menunjukkan agama Islam adalah satu agama yang praktikal dan mudah sekali diamalkan. Kemudahan itu boleh didapati melalui asas pengajaran yang bersandarkan kitab Allah dan Hadith Rasullulah dan kemudahan ini adalah senang untuk dilakukan mahupun dikerjakan sebagai satu amal atau taat.

No comments:
Post a Comment