terapi iman

Tuesday, July 3, 2007

Agar Bidadari Cemburu Padamu....


Suatu hari selesai majlis usrah, setelah semua yang hadir selesai bersalaman, seorang ukhti kembali menghampiri, memegang erat tanganku dan dengan penuh semangat dia mulakan bicaranya: ‘Ukh! dengar kata enti ada cerita sesuatu saat ziarah rumah saya. Creta yang disampaikan kepada mereka yang lain.. Boleh dicerita semula?’


Ah! Terkejut.. aku cerita apa? Aku ini sebenarnya seringkali terkejut, lebih-lebih lagi bila terlupa sesuatu… ‘cerita apa ya ukh? Afwan, ana lupa’..


Seingatku, memang aku ada bertandang ke rumah mereka hari-hari sebelumnya, mau ambil barang, tapi ditakdirkan sudah berpindah tangan, maka kami terus sembang mengerat silaturahimi. Tapi, apa yang disembangkan secara keseluruhan, aku tidak ingat.. yang penting, tidak sembang perkara yang lagha,. Cukup. insyaAllah begitulah.. Ada satu nasihat yakni, lupakan kebaikanmu. Mudah2an itu boleh menjaga hati dari virus riak, doakan jgn timbul riak di hatiku ya.. riak itu ‘penyakit hati’.. paling senang dapat, paling susah detect, paling susah diubati... jantung juga bisa sport, tereffect sama.. mudah2an ia berdenyut kerana takut.. bukan berdenyut bangga, menambah besarkan hati!!?
astaghfirullahal ‘azhim…

‘Kata mereka, enti creta bidadari cemburu pada kita, wanita dunia. Bagaimana..?’ oh itu…. sudah dua minggu berlalu, kini baru aku kotakan permintaanya, ingin berkongsi hadits. Afwan, lambat. Sebelum itu, mari baca


terjemahan surah ad Dukhan ayat 51-54 ini.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman, (yaitu) di dalam taman-taman dan mata-air-mata- air; mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.” (ad Dukhan 44:51-54)


Bidadari Cemburu Padaku? Ah, biar betul... Bahawa bidadari cemburu kepadaku (kepada-ku?? ) wanita dunia. Sebut sahaja bidadari syurga, pasti terlintas di minda jelmaan-jelmaan yang cantik, cukup sempurna walaupun pengimejannya tidak jelas.. Ya, terima hakikat akal kita ini kemampuannya terbatas. Apa yang pasti, bidadari itu cantik, lawa, manis.. Ah, entah bagaimana.. tidak mampu direalitikan dengan kosa kata.

Aduhai, bidadari itu jauh lebih sempurna… Bagaimana mungkin bidadari boleh cemburu pada kita wanita dunia ya? Apa yang pasti, sepatutnya aku yang patut cemburu pada bidadari syurga.. Ya, begitu sebetulnya. Cantik… Itu baru sedikit kata-kata gambaran dari segi fizikal. Nanti ada lagi hadits lanjut tentang ciri fizik sang bidadari. Nah, mari lihat bagaimana akhlaqnya pula!

Surah Ar-Ramaan, Allah berikan jawapan: “Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya. Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh jin” (55:56)

Sekali lagi dinyatakan gambaran bahawa bidadari itu suci, sampaikan jin pun tidak pernah menyentuh.. (huhu, serammm, heh). Kesucian yang menyejukkan mata, membuat hati tenteram redha, selalu segar dan damai. Maka, memang patut aku punya perasaan cemburu pada bidadari. Malah bertambah-tambah cemburuku pada bidadari.


CEMBURU!!? Cemburu bagaimana? Pernah ada yang bertanya, ‘Apa pendapatmu tentang cemburu seorang wanita?’ Huh, terus bingung aku jadinya. Bukan aku tidak tahu bagaimana ‘hebat’nya (hebat kaH?? Huh..) cemburu seorang wanita. Lihat saja di kaca TV, dalam drama-drama atau lihat saja dalam kehidupan seharian, pasti ada rakan-rakan yang kuat cemburunya.. Cemburu itu kadang-kadang kerana kelebihan yang dianugerahkan kepada seseorang wanita lain. Mungkin kelebihan dari segi paras rupa, harta, ilmu, ke’famous’an dan macam-macam lagi. Afwan, nilaian cemburu sebegitu di mata aku memang suatu sikap yang


JELEK!!! tiada istilah ‘hebat’, itu cemburu buta, tiada mata.. hehe (tidak tahulah bagaimana pendapat-kamu) . Tapi, kalau benar-benar ingin tahu bagaimana cemburunya wanita, kena tanya yang pakar laa.. maklum aku ini bukan pakar motivasi, psycologist mahupun psychiatric.
Tapi, aku pun berhak cemburu kan ? Kamu pun berhak cemburu, tapi… EheM, sekali lagi, bukan aku cemburu yang ‘gitu-gitu’.. yang jelek itu.. Yang aku cemburu itu moga-moga jadi suatu ‘anjakan paradigma’ dalam usaha memperbaiki diri. Jadi, boleh-boleh saja cemburu kan ?? Cemburu gini maksudku; Cemburu untuk menjadi menjadi baik atau lebih baik.

Bila sahabat-sahabatku di kalangan yang baik-baik, maka aku juga mau baik.. masakan mau ketinggalan… ‘Sahabat, tunggu!! Aku juga ingin jadi baik, bantu aku…’
Lagi, cemburu bagaimana? Cemburu saat aku terlalai, mereka tidak. Maka… ‘berilah peringatan saat aku alpa, & jangan lupa doakan aku ya!!’…
Lagi, cemburu bagaimana? Cemburu saat ada sahabat lain yang mampu/berani memberi peringatan kepada sahabat lain yang terlalai, tapi aku tidak.. aku cemburu lagi. Cemburu, bahkan yang paling penting sebenarnya aku cukup bersyukur jika di sekelilingku sentiasa wujud sosok sebegini. Peringatan yang sentiasa hidup & berjalan di sisiku saat berada di samping mereka, banyak pengajaran yang ku perolehi daripada mereka.

Pantas kita ingat wasiat Nabi Muhammad tercinta; ‘Seorang lelaki berada dalam agama kawannya, maka lihatlah dengan siapa ia berkawan’ (HR Tirmidzi & dihasankan oleh al-albani)..


jadi, berkawan pun kena jadi seorang yang memilih. Hehe, bunyi macam kureng, kan .. Maksudku, berkawanlah dengan sesiapa sahaja. tapi, kawan rapat itu kena dipilih. Kalau dalam membeli barang pun kita berusaha memilih barangan yang terbaik untuk dipakai, mengapa tidak dalam memilih kawan.. [Ups!! Bukan aku menyamakan barangan dgn manusia, faham-faham saja deh prihal kualiti]
Dan cemburuku makin bertambah, tau bila & kenapa? Ia bertambah bila aku sadari sebenarnya hidup mereka itu seiringan dengan hidupnya al-Quran dalam diri, sedangkan aku belum lagi. Wah, al-Quran hidup seiringan langkah mereka!! Itulah yang sebenarnya memberi peringatan pula buat mereka.. peringatan tertinggi, terungkap dari firman-firman Allah Yang Maha Agung..
Wah, asyik2 cemburu, tidak takutkah cemburu itu nanti memakan hati, lantas membawa kepada cemburu yang buta??

Eh, takut.. bimbang juga tuh.. tapi, seiringan cemburu itu ada usaha meng‘sholehah’ kan diri kan ?
Ya, lagi cemburu, kalau saat di akhirat nanti, mereka itu bisa duduk bersama bidadari, aku ini tidak.. Nauzubillah. . aku tidak mahu ketinggalan! ! Malah, perkara paling penting ialah saat cemburu ku semakin menjadi-jadi, aku ini berubah menjadi seorang yang sensitive. sensitive untuk melakukan kesilapan & sensitif untuk menerima ‘penurunan iman & semangat’ sang sahabat.. maka, saat itu, berlaku simbiosis antara kami.. masing2 memberi, saling mendukung… menuju kepada-Nya..
Cukup lah begitu cemburu yang aku ciptakan dalam diriku buat seluruh akhwat terbaik di dunia ini.

Dalam surah al-Baqarah ayat 213, Allah ada khabarkan perihal dengki, cemburu, iri.. Astaghfirullah. . mudah2an bukan cemburu begitu yang tumbuh subur dalam diri..

Dan ini lah dia dialog panjang Ummu Salamah dengan Rasulullah yang merangkumi sifat-sifat bidadari yang ingin kita kenali.


Al-Imam Ath Thabrani meriwayatkan, bahawa…
Ummu Salamah Radhiyallahu ‘Anha berkata, “Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang bidadari-badadari yang bermata jeli..’ (al Waqi’ah 56:22)
Beliau mejawab, “Bidadari yang kulitnya bersih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau bak sayap burung Nasar.”
Aku (Ummu Salamah) berkata lagi, “Jelaskanlah padaku firmanNya: Laksana mutiara yang tersimpan baik” (al Waqi’ah 56:23)
Beliau menjawab, “Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tak pernah tersentuh tangan manusia…”
Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah tentang: Di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik… !” (Ar Rahman 55:70)
Beliau menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita..”

Aku bertanya lagi,


“Jelaskanlah padaku firman Alllah: Seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan baik.” (Ash Shaffat 37:49)


Beliau menjawab, “Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang bahagian dalam telur dan terlindung dari kulit bahagian luarnya, atau yang biasa disebut putih telur.”

Aku bertanya lagi, “Ya Rasulullah, jelaskanlah padaku firman Allah:


Penuh cinta lagi sebaya umurnya..” (al Waqi’ah 56:37)

Beliau menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal dunia dalam usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi, dan umurnya sebaya.”
Aku bertanya, “Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat.”
Aku bertanya, “Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?”
Beliau menjawab, “Kerana shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, “Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
Aku berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dengan dua, tiga atau empat lelaki lalu meninggal. Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga. Siapakah di antara laki-laki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
Beliau menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa di antara mereka yang paling baik akhlaknya. Lalu dia berkata: ‘Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya…”
….Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia & akhirat.” (HR Ath Thabrani)


Jadi, sekarang, pasti kita dapat menerima kenapa & bagaimana membuat bidadari cemburu pada kita, kan ?? Pada lintasan hidup kita, ‘mencipta kecemburuan bidadari’ tak hanya di saat suami sudah ada di sisi. Ia dimulai dari awal masa taklif (pembebanan tugas dari Allah kepada hamba-Nya) sebagai wanita, atau bahkan jauh sebelumnya (saat kanak-kanak) . Maka, mempersiapkannya sejak saat ini, berapapun usia anda, adalah langkah tepat yang memang seharusnya dilakukan.

Bacalah dengan Asma Rabbmu yang Telah Menciptakan: Agar Bidadari Cemburu Padamu


[ini aku pinjam dari ABCP (Agar Bidadari Cemburu Padamu.. belilah satu!!) karya Salim A. Fillah.. moga Allah berkati hidup beliau, keluarga serta keturunannya
]

No comments: