terapi iman

Thursday, July 19, 2007

Sifat Malunya sekuntum Mawar....


Aduhai,
setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt
sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya

Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas
sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya
pujukan nafsu


Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya
lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai
apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan
hanyut dengan tipudaya nafsu.

Aduhai,
setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt
sifat MALU
Kerana MALU,
si lelaki nasihat diri dan si wanita
agar bersama-sama jaga maruah diri dan
MENJAGA AURAT
Kerana MALU,
si lelaki mengingatkan diri dan
si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGAT!

Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik
nafsunya.
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.
Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !

"Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK
siwanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang
HUKUM ALLAH swt

Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin
hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi
diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt
kerana ingkarakan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw
kerana meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan
malas membacaAL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.
MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan
kita dari fahsyar wal mungkar!!!
Manisnya buah kesabaran~Mereka yang berjuang seringkali menangis lemah di sisi Allah, tapi Allah kuatkan dia disisi manusia. Berjuang demi Allah, bahagialah hati. Walaupun payah, namun itulah jalan menuju jannah~ AL AMAL BIL ISLAM AL AMAL LIL ISLAM

No comments: