terapi iman

Thursday, August 2, 2007

KesaN Tauhid dlm Kehidupan Manusia



Firman ALLAH :

" Bekerjalah kalian, maka ALLAH dan Rasul-Nya serta org2 yg beriman akan melihat pekerjaan kalian itu dan kalian akan melihat kalian itu dan kalian akan dikembalikan kepada ALLAH yg Maha Mengetahui akan yg ghaib dan yg nyata, lalu di beritakan-Nya kpd kalian apa yg telah kalian kerjakan" (9:105)

Memberikan Misi yg Jelas dalam Setiap Pekerjaan

Business Mision :

"What is our business?" by Peter Drucker.
It is a statement of purpose, a statement of philosophy, a statement of beliefs, a statement of business principles or a statement "defining our business".

so as a muslim what is our mission?...

Misi stiap Muslim yg diserapkn dgn tauhid adlh utk melaksanakan perintah ALLAH S.W.T dlm stiap aspek kehidupannya sama ada dlm kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan negara.Begitu juga dlm sistem ekonomi, politik dan sosial. Dalam stiap aktiviti dan kegiatannya dia akan berusaha utk melaksanakan apa yg dibuat olehnya.Dgn cara ini manusia Muslim (Islamic Man)akan memperoleh matlamat yg unggul al-Falah iaitu kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekiranya ditanya "Apakah misi organisasinya atau pekerjaannya?, dia akan menjawab Sebagaiman yg dituntut oleh Islam" iaitu utk memastikan pencapaian matlamat organisasi dlm mencari keuntungan secara halal dan membangunkan masyarakat melalui produk dan perkhidmatan yg disediakan agar memperolehi keredhaan ALLAH S.W.T.Utk tujuan ini,ilmu pengetahuan yg sesuai adlh diperlukan supaya di tahu apa yg dtuntut oleh Islam dlm pekerjaannya dan hidupnya.

Membebaskan Manusia.

Dlm peperangan Qadisiyah apabila Rabi' Ibn Amir berdiri d hadapan ketu Parsi, Rustam utk menjelaskan kedudukan Islam, beliau menjawab:

"...Utk membebaskan manusia dpd memperhambakan diri kpd manusia kpda memperhambakan diri kpd ALLAH; dpd kesempitan dunia kpd satu dunia yg lbh luas (akhirat) dan dpd penindasan agama lain kpd keadilan Islam."

Dgn Tauhid kita dpt diselamatkan dpd tunduk kpd manusia dan terkongkong dgn pendpt seseorg.Dgn ini jiwa dan hidupnya bebas dpd tunduk,merendah,menghina dan menyerah kpd yg lain dpd ALLAH S.W.T.Akibatnya akan lahir manusia yg mempunyai pendirian yg tinggi utk terus berjuang dlm medannya.

Sumber Kebahagiaan dan Ketenangan Jiwa

Stephen Covey, salah seorg guru pengurusan terkenal telah menyebut satu masalah yg biasa kita dgr d kalangan "Top Executives" dan ahli perniagaan yg tlh berjaya:

" Everyone tells me I'm highly successtul,I've worked and scraped and sacrificed, and I've made it to top.But I'm Not happy.Way down inside I have this empty feeling.It's like the song that says, is that ll there is? Most of the time, I just don't enjoy life..."
(first things first)

Firman ALLAH:

" yaitu org2 yg beriman dan hati mereka menjadi tenteram dgn mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dgn mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram" (13:28)

Itulah kuncinya dan jawapan bg masalah di atas.Kerana dgn Tauhid kpd ALLAH hati seseorg dpt d penuhi dgn keamanan dan ketenangan.Ia telah menutup segala pintu ketakutan iaitu takut tentang rezki, takut kpd ajal, takut kpd diri,takut kpd keluarga dan anak2,takut kpd manusia dll.

Firman ALLAH:

" Dan sggh akan Kami berikan cubaan kpdmu,dgn sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah2an. Dan berikanlah berita gembira kpd org2 yg sabar" (2:155)

Adapun org mukmin yg mentauhidkan ALLAH S.WT ianya tidak takut kpd sesuatu kecuali hanya kpd ALLAH S.W.T.Oleh sbb itu ia sentiasa dlm keadaan bahagia dan ketenangan....

Rujukan;

i) Al-Quran
ii) Buku:
a) Pengurusan Badan Korporat dan Nilai Islam: Syed Omar Syed Agil
b) Bgmn Menyentuh Hati: Abbas As-siisiy.


No comments: