terapi iman

Tuesday, December 18, 2007

PenGalamanku Menjadi Ibu.

Gambar Hiasan

assalamualaikum smua..


smga kalian smua sentiasa sihat dan dlm redha ALLAH hendaknya.amiin =)


teringat kenanganku 2 bln yg lepas, sehabisku menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana...aku terus pulang...bermain semula di halaman ayah dan bondaku.Alhamdulillah, segala kenangan pahit manisku di rantau org( x jauh pun sbnarnya) slama 3 thn byk mengajarku erti hidup.Dari segarang2 manusia aku cuba membentuk diri menjadi seorg muslimah yg lemah lembut ttpi tegas.. itu prinsipku.


Alhamdulillah... ku amat bersyukur kpd Illahi krn result final semku agak baik dan melayakkan aku utk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Namun, wat masa ini, aku ingin menimba pengalaman bekerja dan insyallah akan ku sambung pengajian ku suatu hari nanti.


Selama 2 bulan lebih di teratak ayah bonda ku rasa kesepian..bukan tidak seronok malah saat2 bersama keluarga adalah saat2 yg indah bagiku. Namun...sebenarnya ku amat merindui halaqah, sahabiah2ku nun di sana.Pada mulanya mereka agk keberatan utk melepaskan aku pulang...namun sbenarnya masih ada pekerjaan di sini yg belum selesai. Sahabiahku sekalian doakan ana ya moga istiqamah di jln ini.Alhamdulillah rezeki utkku bekerja datang mencurah2... tetapi aku masih belum bersedia utk memikul amanah yg bakal diberikan sehinggalah hatiku tergerak utk menjaga dan mengasuh anak jiranku yg berusia dlm lingkungan 1 tahun setengah.


Nur Sakinah Ilyana... ( kinah )


Bocah cilik yg amat lincah dan cerdik merupakan buah hatiku & keluarga. Si comel (kinah)sering bermalam di rumahku saban hari.Dgn gaya jalannya yg masih lagi terhuyung hayang dan keletahnya yg bersahaja sering membuatkan kami sekeluarga terpesona.Sewaktu menjaganya, baru ku sedar,beginilah agaknya bonda mengasuh kami 4 beradik selama ini.Makan minum disuapin,bila merajuk di belai dan di gendong, di mandikan, di pakaikan baju pokoknya segala hal ehwal si anak akan menjadi tanggungjawab ayah bonda dan begitulah juga keadaanku sewaktu menjaga kinah... semuanya terletak dlm tangungjawabku.


Pengalaman yg tidak dapat kulupakan adalah bila tiba malam hari dan waktu itu kinah tidur dirumahku...aku bagaikan seorang ibu yg perlu berjaga di malam hari kerana kinah terjaga dari tidurnya.Mula2 tu agak kekok juga sbbnya aku tiada pengalaman dan xpenah buat kerja2 seperti ni...kadang2 tu sedang enakku dibuai mimpi si kinah menangis meminta susu @ pampersnya basah... jadi sebagai 'ibu' aku menjadi tanggungjawabku utk menenangkan dan menggantikan pampersnya yg basah...keadaan ini turut menuntut erti pengorbanan dalam hidupku.Masakan tidak,aku yg selama ini agak xambil pusing dgn kerja2 seperti ini tiba2 berubah dgn adanya si kecil kinah yg merubah hidupku.


Si Comel kinah...


Ke mana saja aku pergi pasti ayah bondaku menyuruh membawa kinah bersama...dan setiap kali itu jua ramai orang yg bertanyakan sapa kinah dgnku.Aku tidak keberatan, dan sentiasa mengatakan yg kinah adalah 'anakku'.ALHAMDULILLAH....syukur pdNYA atas kehadiran kinah dlm hidupku yg membuat hari2ku semakin ceria walaupun terkadang agak capek mengasuh kinah seharian.


Keletahnya dia ( kinah )...

pantang mendengar alunan ayat2 suci Al- Quran dan laungan azan pasti badannya bergerak kekiri ke kanan seolah2 sedang turut sama berzikir.Alhamdulillah kinah juga cpt tangkap apa yg diajar kepadanya...yg paling menggembirakan hatiku adalah tika aku seusai solat dan sedang berdoa tiba2 kinah dtg mendekatiku, menadah kedua tgnnya dan terus menekup mukanya lalu berkata 'AMiiin'.


Hinggalah suatu hari...

dgn izin ALLAH aku diterima bekerja di sebuah syarikat Import Export di Selatan tanah air yg berdekatan dgn rumahku...kinah yg seperti biasa berada dirumahku telah diambil ibunya yg sebenar.Pd mulanya aku xkisah kerana mmg begitu rutinnya bila ibunya pulang dari bekerja, pasti kinah diambil dan akan dipulangkan semula kepadaku....TAPI.........


Waktu itu...Kinah...

tidak dipulangkan seperti biasa malah ibu dan ayahnya juga bersiap2 mengemas semua barang2 yg berada di dlm rumah mereka...hatiku mulai resah...kerna saat2 perpisahan sepertinya akan berlaku.....sangkaanku mmg tepat...kerana ptg tu juga ibunya memberitahu keluargaku bahawa mereka semua akan berpindah ke tempat lain....Ya ALLAH.....sedihnya....adikku ( aisyah,alin) terus mendapatkan kinah dan menangis atas perpisahan yg berlaku.Aku???? pura2 ketawa diluar namun hati kecilku menangis kesedihan...seolah2 kurasakan naluri keibuanku telah muncul dan akan berpisah dgn anakku...rupa2nya aku terlupa bahawa kinah adalah anak jiranku dan adalah pinjaman sementara dari ALLAH utkku....


Nur Sakinah Ilyana...

kini,dah 5 hari waktu berlalu...setelah pemergian kinah ke tempat baru.Aku pula telah masuk hari ke-3 bekerja di syrkt itu.Thanks ALLAH, aku amat bersyukur atas apa yg berlaku dan kini ku amat yakin akan ada Rahmat di sebalik dugaan... APA YA???


Ahad ( 17/12/07)

Jiran baru...masuk memenuhi kekosongan yg ditinggalkan oleh keluarga 'Anakku' Sakinah.Bagiku ia tidak menarik perhatianku utk mengambil tahu...namun sebagai jiran ku ramahkan diri utk bertegur sapa dgn jiran baruku itu...HAIRAN!!!!!


kerana...

yg kutemui adalah...ayah dan ibu kinah...dan....kedengaran suara si kecil tiba2 tertawa akibat digeletek kakaknya...rupa2nya....ALLAHU AKHBAR!...ALLAHU AKHBAR!...ALLAHU AKHBAR! Nur Sakinah Ilyana....anakku telah kembali semula...ALHAMDULILLAH...gembira xterkata...lalu ku masuk ke dlm rumahnya lalu terus mendakap erat si kecilku.. dan ketika ini...si kecilku sedang lena di ulit mimpi bersama bondaku...


ALHAMDULILLAH.....ALHAMDULILLAH....indahnya... walaupun agak kepenatan balik bekerja namun rasa itu hilang....setelah melihat wajah si kecilku yg keletah tika menyambutku pulang.....

Tuesday, December 4, 2007

fikirkanlah....


Tuhan Cinta-Mu Terlalu Agung Dan Murni...
Kadang-kadang Aku Melupai-MU...
Namun Diri-Mu Tidak Pernah Meninggalkan Daku...
Kadang-kadang Aku Asyik Dengan Dunia Ciptaanku...
Namun Tidak Sedikit Pun Kau Menarik Nikmat Dariku...


Bahkan Kau Tambahkan Dengan Memberi Sahabat-sahabat Yang Mengingatiku Kepada-Mu...Letak Allah Di Hadapan...

Dan Cita-cita Di Sebelah Kanan Dan Harapan Ayahbonda
Di Sebelah Kiri...
Alangkah Indahnya Bercinta Dikala Cita-cita Telah Tercapai...
Yakin Dengan Janji Allah 'Lelaki Baik Pasti Untuk Perempuan Yang Baik Dan Perempuan Yang Baik Untuk Lelaki Yang Baik'


Kerinduaan Pada Allah
Melahirkan Jiwa Yang Rela Berkorban..
Kecintaan Kepada Allah Melahirkan Jiwa Yang Penuh Kesungguhan..
Ketaatan Kepada Allah
Melahirkan Jiwa Yang Penuh Ketenangan...

Insya-Allah..
Biar Hati Menolak Cinta Insani..
Biar Badan Lesu Ditohmah Kata Keji..
Jangan Kau Menangis Wahai Mata Hati..
Menangislah Andai Cintamu Ditolak Ilahi..
Hidupkan Hatimu Dengan Redha Ilahi...
Mengorbankan perasaan adalah rahsia segala kebaikan....
Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang...


Lahir kesabaran....Lahir simpati....
Lahir pembelaan....Lahir bantu-membantu...
Lahir ukhwah...Lahir keredhaan...-Husnulkhatimah-


Aku bukan...Seperti engkau sangkakan...
Pura-pura di dalam berjuang...
Aku tidak pandai menyulam rahsia...
Juga tak pandai untuk bermadah pujangga...


Jika ada benci di hati...Katakanlah pada ku...
Relaku terima walau kutukan...
Asalkan akidah terjaga...
Kerana tidak sanggup lagi...Mempermainkan dustur Ilahi...
Hakikat hati tak terluka....Walau zahirnya ada yang tertawa...


Tuhan...Aku mohon keampunan...
Ketelanjuran yang berulang kali...

Teman...Kita patrikan di sini...
Berakhir sebuah lamunan duniawi...
Terima syukur taufiq Ilahi...

Monday, December 3, 2007

Cinta Lagi....



penatnya....coz menjawab persoalan "CINTA LAGI"....

sapa akukah yg bercinta??? tepuk dada tanya IMAN.Rasa ingin menjerit dan meraung...apa sih yg aku dpt bila bercinta...???


1- Duit byk habis ( top up )

2- Buang masa ( angau asyik ingat
si dia )

3- Keluar dating ( byr tambang bas )

4- Sakit hati ( cemburu )

5- Resah gelisah ( x call @ sms )

Mahal sggh nilai yg perlu di bayar bila bercinta sebelum walimah ini. Wat tambah dosa je.Panahan cinta sblm walimah hanya tertumpu pd kepuasan hawa nafsu semata. betul x??? mula2 xberpegangan tgn, lama2 lebih dr itu pun berani di buat. atas alasan SAYANG & PERASAAN CINTA yg menebal.


Cuba kita renungkan lahhh sekejap ya....

"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Allah kepada HAIWAN - al farabi

...adakah "couple" membuat anda mengingati ALLAH lebih dari segalanya??

maka, mengapa mesti anda bercinta..

cintai lah hanya Allah dunia akhirat..anda akan selamat..

ingat lah bahawa kita adalah Hamba-Nya...kenape perlu EGO KEPADA ALLAH???

So solutionnya terpulang pd kalian..kerana kalian pasti ada jwpnnya.


SITUASI

Seorg pemuda sggp mengorbankan diri berlumba motor di litar kerana gagal @ cintanya di tolak oleh Gadis.. Seorg pemuda yg mengatakan Cintanya pd gadis itu kerana ALLAH, hilang pertimbangan dan kewarasan fikiran di sebabkan lamarannya di tolak.Begitu juga dgn wanita, sggp serahkan segalanya pd seorg lelaki kerana terlalu asyik & menyayangi jejaka hingga sggp mengenepikan keluarga.

SAKIT HATI.

Tipulah kalau kalian xsakit hati bila putus cinta. Cuma kalian ego je..di hati sendiri mau ingatlah..tapi cuba kalian baca catatan seterusnya....


FIKIRKAN KEMBALI..

CINTA..

kenapa kita terlalu cintakan seorg lelaki @ wanita lbh dr segalanya???

kenapa tidak kita cuba mencari CINTA ALLAH yg lebih hakiki dan Hati kita lebih tenteram.

kenapa kita xcuba Menyintai ALLAH yg menghadiahkan kita perasaan cinta spti mana kita menyintai pasangan yg ALLAH anugerahkan pada kita???

Mari kita fikirkan:

MATLAMAT: MERAIH CINTA ILLAHI

1- Boleh berinteraksi bila2 masa dlm sehari sama ada dlm Solat @ berdoa

2- Tiada cas yg di kenakan percuma lagi

3- Hati terasa tenang apabila mengingati ILLAHI

4- Al Quran yg di baca saban hari akan menyebabkan seseorg itu jatuh Cinta dlm mencari
RedhaNYA

Malah X terhitung sebenarnya kebahagiaan yg diperolehi dlm mencari CINTA HAKIKI...cuma..dlm mencari Cinta ILLAHI pasti akan ada Ujian yg
menghampiri bukan tanda Tuhan membenci, tapi penilaian IMAN dan kerana KASIHNYA
terhdp insani.

Firman ALLAH:

"Jgnlah bersedih, sesgghnya ALLAH sntiasa bersama kita" (9:40)


kepada kawan,sahabat,teman yg membaca blog ana kali ni, maaflah bahasa yg di gunakan agak simple dan santai. kerana terdpt juga kwn2 yg berlainan fikiran ( fikrah ) yg membaca blog ana ni.

kepada member2 semua kalian jgnlah merendah diri. Islam xsemestinya pada luaran ( zahir ) kerana yg membezakan tiap insan adalah IMAN & TAQWA..bukan pd penilaian mata manusia.

Hope kalian fikirlah yg terbaik, sebagai kwn ku doakan kalian bahagia berjaya dunia akhirat.


Bercinta tidak salah cuma adalah lebih manis dan indah bila Cinta selepas walimah ( kawin).Dan di dasari atas niat utk mencari Keredhaan ALLAH.

Buat renungan diri ini jua: sama2lah kita bertaubat dan mencari Cinta ALLAH...kerana itulah yg hakiki dan ketenangan menanti..ALLAH MAHA PEMURAH PENGASIH PENYAYANG..pulanglah, kembali ke pangkuanNYA pasti hati yg retak, akan dicantum dan di baiki semula...


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan

Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya
YAKINLAH TEMAN ALLAH XKAN MENINGGALKAN KITA SENDIRIAN. ALLAH MENYAYANGI KITA MELEBIHI KASIH SYG SEORG IBU...