terapi iman

Showing posts with label Ketenangan hanya dariNYA. Show all posts
Showing posts with label Ketenangan hanya dariNYA. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Pengharapanku..



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.


SUATU aktiviti mental yang memainkan peranan besar dalam membina ketenangan, keceriaan dan kemajuan hidup ialah ar-raja’ atau bergantung hidup.

Seluruh umat Islam dituntut supaya menaruh pengharapan yang tinggi kepada Allah s.w.t untuk memperolehi rahmat dan nikmat-Nya yang disediakan bagi hamba-hamba yang salih.

Manusia sebagai makhluk yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan juga amat perlu mengharap keampunan (maghfirah) daripada Illahi. Harapan ini akan memberi dorongan yang berterusan untuk maju mendekatkan diri kepada Allah kerana percaya bahawa Allah akan menyambut setiap langkah pendekatan hamba-Nya sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Qudsi:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).

Begitulah kemurahan dan keampunan Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak musyrik (menyekutukan Allah). Kemurahan Allah ini sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sendiri sewaktu mula-mula Dia menjadikan makhluk.

Ini jelas berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud: “Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku (Rahmat Allah mengahului kemurkaan-Nya)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pernah terjadi pada zaman Rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.

Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?”
“Tentu sekali tidak,” jawab sahabat-sahabat serentak. Rasulullah menambah lagi, “demi Allah, sesungguhnya Tuhan lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya/”

Sehubungan dengan ini juga kita dapat menilai sendiri kasih sayang Allah kepada kita sehingga seboleh-bolehnya. Dia tidak mahu hamba-Nya masuk ke dalam neraka, namun kedegilan dan keengkaran hamba untuk berbakti kepada-Nya membuatkan hamba itu sendiri dihumbankan ke dalam api neraka, kerana Allah itu sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah ada mengungkapkan: “Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”

Dalam hubungan ini juga, dalam surat az-Zumar ayat 54 Allah menyampaikan berita gembira agar manusia tidak mudah berputus asa daripada rahmat dan keampunan-Nya. Hanya rahmat Tuhan yang dapat menjauhkan orang-orang beriman daripada sentuhan api neraka. Rasulullah mengulas berhubung ayat ini dalam hadisnya bermaksud: “Setiap orang yang mempercayai bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dengan pengakuan yang sungguh-sungguh dalam hatinya, melainkan Allah akan mengharamkan orang itu daripada disentuh api neraka.”

Sebaik sahaja mendengar hadis ini, seorang sahabat, Muaz bin Jabal terus meminta izin daripada Rasulullah untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua orang namun tidak dibenarkan oleh Rasulullah kerana baginda khuatir orang ramai akan bertawakal sahaja tanpa beramal.

Walau bagaimanapun hadis ini terpaksa juga diceritakan oleh Muaz kerana beliau takut terhadap dosa orang yang menyembunyikan ilmu.


Menurut Abu Musa al-Asya’ari, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari kiamat, Allah akan memberikan kepada setiap Muslim seorang Yahudi atau Nasrani dan dikatakan: inilah tebusanmu dari neraka.”

Keperihatinan hidup orang yang beriman ialah kerana selalu membayangkan rahmat Allah sentiasa di hadapannya. Mereka akan terus terdorong untuk meningkatkan amal baktinya kerana menaruh harapan yang penuh kepada Tuhan akan beroleh ganjaran yang besar di sisi-Nya. Ini berdasarkan surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud:
“Sampaikanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, berbaktilah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi kebaikan.”

Selain mengharapkan kasih sayang Illahi dengan sebarang nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya di dunia ini, mereka juga penuh harapan untuk memperolehi rahmat kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Rasulullah pernah mengunjungi seorang pemuda yang sedang menghadapi maut. Lalu baginda bertanya kepada pemuda itu mengenai keadaan dirinya. Pemuda itu lantas menjawab: ”Aku mengharapkan ampunan Illahi dan aku juga khuatir mengenai dosa-dosaku yang aku lakukan,”

Rasulullah lalu bersabda: “Tidak terkumpul kedua-dua perasaan ini di dalam hati seseorang hamba Allah pada saat seperti ini, kecuali pasti Allah memberikan segala yang diharapkannya dan mententeramkan apa yang dikhuatirkannya.

Impianku...semoga bisa mnjadi muslimah tegar & solehah (Insya Allah)..

Bacaan dari:http://hati-seorang-ummi.blogspot.com/2010/04/mengharap-rahmat-dan-ampunan-allah-swt.html

Tuesday, January 31, 2012

Jom Jadi Wanita Soleha (^^,)




Syarat2 menjadi wanita Soleha iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

p/s: Semoga kita adalah wanita yang soleha itu.Insya ALLAH ameen @)--

Sunday, February 6, 2011

Kisah dan Pengajaran


Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid.Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS (setan)"


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'


Moral:Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Monday, November 15, 2010

Rumah Kasih Sayang


Dato’ / Datin/ Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF ZAKAT

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Rumah Kasih Sayang telah dibuka pada Januari 2005. Seramai lebih kurang 50 insan kurang bernasib baik menghuni di sini. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak terbiar, warga tua dan ibu tunggal. Kini RKS mempunyai 5 buah rumah yang dua darinya adalah wakaf dari orang perseorangan.

3. Kami dengan rendah hati ingin mengajak pihak Dato’ / Datin/ Tuan / Puan untuk turut menaungi mereka ini melalui sumbangan, zakat atau sebagainya. Marilah kita membela dan menghiburkan mereka. Semoga kita akan dibela dan dihiburkan oleh Tuhan pula. Rumah ini juga menjadi tempat orang merujuk dan mengadu ketika dalam kesusahan. Matlamat kami adalah untuk menyelamatkan iman mereka dan juga tidak mahu mereka meminta di tempat yang tidak sewajarnya.

4. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan daripada pihak Dato’ / Datin/ Tuan / Puan sama ada dalam bentuk kewangan, peralatan*, barangan*, makanan dan tenaga bagi menampung keperluan mereka terutamanya untuk persekolahan, makan minum, pengangkutan, bil-bil, pakaian, rawatan dan kos membaik pulih rumah. (* Lampiran )

Sumbangan ikhlas boleh menggunakan akaun / cek atas nama:
KHIDMAT BAITUL MAHABBAH – MAYBANK (562012003196)

5. Setiap pembayaran zakat / sumbangan akan mendapat pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) No Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.3642.tj. (Resit LHDN dikeluarkan atas permintaan)

6. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian berikut:
a. Ustazah Habidah bt Abdullah (017-3085667) - Pengetua
b. Ustaz Mohd Rahimi bin Mohd Hasri (013-7551579) – Kebajikan
c. Ustazah Jalwati Nadirah bt Abu Bakar (017-4437639) - Pentadbiran

7. Mudah-mudahan sumbangan pihak Dato’ / Datin/ Tuan / Puan yang bermurah hati yang ditunjangi oleh rahmat Tuhan dan kasih sayang sesama manusia akan dinilai oleh Tuhan dan kami dahului dengan rasa syukur dan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Jalwati Nadirah bt Abu Bakar
Pentadbiran
Rumah Kasih Sayang
bandar tasik puteri, rawang, selangor.











*Lampiran

Berikut adalah senarai anggaran perbelanjaan bulanan RKS

JENIS PERBELANJAAN NILAI
1 Kos senggara dan baikpulih 900
2 Sewa bangunan (RM400 x 3 Lot) 1,200
3 Bil Elektrik (RM 200 x 5 Lot) 1,000
4 Bil Air (RM 200 x 4 Lot) 1,000
5 Pengangkutan (Petrol, Ansuran bulanan, Maintenance) 2,550
6 Alat tulis 400
7 Makan minum (Belian barang basah)
RM 150 X 30 hari 4,500
8 Makan minum (kering) 1,500
9 Toiletries & Sanitaries 400
10 Kesihatan 600
11 Belanja sekolah (RM2 x 70 org x 28 hari) 3,920
12 Yuran tadika (RM100 x 10) 1,000
13 Saguhati petugas (RM 500 x 13) 6,500
14 Promosi, flyers, surat & setem 700
15 Sumbangan anak yatim dan fakir 1,000
16 Lain-lain perbelanjaan sampingan 2,830
JUMLAH KESELURUHAN 30,000


Sehingga hari ini, masih banyak lagi keperluan pejabat dan asrama yang sedang disempurnakan demi kemudahan para penghuninya. Sehubungan itu kami amat memerlukan sumbangan berupa barangan dan peralatan seperti berikut:

Bil Perkara Kuantiti
1. Komputer 2 unit
2. Laptop / Notebook 1 unit
3. Printer colour 1 unit
4. Periuk nasi elektrik (5 kg) 2 unit
5. Freazer 1 buah
6. Kipas dinding 6 unit
7. Dapur Gas tungku (besar) 2 buah
8. Blander 3 unit
9. Cerek elektrik 3 unit
10. Seterika 4 unit
11. Mesin basuh separuh automatik / automatik 2 buah
12. Lampu kalimantang 15 set

Sumbangan boleh disalurkan secara mingguan, bulanan atau tahunan.

Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada pihak Tuan / Puan untuk membuat pilihan mana-mana dari yang disenaraikan di atas. Apa sahaja yang bakal disumbangkan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


“Sebaik-baik Manusia Ialah Yang Dapat Memberi Manfaat Kepada Manusia Lain”

Tuesday, August 3, 2010

Muhasabah


Kesedaran akan keterlibatan Allah bukan suatu alasan yang menyebabkan kita malah malas. Tidak berusaha karena hanya berharap pada takdir Allah. Justru seharusnya hal ini menjadi suatu dorongan kuat bagi kita. Inilah yang akan menjadi motivasi kita.

Ada beberapa hikmah yang bisa kita ambil dari kesadaran kita akan keterlibatan Allah, yaitu:

Kekuatan
Siapa yang bisa melawan takdir Allah? Jika kita ditakdirkan berhasil siapa yang bisa mencegahnya? Berlaku juga untuk sebaliknya kalau kita ditakdirkan untuk kecewa atau sedih meski kita tidak melakukan apa-apa, kekecewaan atau kesedihan pasti menghampiri kita. Sehingga tidak ada pilihan bagi kita kecuali untuk berusaha.

Sabar
Orang yang meyakini akan takdir Allah, dia akan selalu sabar setiap musibah menimpanya, karena semuanya dari Allah. Dia akan menyambut musibah itu dengan tegar, setegar gunung atau setegar karang diterjang ombak laut. Tanpa goyah sedikit pun.

Sungguh indah apa yang dikatakan Ali bin Abi Thalib r.a.: “Hai bapak Fulan, sesungguhnya jika engkau bersabar, engkau telah melewati takdirmu, dan engkau mendapatkan pahala. Tetapi sekiranya engkau bersedih hati, sesungguhnya takdir tetap saja berlaku, dan engkau mendapatkan dosa.”

Ridha dan Qana’ah
Kita akan ridha terhadap apa yang diberikan Allah dan qanaah akan rezeki yang Dia berikan kepada kita. Sehingga kalau kita sudah berusaha tetapi takdir bicara lain, kita akan ridha dengan kegagalan yang dia alami, karena semua dari Allah. Tidak ada alasan untuk tidak ridha.

Pengaruh dari sikap ini dia akan bersungguh-sungguh mencari rezeki dan dengan cara yang benar.

Menerima Apa Adanya
Orang yang yakin dengan takdir, dia akan menerima apa yang diberikan Allah kepadanya. Sikap ini akan melahirkan kekuatan jiwa, tidak akan kecewa, sedih, putus asa, dan sikap-sikap cengeng lainnya. Dia yakin apa yang terjadi pada dirinya adalah yang terbaik bagi dia.

Memiliki Harga Diri
Orang yang yakin akan takdir Allah akan memiliki harga diri karena yakin apa yang dia miliki bukan berasal dari manusia tetapi dari Allah semata. Jika pun ada peran manusia, itu hanya sebagai perantara saja. Harga diri ini akan menjadi sumber
kekuatan luar biasa, sehingga dia bisa mencurahkan segenap potensinya.

Berjiwa Tenang dan Damai
Orang yang yakin akan takdir, akan yakin pula bahwa segala musibah tidak akan membuatnya takut dan ciut. Dia tenang terhadap apapun yang akan dan telah terjadi karena semua kehendak Allah. Dia tidak akan ragu melakukan apapun karena hasil adalah keputusan Allah setelah dia berusaha. Dia tidak akan menyesali masa lalu, dia yakin dengan masa kini, dan berani menghadapi hari esok.

Berorientasi ke Depan dan Doing The Best
Orang yang yakin akan kekuatan Allah, sabar, ridha, qana’ah, menerima apa adanya, memiliki harga diri, tenang, dan damai terhindar dari penyesalan masa lalu, berani menghadapi realitas, bebas dari rasa pesimis, dia tidak mendapatkan jalan lain kecuali berorientasi ke depan menuju yang lebih baik, bertumbuh, dan melakukan pekerjaan sebaik mungkin.

sumber: http://www.motivasi-islami.com/kekuatan-itu-dari-allah/

" Ya ALLAH...
ampunkanlah segala dosa2 kami,dosa2 kedua ibu bapa kami..jadikanlah kami insan yg sabar dan tabah dalam menghadapi segala Ujian dari-Mu Ya Robb..Berkati dan Rahmatilah kehidupan kami.Jadikanlah kami hamba-Mu yg taat dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat Mu.tetapkan iman kami Ya Robb agar hati2 kami tegar dan tetap terus melaksanakan perintah-Mu.Tiada Daya dan upaya kami melainkan dengan Kekuatan yg Engkau berikan. Perkenankanlah doa kami Ya Robb.. Ameen Ya Rabbal Alameen.."
sumber: http://www.motivasi-islami.com/kekuatan-itu-dari-allah/

Wednesday, May 5, 2010

Mengapa Ibu Menangis...?

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu,mengapa ibu menangis ?”. Ibunya menjawab, “Sebab aku wanita.” Saya tidak mengerti,” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tidak akan mengerti……”

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. “Ayah,mengapa ibu menangis ?”

Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.”

Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri……Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.



Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya…
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!

” Ini airmata kehidupan.”

SUMBER:dakwatuna.com

P/S :

Kepada Umiku Tersayang (Pn Siti Hawa) Selamat Hari Ibu ku ucapkan.Terima Kasih yg tidak terhingga atas segala pengorbananmu, kasih sayangmu dalam membesarkan diriku selama 26 tahun ini.Hanya Allah yg bisa membalas segala kebaikanmu Umiku.Dan menjadikan Umi bidadari yg tercantik di syurga-Nya nanti.Ku sangat menyintaimu Umiku kerana ALLAH.Dikaulah ratu yg bertakhta di hatiku...

kepada kita semua yg bergelar anak..jadilah anak2 yg soleh soleha penawar hati ayah ibu..wallahu a'alam. (ingatan wat diriku jua)

Teristimewa lirik ini untuk semua insan yg bergelar ibu.Al-Fatihah.. @)---



Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami



Best Regards:

Iman_Ashikin
9.08am
21 Jamal Awwal 1431

Thursday, March 25, 2010

Nur Malam



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati mengadap tuhan
Baru ku sedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai
Tiada palsu wahai Tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Lagu: Azalinor
Lirik : Hakimi

Saturday, January 16, 2010

Perkongsian.




Assalamualaikum wbt...

kepada semua pelawat terima kasih atas sokongan saudara & saudari kerana sudi ziarah ke teratak " KETENANGAN " ini.Beribu kemaafan di pohon kerana sudah lama tidak berkongsi artikel terbaru sama ada melalui pembacaan, kiriman email atau pandangan sendiri mengenai sesuatu isu.

Ketiadaan...

Bukan ingin mencipta alasan.. namun dek kemalasan diri untuk membuka internet telah menyumbang kepada kesunyian blog ini daripada pengisian artikel terbaru.Aku teringat kepada kata-kata murabbiku tentang kesibukan. Jika zaman budak sekolah sudah beralasan disibukkan dengan kerja rumah, di universiti pula dengan lambakan assignment maka tidak mustahil tatkala memasuki alam pekerjaan pula aku disibukkan oleh pekerjaan.Memang banyak kebenarannya.Maka.. bagaimana dengan persoalan rohani yg perlu di isi dengan tarbiyah? Apa khabar iman dan Ukhuwah antara akhwat fillah( entah betul @ tidak ejaan ini ..nampak sangatku tidak berukhuwah).. Bagaimana khabar dakwah di tempat anda?pokok pangkalnya kmbali kepada empunya diri.."tepuk dada tanya iman...." ( Untuk diriku yang berkata2:"Wahai Iman maka bertanyalah kepada IMANmu sendiri....") huhu...

Muhasabah...

Tidak bermaksud untuk ditujukan kepada sesiapa, malah ku akui kelemahan dan kekurangan sendiri.Terlebih dahulu syukurku panjatkan kepada ALLAH atas segala nikmat pemberian yg terlalu banyak diberikan kepadaku.Kini ku boleh dikatakan menjadi orang penting di bahagian operasi di salah sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air.Segala urusan di bahagian sumber manusia dan pentadbiran syarikat di tempat baru ini dirujuk padaku sebagai kakitangan yang berpengalaman sedangkan aku baru setahun lebih berkhidmat di syarikat tersebut.Bukan untuk mendabik dada malah terasa kekerdilan diri dalam mengendalikan perjalanan sesebuah organisasi sehingga akhirnya segala perancangan, tindakan dan kaji selidik yang dibuat semuanya kembali kepada ALLAH S.W.T (Tuhan pentadbir sekalian alam).

Kawalan dan kekangan...

Dalam memastikan perjalanan sesebuah perancangan itu menjadi reality, pasti ada kawalan yang sewajarnya di ambil bagi memastikan ianya berjalan lancar.Misalnya dalam memberikan perkhidmatan pengurusan yang terbaik, pihak pengurusan perlu memastikan keadaan persekitaran bangunan berada dalam keadaan yang selamat,selesa,menarik, bersih dan aman dari segala ancaman.Ini bagi menarik perhatian orang ramai untuk membeli belah dalam suasana yang selamat dan harmoni.Sekaligus memberikan keuntungan kepada pihak peniaga dalam memasarkan produk mereka.Selain itu,kebajikan pekerja juga perlu diberikan perhatian bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.Namun sunahtullah sebuah kehidupan akan ada kekangan-kekangan yang timbul dalam kita menjalani sebuah kehidupan. Bgitu juga bagi sesebuah organisasi dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.Daripada pemerhatian diri dan melalui pembacaan, aku mendapati bahawa faktor sikap dan cara berfikir seseorang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah matlamat yang hendak dicapai.Kerjasama dan sikap saling bantu membantu dari semua pihak yang terlibat amat penting dalam menghasilkan produktiviti yang terbaik bagi mencapai piawaian2 dan standard tertentu.Ini bagi mengelakkan sikap individualistik dan "PHD" (Baca : Perasaan Hasad Dengki ) yang mungkin akan timbul apabila kepentingan diri diutamakan atau perasan diri lebih bagus daripada orang lain terhasil brpunca dari hati yang kotor.




Solusinya...

Walau apapun yang kita lakukan maka asasnya adalah Taqwa dan menanamkan pada diri bahawa ALLAH Maha Melihat segala yang terang mahupun yang tersembunyi.Taqwa bermaksud rasa takut kepada ALLAH yang tertanam di dalam hati orang yang beriman kerna setiap apa yang kita tanggung di sini akan kita jawab di sana nanti.Seperti sabda Rasulullah S.A.W kepada Muaz r.a:

"Wahai Muaz,takutlah ALLAH di mana jua kamu berada, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan memadamkannya dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik" ( Al ALbani,Sahih al-Tirmizi, no.1987)
Malahan, al-Quran merakamkan dalam Surah Al-Mulk ayat 12 bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar". (1)

Sesungguhnya yg baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan buruk pula datang dari diriku sndiri.Semoga kita semua saling berkongsi, mendoakan dan mengingati antara satu sama lain dalam kita istiqamah melakukan kebaikan.Oleh itu, kepada mereka yang mengenali diriku ini, tegur dan nasihatilah diri yang mana ku jua tidak terlepas dari melakukan kesilapan.



sumber :

(1) Petikan dari majalah solusi isu no.14 muka surat (93-94)

Salam Keimanan Penuh Ketenangan,

Selamat Mencari Rezki yang Halal
Raudhah_Iman
6.36 pm
bersamaan 1 Safar 1431hijrah..

Tuesday, October 6, 2009

Rahmat Di Sebalik Dugaan 2




Assalamualaikum semua (^^,)

Alhamdulillah... ku rafakkan setinggi2 kesyukuran kepada ALLAH dari dulu, kini dan selamanya hanya padaMu Ya Rabb di atas segala pemberian nikmat yg tidak terhitung kepadaku selama ini.Jazakallahu khairan khasiro atas doa2 sahabat2 semua...Alhamdulillah hari ini demam panasku kebah & aku mula bertugas seperti biasa.
Pasti ada di kalangan kalian semua yg masih dalam mood raya,(baca: termasuk aku) oleh itu teruskan menjalin ikatan ukhuwah sesama insan, bermaafan dan sedekahkan senyuman moga syawal ini menjadi momentum untuk kita lebih menyemai bakti kepada insan lain. ( baca : saling mendoakan ya ).

Tertarik hatiku tatkala membaca buku Bidadari Dari Timur karangan Tuan Sabariah Tuan Ishak ( Isteri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ) yg berbunyi :

' Jadilah seperti lebah, makan daripada sumber yg baik dan mengeluarkan hasil yg baik dan manis.Bila ia hinggap di ranting, tidaklah pula sampai mematahkannya, menghisap pati bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu juga tanpa sengat, terbang dengan sebaran debu kecintaan, lalu hinggap membawa kasih sayang.Bersuara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan umpama ungkapan kesyukuran, ia seakan- akan malaikat dari langit turun ke bumi dari alam yg kekal.Mengambil dari alam dan memulangkannya kembali dalam keadaan yg lebih baik lagi'.
Allahu Akhbar! hebatkan ciptaan ALLAH. Semuanya tidak diciptakan dengan sia2.


Malah mempunyai peranan dalam setiap komuniti tersendiri misalnya lebah yg punyai peranan dalam ekosistemnya terutama dari aspek pendebungaan dan penghasilan madu.

Begitu juga hidup ini,setiap yg berlaku pasti ada sebab, masalah, akibat serta jalan penyelesaiannya.Setiap yg berlaku pasti ada rahmat di sebalik dugaan.Apa2pun semuanya berbalik kepada main point iaitu :

l.menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T.

2. Memperkukuhkan keperibadian Muslim.

3. Mewujudkan keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan, masyarakat dan negara.

4. Mewujudkan ketenangan dan kemantapan dalam kehidupan.

5. Menjamin perpaduan dan persaudaraan

6. Menghidupkan semangat daya juang dan kekuatan untuk membina ummah dan negara
serta identitinya.



Kesemuannya ini memerlukan IMAN yg mantap bagi melahirkan tindakan yg positif, inovatif,kreatif dan berpandangan jauh.Kemantapan IMAN juga membentuk semangat daya juang yg berani berkorban mempertahankan agama, ummah dan keperibadian Islam asalkan Islam tetap terpelihara.

Dari aspek jatidiri pula IMAN membentuk jiwa dan tingkah laku seseorang.Apabila IMAN meresap dalam jiwa seseorang muslim maka tingkah lakunya akan berubah.Ia akan berusaha melakukan kebajikan dengan mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T dan menjauhi kemungkaran kerana perkara itu dibenci oleh ALLAH S.W.T ( peringatan penting buat aku).Namun biarlah perubahan itu datangnya dari hati yg suci dan niat kerana ingin mendapatkan Redho ALLAH bukan disebabkan oleh sesuatu misalnya berhijrah kerana seorang wanita.Maka apabila segala ramuan di atas dihadam sebaik mungkin, akan lahirlah ketenangan dan ketenteraman dalam jiwa dan rela menerima segala ketentuan ALLAH S.W.T ke atas diri sama ada baik atau buruk kerana pasti ada Rahmat di sebalik Dugaan.

Ku doakan yg agar kalian tabah dan terus berjuang menghadapi onak duri kehidupan ini dengan senyuman dan hati yg kuat.Kerana ALLAH telah menjanjikan sesuatu untuk kita semua di akhirat sana.

Firman ALLAH S.W.T:

"Wahai orang yg beriman! bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran serta kuatkan pertahan dan bertakwalah kepada ALLAH semoga kamu beroleh kejayaan"

( surah Ali Imran ayt 200 )

P/S: kepada yg exam bitaufiq wannajah fil imtihan.teritimewa utk umiku syg & alin adikku moga cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat.Artikel di atas lebih kepada diriku sendiri.




Sumber Rujukan :

1) Bidadari Dari Timur (Hadiah dari seorang ummu yg comel...jazakillah kak)

2) Tasawwur Islam SPM karangan Zulkifli Ahmad.

Catatan oleh:

Norashikin
8.45am
Johor Bahru

Saturday, August 22, 2009

PUASA


Firman ALLAH S.W.T. di dalam Surah Al Baqarah ayat 185 berbunyi :

"Bulan Ramadhan adlh ( bulan ) yg di dlmnya diturunkan Al-Quran , sbgai petunjuk bagi manusia dan penjelasan 2 mengenai petunjuk itu dan pembeda ( antara yg benar dan yg batil ).Kerana itu, brgsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah.Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan ( dia tidak berpuasa ), maka ( wajib menggantinya ) sebanyak hari yg ditinggalkannya itu pada hari2 yg lain.Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan ALLAH atas petunjuk-Nya yg di berikan kepadamu agar kamu bersyukur".

Alhamdulillah.. (^^,)
akhirnya Allah masih memberikan kita semua kesempatan untuk bernafas di dalam bulan yg penuh Barokah dan keampunan-Nya ini.Salam Ramadhan AL- Mubarak ku ucapkan kepada kalian semua, dan maaf lahir batin ku pinta atas kesalahan yg telah dilakukan.

pasti...
pelbagai kenangan yg berlaku sepanjang kembara kita di dunia ini kan, terutama dalam bulan ramadhan..menempuh peralihan dari zaman kanak2 kemudian zaman remaja, dewasa dan penghujung usia.Macam-macam gelagat & karenah yg berlaku dalam kita mematangkan diri menghayati makna sebenar P.U.A.S.A. Ada yg tertelan air sewaktu mandi, tersengaja ke dapur awal pagi lalu membuka periuk untuk bersarapan, terlupa memasang niat berpuasa, tak tahan lapar akibat liat bangun sahur dan pelbagai lagi.
.

Walau apa pun jua keadaan, beramal dan rebutlah peluang melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya demi meraih keampunan & kasih Sayang daripada Allah yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Nampaknya, dah nak masuk waktu berbuka puasa ni, sampai di sini dulu coretanku, insya ALLAH kita bersambung lagi...ku tinggalkan kalian dengan pantun 2 kerat ciptaanku...

Buah mempelam si buah mangga,
selamat berbuka bersama keluarga.

Selamat Meraih Keampunan-Nya,
Norashikin
1 Ramadhan 1430hijrah
7.05pm
-Johor Bahru-

Tuesday, August 11, 2009

Penjara sepi


Terpenjara begini
terasa bagai jasad terpisah dari nadi
persis belati menikam diri
pedih tidak terperi

Sepi
di bangunan sendiri
tanpa ilmu dan tazkirah makanan hati
terperosok dalam tempurung duniawi
mencari makna & muhasabah diri

Ku cekalkan hati
walau kepahitan mengguris sanubari
pasti ada selaut kemanisan tersembunyi
Munajat ku panjatkan pada Illahi
agar diri tidak menjadi fitnahnya lelaki
dalam berurusan sehari-hari..

Biar diri dibenci insani
Moga ILLAHI menyayangi diri
dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezki
meneruskan kembara mencari redha Illahi
mengorakkan langkah kaki
meninggalkan penjara sepi...

semoga tabah hati,
Norashikin
21 syaaban 1430 hijrah

Thursday, August 6, 2009

ALLAH is Great



Picture yourself in a place that's full of people,
war and hatred is gone, it's all peaceful,
secluded and idyllic in all the 4 seasons,
air's so great for all to just breathe it,
The world's so beautiful !God! you should see it,

and then it happens,

slowly it's all changing,
the drums start drumming and gradually it starts pacing,
your heart's stops beating to the sound that's getting louder,
praying to their idols, and fighting over who powers',
neither can help and nor can they listen,
pieces of wood just fixed to a position,

and then it stops!

it's the storm before the coming,
the earth's all flat from the blow out of the trumpet,
it's all quiet and peace is full again,
now picture a world where the people are all dead,
no one is left to finish this sad story,
only Allah is left in his glory!

Allah is great!


P/S: Life is most beautiful if you touch in ISLAM...(^^,)

Mari Menjawab..

Salam kak tie ( Cikgu nie)...

terima kasih atas awardnya...



jika jawapannya salah bagitau ya.
sila sertakan sekali jawapan sebenar...
I Love U ..2...3...4....infiniti Fillah ^^,)

soklan 1
Mak Ali suruh Ali pi kedai. Jadi, Ali pun p kedai naik bas. Tambang bas tu RM 1.
Nasib baik mak dia bekalkan RM 7. Jd, dia pun naik bas. Sampai kat kedai,die pun bl brg2 yg dipesan mak nya. Baki wang yang digunakan utk membeli barang yang dipesan oleh ibunya itu ialah 90sen.Dia pun nk blk rumah. Sampai kat bas stop..dia pun naik bas..Tambang bas tu kan RM 1. Mcm mn plak dia blh naik bas tu sedangkan dia ada 90sen?????


Jawapan: Pemandu Bas tu pemurah dia bagi naik je...setakat seposen xda masalah..Lagipun dia naik Bas Rapid KL kot..hehe

Soklan 2
Dalam banyak2 ikan..ikan apa yg selalu sakit perut????

Jawapan : Ikan Kembung...( bijaknya aku )

Soklan 3
Apa bezanya jatuh pokok kelapa ngan jatuh perigi???

Jawapan : bezanya...pokok kelapa panjat dulu baru jatuh, manakala perigi jatuh dulu baru panjat... ( memang Excellent )

Soklan 4
Kenapa doktor bedah,kalau nak lakukan pembedahan..mulutnya yg ditutup??

Jawapan : Elak daripada virus kot.... takut kena kanser paru2 sapa tau kan...lagipun kalau tutup mata xnmpklah nak bedah tang mana( awesome )..huhu

Soklan 5
Apa benda jatuh ke bawah tapi orang tercari2 di atas??

Jawapan : Buah- buahan kan3x...( lagipun tgh musim nie).

Itulah jawapan yg paling best yg kite dapat jawap utk kak tie...take care & thanks akk.

Tuesday, August 4, 2009

Kewajiban Jihad di Depan Mata



Gelombang Keadilan
Munsyid : Shoutul Haroqah

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga


dakwatuna.com – Gaza, Menteri Waqaf dan Urusan Agama Palestina, Thalib Abu Syaer menyerukan warga Al-Quds dan Palestina jajahan 48 ataupun siapa saja yang bisa menjangkau kota Al-Quds untuk berkumpul di pelataran Masjid Al-Aqsha untuk menangkal penodaan yang akan dilakukan serdadu Zionis dan kelompok permukiman Yahudi.

Dalam surat keteranganya yang dilansir Infopalestina Senin (3/8) Abu Syaer menghimbau semua pihak yang masih peduli terhadap tanah suci Islam dan tempat suci umat untuk bersatu-padu menghadapi rencana Zionis yang akan melanggar semua rambu ummat Islam di Al-Quds. Terutama bagi warga kota Al-Quds atau yang berada di sekelilingnya, kewajiban ini sangat ditekankan, agar tidak terjadi hal-hal yang tidak diinginkan. Ia menegaskan sikap diam terhadap masalah ini tidak akan bisa memperpanjang kehidupan kita.

Di sisi lain, Abu Syaer mengisyaratkan, penodaan Zionis terhadap tempat suci umat Islam di Al-Quds akhir-akhir ini semakin meningkat. Kondisi ini membutuhkan sikap serius dari umat Islam dan dunia Arab demi melindungi dan mempertahankan kerhormatan umat dan agama.

Sebelumnya pasukan Zionis menyerbu sejumlah rumah warga muslim di Al-Quds dan mengusir penghuninya. Mereka memukuli hingga sejumlah orang terluka parah.

Monday, August 3, 2009

LoVe




I Love You
You Love Me
We Are Happy Family
We Love Allah
We Love Rasulullah
Together We Are One Ummah..


Assalamualaikum...

Ku dedikasikan lagu di atas kepada semua terutamanya insan2 yg bermakna dlm hidupku..Jazakallahu khairan khasiran atas sgala kenangan terindah yg diciptakan bersama...Bertemu berpisah kita kerana-NYA.

Ku berdoa semoga kalian semua sentiasa bahagia berjaya di dunia dan akhirat.Dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT.

Ku mohon kemaafan kepada semua kerna selepas ini, agak sulit untukku menulis & memaparkan artikel pilihan ku di sini dan juga chat di yahoo messenger atas sebab2 tertentu.Ku mohon doa dari semua agar sudi mendoakan ku di sini semoga kerosakan teknikal ini dapat di atasi dengan segera.Ameen.



Akhir sekali, kepada semua akhawat yg bersamaku di Family Day baru2 ini, ku jua amat merindui kalian, sehari terpisah terasa bagai setahun.Jazakillah atas segalanya...usahlah bersedih wahai akhawatku sayang...ALLAH sentiasa bersamamu.Insya ALLAH kita pasti kan bertemu lagi.

Berburung berzikir di sanggar Raudhah,
Menyambut azan di tabir senja,
Insan berkasih kerana ALLAH,
bertemu Berpisah kerana Cinta-Nya..

Ukhuwah Terpatri kerana ALLAH,
Norashikin ( Kak Iman )
13 syaaban 1430 hijrah
-Johor Bahru-

Thursday, July 23, 2009

Untukmu Syuhada



Munsyid : Izzatul Islam

Kehidupan bagaikan roda
beribu zaman terus berputar
namun satu tak akan pudar
cahaya Allah tetap membahana

Majulah sahabat mulia
berpisah bukan akhir segalanya
lepas jiwa terbang mengangkasa
]cita kita tetap satu jua
cita kita tetap satu jua

Walau raga meregang nyawa
Harta dunia tiada tersisa
Namun jiwa tetaplah satria
Takkan surut satu langkah jua

Debu - debu dan darah suci
Saksi nan tak terbantahkan lagi
Gunung lembah hutan dan samudra
Untuk Allah diatas segalanya

Tujuh awan bersuka ria
Sambut ruh suci menuju Rabbnya
Sahabat nantikan hadir kami
Kan menyusulmu sekejap lagi

Bidadari nan bermata jeli
Menyongsong dengan wajah berseri
Sahabat kami rela kau pergi
Jihad kita kan terus bersemi
Jalan ini takkan pernah henti

Wednesday, July 8, 2009

LaM Ta'LaMiN KaM UhiBbuKi




Menggagahi diri menjalani kehidupan seharian adakalanya melelahkan.Terbit rasa kagum dan cemburu di hati tatkala memikirkan teman2 yg tidak pernah berputus asa dalam mencurah keringat dan airmata berjuang di medan dakwah.... Masih terngiang di cuping telinga akan kata2 semangat dari akhawat2 sewaktu di menara gading dahulu "Ukhti! teruskan perjuangan ini, jika tidak kita siapa lagi" kata seorang sahabiah kepadaku.

Teringat....
saat manis bersama akhawat fillah.Tautan hati & ukhuwah jelas terpancar di mata dan gerak tubuh menggambarkan keikhlasan demi mengharapkan keredhaan ALLAH! berkongsi suka duka dari hati ke hati.Melakukan aktiviti bersama,tergambar keceriaan di wajah dengan senyuman yg menammpakkan barisan gigi memutih tatkala bertemu dek perpisahan yg hanya sebentar kerna masing2 berlainan kursus pengajian.Ada yg biomedic,business, engineering, etc masih mampu bersatu mencari titik kebersamaan dalam sebuah jalinan persaudaraan.Allahu Akhbar..indahnya ukhuwah jika segalanya kerana ALLAH...

Indahnya Ukhuwah
Terbalut hati yang lurus
Terbingkai fikiran yang jernih
Terpaut pada husnudzon

Indahnya Ukhuwah
Tercermin pada prilaku
Terlihat pada tutur kata
Terealisasi dalam akhlak



Indahnya Ukhuwah
Saat empati terasa
Saat bahagia berbagi
Saat duka bersama

Indahnya Ukhuwah
Sungguh Benar benar Indah.....
Jika ianya hanya kerana Allah



Tanpa sedar...
airmata merembes keluar dari kornea mata.Menahan sebak kerinduan kerana berjauhan dari teman2 seperjuangan.Perlahan-lahan ku mengesat airmata yg mengalir di pipi.Terbayang di ingatan wajah akhawat yg dirindui seorang demi seorang...keletah masing2 menjadi "trademark" diri agar tidak dilupakan tatkala hadir teman baru dalam kehidupan.



Lalu...
ku gapai sebuah novel yg baru ku beli daripada Badan Book Store bertajuk 'Novel untuk Asyikin'.Ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama ASyikin yang telah masuk U dan amik kursus biotech tetapi mendapati dia lebih berminat dengan sastera. Dia ingin menukar kursus tapi tidak di bagi oleh ayahnya disebabkan prospect kerja dalam bidang biotech lebih luas berbanding bidang sastera. Jiwa anak muda ini semakin memberontak. Dia cuba mencari keserasian dlam biotech namun keputusan peperiksaannya mengecewakan.


Dia cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari seorang professor dan ternyata dia mula mengerti, lulusan biotech bukannya tak boleh menjadi seorg minat sastera dan suka bersastera. Dengan azam baru dia meneruskan usaha utk memperbaiki keputusannya setiap semester.


Kursus yg dihadapinya bukan satu2nya masalah yg dihadapinya. Sbg seorang gadis manis yg meningkat dewasa, dia menjadi perhatian beberapa jejaka termasuk abg sepupunya. Ada yg menarik perhatiannya. Namun pelajaran menjadi keutamaan.Apa yg menarik perhatianku tentang buku ini adalah kisah Nurasyikin dalam membuat pilihan2 penting dalam hidupnya antara minat,permintaan dan harapan insan2 tersayang.Buku ini bergenrekan kekeluargaan, motivasi dan keibubapaan dalam memahami hati anak2 remaja dewasa ini.Novel utk Nurasyikin ialah karya kreatif seorg profesor dlm bidang sains yg sejak kecil meminati kesusasteraan dalam menasihati pelajarnya yg seorang ini.

Dalam...
keasyikkan membaca novel tersebut & kerinduan meluap-luap kepada teman2, aku di kejutkan dengan kemasukkan beberapa pesanan ringkas.ALHAMDULILLAH... Syukurku rafakkan kepada-NYA kerna perasaan rindu juga sedang bertamu dalam jiwa teman2ku.
Ingin rasanya bertentangan mata dan berbicara dari hati ke hati tentang apa yg telah dilalui selama ini."kapan bisa ketemu ya kak?" kata ayash adik angkatku dari Jawa timur. "Insya ALLAH" jawabku.



Lam TA'lamin Kam Uhibbuki Fillah...
saling mendoakan ya...
Afwan atas segala khilaf diri yg pernah menyakiti hati selama kita bersahabat.ku doakan yg terbaik utk kalian...bahagia,berjaya di dunia dan akhirat....amiin

Andai dipisahkan dek masa yg tak
terduga lamanya
andai dipisahkan dek tempat yg
terukur jauhnya
andai terpisah buat sekian kalinya
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu

Jika yg dikenang membisu bicara
Jika yg pergi tak kirim berita
jika yg ditunggu tak kunjung tiba
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu

sekiranya pedagang belum nak pulang
sekiranya musafir teruskan berkelana
sekiranya kapal layar putus anginnya
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu

bila terasa bagai perawan berhati rawan
bila terasa bagaikan pungguk rindukan bulan
bila terasa bagai penyair mendamba sebutir ilham
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu


Dipetik dari 'Novel Untuk Asyikin'

Norashikin
16 Rejab 1430Hijrah
1pm

"Biar daun gugur berderai, namun pokok tetap teguh menanti,Insya ALLAH jika tidak bertemu di sini, moga ketemu di Syurga-Nya nanti.."

Monday, July 6, 2009

kasih Sayang

DALAM Islam, pembunuhan pada asasnya dilarang terutama membabitkan jiwa, bahkan mereka yang melakukan jenayah terbabit dikira melakukan dosa besar.

Jika membunuh itu dilarang, perbuatan jenayah lain seperti melukakan dan mencederakan orang juga satu kesalahan dan dipandang keji dan pelaku patut dihukum.

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 93, bermaksud: "Sesiapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, balasannya neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, Allah murka kepadanya serta dikutuki-Nya dan disediakan-Nya seksa yang berat."

Namun, bagaimana pula hukum membunuh binatang?

Apakah justifikasinya sama dengan membunuh manusia?

Secara umum, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar.

Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan.

"Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila.

"Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya."

Banyak cerita mengenai balasan Allah terhadap orang menyeksa binatang sehingga mati dalam hadis seperti seorang wanita diseksa pada hari kiamat kerana mengurung seekor kucing sehingga mati.





Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang.

Menurutnya, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga itu menggigit baginda.

Lalu Allah mewahyukan kepada nabi terbabit: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih." (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan. Bagi menghargai jasa orang itu, Allah mengucapkan syukur dan mengampunkan dosanya.

Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.

Menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.

Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram.

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya.

sumber: Harian Metro ( Bhgn Ad-Din )

Malam Pertama Kita


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawiah semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu,mempelai sangat dimanjakan
Mandipun harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka,
Tak Ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak Ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok Dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang - lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. .,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan ke baju Kita...
Bagian kepala,badan.,Dan kaki diikatkan
Tataplah,tataplah,itulah wajah Kita
Keranda pelaminan langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai di arak keliling kampung bertandukan tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin...
Berwalikan liang lahat..
Saksi - saksinya nisan-nisan yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... . Tiba masa pengantin..
Menunggu Dan ditinggal sendirian...
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama bersama KEKASIH..
Ditemani rayap - rayap Dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Tapi anehnya Kita tak pernah galau ketakutan... .
Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima
Kita sungkan sekali meneteskan air mata...
Seolah barang berharga yang sangat mahal...

Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Tentunya Kita berharap menjadi ahli syurga...
Tapi....tapi ....sudah pantaskah sikap kita selama ini...
Untuk disebut sebagai ahli syurga?

Sahabat...mohon maaf...jika malam itu aku tak menemanimu
Bukan aku tak setia... Bukan aku berkhianat.. ..
Tapi itulah komitmen azali tentang hidup dan kehidupan
Tapi percayalah.. .aku pasti kan mendo'akanmu. ..
Karena ...aku sungguh menyayangimu. ..
"Lam Ta'lamin Kam Uhibbuki"
Rasa sayangku padamu lebih dari apa yang kau duga

P/s: sayu hati.. tatkala kenangan bersama mereka yg telah "pergi" terimbau di ingatan... Al- Fatihah.. smga roh kalian dtmpatkan di kalangan orang2 yg Soleh Soleha...Amiin

Wednesday, June 3, 2009

Semangat


Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216 :


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Ayat ALLAH yang sangat tepat dalam kita menjalani sebuah planet yang bernama "Kehidupan".Adakalanya kita tidak menyukai sesuatu perkara daripada berlaku tetapi mengharapkan segala keinginan kita dipenuhi.

Contohnya : Sakit tapi kita nak sihat saje,kematian diganti kehidupan insan tersayang , gagal dalam peperiksaan atau temuduga diberikan lulus atau terus diterima bekerja.

Namun tanpa kita sedar ada Rahmat yang tersembunyi di sebalik kejadian @ dugaan yang kita hadapi.Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh...(think positive maka akan lahirlah keredhoan di hati )^^,)

Di petik dari Buku LaTahzan..karangan Aidh Abdullah Al qarni ;

( Jangan terus menerus berdukacita kerana anda masih mempunyai doa,
anda masih boleh bersimpuh di depan pintu-pintu Tuhan yang Maha Kuasa dan
anda dapat beroleh ketenangan di pintu-pintu Raja.Anda masih mempunyai waktu sepertiga akhir malam dan masih mepunyai waktu merapatkan dahi ke tanah
untuk bersujud kepada-Nya ).

Kamu bisa aja menangis sedih kerana itu fitrah.Namun usahlah kesedihan itu berpanjangan kerna kita punya tugas yang perlu di selesaikan.Ayuh Semangat deh!! Chaiyok2!!

'Cukup ALLAH yg menyemangati kita, sehingga tanpa sedar tiap peristiwa
menjadi teguran atas kemalasan kita,Cukup ALLAH yg memelihara ketekunan kita,
kerana perhatian manusia terkadang menghanyutkan keikhlasan, Semoga ALLAH menjadikan kita peribadi yg bermakna.Peribadi yg saat berbaur yg mampu menyemangati insan lain & saat sendiri ia mampu menguatkan dirinya sendiri.' ( kiriman: Ayash,Jawa Timur)


P/s: kepada teman2 yang sedang berjuang di medan exam,viva,research Selamat Berjaya ku ucapkan buat yang terbaik... Untuk yang sedang sakit...semoga cepat sembuh, redho dan tersenyumlah sebagai penawar kesakitanmu.Untuk yang baru mendapat pekerjaan ku ucapkan Tahniah ( jangan lupa dapat gaji, belanja makan)hehehe.. pikulh tugasmu dgn amanah untuk beribadah kepada ALLAH.Untuk yg telah/bakal mendirikan Baitul Muslim semoga ALLAH memberikan berokah atas kalian semua di dalam kebaikan.Untuk Umi wa abah dirini tidak mampu membalas segala yang telah kalian curahkan Hanya ALLAH yg bisa membalasnya...Lastly,diriku jua...moga terus tabah menjalani kehidupan. (PeAcE)

Best Regards,
Norashikin a.k.a Raudhah_iman
12.45pm
10 Jamadilakhir 1430hijrah