Hari Ibu...
mengingatkanku akan suatu peristiwa semasa aku menuntut di tingkatan 6.Tika itu, aku tggl di asrama pusat di selatan tanah air.Pihak asrama mengadakan sambutan 'Hari Ibu' bagi menghargai jasa ibu2 yg telah byk berkorban bagi membahagiakan seorg insan yg bergelar'anak'.
Pelbagai acara telah disusun bagi memeriahkan sambutan tersebut.Di antaranya sukaneka (antara ibu dan anak), ibu paling sporting, ibu paling menawan dll.Aku bersama rakan2 yg lain xmelepaskan peluang utk mengambil bahagian dlm acara sukaneka.Pada mulanya ibuku agak keberatan utk menghadirkan diri, namun manusia merancang,ALLAH jua merancang dan perancangan ALLAH lbh baik dr manusia...Alhamdulillah ibuku hadir pd hari tersebut.
Acara 1) Meneka kegemaran di antara ibu dan anak
-makanan
-minuman
-warna
Sebenarnya.. aku xberapa tahu apa yg disukai oleh ibu,cuma yg kutahu adalah warna kegemarannya iaitu biru.utk yg lainnya aku agak2 je.( bertuah punya anak).setelah semuanya ditulis pd sekeping kertas, lalu ia diserahkan pd urusetia yg bertugas.setelah itu, aku mdptkan ibu utk ku tanyai apa kegemarannya. Baru ku tahu ibu menyukai mee goreng, tembikai,air nescafe dan warna biru of courselah betul.Tapi berlainan pula dgn naluri seorg ibu...dia mengetahui semua kegemaranku.Wallahu a'lam, acara tersebut terpaksa di ulang semula mungkin disebabkan ada 'peserta hantu kot'.hehehhe. Alhamdulillah, dptlah aku menulis semua kegemaran ibuku dgn tepat.
Acara 2) Mencari IBU
di mana anak2 akan ditutup matanya dgn kain dan dikehendaki mencari ibunya dgn btul melalui suara.dlm acara ini, aku merupakan peserta 2nd last yg berjaya mencari ibuku dgn tepat.
Acara 3) Makan Buah Epal.
acara terakhir yg plg aku sukai.dlm acara ini, anak2 dikehendaki menyuapkan buah epal ke dlm mulut ibu.kesian ibuku...tika itu giginya sakit.Ibu berkata pdku "maafkan mak ya, xdpt mnghabiskan buah epal ni,kerna gigi mak sakit.kesian ikin sbb xdpt menang acara ini kan".Aduh! terharu rasa hati dsbbkan itu ibu memohon maaf dariku.lalu ku katakan pd ibu"Mak, xpe...ikin bkn nak menang cuma suka2 je masuk acara ini.Lagipun nilah alam persekolahan ikin yg terakhir.terima kasih mak atas segala2nya."Lalu, ibu mengambil sisa epal dr tanganku dan menyuapkannya dlm mulutku sambil menghadiahkan sekuntum senyuman paling manis buatku.
Seusai ( tamat) acara tersebut, maka acara yg di nanti2kan oleh smua yg hadir telah pun tiba.Iaitu majlis penyampaian hadiah.Ibu mengenggam erat tanganku sambil merenung wajahku dgn takungan air matanya.Lalu kubisikkan pd ibu"mak, jgn sedih ya mak.maafkan ikin sbb xpenah membahagiakan emak hgga ke saat ini.".Ku tahu hati ibu.Mungkin ibu takut aku kecewa kerana xberjaya memenangi apa2 hadiah.
ALLAHU AKHBAR3X!!!
ALHAMDULILLAH....bersyukurku yg amat sgt pd hari itu.Hari itu, aku dan ibuku mendapat hadiah tempat pertama bagi keseluruhan acara serta di nobatkan sbgai ibu dan anak paling sporting.Ibu terkejut mendengar namaku dan namanya di panggil utk naik ke pentas.Ibu memanjatkan syukur ke hadrat Illahi atas kemenangan itu.Dgn linangan air mata gembira, ibu menghadiahkan aku ciuman di pipi. Terima Kasih ALLAH atas pemberian-MU ini,kerna membuat ibuku tersenyum gembira.
Utkmu ibuku syg Siti Hawa Bt. Samat.Dikaulah ratu hatiku.Hanya ALLAH yg mampu mmbalas sgala pengorbananmu.Maaf jua ku pinta kerna masih belum bisa mnjd anak yg Solehah utkmu malah seringkali melanggar kata2,mengguris hatimu hgga tanpa sedar air matamu berlinangan.Mak,ikin syg mak. terima kasih ya mak kerna sggup merawatku tika kesakitan.terima kasih kerna sggup menemani,memujuk tika ku kesedihan.Terima kasih ats kesabaran mak mendidik kami 4 beradik.Moga ALLAH mnjdkan mak bidadari yg plg cantik di syurga nnti.Utk mak, ikin hadiahkan lagu kegemaran mak 'Ibu Mithali'..
Ibu mithali
ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu
fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Akhir sekali, marilah kita sama2 sedekahkan AL- FATIHAH utk kedua ibu bapa kita yg telah byk berkorban utk kita semua serta muslimin muslimat yg terlebih dahulu di jemput mghadap Illahi.Al-Fatihah....
No comments:
Post a Comment