terapi iman

Wednesday, May 7, 2008

Saya, Student Card & Al- Quran


Sebenarnya tika ini, keadaan hatiku agk kurang 'enak' terasa agk lemah n perlu di tenangkan.Namun, ku teringatkan 'seseorg' yg tika ni sedang berImtihan ( exam ) nun jauh di utara yg mungkin sedang merasakan sebuah kehilangan.


"Iman, laptop gua ilanglah...bilik gua di masuki pencuri" katanya di dalam sms.Aku terkejut lalu menelefonnya dan cuba menasihatinya agar tabah menghadapi Ujian dari ALLAH.Aku cuba menyakinkannya bahawa stiap yg hilang pasti akan ALLAH gantikan yg lebih baik.Itu janji ALLAH...namun ianya xdtg bergolek, tapi memerlukan kesabaran n keredhaan hati yg tggi.


So,aku ingin share kisah yg ku ambil dari i luv islam wat tatapan semua.Moga dapat kita sama2 memuhasabah diri.


Wallahu a'lam


***Pada satu pagi, saya jadi tidak keruan apabila student card hilang. Setiap penjuru bilik saya tinjau, tapi tiada berhasil. Hati jadi gelabah dan fikiran jadi kusut. Di Australia, student card pelajar antarabangsa berfungsi seperti kad pengenalan. Banyak urusan yang memerlukan student card dan denda yang dikenakan jika terhilangkannya agak tinggi. Sama harga dengan lunch di Knoodle Junction untuk 4 hari berturut-turut. Dalam kegelabahan itu, saya terpandang pada tafsir Al-Quran berwarna hijau muda pemberian saudara Saifuddin. Tiba-tiba hati saya tergerak untuk membacanya. Sebaik saja tafsir Al-Quran itu saya capai, mata saya terpaku pada benda yang sangat familiar.


Pintu hati saya bagaikan diketuk-ketuk. MasyaAllah. Dia sengaja mahu menguji saya; agar saya ingat kepadaNya. Alangkah malunya saya ketika itu. Kegelabahan dan kesibukan bersiap-siap untuk ke kelas, saya lupa untuk memulakan hari dengan membaca kalamNya. Dalam kekusutan fikiran, saya terlupa bergantung harap padaNya. Saya meletakkan usaha saya sebagai pergantungan utama. Perkara dunia yang kecil pun bisa membuatkan saya jadi tak tentu hala. Oh! Betapa kuatnya ikatan hati saya pada dunia!


Saya mengambil keputusan untuk duduk sejenak, membaca dan mentadabbur sedikit daripada ayat-ayatNya. Lambat ke kelas pun tak mengapa. Namun, Allah Maha Pengasih. Dengan izinNya, perjalanan saya ke kelas sangat lancar. Setiap kali tiba di simpang, lampu isyarat bertukar hijau dan saya rasakan para pemandu di Adelaide pada pagi itu mempunyai belas kasihan yang lebih daripada biasa. Apabila sampai di kelas, rupa-rupanya kuliah masih belum bermula.


Oh, indahnya peristiwa pagi itu.


Pengajarannya, setiap ujian yang Allah beri itu ada hikmahnya. Jika kita sabar, insyaAllah ada ganjarannya. Jika kita sabar, insyaAllah kita akan lebih dekat padaNya. Jika kita sabar, insyaAllah kita akan lebih ingat padaNya. Tapi manusia makhluk yang sangat pelupa. Apabila datang ujian, seringkali manusia jadi tak keruan. Terpekik terlolong ke sana sini. Merintih tak sudah-sudah, mengenang nasib diri yang kononnya paling malang antara semua makhluk di muka bumi ini. Lebih dahsyat, ada yang putus harapan terhadap rahmat Allah, sekaligus berhenti berdoa dan beribadat. Alasannya, Allah tak membantunya semasa dia diuji.


Nauzubillahi min zaalik.


Bukankah dalam kitab suci Al-Quran ada dinyatakan;


Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. [Al-Baqarah:153]


Allah berfirman sabar dan meminta pertolongan kepadaNya dengan solat dan kesabaran. Kalau tak habis-habis merintih, tinggalkan solat atau ambil mudah akan solat, macam mana nak dapat pertolongan Allah? Kita fikirkan bersama.


Buat hati-hati yang sedang diuji di luar sana, moga mendapat kekuatan.
"Ya ALLAH, berilah aku kekuatan utk menghadapi mehnah kehidupan ni.Ampunilah segala dosa2ku,tetapkan Imanku, agar tidak sedih dan redha mghadapinya" -amiin-

No comments: