terapi iman

Thursday, August 28, 2008

A MOMENT TO REMEMBER






Ini adalah cerita tentang seorang lelaki yang hidupnya di setiap detik berdoa kepada ALLAH agar sentiasa diberikan yang terbaik baginya. Dia mempunyai paras rupa yang sangat mengancam dan pasti akan menaik perhatian setiap mata yang memandangnya.dia sentiasa menjadi kegilaan setiap perempuan walau dimana sahaja dia pergi,dia sentiasa dikejar dan digoda,Namun dia sentiasa berdoa kepada ALLAH agar tidak terperangkap didalam godaan yang sementara bahkanboleh mendekatkan diri kepada pekara kemaksiatan.





Dia tidak mahu terjurumus kerana baginya hanya ada seorang perempuan yang layak mengodanya iaitu seorang wanita soleha yang telah ditetapkan sejak azali untuknya.dia sentiasa berdoa agar wanita itu sentiasa menjadi wanita soleha dan dilindungi rahmat ALLAH.





Suatu hari ALLAH menggerakkan hatinya untuk bernikah,lalu dia pun bersolat istikharah dan ALHAMDULILLAH dia temuai jawapannya.wanita itu adalah sahabatny di saat dia kejatuhan.dia pun segera menghantar rombongan meminang.





5 TAHUN SELEPAS BERNIKAH





ALHAMDULILLAH……





ternyata isterinya adalah seorang wanita yang sangat soleha dan itulah cirri-ciri wanita idamannya.mereka telah dikurniakan cahayamata si puteri wajah sejelita ibunya yang si putera pula sopan santun seperti ibunya





Kesyukuran yang tidak terhingga ini membuatkan dia nekad untuk khatam al quran sebulan sekali. Cinta dia terhadap isterinya dikembangkan lagi dengan sebuah lagu yang setiap hari didendangkannya.





Wanita hiasan dunia seindah hiasan

Adalah wanita soleha

Yang akan membahagiakan syurga

Didalam rumahtangga





15 tahun kemudian





Takdir ALLAH menentukan segalanya…..isterinya telah dilanggar lari oleh seorang perempuan yang benci melihat kebahagiaan mereka kerana meyimpan perasaan terhadap si suami.keadaan telah dapat ditegakkan,wanita itu telah dijatuhi hukuman.Namun jerit hati kecil si suami walau dijatuhi hukuman seberat mana pun tidak akan dapat menyedarkan isterinya yang sedang koma. Dia sedar hanya dengan doa dapat membangunkn isterinya dari koma.





3hari kemudian………





ALHAMDULILLAH……..isterinya telah sedar berkat doa mereka sekeluarga pada subuh tanggal 10ramadhan,itu adalah detik yang paling bahagia buat dia. Dia mengajak kedua cahayamatanya untuk bersolat terawih di hospital dan di sebelah katil isterinya kerana dia tidak mahu isterinya keseorangan walau sesaat dan agar isterinya sentiasa merasa bahagia.Sebelum mereka tidur,isterinyasebatang pen dan sehelai kertas,si suami segera memenuhi permintaan isterinya segera kerana mahu isterinya sentiasa merasa kebahagiaan .





Tiba-tiba isterinya bertanya “wahai suamiku, adakah kau masih saying padaku walaupun aku sudah tidak sesempurna dahulu?” “wahai isteriku yang berhikmah kau adlah isteriku yang tercinta kerana kau adalah kurniaan ALLAH untukku”.perbualan itu dikhiri Dengan senyuman.





ESOKNYA…………





Azan subuh berkumandang dalam keadaan yang sejuk tenanag dan sunyi dia terdengar isterinya mengucap dua kalimah syahadah dengan senyuman . Sesudah itu dia ingin mengujutkan isterinya untuk berwuduk ,alangkah terkejutnya dia isterinya telah pergi menemuai kekasih sejatinya .





ALLAHUAKHBAR!!!! Dengan liagan air mata hatinya hancur berkecai luluh,tercucuk,rapuh dan lemah tulang-temulangnya memikirkan isterinya. Setiap saat dis hanya memikirkan nasib yang menimpa isterinya semuanya berpunca dari masa silamnya.





Namun apakan daya dia hanya mampu menjerit tidak bersuara kerana dia sudah kehabisan air mata dan tidak berdaya lagi menghadapi kenyataan ini, dia merasakan ingin bunuh diri kerana dia merasakan bagai tiada lagi yang tinggal untuknya di dunia ini.Kini yang tinggal hanyalah kenangan semata-mata.





Dia tahu dia tidak seharusnya terlalu sedih kerana isterinya tidak pergi jauh dan pemergian itu hanya sementara . namun isterinya adalah tempat dia mengadu kasih,isterinya adalah pengubat di saat dia terluka, perunding di saat dia kebuntuan, dan disaat dia keresahan…… sekarang pada siapakah dia harus bergntung?





Terjumpa sepucuk surat yang diatasnya tertulis





Buat suamiku yang tercinta………………





Terima kasih kerana telah menjagaku dan mendidikku setiap saat memimpinku,menegurku disaat aku kesesatan, membantuku bangun dari kejatuhan dan menyokongku disaat aku kelemahan.Wahai suamiku……………….


Aku pergi hanya sementara.





Maafkan aku kerana tidak menunggumu, kerana kekasih sejatiku telah memanggil-manggilku…. Aku terlalu tergilakannya dan dia adalah cinta abadi yang aku terkejar-kejar dan aku tahu kau juga mencintaai Nya…………





Tabahkanlah hatimu, jagalah cahayamata kita


Dengan penuh hikmah. Pimpinlah mereka Dengan sebaaiknya, nikahkanlah puteriku Dengan mujahid sebaikmu, dan nikahkanlah puteraku sesudah dia menjadi sehebatmu………….





Aku punya satu permintaan andai kau boleh menunaikannya maka aku akan bertambah bahagia di alam sana ….carilah penggantiku………….


Jika kau teringatkan daku pandanglah kearah anak-anakku dan nyanyikan lah lagu untukku kepada mereka……….


saat itu kerinduanmu akan terisi.





Percayalah kebahagiaan kita sekeluarga menanti di syurga…….


Berdoalah untukku





A MOMENT TO REMEMBER………………..


ISTERIMU………………HARI RAYA AIDILFITRI………….





Pagi itu terasa sejuk dan tenang sekali. Dia memanggil anak-anaknya seperti bias untuk bersalaman .sejurus itu dia menyanyikan lagu buat isterinya sambil menatap wajah anak-anaknya………………..





Tiba-tiba angin bertiup dnan terdengar di telinganya dan hanya dia yang mendengarnya………………





Saya pun ada lagu untukmu suamiku………………


Suami jangan menangih setia


Umpama hawa dan setianya zulaikha


Terimalah seadanyaYang terindah





Dilubuk hatimu…………………………


Lagu itu sungguh menyusuk hatinya dan mula dari saat itu dia selalu mendendangkan lagu untuk isterinya dan terkadang terdengar ini pula





Bila terasa rindu ku sebut namamu


Dengan harapan kaukan muncul


Dalam tidurkuBila terasa rinduKu


bayang wajahmu dalam angan dan barulahkuTerasa bagai disembuh………………..





~END~YANG PENAT MENULIS





A MOMENT TO REMEMBER…………………….. (From Mariam)





Sumber: http://uploadiman.blogspot.com/





-Bidadari Manis (Rabiatul Adawiyah)

Sunday, August 24, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya RamaDhan..


Dari abu hurairah, RasuluLLAH bersabda:


" bila datangnya bulan ramadhan, dibuka pintu-pintu langit, ditutup

pintu-pintu neraka, dibelenggu syaitan-syaitan"

(HR bukhari)


Tatkala kita lihat hadis ini semua yg diberitahu sesuatu yg kita xdapat

lihat dengan mata kasar, langit terbuka, neraka tertutup, syaitan diikat.
Tetapi itulah hakikat yg terjadi saat tiba bulan ramadhan.


Dari segi zahir ayatnya,maka kita lihat bulan ramadhan yg tiba sebahagian umat Islam x merasakan apa2 yg istimewa, dan kdg2 tetap dengan maksiat seperti bulan2 biasa yg lain.

Kenapa agaknya...


boleh jadi hadis tadi nak ingatkan kita betapa pentingnya keyakinan dalam beragama dan juga keyakinan bahawa terbukanya pintu langit,tertutup pintu neraka dan syaitan diikat, samalah dengan keyakinan kita akan dosa dan pahala, syurga dan neraka, amal dan ibadah.


Islam tidak cukup hanya sekadar diketahui segala ilmunya tapi tidak yakin akan kebenarannya lalu lahirlah insan yg hanya tahu tentang islam tapi x mahu melakukannya hingga membuatnya merasakan xmampu untuk menyebarkan risalah agamanya sendiri dan diri ini juga terlalu sedikit tahunya, terlalu kurang kemahuan dan kemampuan dalam berdakwah, bahkan dosa yg dipikul juga terlalu berat untuk dibawa

Semoga kedatangan Ramadhan menjadi medan terbaik untuk muhasabah segala pengetahuan, kemahuan dan kemampuan dalam beragama serta medan memohon keampunan-Nya agar ayat 2:183 dapat kita implementasi kan sebaiknya hingga dapat jadi orang yg bertaqwa.


Tuesday, August 12, 2008

Percutian Di Taman Negara Endau-Rompin Kahang,Johor

Air Terjun Upeh Guling Periuk Kera


Pusat Research NRC


Emm..xpasti pokok apa?


tapak perkhemahan di tasik Air Biru

Friday, August 1, 2008

SOLEHAH




Artikel dibawah khusus untuk puteri-puteri dan para mujahidah yang budiman. Saya kongsikan dengan anda, ditulis oleh seorang puteri yang ingin menjadi solehah..( Mungkin selepas ini artikel bertajuk “Soleh” pulak..


Solehah.


Sepatah perkataan yang mudah disebut. Perkataan yang memberi maksud sesuatu yang paling baik diantara perhiasan-perhiasan dunia yang lain. Perkataan yang indah bilamana ia benar melambangkan maksudnya. Perkataan yang cantik bila ia dimiliki dengan sebenarnya oleh pemiliknya.


Namun solehah ternyata bukan mudah pada realiti kehidupan ini.Solehah itu bukan hanya boleh dinilai dipenghujung perjalanan, namun sentiasa diberi nilai dalam setiap tahap-tahap kehidupan.
Mudahkah menjadi anak yang solehah? bila balik bertemu ibu ayah sekali sekala , dua tiga hari dikampung, mempamer dan menonjolkan akhlak terbaik, mentaati tanpa jemu setiap permintaan ibu dan ayah. Tapi bila tinggal lebih lama, hati mula jemu, mula kurang sabar, suara tidak lagi rendah dan lunak – disuruh mula berdalih dan merasa berat, ditegur mula memberontak mempertahankan kesilapan... wahai anak, di manakah solehahmu pada ayah ibu yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan untukmu?


Mudahkan menjadi gadis yang solehah?Dengan akhir zaman yang membuka seluas-luasnya ruang perhubungan lelaki dan perempuan, dengan ransangan filem-filem, lagu-lagu dan bahan bacaan yang menghidup kan rasa cinta hingga menyala-nyala dalam dada, mudahkah untuk menepis kedatangan SMS, call, chatting YM, email etc yang bertalu-talu dari lelaki yang 'soleh' dan tak soleh? Awalnya mungkin mudah, dengan prinsip cinta hanya untuk suami dan isteri, tapi jika konsistennya SMS yang caring lagi prihatin hingga menghidupkan warna merah muda dalam hati, mampukah lagi menolak? Mampukah lagi mengelak dari serangan-serangan perasaan ‘fitrah’ yang ingin disayangi dan menyayangi, lebih-lebih lagi teman-teman disekeling juga tidak lagi sendiri ?


Mudahkah menjadi solehah, jika pergaulan yang dirasakan sederhana mengundang curiga dimata masyarakat? Mengundang cemburu dihati si isteri-isteri? Mengundang fitnah di hati yang berlainan jenis?
Mudahkah menjadi isteri solehah? Di awal mahligai cinta dibina dalam pernikahan, waktu kasih membara, solehah itu seolah pasti terjadi, ada ketaatan sebelum dipinta, ada layanan kelas pertama, ada pengorbanan yang tidak terasa, ada kelembutan yang mempesona, diri terhias tersembunyi dan nyata..


Namun, bila masa berlalu memaparkan suami sebagai insan biasa-biasa punya banyak alpa, yang terus zahir adalah terlalu banyak keburukan dan kelemahan. Hingga tidak merasa perlu mentaati dirinya yang dulu pernah paling ditaati, hingga acuh tak acuh pada suami yang dulu mendapat cinta kelas pertama, hingga tidak mampu melihat apatah lagi mensyukuri pemberian suami pada keluarga.


Pudar kasih, luput sayang, yang ada hanya lah hati yang luka berbisa. Tiada penghormatan, tiada penghargaan, yang ada hanya ungkitan kesilapan pasangan . Tiada kesyukuran, tiada keredaan hingga diri memikirkan untuk meruntuhkan, melarikan diri dari perjanjian dan ikatan yang dibuat atas nama ALLAH…


Dimanakah solehah? Waktu belum dituntut menjadi pasangan, diluar ikatan mampu menjadi solehah memenuhi segala permintaanya, memohon maaf penuh perasaaan atas kesilapan padanya, mengasihinya sepenuh jiwa raga, tidak mahu melukai hanya ingin mencintai… merasa hebatnya aura sayang dua jiwa dipenuhi kata-kata sopan lagi manja…namun bila ikatan pernikahan yang benar-benar menuntut soleh dan solehah,.. terus sirna, kesopanan dan kelembutan hilang ditelan kejemuan… solehah, dimanakah solehah…?


Solehah…bagaimanakah untuk solehah..? bagaimanakah untuk terus solehah selepas diri jauh meninggalkan solehah…? bagaimanakah untuk tetap solehah diwaktu tidak lagi ingin solehah? Bagaiman bertahan untuk solehah sewaktu sukarnya ingin menjadikan diri solehah?


Sukarnya solehah…sewaktu masih sendiri, terasa sukar menjaga kesucian diri dan hati.. kerana diluar sana tarikan untuk memudarkan solehah terlalu tinggi,… dan sewaktu sudah bersuami, mungkin lebih sukar kerana ada pula hati suami untuk ditaati , dijagai agar tidak tercalar, sedangkan hati dan iman sendiri masih erkontang kanting kering nur rabbani…


Solehah itu anugerah ilahi. Mahal harganya, Tak terhitung nilainya,Kerana syurga balasannya.Ya ALLAh ajari aku untuk solehah dalam menghadapi ujian-ujian dariMU uJian kesenangan atau kesusahan. Bantulah aku untuk memilih solehah dari yang lainnya dalam keadaan sukar atau mudah. Bantulah diri hambaMU ini agar mampu ku mentaatiMu, yang dengan nya menjadikan aku mampu mentaati ibubapaku dan sesiapapun yang perlu ku taati.


Bantu lah aku memenunaikan segala suruhanMu agar mampu ku tunai hak-hak sahabat dan saudaraku ingin ku cintaiNYA keranaMU.. Bantu lah diriku menjauhi segala laranganMu agar ENGKAU memberikan jalan keluar atas segala urusanku.. Bantu lah aku ya ALLAH, dengan rahmat da kasih sayangMU perbaiki lah urusan ku dan jangan biarkan ku membuat keputusan sendiri walau sekelip mata.


Bantulah diriku untuk memilih solehah walau memilih solehah terasa letih, sakit dan sukar bagi diriku, namun izinkan diriku bertemu Asiah, Maryam, Khadijah dan Fatimah.