terapi iman

Tuesday, November 18, 2008

SKIM BIASISWA NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF)

BIASISWA NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF) BIL. 2/2008

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Penyelidikan National Science Fellowship (NSF) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pembiayaan pengajian peringkat sarjana dan kedoktoran secara penyelidikan sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara (PhD sahaja). Biasiswa NSF meliputi elaun sara hidup bulanan, yuran pengajian dan yuran peperiksaan.

Syarat dan kelayakan :



1. Pemohon akan berdaftar sebagai pelajar pada Semester 2 tahun 2008/2009 atau telah berdaftar sebagai pelajar pada semester 1 tahun 2008 di IPT tempatan dan luar negara.

2. Menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang berikut :

Bioteknologi

Bioteknologi Pertanian, Biofarmaseutikal, Bioteknologi Perindustrian, Genomik dan Molekular Biologi, Proteomics dan Bioteknologi Kesihatan
Industri

Nanoteknologi, Bahan Termaju, Teknologi Pembuatan Termaju, Tenaga Alternatif/Diperbaharui, Rekabentuk dan Kejuruteraan/Industri
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Cyber Security, Encrytion systems, Grid Computing & Multi Service Networks, Wireless Broadband, Micro energy systems, Micro systems (MEMS/NEMS), Bioinformatiks
Sea to Space

Aeroangkasa, Sains Marin dan Oseanografi
Pertanian

Lain-lain Bidang S & T

- Farmaseutikal
- Sains Kesihatan dan Perubatan
- Mikroelektronik
- Pengawalan Pencemaran industri dan Kejuruteraan Alam Sekitar
- Sains Makanan

3. Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi calon Sarjana dan 35 tahun bagi calon PhD pada tarikh tutup permohonan.

4. Pemohon bukan kakitangan Kerajaan atau tutor di IPTA. Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menerima sebarang sumber pembiayaan lain atau menanggung apa-apa pekerjaan.

5. Syarat akademik :
a. Permohonan di peringkat Sarjana perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau Kelas Kedua Atas (CGPA > 3.0) atau yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kerajaan ;

b. Permohonan di peringkat kedoktoran perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan/atau Ijazah SArjana yang mengkhusus dalam bidang-bidang yang disenaraikan.

6. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang berjaya akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau mana-mana agensi yang dipersetujui oleh Kerajaan.

Permohonan Biasiswa Penyelidikan NSF Bil. 2/2008 hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web :
http://ehcd.mosti.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November 2008.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

URUS SETIA BIASISWA NSF
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
UNIT HRD, SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK, BAHAGIAN PERANCANGAN
ARAS 2, BLOK C5, KOMPLEKS C, 62662 PUTRAJAYA
Tel : 03-8885 8796 / 8813; e-mel: ehcd@mosti.gov.my
Sokongan Teknikal : 03-88858157 / 8706

No comments: