terapi iman

Thursday, June 4, 2009

Hati


Hati yang lembut ...

seumpama tanah yang subur,

mudah untuk diterokai,

mudah untuk bercucuk tanam dan

mudah segala-galanya bagi seorang petani untuk mengusahakannya.





Hasilnya dari kelembutan itu juga

memberikan impak yang besar kepada tanaman

yang mampu hidup subur manakala

akar umbinya mudah menjalar di dalam tanah untuk

mencari baja demi kesuburan batang pohonnya di atas.




Begitulah diumpamakan hati yang lembut itu

seumpama tanah yang subur,

hati yang lembut mudah untuk

menerima segala ajaran dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dan

menerima baik segala nasihat-nasihat orang sekelilingnya.



Hati yang lembut itu seumpama tanah

yang memberikan kesuburan

kepada tanaman dan begitu juga hati

memberikan kesuburan kepada tumbuhnya Iman

bagi menegakkan sifat-sifat takwa yang akan

membawa kebahagian di dunia dan di akhirat.




Manakala hati yang keras pula...

seumpama tanah yang gersang

yang bukan sahaja membinasakan tanaman malah

tidak mampu pula untuk membantu

pertumbuhan tanaman di atasnya.



Begitulah diumpamakan hati yang keras...

yang sukar menerima ajaran Allah s.w.t dan Rasul-Nya

serta menolak segala nasihat-nasihat baik untuk dirinya

dari oleh sekeliling.





Hati yang keras itu...

berkait rapat dengan hasutan syaitan atau iblis,

yang mana kedua-duanya itu dijadikan dari api maka

sudah tentu sedikit sebanyak pengaruhnya

yang panas itu menguasai hati manusia sehingga menjadi keras.

Bahang kepanasan api itu

memberikan impak yang sangat besar dan

mempengaruhi hati menjadi keras, liar, jahat dan

sukar untuk menerima segala perkara yang baik.



Umat Islam dianjurkan agar...

sentiasa melembutkan hari dengan

mengingati Allah s.w.t dan mengingati mati

serta menjauhi segala perkara

yang boleh menjadikan hati kita itu keras dan degil

sama ada dari sudut permakanan, pandangan,

pendengaran dan sebagainya.





Hati yang keras...

akan menjadi sebab terheretnya kita

ke dalam neraka akibat kemungkaran

yang kita dilakukan di dunia ini.

No comments: