terapi iman

Thursday, August 21, 2014

它属于谁 ? ( Tā shǔyú shuí ) - Milik siapa?

Daku      :    assalamualaikum ayi, Ni hao ma?  ( apa khabar, makcik ? )
Makcik   :    waalaikumusalam, Wo hen hao..Ni ne? ( khabar baik, kamu ?)
Daku      :     Alhamdulillah wo ye hen hao ayi, Wo shi cong malaixiya. 
                   ( khabar baik makcik, saya dari Malaysia? )
                    Nali qingzhensi?  ( Di mana Masjid ?)
Makcik   :     Zhixing he zuo zhuan.  (Jalan terus dan belok kiri )
Daku      :    Xie-xie ayi (^^,)   ( terima kasih makcik )
Makcik   :    Mei guan xi   ( tidak mengapa ) (^^,)


Di situ orak langkahku atur, ke negara panda kaki ku pijak.Subhanallah.. di Beijing kini ku berdiri.Teringat zaman kecilku, impian itu ku tanam dan akhirnya di makbukan Allah pada saat tepat yang tidak ku rancang sama sekali ketika hati benar-benar ingin bersendiri.

Alhamdulillah.. di sana Allah pertemukan diriku dengan geng2x yang terbaik dan sporting. Kami antara group kembara yang paling ceria,"gila-gila" dan punya "dunia " kami sendiri di sana.Itulah anugerah terindah sepanjang seminggu ku di Beijing, melihat keindahan alam ciptaan Allah, mengenali cara hidup masyarakat Islam di sana, budaya, ekonomi dan politik negara komunis itu..juga tidak lupa melawat Panda yang comel di sana.Firman Allah dalam surah Az-zumar:

اللَّهُ خٰلِقُ كُلِّ شَيءٍ ۖ وَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ وَكيلٌ ﴿٦٢﴾(62) Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.لَهُ مَقاليدُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۗ وَالَّذينَ كَفَروا بِـٔايٰتِ اللَّهِ أُولٰئِكَ هُمُ الخٰسِرونَ ﴿٦٣﴾
(63) Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.


Ku tertanya sendiri, mengapa sejauh ini ku berlari demi menjauhi insan yang tiba-tiba ingin memiliki hati? kenapa tidak saja ku menerima salah seorang di antara mereka yang paling kacak,berilmu,berharta, berkerjaya dalam hidupku?? 
apalagi yang ku mahukan sebenarnya? dalam usia ku yang semakin sedikit di dunia ini..
Bagaimana harusku relakan jiwa menerima kehadiran seorang adam dalam hidupku di kala hati ini tidak siap serta masih lagi terkejut dengan kata-kata mereka yang "ingin memiliki hati"? sedangkan kita semua tahu bahawa hati itu sendiri sebenarnya BUKAN MILIK KITA! TETAPI MILIK ALLAH..
Dan mereka menuduhku "keras hati" kerna menolak setiap adam yang hadir. 
( Ohh... Ya Robb berat sungguh soal hatiku ini. )

Tidak ada seorang pun yang ingin tahu bicara hatiku.Apa yang mereka inginkan hanyalah hasrat hati mereka ku tunaikan.Sedangkan hatiku masih merangkak mengenal erti taqwa kepada ALLAH, ibadahku sekecil zarah yang bila di tiup angin terbang entah di mana, kekuatan dan kepercayaan diri yang ku telah berikan sebelum ini pecah terhempas ke tanah dipenuhi darah dan airmata dendam yang cukup menyakitkan.Hanya DIA saja yang mampu mencantum kembali deraian kepingan hatiku itu..Hanya DIA yang mengerti kesakitan hati, hanya DIA yang menjadi Pengubat segala-galanya,hanya DIA yang bila ku jauh DIA mendekat.
Terpesona dengan Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan dari hadits yang bersumber dari Anas Bin Malik Radhiyallahu 'anhu, Ia bertutur, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaii Wasallam bersabda: Allah Subhanahu Wata'ala berfirman;


"اذا تقرب العبد الى شيبرا تقربت اليه ذراعا, واذا تقرب الي ذراعا تقربت اليه با,واذا اناني بمشي آتيته هروله

"Apabila seorang Hambaku mendekatkan diri kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta, dan apabila ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka aku datang kepadanya berjalan dengan cepat". ( Shahih Bukhari no 7405)



Demi Allah, sesungguhnya yang mempunyai perhatian besar kepada masalah agamanya, dan sedar dengan kelalaian serta berharap pada hari kiamat kelak termasuk orang-orang yang selamat, pasti ia akan bersungguh-sungguh sepenuh hati untuk mengetahui hal-hal apa saja yang dapat menyelamatkan hati dan terapi penyembuhannya disamping ia menghindari dan menjauhi segala hal yang dapat merosak atau membinasakannya.Ya, ku memerlukan masa untuk menyembuhnya kerana tiada siapa yang memahami hati melainkan ALLAH hingga tiba masa segala ujian yang pahit dan sakit itu ALLAH ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Firman ALLAH dalam surah Al Insyirah ayat 5-6:


“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” .

ALLAHU AKHBAR..segalanya kini telah sembuh, Alhamdulillah..

Kehidupanku kembali seperti biasa, ceria dan matlamat untuk membahagiakan orang lain terus berjalan hingga berubah menjadi periang dengan kehadiran "Awak" dalam kembara hidupku.Namun sebelum kehadiran "Awak" Ayat-ayat Cinta ALLAH adalah penyembuh hati yang tidak pernah mengecewakanku malah menenang dan menyubur bunga-bunga iman di hati. (^^,). Kata kakakku "ALLAH sayang kat kita dan tiap yang berlaku ada hikmahnya."Awak" sepertinya jawapan dalam doaku, teman di saat ku perlukan, seorang penghibur yang bisa membuatku tersenyum 360 darjah hingga ku terlupa akan doa yang telah lama ku pohon. "Awak", insan terbaik yang ku ingin jauh untuk menjaga hati namun terasa "Awak" seperti dekat.Malah ayah bonda turut merestui persahabatan dengan "Awak".Jazakallahu khairan khasiran ya "Awak" atas segala nasihat, masa,wang ringgit yang telah diberikan padaku..Ku doakan "Awak" bahagia berjaya di dunia dan akhirat serta bertemu pasangan beriman dan terbaik yang akan menemani "Awak" dalam susah dan senang. 

(^^,)..

Cukup ALLAH saja pemilik hati ini, hanya ALLAH jua yang tahu apa yang bakal berlaku.Sedang pemilik hatiku setelah ALLAH dan Rasul masih lagi kepunyaan ayah dan bonda, mengharap doa dan restu kembara menuju anak solehah dan ketaqwaan kepada ALLAH.Ku yakin dan pasti, Allah telah atur yang terbaik untukku pada saat yang tepat. Salam Aidilfitri mohon maaf segala khilaf, semoga kita semua sentiasa dalam redha ALLAH Bahagia berjaya di dunia dan akhirat.

Menjejakkan kaki ke gigi air..baju tak basah, kaki berpasir..







Bingkisan Hati..

No comments: