Jangan marah atau JANGAN MARAH
atau Jangan..MARAH?
Terpulang pada intonasi,situasi dan suara kita menyebutnya..
Situasi di lapangan kerjaya..
ARGGGHHHHHH..!!!!
STRESS!!
SEMUANYA AKU KENA BUAT! SEMUANYA AKU YANG DIPERSALAHKAN!!
AKU!! AKU!! AKU!! BUKAN KAU? MEREKA?
YA..MEREKA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN!!
GERAMMMMMMMMMMMMM!!!! PRAKKK (Pembaris plastik ku patahkan lalu serpihan tajam mengenai pipi ku meninggalkan calar dan darah)
Huhuuu..sakit :(
Hatiku masih belum puas,amarah yang membuak-buak,panas betul hati. TAPI??
apa yang aku dapat? kepuasan?ketenangan? kebahagiaan?
Tidak! pipiku sakit ..begitu jua hatiku,pedih..
Kenapakah mesti begini jadinya?
mengapa mereka tidak sama-sama membantuku? atau sekurang-kurangnya bisa memahami bagaimana di tempat aku? INDIVIDUALISTIK! PLASTIK! TIDAK AMANAH!
Harus bagaimana ku selesaikan semuanya ini? aku jua punya perasaan..
( monologku di dalam hati)..
_______________________________________________________________________________
Situasi yang pastinya berlaku pada( Baca: Diriku dan kalian )disebabkan pelbagai perkara yang menggugat kewarasan akal dalam membuat pertimbangan iman. Mereka atau sesiapa saja bisa tertawa, memperbodohkan, mempermainkan diriku dan menuduhku cepat melenting! (BACA: BERANI BETUL BERMAIN DENGAN API YA) gara-gara sifat amarah ini.?? (BACA: tengok tempat dan situasi bagaimana boleh?) Bertahunku makan hati bersabar dek kerenah mereka, jangan sampai (BACA: Aku Berhenti Kerja!) biar mereka menilainya,buka mata serta merasai sendiri berada di tempatku.
** WO..WO..WO.. NANTI DULU.JANGAN MARAH MELULU..
BILA IMAN BERBICARA:-
"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." Surah al-Mulk: 2.
"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah." (Hadis riwayat al-Bukhari.)
Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah." Hadis riwayat Muslim.
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
Hadis riwayat al-Tirmizi.
ALLAHU rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun." Hadis riwayat Abu Daud.
ALLAH SWT pasti menguji dari titik kelemahan kita. Kenapa mesti marah? apa sebab marah? Kerana diri di aniaya,kerana hati tersakiti, kerana sikap insan lain yang ingin melepaskan diri dari tanggungjawab kerja hingga menganiaya orang lain atau sebab pangkat dan naik gaji? adakalanya marah kerana merasa diri hebat berbanding orang lain? ego? riak? kurang sabar? dendam..ahhh serabut dan kusut pemikiranku.
Aku sering menasihati hingga ku alpa bahawa barangsiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah." (Hadis riwayat al-Bukhari.)
Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
Astaghfirullah.. Sabarlah wahai diri yang sedang amarah perbanyakkan membaca doa agar di jauhi kesedihan dan tekanan perasaan;-
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim."Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah." Hadis riwayat Muslim.
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
Hadis riwayat al-Tirmizi.
ALLAHU rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun." Hadis riwayat Abu Daud.
TERAPI:
Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..
Tarik nafas..hembus.Tarik nafas sekali lagi dan hembus.. Tarik nafas dalam-dalam (istighfar dalam hati dan hembus)..cubalah untuk tersenyum buat diri sendiri.Pusingkan kedua-dua pergelangan tangan sambil tersenyum dan ucaplah Alhamdulillah kerana Allah (^^,).Lega..
Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya
No comments:
Post a Comment