terapi iman

Friday, November 16, 2007

Think Something....


Wahai insan berfikiran yang punya hati nurani..


Demi Allah,
kejarlah syurgaNya yang terbuka kepada sesiapa yang sudi dan inginkannya.
Tidakkah Tuhanmu telah pun memaktubkan kata-kataNya
bahawa syurga itu indah dan tiada apa yang seindah syurgaNya.
Tiada apa yang senang melainkan syurgaNya.
Tiada apa yang sempurna selain syurgaNya.

Begitu teliti Dia menggambarkan kehebatan hidup di sana.
Tetapi, kesenangan menjejak pintu itu disusahkan oleh diri kita yang sering dikuasai nafsu.

Dari itu, kejarlah syurga itu selagi masih terbuka ruang taubat untuk kita.
Kelekaan kita mengheret cinta dunia,
memberi kerugian yang mendalam
kerana balasan di Akhirat pasti setimpal
dan tiada 'rasuah' bakal berjalan.

Di hari 'percalaran' dunia, penyesalan sudah tiada gunanya...

No comments: