terapi iman

Wednesday, April 9, 2008

ku Mohon dgn Sangat..Ya ALLAH


Pengalaman menjadi siswi sepjg 3 thn, mengajarku erti sebuah kehidupan.Pahit manis perjalanan yg di harungi akhirnya membuahkan hasil apabila aku menerima Ijazahku pd 31 mac yg lalu.Namun di sinilah jua aku mengenali tarbiah, usrah, rehlah serta di kelilingi teman2 yg ckup istimewa yg seringkali mengingatiku erti hidup bertuhan.

Ku rindukan hidup semasa di alam campus,kini,ianya menjadi sebuah kenangan terindah watku.Ku masih teringat, ketika aku ‘down’.. murabiah kesygn ku yg kini melanjutkan Masternya di Poland sering mengingatiku supaya mengupgrade muta’baah.Persoalan pertama kami apabila berjumpa adalah “ apa khabar IMAN ari ni?” Aku yg pd mulanya tidak mengerti dgn selamba menjawab “Alhamdulillah, sihat”. Namun sebenarnya.. bukanlah khabar diriku yg di tanyakan,tetapi yg di maksudkan adalah tahap keimananku pd hari tu… yanzid wa yanqus…? Walaupun hakikatnya namaku iman. (^^,)

***Teringatku pd suatu hari selepas pulang kuliah,dengan wajah pucat dan perutku sdg menyanyikan lagu keroncong utk Murabiah…heheheh suka sgtku menyakat Wani seorg teman yg ku panggil ‘MURABIAHKU SYG’ aku di sapa kakakku.

“adik, knapa lesu aje..dh mkn?” katanya dgn senyuman meleret. Aku dgn selambanya menjwb “akk….tlg adik…huhu lapar giler tanpa kronik ni… Apa kata akk blanja adik mkn ok x?”. tetiba aku di omelinnya “adik, kalau lapar,mohonlah pd ALLAH agar memberi adik rezeki yg berkat”. Adey tazkirah yg menyentuh hati nampaknya aku dpt, lalu ku menadah tgn seraya berkata “Ya ALLAH, aku lapar Ya ALLAH, berikanlah aku sedikit makanan.. amiiinn”..lalu kakakku membawa aku ke dapur utk menikmati makanan yg telah di sediakannya dari td utkku sambil berkata “adik, ni rezki yg ALLAH berikan utk adik atas doa adik td..Hebatkan ALLAH?Jd kalau ada apa2 minta pd ALLAH tau”.

Lantas ia mengingatkanku ttg kisah Rasulullah s.a.w semasa Perang Badar Al Kubra.Di mana Rasulullah s.a.w dgn penuh khusyu’ dan merendah diri memohon kpd ALLAH agar pertolongan yg dijanjikan-NYA itu ditunaikan. Di antara doa yg di ucapkannya:

“Ya ALLAH,inilah kaum Quraisy yg dtg dgn kecongkakan & kesombongannya utk memerangi Engkau & mendustakan Rasul-Mu.Ya ALLAH, tunaikanlh janji kemenangan yg telah Engkau berikan kpdku.Ya ALLAH,kalahkan mereka esok hari”…

Dlm munajatnya,tanpa di sedari selendangnya terjatuh,sehgga Abu Bakar merasa kasihan terhadapnya kemudian memberanikan diri berkata kpd Rasulullah s.a.w “cukup Ya Rasulullah sesgghnya ALLAH S.W.T pasti akan menunaikan janji-NYA yg telah di berikan kpdmu”.

Mengapa Rasulullah s.a.w sampai merendahkan dri sedemikian rupa d hadapan ALLAH? Pdhal Beliau telah yakin akan mendptkan pertolongan sampai Beliau menyatakan :”seolah2 aku melihat tempat kematian mereka”, bahkan Rasulullah s.a.w menentukan beberapa tempat kematian mereka di tanah???

Jawabannya, bhwa keyakinan & keimanan Rasulullah s.a.w terhdp kemenangan hanyalah merupakan pembenarannya kpd janji yg tlh d berikan ALLAH kpd Rasul-NYA.tidak d ragukan lagi bhwa ALLAH S.W.T tidak akan mnyalahi janji @ mungkin Rasulullah s.a.w d beri khabar kemenangan itu di tengah peristiwa tersebut.Sehggakan di riwayatkan oleh Bukhari bhwa Rasulullah s.a.w bersabda pd Perang Badar:

“Ini adalah Jibril dlm sedang menuntun kudanya yg membawa alat perang”.

Manakala menurut Ibnu Hisyam meriwytkan bhwa Rasulullah s.a.w pengsan beberapa saat did lm khemahnya,kemudian berkata kpd Abu Bakar:

“Hai Abu Bakar, bergembiralah, pertolongan ALLAH S.W.T tlh dtg kpdmu.Itulah Jibril memegang tali kekang dan menuntun kudanya” shahihul Bukhari.

Adapun kekhusukan Rasulullah s.a.w dlm berdoa & menengadahkan kedua telapak tgnnya ke langit, maka hal itu sudah mnjd tugas ‘ubudiah’ yg mnjd tujuan penciptaan manusia.Dan itulah harga kemenangan secara kontan.Tidak ada sesuatu yg lbh besar utk mendekatkan diri kpda ALLAH S.W.T kecuali sikap ‘ubudiah’ di hadapan ALLAH S.W.T.Segala bentuk musibah & bencana yg menimpa manusia dlm kehidupan ini hanyalah merupakan peringatan yg menyadarkannya terhdp kewajipan ‘ubudiah’ kpda ALLAH S.W.T & mengingatkannya kpda Keagungan & kekuasaan ALLAH S.W.T Yg Maha Besar.Agar manusia lari menuju ALLAH S.W.T & mnyatakan segala kelemahannya di hdpn ALLAH serta memohon perlindungan kpd-NYA dari segala fitnah dan cubaan.

‘Ubudiah’ yg tercermin dr kekhusukan doa Rasulullah s.a.w meminta kemenangan kpda ALLAH S.W.T merupakan ‘harga’ yg berhak mndptkan dukungan ALLAH S.W.T did lm pertempuran tersebut.Hal ini secara tegas d nyatakan oleh ayat:

“Ingatlh, ketika kamu memohon pertolongan kpd Rabbmu lalu d perkenankannya bagimu.’’
Sesgghnya Aku akan mendtgkan bala bantuan kpda kamu dgn Seribu malaikat yg dtg secara bergelombang”. ( surah al anfal:9)

Bandingkanlah sikap ‘ubudiah’ yg dtunjukkan Rasulullah s.a.w ini beserta hasil2nya itu dgn sikap congkak & sombong yg di tunjukkan Abu Jahal ketika berkata: “kami xakan pulang sebelum tiba di Badar.Di sana kami akan memotong ternak, makan beramai-ramai & minum arak sambil menyaksikan perempuan2 menyanyikan lagu2 hiburan.Biarlah semua org Arab mendengar berita ttg perjlnan kita semua dan biarlah mereka ttp gentar kpd kita selama2nya”. Beserta sgala akibat yg d timbulkannya.

‘Ubudiah’ dan kepatuhan kpd ALLAH S.WT mghasilkan izzah & kemuliaan yg membuat wajah dunia tertunduk kpdnya.Sementara congkak & sombong itu merupakan kepalsuan dan pusara kehinaan yg di gali oleh dan utk para pemilik sikap tersebut.

No comments: