terapi iman

Wednesday, February 4, 2009

Fitrah Nur Kasih



Jauh di sudut hati

fitrah kasih perlukan perhatian

perlukan kasih sayang

dambakan belaian

namun…

tak sanggupku

menggapainya

lalai pada kasih hambaMu

membalas pandangan dan lirikan manja

sebelum sampai ia halal dan hak bagiku

dan melebihi cinta hakiki

serta tanpa redhaMu Rabbi…

tak sanggupku membeli harga kasih insan

tanpa restuMu, Ilahi

tak sanggupku mengorbankan zauq dihati

tawadhu’ suci padaMu ya rabbul Izzati…



kerna kutahu

perit dan luka ‘kehilanganMu’

pedihnya hati terhijab

pilunya ibadah lesu tak bermaya

hanya kerana indah yang sementara

hanya kerana pinjaman ciptaanMu ya Rahman…

tak rela kumenempuhinya lagi

mengundang kosong dan hina dihati

resah, terhalang hati padaMu Rabbi…



Ya Rabbi…

Biarlah aku tunduk malu dari membalasnya

mengorbankan rasa yang sementara

memekar rasa malu padaMu

jika itu menambah tawadhu’ku padaMu

biarlah kuserah segalanya padaMu

mohon kekuatan iman menempuhnya

kerna kupasti

Kau Maha Memelihara

Kau Maha Melindungi

Kau Maha Memimpin hatiku

Dan kuyakini

takdir pelengkap dan pendampingku

juga akan Kau didik

akan Kau suluhi

akan Kau tunjuki

soleh pada hati dan peribadinya

merajaiMu dihati dan jiwa

mengutamakan redhaMu dari segalanya

menjaga dan memimpin jiwa biar kasih berbunga

akan bijak mengatur adab menyunting surinya

mendidik dan menyulam kasih dalam redha ar-rahmannya






Kumohon ya Rabbi…

Jika dia@siapapun takdirMu untukku

Dia dan hatinya, aku dan hatiku, segalanya

kuserah padaMU Ilahi

kerna kutahu

segala hati milikMu

Engkaulah sebaik-baik dan semulia-mulia

Maha Merencana



Dengarkan Ya Rabbul Izzati…

Biarlah semuanya tercipta

dalam redha dan kasihMu

terpelihara dan dipermudah tautan hati

jadi ikatan, aqad, jadi ibadah suci

agar takdir ini memimpin kami

untuk saling menyelamatkan

melindungi dan melengkapi

menuju syurgaMu



Sungguh ya Rahman….

Tiada yang paling berharga padaku

melainkan redhaMU

melingkari dan melindungi hidupku

harta hebat tak terbanding

mencipta tenang dihati

bahagia tiada tandingannya



Ya Ilahi…

jika suatu kasih itu kau ciptakan milikku

terbaik padaMu untukku dan ummah dunia akhiratku

kumohon permudahkanlah jalannya

disulami iman dan taqwa dihati

suci dalam rahman dan rahimMu Rabbi

disuluh pandangan rahmat dan kasihMu ya Ilahi

kerna kuyakini fitrah nur kasih inilah

jalan…

menuju matlamat dan cita-citaku…

keredhaanMu…yang paling beerti buatku

jua dia…takdirMU untukku…

ameen ya Rabbal ‘alameen…




Sumber:http://syazaimah.blog.friendster.com/
Jazakillah
kak zai...(^^,)

No comments: