terapi iman

Thursday, February 5, 2009

Mujahid kecilku sayang


"Harimau...cha 'in dah dapat adik tau. Cha'in tak boleh gembeng2 lagi.Cha'in kena kuat untuk melindungi adik Cha'in kan?Nama adik Mohd Aniq Syirhan..Ada ke maksu nak panggil Chian.Nanti macam Upin Ipin plak tapi kami Chain Chian...hehehheh (^^,)

Tatu - tatu caya cayang ALLAH
Dua - dua cayang Rasulullah
Tiga - tiga cayang Abu(Ibu)ayah,
Tatu, dua, tiga cayang cmuanya..

Itulah lagu yang selalu di nyanyikan oleh anak saudara sepupuku Mohd Akid Shain ( cha 'in) yang berusia dua tahun.Cicit lelaki yang begitu keletah juga pelat kini semakin membesar sebagai seorang abang.Di lahirkan pada 31/1/2007 yang lalu.Seorang anak yang periang,gembeng(selalu nangis), manja,nakal sering menjadi perhatianku tatkala pulang ke kampung.

Setiap pagi, dia akan ke bilik untuk mengejutkanku dari di buai mimpi."Ak yong! angun" katanya. Bermaksud Mak long! bangun..ku sengaja membuat2 lelap seusai Solat Subuh untuk menerima tetamu istimewaku ini.

Kini, ku tidak sabar untuk melihat adik cha 'in yang juga di lahirkan pada tarikh yang sama dengannya iaitu 31/1/2009 yang lalu di Hospital Melaka.Bayi lelaki kedua yang bakal menggegarkan teratak mak di kampung.Ku berdoa semoga dengan kehadiran si kecil ini, dapat menyinari kembali hati mak yang sepi kini.




Untuk dua putera Mujahid Mak Long....
Mak long sayang kalian berdua.Semoga membesar dalam tarbiyah Islam secukupnya.Menjadi anak Soleh penawar hati ibu ayah.Juga pengubat kesunyian Mak Long juga ya.

SubhanaLLAH...Maha Suci ALLAH...ALLAHU AKHBAR! Allah Maha Besar.Kagum ku dengan segala ciptaan-NYA...


Assalamualaikum semua...
Hai semua...semoga kita saling mndoakan,merapatkan Ukhuwah Islamiah untuk terus sama-sama berjuang demi Islam tercinta.Buatmu saudara-saudaraku di bumi Palestin! ku tetap bersama kalian dan yakinlah ALLAH bersama kita.ALLAHU AKHBAR!!!


Coretan ketenangan,
Norashikin
10 Safar 1430Hijrah

2 comments:

mawaddah said...

comelnya dia.... comel ladi dia dh pandai nyanyi pujian kepada Allah...moga menjadi insan yg teguh imannya

ImaNaShikiN said...

comel3..
teringin nak jadi budak kecik lagi hehhee..amiin...utk akk jua.