terapi iman

Thursday, April 23, 2009

Warkah Putih dari Anakanda


Assalamualaikum...

Kehadapan bondaku sayang semoga berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang...^^,)

Bondaku sayang...

Biar berguguran kasih sayang kerana keredhaan ALLAH,
Kuntuman cinta yang mekar mewangi
bila redhaNYA melimpahi bumi,
Cinta kasih ALLAH itu penjamin segala kebahgiaan di dunia dan akhirat

Biar menderita hati yang luka
kerana ada yang lebih utama
moga pohon kasih mekar tumbuh mewangi disirami hujan keimanan
nun disitulah cinta ketekunan bersemi
kerana sering di bajai oleh penderitaan -anakmu-

tujuan sebenar anakanda titipkan warkah putih ini untuk meluahkan isi hati bahawa anakanda amat menyintai dan menyayangi bonda setulus hati anakanda setelah ALLAH dan Rasul.Bonda,tiada insan lain yang bisa menggantikan tempat bonda di hati anakanda sebagai Ratu bidadari.Maha Pengasih & Maha Penyayang ALLAH kerana menghadiahkan bonda dalam hidup anakanda..tiada kata yang selayaknya dapat anakanda ungkapkan di atas pemberian ini melainkan segunung kesyukuran pada Illahi.ALHAMDULILLAH....

Bondaku sayang...

kini keadaan anakanda semakin pulih, setelah hampir 2 minggu di landa demam urat dan insya ALLAH... anakanda akan terus mendapatkan rawatan susulan bersama pakar pada 11.5.2009 untuk penyakit anakanda.Bonda,anakanda mohon untaian doa untuk anakanda di sini.

Aduhai bondaku sayang...

Usahlah bonda bersedih hati dan khuatir akan keadaan anakanda di sini,kata-kata dan semangat bonda sentiasa menemani anakanda.Tanpa anakanda sedar, kata-kata yang bonda lafazkan selama ini rupanya termaktub dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.Firman ALLAH :

“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. (9:40)

"(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati"(93:3-5)

Hadis ke-19:

Dari Abu Al Abbas Abdullah bin Abbas radhiallahuanhuma, beliau berkata :
Suatu saat saya berada dibelakang nabi shollallohu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bersabda :

"Wahai ananda, saya akan mengajarkan kepadamu beberapa perkara:

Jagalah Allah, niscaya dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya Dia akan selalu berada dihadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika sebuah umat berkumpul untuk mendatangkan manfaat kepadamu atas sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kecuali apa yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka berkumpul untuk mencelakakanmu atas sesuatu , niscaya mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali kecelakaan yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering."
(Riwayat Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

Dalam sebuah riwayat selain Turmuzi dikatakan :
"Jagalah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya didepanmu. Kenalilah Allah di waktu senggang niscaya Dia akan mengenalmu di waktu susah. Ketahuilah bahwa apa yang ditetapkan luput darimu tidaklah akan menimpamu dan apa yang ditetapkan akan menimpamu tidak akan luput darimu, ketahuilah bahwa kemenangan bersama kesabaran dan kemudahan bersama kesulitan dan kesulitan bersama kemudahan)."

kan anakanda jadikan panduan dalam menyelusuri kehidupan ini.Bonda,apa agaknya sedang bonda lakukan tika ini? anakanda rindu sekali saat-saat bersama bonda.Mesti bonda keletihan melakukan 2 kerja dalam 1 masa kan...kagum anakanda melihat ketabahan bonda, di dalam menjalankan amanah sebagai kakitangan perubatan di hospital bonda masih tersenyum menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan umi.Terfikir di benak anakanda, mampukah anakanda sehebat bonda? menjadi belahan jiwa yang solehah di hati suami dan teman sejati yang paling memahami di mata kami anak-anak bonda.

Bonda & Ayahandaku sayang...

jazakallahu khairan khasiran kerana sanggup bersengkang mata merawat anakanda di saat anakanda terlantar sakit.Terima kasih atas segala-galanya...Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas segala kebaikan dan pengorbanan yg bonda ayahanda curahkan untuk anakanda.Doakan anakanda ya bonda ayahanda...semoga diri ini bisa menjadi permata hati penyejuk mata kalian berdua jua mawar berduri di jambangan dakwah.

Bondaku sayang : Siti Hawa...selamat hari ibu yang bakal tiba...semoga bonda dipilih ALLAH menjadi bidadari yang paling cantik di syurganya nanti.

Ayahandaku sayang: Abd Hamid...selamat hari bapa yang akan tiba...semoga ayahanda menjadi penghulu yang bakal menyelamatkan ahli-ahli rumahnya dari api neraka....

Salam Penuh Kasih Sayang
Anakandamu Norashikin
28 Rabiulakhir 1430 hijrah
khas untuk bondaku...


Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS



Anjuran Bersama :

AMAN PALESTIN BERHAD & PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)


9 MEI 2009

8 pagi – 5 petang

Dewan Merdeka

Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC

Siapa Panelis?

Dr. Muhsin Saleh

Pengarah El Zaytouna Centre for Studies and Consultations di Beirut, Lubnan

Profesor Sejarah dan Kontemporari Arab Moden

Dr Azzam al-Tamimiy

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London

Dr. Roslan bin Mohd Nor

Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya

Phd Kajian Jurusalem – Islam



Kenapa mesti datang?

Menunjukkan kesungguhanan dan solidariti bersama pejuang dan rakyat Palestin untuk membebaskan bumi Anbiya’ iaitu Palestin daripada cengkaman Zionis - Israel. Mendapatkan kefahaman tentang empayar “Israel Raya” yang sedang dibina oleh Zionis, serta ancaman bahayanya kepada ummat Islam khususnya, bahkan dunia amnya. Mendapatkan kefahaman tentang propaganda dan dakyah negatif Zionis kepada ummat Islam, bahaya yang dibawanya serta langkah menghadapi ancaman propaganda Zionis itu. Mendapatkan kefahaman bahawa akhirnya usaha Zionis hanyalah sia-sia dan pasti menuju kehancuran, bahkan mereka sedang menuju kehancuran. Mendapatkan kefahaman bahawa perjuangan jihad ummat Islam seluruh dunia terutama dalam membela Palestin akan berjaya, bahkan ia adalah sesuatu yang pasti kerana telah dijanjikan oleh Allah swt. Menunjukkan solidariti dalam mencabar Zionis di persada media antarabangsa bahawa kita ummat Islam bukanlah lemah, bahkan kita sedang bangkit. Biar Zionis terkejut dengan cabaran kita bahawa ‘Agenda Zionis Akan, Bahkan Pasti Berakhir’. Jom datang sertai 3,000 atau lebih peserta konvensyen. Tunjukkan solidariti mencabar Zionis laknatullah!

Apa yang menarik?

Mari bersama-sama mendengar amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Y.B Mej. Jen. Dato' Haji Jamil Khir bin Haji Baharom berhubung agenda Zionis dalam Ucapan Perasmian beliau di konvensyen ini. Mari bersama-sama mendengar pembentangan yang insyaAllah sangat menarik daripada 3 panelis yang sangat pakar dalam isu Zionisme, lagi masyhur di persada antarabangsa dan nasional. Salah seorang panelis adalah anak Malaysia. Inilah semangat anak Malaysia untuk dein Allah Islam dan bumi para ambiyak Palestin.

Dr Roslan Mohd Nor adalah anak Malaysia, pakar isu Zionisme yang dimaksudkan, kini Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya adalah pemegang PhD dalam bidang Kajian Jerusalem-Islam, Aberdeen University, Scotland.

Panelis kedua ialah Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab. Beliau pernah menjadi ‘visiting’ Profesor di Universiti Kyoto (2004) dan Universiti Nagoya(2006) dan telah menerbitkan beberapa buah buku termasuk Democrat within Islamism (Oxford University Press, New York 2001), Islam and Secularism In The Middle East (Hurst London dan NY University Press, New York, 2000) dan HAMAS, The Unwritten Chapter.

Panelis ketiga ialah Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan. Mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah Profesor Sejarah Kontemporari dan Arab Moden, pernah menjadi penerima Anugerah Bait-Al-Maqdis untuk Ilmuwan Muslim Muda oleh Islamic Research Academy, UK. Pakar kajian Palestin ini adalah juga pembantu editor untuk 15 buah buku, editor laporan tahunan Palestinian Strategic Report dan akhbar elektronik Palestinian Today sebanyak lebih daripada 1400 keluaran.



Di konvensyen ini, apa nak dibincangkan?

Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat.
Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis
Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan.
Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini.




Jom daftar sekarang!

Sebelum 3 000 tempat duduk penuh



Cara 1 : Tel 03 8926 7019 Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 2 : Fax 03 8925 9963 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 3 : Email kbaz2009@yahoo. com Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 4 : Sms 019 607 7372 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC




Bayar masuk RM10 semasa hadir



Lawati www.kbaz.net


Aturcara:

Sabtu 9 Mei 2009

8.00 – 8.30 pg Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg Pembentangan 1 – Dr. Roslan bin Mohd Nor

(Kejatuhan Islam Dan Kewujudan Negara Israel)



9.30 – 10.00 pg Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg Majlis Perasmian

Ucapan Alu-aluan

Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA



Ucapan Perasmian

YB Senator Dato’ Mejar Jeneral (B) Jamil Khir b Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri



10.45 – 11.00 pg Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimiy

(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat)



12.00 – 1.00 ptg Pembentangan 3 – Dr. Muhsin Soleh

(Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan)



1.00 – 2.00 ptg Rehat / Makan / Solat

2.00 – 3.00 ptg Pembentangan 4 – Dr. Azzam al-Tamimiy

(Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis)



3.00 – 4.00 ptg Pembentangan 5 – Dr. Muhsin Soleh

(Kebangkitan Islam Di Palestin Dan Status Agenda Zionis Masa Kini)



4.00 – 5.00 ptg Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai oleh

Dr. Kamil Azmi bin Tohiran

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional PEMBINA

Saturday, April 18, 2009

Izainkan Anakmu Istiqomah...Wahai Ayah bonda

Penulis: Ummu Rumman
Muroja’ah: Ustadz Abu Salman

Duhai, betapa indahnya jika kita bisa membahagiakan orang tua kita. Orang tua yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Orang tua yang telah mendidik dan merawat kita sedari kecil. Orang tua yang telah mengerahkan segala yang mereka punya demi kebahagiaan kita, anak-anaknya. Terima kasihku yang tak terhingga untukmu wahai Ayah Ibu.


Allah berfirman, yang artinya, “Dan Rabbmu telah memerintahkan kepada manusia janganlah ia beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya.” (Qs. Al Israa’ 23)

Alangkah bahagianya seorang anak yang bisa menjalankan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, dengan mendapatkan dukungan dari orangtuanya.

Akan tetapi, bagaimana jika orang tua melarang kita melakukan kebaikan berupa ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya? Keistiqomahan kita, bahkan bagaikan api yang menyulut kemarahan mereka.

Di antara mereka bahkan ada yang menyuruh pada perbuatan yang dilarang Allah? Bagaimanakah seharusnya sikap kita?

Jika teringat kewajiban kita untuk berbakti pada mereka, terlebih teringat besarnya jasa mereka, berat hati ini untuk mengecewakan mereka. Sungguh hati ini tak tega bila sampai ada perbuatan kita yang menjadikan mereka bermuram durja.

Kaidah Birrul Walidain

Saudariku, durhaka atau tidaknya seorang anak tetaplah harus dipandang dari kacamata syariat. Tak semua anak yang melanggar perintah orang tua dikatakan anak durhaka. Karena ketaatan pada orang tua tidak bersifat mutlak. Tidak sebagaimana ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya yang sifatnya mutlak.

Ada beberapa hal yang sering dianggap sebagai kedurhakaan pada orang tua, padahal sebenarnya bukan. Antara lain:

1. Anak menolak perintah orangtua yang melanggar syariat Islam

Pada asalnya, seorang anak wajib taat pada orangtuanya. Akan tetapi jika yang diperintahkan orang tua melanggar syariat, maka anak tidak boleh mentaatinya. Yaitu jika orang tua memerintahkan anak melakukan kesyirikan, bid’ah dan maksiat. Contoh konkritnya: orang tua memerintahkan anak memakai jimat, orang tua menyuruh ngalap berkah pada kyai A, orang tua menyuruh anak berjabat tangan dengan lelaki bukan mahrom, dll. Maka, saat sang anak menolak hal tersebut tidaklah dikatakan durhaka. Bahkan ini termasuk bakti kepada orang tua karena mencegah mereka dari perbuatan haram.

Allah berfirman yang artinya, “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.” (Qs. Luqman: 15)

Namun, seorang anak hendaknya tetap menggunakan adab dan perkataan yang baik. Dan terus mempergauli dan mendakwahi mereka dengan baik pula.

2. Anak tidak patuh atas larangan orangtua menjalankan syariat Islam

Tidak disebut durhaka anak yang tidak patuh saat orangtuanya melarang sang anak menjalankan syariat Islam, padahal di saat itu orang tua sedang tak membutuhkannya (misal karena orang tua sedang sakit atau saat keadaan darurat). Contoh konkritnya: melarang anaknya shalat jama’ah, memakai jilbab, berjenggot, menuntut ilmu syar’i, dll.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah wajib mentaati makhluk yang memerintah agar maksiat kepada Allah.” (HR. Ahmad). Dan di dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan pula bahwasanya ketaatan hanya dilakukan dalam perkara yang baik. Maka janganlah engkau melakukan perkara yang haram dengan alasan ingin berbakti pada orang tuamu. Tidak wajib bagimu taat pada mereka dalam bermaksiat pada Allah.

3. Orang tua yang marah atas keistiqomahan dan nasihat anaknya

Seorang anak wajib menasihati orang tuanya saat mereka melanggar syariat Islam. Apabila orang tua sakit hati dan marah, padahal sang anak telah menggunakan adab yang baik dan perkataan yang lembut, maka hal ini tidak termasuk durhaka pada orang tua.

Saat gundah menyapamu, …
Bagaimana ini, aku telah membuat orang tuaku marah? Padahal bukankah keridhaan Allah bergantung pada keridhaan kedua orang tua. Kemurkaan Allah, bergantung pada kemurkaan kedua orang tua (HR. Tirmidzi)?
Saudariku, marahnya orang tua atas keistiqomahan dan nasihat anak, tidaklah termasuk dalam hadits di atas. Hadits di atas tidak berlaku secara mutlak, kita tetap harus melihat kaidah birrul walidain.

Ingatlah saat Nabi Ibrahim menasihati ayahnya, “Wahai ayahku, janganlah kamu menyembah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu durhaka kepada Allah Yang Maha Pemurah.” (Qs. Maryam: 44). Orang tua yang menolak kebenaran Islam kemudian mendapat nasihat dari anaknya, kemungkinan besar akan marah. Tapi sang anak tetap tidak dikatakan durhaka.

Saudariku, bila orangtuamu marah atas keistiqomahanmu, maka ingatkan dirimu dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Siapa yang membuat Allah murka karena ingin memperoleh ridha manusia, maka Allah akan murka padanya dan Allah menjadikan orang yang ingin ia peroleh ridhanya dengan membuat Allah murka itu akan murka padanya. Dan siapa yang membuat Allah ridha sekalipun manusia murka padanya, maka Allah akan ridha padanya dan Allah menjadikan orang yang memurkainya dalam meraih ridha Allah itu akan ridha pula padanya, sampai-sampai Allah akan menghiasi si hamba dan menghiasi ucapan dan amalannya di mata orang yang semula murka tersebut.” (HR. Ath Thabrani)

Subhanallah. Perhatikanlah hadits di atas! Ketika engkau menaati orang tuamu dalam bermaksiat pada Allah, agar orang tuamu ridha. Sedangkan sebenarnya Allah Murka padamu. Maka, bisa jadi Allah justru akan membuat orang tuamu tetap murka pula kepadamu. Meski engkau telah menuruti keinginan mereka.
Dan sadarkah engkau, saat engkau menuruti mereka dalam perbuatan maksiat pada Allah, maka sejatinya perintah mereka akan terus berlanjut. Tidakkah engkau khawatir Allah akan murka pada orangtuamu disebabkan mereka terus memerintahkanmu bermaksiat kepada-Nya.

Saudariku, bukankah hati kedua orang tuamu berada di genggaman Allah. Maka, yang terpenting bagimu adalah berusahalah meraih ridha Allah dengan keshalihan dan keistiqomahanmu. Semoga dengan demikian Allah Ridha padamu. Semoga Allah menghiasi ucapan dan amalan kita sehingga orang tua kita pun -bi idznillah- akhirnya ridha kepada kita.

Akhlaq Mulia, Penarik Hati yang Banyak Dilalaikan

Ustadz Abdullah Zaen, Lc dalam bukunya 14 Contoh Praktek Hikmah dalam Berdakwah berkata, “Kerenggangan antara orangtua dan anak itu seringkali terjadi akibat ‘benturan-benturan’ yang terjadi dampak dari orang tua yang masih awam memaksa si anak untuk menjalani beberapa ritual yang berbau syirik, sedangkan si anak berpegang teguh dengan kebenaran yang telah ia yakini. Akhirnya yang terjadi adalah kerenggangan di antara penghuni rumah tersebut. Hal itu semakin diperparah ketika si anak kurang bisa mencairkan suasana dengan mengimbangi kesenjangan tersebut dengan melakukan hal-hal yang bisa membahagiakan orangtuanya. Padahal betapa banyak hati orang tua -bi idznillah- yang luluh untuk menerima kebenaran yang dibawa si anak bukan karena pintarnya anak beragumentasi, namun karena terkesannya sang orang tua dengan akhlak dan budi pekerti anaknya yang semakin mulia setelah dia ngaji!! Penjelasan ini sama sekali tidak mengecilkan urgensi argumentasi yang kuat, namun alangkah indahnya jika seorang muslim apalagi seorang salafi bisa memadukan antara argumentasi yang kuat dengan akhlak yang mulia!.”

Maka, akhlaq yang mulia adalah jalan terdekat menuju luluhnya hati orangtua. Anak adalah mutiara hati orang tua. Saat mutiara itu bersinar, hati orang tua mana yang tidak menjadi terang.

Percaya atau tidak. Kedekatanmu kepada mereka, perhatianmu, kelembutanmu, bahkan hanya sekedar wajah cerah dan senyummu di hadapan mereka adalah bagaikan sinar mentari yang menghangatkan hati mereka.

Sayangnya, banyak dari kita yang justru melalaikan hal ini. Kita terlalu sibuk dengan tuntutan kita karena selama ini orangtua-lah yang banyak menuruti keinginan kita. Seakan-akan hanya orangtua-lah yang wajib berlaku baik pada kita, sedang kita tidak wajib berbuat baik pada mereka. Padahal, kitalah sebagai anak yang seharusnya lebih banyak mempergauli mereka dengan baik.

Kita pun terlalu sibuk dengan dunia kita. Juga sibuk dengan teman-teman kita. Padahal orang tua hanya butuh sedikit perhatian kita. Kenapakah kita begitu pelit mengirimkan satu sms saja untuk menanyakan kabar mereka tiap hari? Sedangkan berpuluh-puluh SMS kita kirimkan untuk sekadar bercanda ria dengan teman kita.

Kemudian, beratkah bagi kita untuk menyenangkan mereka dengan hadiah? Janganlah engkau remehkan meski sekedar membawa pulang oleh-oleh seplastik singkong goreng kesukaan ayah atau sebungkus siomay favorit ibu. Harganya memang tak seberapa, tapi hadiah-hadiah kecil yang menunjukkan bahwa kita tahu apa kesukaan mereka, apa yang mereka tak suka, dan apa yang mereka butuhkan, jauh lebih berharga karena lebih menunjukkan besarnya perhatian kita.

Dakwahku, Bukti Cintaku Kepada Ayah Ibu…

Hakikat kecintaan kita terhadap seseorang adalah menginginkan kebaikan bagi dirinya, sebagaimana kita menginginkan kebaikan bagi diri kita sendiri. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak akan sempurna keimanan salah seorang di antara kalian, sehingga dia mencintai bagi saudaranya sebagaimana dia mencintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhari dan Muslim). Maka, wujud kecintaan kita kepada orangtua kita adalah mengusahakan kebaikan bagi mereka.
Tahukah engkau kebaikan apa yang dimaksud?

Seorang ayah telah berbuat baik kepada anaknya dengan pendidikan dan nafkah yang diberikan. Sedangkan ibunya telah merawat dan melayani kebutuhan anak-anaknya. Maka sudah semestinya anaknya membalas kebaikan tersebut. Dan sebaik-baik kebaikan adalah mengajak mereka kepada kebahagiaan dan menyelamatkan mereka dari api neraka. Allah Ta’ala berfirman, yang artinya, “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu.” (Qs. At Tahrim 6)

Saudariku, jika engkau benar-benar mencintai orangtuamu, maka jadikanlah dakwahmu sebagai bakti terindahmu kepada mereka. Ingatlah lagi mengenai dakwah Nabi Ibrahim kepada orangtuanya. Bakti pada orang tua sama sekali tidak menghalangi kita untuk berdakwah pada mereka. Justru karena rasa cintalah, yang membuat kita menasihati mereka. Jika bukan kita, maka siapakah lagi yang akan mendakwahi mereka?

Apakah harus dengan mengajak mereka mengikuti kajian? Jika bisa, alhamdulillah. Jika tidak, maka sesungguhnya ada banyak cara yang bisa engkau tempuh agar mereka bisa mengetahui ilmu syar’i dan mengamalkannya.

Jadilah engkau seorang yang telaten dan tidak mudah menyerah dalam berdakwah kepada orang tuamu.
Ingatlah ketika engkau kecil. Ketika engkau hanya bisa tidur dan menangis. Orangtuamulah yang mengajarimu, mengurusmu, memberimu makan, membersihkanmu dan memenuhi kebutuhanmu. Ketika engkau mulai merangkak, kemudian berdiri, dengan sabar orangtuamu memegang tanganmu dan melatihmu. Dan betapa senangnya hati orangtuamu melihat langkah kaki pertamamu. Bertambah kesenangan mereka ketika engkau berjalan meski dengan tertatih-tatih. Saat engkau telah bisa berlari-lari, pandangan orangtuamu pun tak lepas darimu. Menjagamu dari melangkah ke tempat yang berbahaya bagimu.

Ketika engkau mulai merasa letih berdakwah, ingatlah bahwasanya orangtuamu telah membesarkanmu, merawatmu, mendidikmu bertahun-tahun tanpa kenal lelah.

Ya. Bertahun-tahun mereka mendidikmu, bersabar atas kenakalanmu… Maka mengapakah engkau begitu mudahnya menyerah dalam berdakwah kepada mereka? Bukankah kewajiban kita hanyalah menyampaikan, sedangkan Allah-lah Yang Maha Pemberi Hidayah. Maka teruslah berdakwah hingga datang waktunya Allah Membuka hati kedua orangtua kita.

Landasi Semuanya Dengan Ilmu

Seorang anak dengan sedikit ilmu, maka bisa jadi ia akan bersikap lemah dan mudah futur (putus asa) saat menghadapi rintangan dari orangtuanya yang sudah banyak makan garam kehidupan. Bahkan, ia tidak bisa berdakwah pada orang tuanya. Sedangkan seorang anak yang ilmunya belum matang, bisa jadi ia bersikap terlalu keras. Sehingga orangtuanya justru makin antipati dengan dakwah anaknya.

Maka, bekalilah dirimu dengan ilmu berdasarkan Al Qur’an dan Sunnah berdasarkan pemahaman yang benar, yaitu pemahaman salafush shalih. Karena dengan ilmulah seorang mampu bersikap bijak, yaitu mampu meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.

Dengan ilmulah kita mengetahui hukum dari permasalahan yang kita hadapi dan bagaimana solusinya menurut syariat. Dengan ilmulah kita mengetahui, pada perkara apa saja kita harus menaati orang tua. Pada perkara apa sebaiknya kita bersikap lembut. Dan pada perkara apakah kita harus teguh layaknya batu karang yang tetap berdiri tegak meski berkali-kali dihempas ombak. Dan yang tidak kalah pentingnya kita bisa berdakwah sesuai dengan yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.

Maka tidak benar jika saat terjadi benturan sang anak justru berputus asa dan tidak lagi menuntut ilmu syar’i. Padahal dia justru sangat butuh pada ilmu tersebut agar dapat menyelesaikan permasalahannya. Saat terjadi konflik dengan orang tua sehingga engkau kesulitan mendatangi majelis ilmu, usahakanlah tetap menuntut ilmu meski hanya sekedar membaca buku, mendengar rekaman kajian atau bertanya kepada ustadz. Dan segeralah kembali ke majelis ta’lim begitu ada kesempatan. Jangan lupa! Niatkanlah ilmu yang kau cari itu untuk menghilangkan kebodohan pada dirimu dan orang lain, terutama orangtuamu. Karena merekalah kerabat yang paling berhak atas dakwah kita.

Karena itu, wahai saudariku…
Istiqomahlah!
Dan bingkailah keteguhanmu dengan ilmu dan amal shalih
Hiasilah dirimu di depan orangtuamu dengan akhlaq yang mulia
Tegar dan sabarlah!
Tegarlah dalam menghadapi rintangan yang datang dari orangtuamu.
Dan sabarlah dalam berdakwah kepada orang tuamu
Tetap istiqomah dan berdakwah. Sambil terus mendoakan ayah dan ibu
Hingga saat datangnya pertolongan Allah…
Yaitu saat hati mereka disinari petunjuk dari Allah
insyaa Allah

Teriring cinta untuk ibu dan bapak…
Semoga Allah Mengumpulkan kita di surga Firdaus-Nya. Amiin.

Maraaji’:

Durhaka kepada orang Tua oleh ustadz Aunur Rofiq bin Ghufron, majalah Al Furqon edisi 2 Tahun IV
14 Contoh Praktek Hikmah Dalam Berdakwah, Ustadz Abdullah Zaen, Lc.
Kajian Bahjah Qulub Al Abror oleh ustadz Abu Ukkasyah Aris Munandar, tanggal 4 November 2007
***

sumber :http://muslimah.or.id

Sunday, April 12, 2009

Baca, Fahami & Hayati

PRISON BREAK

Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab “penjara justeru adalah sebahagian madrasah-nya pejuang”

“ALLAH adalah walinya orang-orang yang beriman, mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (keimanan)..”

(Surah al-Baqarah [2]:257)

Begitu ALLAH bercerita tentang diri-Nya sebagai wali, yang dengan cahaya petunjuk-Nya, yang dengan keindahan deen Islam yang diredhai-Nya, yang dengan mujahadah dan bergeraknya kerja dakwah kepada-Nya, lantas manusia-manusia pilihan untuk dijadikan orang-orang yang beriman, bukan sekadar memasuki sebuah “cahaya” kehidupan, bahkan terkeluarlah mereka daripada sebuah belenggu kegelapan.

Inilah indahnya dakwah itu. ALLAH SWT tidak sekadar mengatakan betapa dakwah ini berkeupayaan untuk menukar manusia daripada kelamnya sebuah kegelapan kepada terangnya cahaya kehidupan, tetapi DIA mengungkapkan betapa manusia yang dipilihnya untuk tersentuh dengan dakwah ini bahkan “yukhrijuhum” “dikeluarkan” daripada kegelapan, menuju “an-nuur” “cahaya” petunjuk yang menjamin sebuah kebahagiaan.

Kenapa harus ALLAH mengatakan dakwah itu “mengeluarkan” manusia daripada kegelapan? Kerana itulah hakikatnya kehidupan manusia, begitu ia jauh daripada cahaya dakwah yang terang-benderang. Manusia hari ini justeru terbelenggu, terperangkap, terpenjara di dalam “penjara kehidupan”, yang berselindung di sebalik nama keseronokon, hiburan, pergaulan bebas, membuat noda, dan hal-hal duniawi lain yang sewaktu dengannya. Inilah penjara yang paling merbahaya sekali -persis gambaran yang diberikan as-syahid Sayyid Qutb- iaitu penjara dunia tanpa gerigi. Di sini, mereka bahkan menikmatinya, saat-saat tahanan yang justeru bakal membawa seribu satu penyesalan begitu hadir perhitungan Akhirat yang menggerunkan.

Lantas, dakwah ini hadir, untuk “mengeluarkan” mereka dari penjara itu. Dakwah ini hadir umpama “Prison Break” yang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu oleh fitrah dan hati nurani manusia yang sebetulnya suci setulus rohnya yang mengungkapkan keimanan (lihat surah 7:172) suatu masa dahulu. Lantas “Prison Break” bernama dakwah inilah yang menjadikan “rating” mereka mencecah tinggi, sesuai amal soleh yang ditonton oleh para malaikat pencatat amal yang menyaksikan perubahan murni mereka, dari sebuah alam gelap menuju cahaya Islam yang abadi.

Tapi, “Prison Break” mereka tidak semudah yang di sangka. Mereka tetap akan di”buru” oleh warder-warder “penjara” dunia itu, sama ada di kalangan Syaitan berasalkan Jin, jika tidak Syaitan bertopengkan manusia (lihat surah 6:112). Kerana itulah lumrahnya kehidupan. Pelaku-pelaku kejahatan, tidak akan pernah redha apatah lagi membiarkan anak-anak Adam berada di dalam sebuah “sunnah” yang menuju ke arah kebaikan. Hijrahnya seorang anak Adam daripada sebuah tradisi jahiliyah kepada syiar Islam yang meredupkan, justeru merupakan sebuah “Prison Break” yang tidak sesekali harus mereka biarkan.

Lantas, di sanalah perlunya manusia kepada dakwah. Dakwahlah yang menjadi perancang kepada berjayanya “Prison Break” dari dunia itu -dunia yang oleh Baginda Nabi disebut “huffatun nar bisy syahawat” “jalan ke Neraka penuh dengan hal-hal syahwat yang begitu menggoda”- menuju kepada keampunan dan Maghfirah oleh-Nya yang seluas langit dan bumi (lihat surah 3:133). Hingga benar sahaja kata-kata asy-syahid Hassan al-Banna, “kalau kiranya anak-anak raja tahu betapa nikmatnya hidup dalam dakwah ini, nescaya mereka akan berbondong-bondong untuk memasukinya.”


Sumber dari: http://faridul.wordpress.com

Matahariku...


Matahariku...
kita dilahirkan dari seorang lelaki dan wanita yang sama,
kita membesar bersama,
bermain,bergaduh,bergurau senda,
berkongsi pahit manis hidup bersama,
kalian amat bermakna buatku,
Dikaulah matahariku yang sentiasa menyinari perjalananku.

Matahariku,
bertahun kita bersama,
Indahnya saat bersama berkelana dalam meniti usia..
Walau kita pernah terpisah dek mencari ilmu
Namun kini...
kita bersama kembali,
Demi mengapai cita-cita yang sama,
Anak Soleh Solehah permata hati Abah dan Umi...

Namun ....
kita pernah jauh di dunia sendiri
Bekalan sendiri(semangat sendiri) ,
Impian sendiri
kadang pertengkaran kecil,
mengundang rajuk di hati,
membawa bersama manik-manik kecil untuk di rembes,
kerna dek keperitan hati yang terluka...
Sakit...
namun ianya sebentar saja,
kerana tautan persaudaraan ini kerana ALLAH,
semoga ianya berkekalan hingga di negeri sana....

Matahariku sayang...
Ingatlah bintang-bintang di langit
tidakkan terus berkelipan
begitu jua pelangi yang indah
Pasti akan hilang...
usah biarkan dirimu seperti rama-rama,
Cantik...
namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
jangan biarkan dirimu Umpama lipan dan kala
Berbisa...
namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis...

Wahai adi-adikku...
Matahariku...
hiasilah dirimu dengan iman dan takwa,
dan tersenyumlah walau dirimu terluka,
Sesungguhnya ALLAH sentiasa ada,
menemanimu untuk selamanya....

Matahariku...
ku berdoa semoga dirimu di beri Taufiq Hidayah,
agar bisa memperbaiki diri
dan menyeru insan lain..
Sebagai Da`i di jalan ini..
Menjadi mata-mata Rantai perjuangan Rasulullah di abad ini..

Matahariku...
ku bersyukur kerana di hadiahkan Allah
adik-adik yang kacak dan comel seperti kalian,
Jazakallahu khairan khasiran
kerna sudi menerima diri kakak seadanya,
kerna sering menegur dan menunjuk ajar
untuk kakak memperbaiki diri ini.
Semoga kalian sentiasa di dalam lindungan ILAHI,
Bahagia berjaya di dunia dan akhirat
serta istiqamah melakukan kebaikan...InsyaAllah.

p/s: Ku dedikasikannya buat "matahariku"- adik2ku (Azlan,Aishah,Alin)...

Monday, April 6, 2009

Tautan Ukhuwah

Hasil karya : no name

BertajuK: SaHaBaT

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa
kecuali diri sendiri...

Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung
kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita
mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.

Tetapi...
kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita...,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa...,
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita...
beri beribu alasan,
memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
tetapi kita sering terlupa.

Untungnya...
mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia...
memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita...
terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita...
memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita...
menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita...
mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita...
menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia..
meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita...
yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh...
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita..
menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali...
jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu...
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi...
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu...
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi...
jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, MUNGKIN KITA AKAN TAHU...


p/s:Jazakillah wahai ukhtiku syg atas sajak yang dikirimkan ini.Semoga tautan ukhuwah ini berada di bawah lembayung Kasih Sayang ALLAH...ana uhibbuki fillah ya ukhti..^^,

Tidak Tahu


Sebenarnya ku tidak tahu..
tidak tahu
ingin menukilkan apa di atas kanvas putih ini.

Ku rafakkan rasa Syukurku kepada Sang Pemilik Hati
kerana memberikan nikmat yang begitu besar buat diri yang dhaif ini...

Dengan mata ku melihat,
Dengan hidung ku bernafas,
Dengan mulut ku bermadah,
Dengan tangan kaki ku menulis dan mengorak langkah,
Ngak betah diam...
dalam mengenal diri demi mencari Redha Sang Kekasih...

Ku lempiaskan perasaan
yang membuku di kalbu sepuas-puasnya di hadapan Selat Tebrau,
sambil memerhatikan sekumpulan ikan kecil melompat-lompat keriangan.

SubhanaLLAH...
sungguh mengasyikkan panaroma itu
menggambarkan kebesaran Sang Pencipta seluruh jagat raya.

Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya hanya pada Allah ku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. " ( Yusuf :
86 )

Membujuk hati dalam ku muhasabah diri.
Apakah selama ini tika diberi "hadiah" berupa dugaan...
adakah aku mengadukan segala kesusahan dan kesedihan
persis ayat tersebut?
sedangkan hakikatnya...
hanya Dia yang Maha Mengetahui..
Ku tidak mahu terus tenggelam dek jiwa yang kacau ini..


Ku perlu bangkit...
berazam menanam tekad..
memperbaiki diri agar lebih baik dari semalam,
agar bisa menjadi mujahidah tangguh seperti kata sahabiahku.

Ayuh! (peringatan khas untuk diriku)
wahai makhluk yang bergelar khalifah!
Teruskan perjuangan Jihadmu di jln ALLAH
Tautkan ukhwah!
rapatkan saf perjuangan...
Semoga ALLAH sentiasa mempimpin hati-hati yang ikhlas
berjuang mencari Mardhotillah....

Renung tenung,zikir fikir dan koreksi diri...

Firman ALLAH S.W.T:
"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(Surah Hud : 112-115 )


Untuk diriku yang tidak tahu,
Norashikin
11 Rabiul akhir 1430 hijrah