terapi iman

Showing posts with label kiriman email.. Show all posts
Showing posts with label kiriman email.. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS



Anjuran Bersama :

AMAN PALESTIN BERHAD & PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)


9 MEI 2009

8 pagi – 5 petang

Dewan Merdeka

Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC

Siapa Panelis?

Dr. Muhsin Saleh

Pengarah El Zaytouna Centre for Studies and Consultations di Beirut, Lubnan

Profesor Sejarah dan Kontemporari Arab Moden

Dr Azzam al-Tamimiy

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London

Dr. Roslan bin Mohd Nor

Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya

Phd Kajian Jurusalem – Islam



Kenapa mesti datang?

Menunjukkan kesungguhanan dan solidariti bersama pejuang dan rakyat Palestin untuk membebaskan bumi Anbiya’ iaitu Palestin daripada cengkaman Zionis - Israel. Mendapatkan kefahaman tentang empayar “Israel Raya” yang sedang dibina oleh Zionis, serta ancaman bahayanya kepada ummat Islam khususnya, bahkan dunia amnya. Mendapatkan kefahaman tentang propaganda dan dakyah negatif Zionis kepada ummat Islam, bahaya yang dibawanya serta langkah menghadapi ancaman propaganda Zionis itu. Mendapatkan kefahaman bahawa akhirnya usaha Zionis hanyalah sia-sia dan pasti menuju kehancuran, bahkan mereka sedang menuju kehancuran. Mendapatkan kefahaman bahawa perjuangan jihad ummat Islam seluruh dunia terutama dalam membela Palestin akan berjaya, bahkan ia adalah sesuatu yang pasti kerana telah dijanjikan oleh Allah swt. Menunjukkan solidariti dalam mencabar Zionis di persada media antarabangsa bahawa kita ummat Islam bukanlah lemah, bahkan kita sedang bangkit. Biar Zionis terkejut dengan cabaran kita bahawa ‘Agenda Zionis Akan, Bahkan Pasti Berakhir’. Jom datang sertai 3,000 atau lebih peserta konvensyen. Tunjukkan solidariti mencabar Zionis laknatullah!

Apa yang menarik?

Mari bersama-sama mendengar amanat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Y.B Mej. Jen. Dato' Haji Jamil Khir bin Haji Baharom berhubung agenda Zionis dalam Ucapan Perasmian beliau di konvensyen ini. Mari bersama-sama mendengar pembentangan yang insyaAllah sangat menarik daripada 3 panelis yang sangat pakar dalam isu Zionisme, lagi masyhur di persada antarabangsa dan nasional. Salah seorang panelis adalah anak Malaysia. Inilah semangat anak Malaysia untuk dein Allah Islam dan bumi para ambiyak Palestin.

Dr Roslan Mohd Nor adalah anak Malaysia, pakar isu Zionisme yang dimaksudkan, kini Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya adalah pemegang PhD dalam bidang Kajian Jerusalem-Islam, Aberdeen University, Scotland.

Panelis kedua ialah Dr Azzam At-Tamimiy, Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam, London yang Kerap muncul sebagai pengantara di rangkaian satelit Bahasa Arab iaitu al-Jazeera dalam bahasa Inggeris dan Arab. Beliau pernah menjadi ‘visiting’ Profesor di Universiti Kyoto (2004) dan Universiti Nagoya(2006) dan telah menerbitkan beberapa buah buku termasuk Democrat within Islamism (Oxford University Press, New York 2001), Islam and Secularism In The Middle East (Hurst London dan NY University Press, New York, 2000) dan HAMAS, The Unwritten Chapter.

Panelis ketiga ialah Dr Mohsen Saleh, Pengurus Besar Pusat Penyelidikan dan Perundingan Al-Zaytouna, Beirut, Lubnan. Mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini adalah Profesor Sejarah Kontemporari dan Arab Moden, pernah menjadi penerima Anugerah Bait-Al-Maqdis untuk Ilmuwan Muslim Muda oleh Islamic Research Academy, UK. Pakar kajian Palestin ini adalah juga pembantu editor untuk 15 buah buku, editor laporan tahunan Palestinian Strategic Report dan akhbar elektronik Palestinian Today sebanyak lebih daripada 1400 keluaran.



Di konvensyen ini, apa nak dibincangkan?

Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel
Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat.
Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis
Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan.
Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini.




Jom daftar sekarang!

Sebelum 3 000 tempat duduk penuh



Cara 1 : Tel 03 8926 7019 Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 2 : Fax 03 8925 9963 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 3 : Email kbaz2009@yahoo. com Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 4 : Sms 019 607 7372 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC




Bayar masuk RM10 semasa hadir



Lawati www.kbaz.net


Aturcara:

Sabtu 9 Mei 2009

8.00 – 8.30 pg Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg Pembentangan 1 – Dr. Roslan bin Mohd Nor

(Kejatuhan Islam Dan Kewujudan Negara Israel)



9.30 – 10.00 pg Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg Majlis Perasmian

Ucapan Alu-aluan

Ustaz Abdullah Zaik bin Abd Rahman

Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia ISMA



Ucapan Perasmian

YB Senator Dato’ Mejar Jeneral (B) Jamil Khir b Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri



10.45 – 11.00 pg Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh Pembentangan 2 - Dr. Azzam al-Tamimiy

(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis Terhadap Dunia Sejagat)



12.00 – 1.00 ptg Pembentangan 3 – Dr. Muhsin Soleh

(Hakikat Zionis dan Agenda Yang Dipropagandakan)



1.00 – 2.00 ptg Rehat / Makan / Solat

2.00 – 3.00 ptg Pembentangan 4 – Dr. Azzam al-Tamimiy

(Peranan Seorang Muslim Dalam Menghadapi Musuh Zionis)



3.00 – 4.00 ptg Pembentangan 5 – Dr. Muhsin Soleh

(Kebangkitan Islam Di Palestin Dan Status Agenda Zionis Masa Kini)



4.00 – 5.00 ptg Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai oleh

Dr. Kamil Azmi bin Tohiran

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional PEMBINA

Thursday, November 27, 2008

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN

SIRI KE-19:

IBN KHALDUN &

PEMIKIRAN KETAMADUNAN
Pembentang:

Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Tarikh: 29 November 2008 / 1 Zulhijjah 1429H (Sabtu)

Masa: 8:30 malam – 11:00 malam

Tempat: Bilik Seminar, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

* Makan malam disediakan di kantin SERI/SEMI pada pukul 8.30 malam.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Sekretariat ABIM Pusat. Tel: 03-6188 0300 (Sdri. Noraliza) atau
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK-KDH) 03-8925 2392 (Sdri. Khalidah)

Anjuran:

Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Kolej Dar al-Hikmah (KDH)

dengan kerjasama


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)



Siapa yang tidak kenal Ibn Khaldun? Kebanyakan dari kita pasti tahu atau sering membaca namanya. Ibnu Khaldun secara luas dikenali sebagai bapa ilmu sosiologi dan sejarah sains. Dan ia lebih terkenal lagi kerana buku Muqaddimah-nya yang menghimpunkan hasil pemikirannya yang sangat cemerlang. Bahagian pertama bukunya, Al-‘Ibar, sangat tajam, rasional dan analitik meninjau masalah-masalah manusia dan sejarah. Pada buku inilah Ibnu Khaldun, menurut kebanyakan intelektual dunia, telah memberi arah pada ilmu-ilmu psikologi, ekonomi, lingkungan hidup dan sosial. Ibnu Khaldun selain terkenal sebagai penulis sejarah dan manusia, juga memperkenalkan ilmu analisa tentang peradaban manusia.

Thursday, June 5, 2008

Syukran atas peringatan ini.


Sebuah berita menyebut :-KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.



i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan


ULASAN UZAR :


Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.Peserta mungkin berkata"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.Mungkin juga ada yang berkata :-"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang


"Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَاErtinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )


Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,"dari 10 kali main, biasnya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS.


Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300. terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz?? Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.


Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَErtinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan.


Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )


Sekian,Zaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.net3 Jun 2008


p/s: Moga kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang selalu terjerumus ke lembah "syubhah" dalam kehidupan ini. Tunjukkan kami jalan yang diredhaiMu ya ALLAH.


Syukran ...


Thursday, September 13, 2007

Sucikan Dirimu





Ia hadir di saat jiwa ini merinduinya, ia tiba tatkala hati ini ingin mendapatkannya, ia datang ketika diri ini ingin menghampirinya, perasaan yang hanya dirasai oleh mereka yang benar-benar ingin menjadi orang yang bertakwa dalam kehidupan mereka. Adakah aku merasai kehadirannya???

Hadirnya menyerikan seluruh penghuni langit dan bumi, melimpahkan rahmat ke seluruh alam, menyelimuti jiwa-jiwa yang sentiasa mendambakan keindahannya. Bulan yang penuh berkat dan rahmat, RAMADHAN kembali menyinarkan cahayanya buat umat ini.

Ternyata ALLAH masih memberi kesempatan buat diri ini bertemu dengan Ramadhan, bulan untuk membersihkan diri dari dosa dan noda yang dilakukan pada bulan-bulan yang lalu. Moga diri ini dapat memanfaatkan hari-hari mulia yang tiba nanti untuk menyucikan dirinya. Renungilah setiap apa yang ingin kusampaikan buat mereka yang ingin mendengarnya.

Sucikan dirimu daripada pengaruh kesesatan yang dapat mengugat akidah suci yang kita miliki, kesesatan yang menjauhkan kita daripada hidayah-Nya lantaran membelakangkan ajaran Ilahi, ingatlah pesan Luqman kepada anaknya yang tercinta;

"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."[Luqman 31:13]

Sucikan dirimu daripada menyebarkan sesuatu yang tidak pasti hujung pangkalnya, apatah lagi yang melibatkan hukum tanpa dalil dan hujah yang nyata kerana ulama salaf mahupun khalaf sahaja cukup berhati-hati dalam soal hukum, juga kerana agama ini dibina dengan kekuatan dalil dan hujah yang jelas, setiap ucapan dan amalan yang dibuat harus bersandarkan kaedah yang Islam ajarkan agar agama ini tidak dicaci dan dihina lantaran kesilapan yang kita lakukan akibat kejahilan diri sendiri. Andai tidak tahu maka tanyakan kepada mereka yang lebih arif.

“……maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu
tidak mengetahui”[An-Nahl 16:43]

Sucikan dirimu daripada pelbagai prasangka buruk kepada insan lain, lebih-lebih lagi sahabatmu kerana kebanyakan prasangka itu adalah dosa, andai tersilap dalam ucapan mahupun tindakannya ia adalah kelemahan seorang insan yang sering lupa dan tersilap, jika ALLAH saja mengampunkan umat ini atas kesilapan atau kelupaannya, lalu kita lebih harus memaafkan insan yang bernama sahabat.

“Dari Ibnu Abbas ra. Bahawa Rasulullah saw bersabda, “ Sesungguhnya ALLAH mengampuni umat atas kesalahan , kelupaan dan atas sesuatu yang dipaksakan kepadanya.”[Hadith Arba’in- 39 hadith hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah , Baihaqi dan lain-lain]

Sucikan dirimu daripada terlalu mengharapkan balasan atas segala kerja mahupun pengorbanan kepada insan lain sekalipun ucapan terima kasih atau lebih rendah daripadanya, ia memang tidak adil andai tidak ada sebarang penghormatan atas segala usaha yang kita sumbangkan, namun siapalah kita untuk mengeluh hanya kerana tiada balasan setimpal yang kita merasakan harus memilikinya, kerana Raja segala makhluk sahaja sering berfirman hanya segelintir yang berterima kasih kepada-Nya.

“…….Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”[Saba’ 34:13].

Sucikan dirimu daripada melihat aurat yang bukan hakmu selagi belum sampai saat dan ketika untuk melihatnya, kerana menjaga kesucian itu lebih utama daripada memuaskan hawa nafsu tanpa kaedah dan jalan yang Islam tunjukkan.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya…[An Nuur 24:30]
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya…[An Nuur 24:31]

Sucikan dirimu daripada membuka segala ‘perhiasanmu’ selagi belum sampai saat dan ketika untuk membukanya daripada dilihat oleh mereka yang tidak layak melihatnya hingga mampu menggoncang nafsu sang lelaki mahupun wanita, lantas jiwa semakin tertekan kerana gelojak nafsu yang kian membara hingga membawa kepada kemaksiatan yang menghancurkan moral umat dan tamadun.

“Semua peristiwa(penzinaan) itu bermula dari memandang. Dan api yang besar itu berasal dari percikan api yang kecil”[kata-kata seorang penyair]


Sucikan dirimu dengan solat yang khusyuk agar menjadi tanda bagi orang-orang yang berjaya sebagai seorang mukmin,

Sucikan dirimu dengan tilawah quran dan tadabbur ayat-ayat-Nya agar ia dapat menyucikan jiwa yang sering kotor ini dengan cahaya-Nya,

Sucikan dirimu dengan hadith-hadith sahih di bulan yang mulia ini agar tidak sekali-kali dicemari dengan amalan atau ganjaran yang datang dari sumber yang palsu,

Sucikan dirimu dengan tahajud dikala insan lain senang lena diulit mimpi agar diri ini terjaga dari bisikan syaitan dan hawa nafsu,

Sucikan dirimu dengan menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh agar ia menjadi penyuluh kehidupan dunia dan akhirat,

Sucikan dirimu dengan bekerja sebaik mungkin dengan penuh amanah dan ikhlas dalam melaksanakannya agar ia bakal menjadi amal kita yang terbaik,

Sucikan dirimu dengan RAMADHAN yang tiba dengan sungguh-sungguh, mengharapkan keampunan-Nya, petunjuk-Nya dan rahmat-Nya kerana siapa tahu ini adalah Ramadhan kita yang terakhir sebelum kita menghadap-Nya.

Selamat datang wahai bulan kemulian, moga kehadiranmu membuatkan diri ini lebih bersemangat untuk menjadi dan membina generasi Rabbani yang mendambakan kemenangan Islam.Adakah kalian pun begitu?????

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”[Al Baqarah 2:83]


Al Faqir ila Rabbihi,

Mohd Halimi Abdul Aziz
Menjelang 1 Ramadhan 1428H 12:55am

Friday, September 7, 2007

KONVOKESYEN

pak bakar & mak june..(^^,)

Hari itu semakin hampir, alangkah indahnya saat tibanya hari yang bersejarah itu, inilah hari yang sentiasa dinantikan oleh seorang mahasiswa setelah memerah keringat untuk mendapat segulung ijazah. Alangkah bertuahnya hari itu dengan pakaian jubah, blazer kot, mortar dan hood yang akan dipakai lagak seorang yang akan menamatkan zaman pembelajarannya di sebuah institusi pendidikan.

Ia adalah hari yang paling bersejarah, hari yang pasti tidak akan dilupakan, setiap saat pasti dirakam lewat kamera mahupun video. Hari Konvokesyen yang penuh gilang gemilang itu sentiasa menjadi dambaan seorang mahasiswa. Segala persiapan telah dibuat dan setiap gerak langkah diajar dengan penuh tertib. Senyuman harus sentiasa terukir dibibir tatkala sampai giliran untuk menerima skrol masing-masing, walau ia hanya mengambil masa beberapa minit mahupun saat sahaja.

Sebagai tanda penghormatan, penyampai ijazah adalah dari kalangan orang-orang kenamaan, bahkan yang namanya Sultan juga sanggup mencemar duli menjadi penyampai ijazah kepada sang mahasiswa. Bertuah sungguh insan tersebut.

Seluruh sanak saudara, rakan taulan akan berkumpul meraikan kejayaan menghabiskan pengajian masing-masing, segala penat lelah mahupun perbelanjaan untuk menghadiri upacara konvokesyen terasa hilang setelah melihat kejayaan sang anak menggulung sekeping ijazah.

Itulah hari yang merakamkan detik-detik yang menggembirakan semua, namun disana ada hari yang bahkan lebih besar dan lebih banyak orang yang menghadirinya. Andai hari konvokesyen hanya untuk individu yang berjaya menamatkan pengajian namun hari yang pasti kita akan temui nanti adalah untuk semua individu sama ada yang berjaya mahupun tidak iaitu “Konvokesyen Mahsyar”

Pakaian yang bakal dipakai nanti tidaklah semegah konvokesyen universiti, hanya sehelai kain putih menyelimuti badan, tidak perlu mengikut pelbagai protokol seperti tunduk hormat mahupun bersalam terlebih dahulu sebelum menerima “skrol kehidupan” masing-masing bezanya adalah sama ada kita menerima “skrol kehidupan” itu sebelah kanan atau sebelah kiri

Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)". (QS. 69:19)
Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), (QS. 69:25)

Jika waktu pengajian kita selama tiga tahun atau lebih membuatkan kita bertungkus lumus demi untuk menyelesaikan pengajian agar dapat menghadiri hari konvokesyen masing-masing, maka persiapan untuk menghadiri Konvokesyen Mahsyar lebih harus dilaksanakan kerana ia adalah hari yang telah ditetapkan, hanya menunggu masa dan ketika dan kita adakah telah bersedia atau tidak untuk menghadirinya. Adakah saat dan ketika itu kita mempunyai wajah yang ceria lantaran “ahsanul amala” yang kita lakukan atau wajah yang muram lantaran “fahsya wal mungkar” yang kita kerjakan.

pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu". (QS. 3:106)
Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya. (QS. 3:107)
Kalian masih mempunyai masa untuk berubah, andai tersalah memilih jalan kehidupan, andai telah berubah mudah-mudahan ALLAH berikan kekuatan untuk istiqamah di jalan kebenaran dengan memegang Islam secara menyeluruh dalam wajahnya yang sebenar.
Itulah ayat-ayat Allah, Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar; dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hamba-Nya. (QS. 3:108)

Kepada kalian yang telah mahupun bakal menghadiri konvokesyen masing-masing, jadikan ia sebagai permulaan untuk menggapai kejayaan yang lebih hakiki di “Konvokesyen Mahsyar” kita kelak.

Andai konvokesyen adalah tanda sebuah kemerdekaan bagi seorang mahasiswa dalam pengajiannya, moga kelak ketika Konvokesyen Mahsyar akan menjadi kemerdekaan bagi seorang manusia dalam kehidupannya. Kemerdekaan yang membentuk peribadi dan jiwa yang tenang.

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diridhoi-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,dan masuklah ke dalam surga-Ku. (QS. 89:27-30)

Salam kemerdekaan buat negaraku yang tercinta, namun diri ini masih belum mampu memerdekakan dirinya lantaran kurangnya kesungguhan untuk merealisasikan kata-kata seorang pejuang Islam tatkala berhadapan dengan seorang panglima perang

“Kami berjuang untuk mengeluarkan (memerdekakan) umat daripada penyembahan kepada manusia kepada penyembahan kepada ALLAH semata-mata, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, daripada kejumudan agama kepada keindahan dan keadilan Islam”.

Sempena Hari Konvokesyen UPM kali ke-31 pada 25-29 Ogos yang lalu, sekadar peringatan buat diri dan sahabat.

Regards,
Mohd Halimi Abdul Aziz
BS(K)- Microbiology
Now Master of Science(2007/2009)
31 OGOS 2007 11:52a.m
generasighurabaq.blogspot.com

Friday, August 17, 2007

PerMata Yg Hilang....





Insan itu telah pergi meninggalkannya keseorangan dalam kesedihan, perit terasa olehnya kerana insan itu tidak akan kembali lagi dalam kehidupan ini menuju kehidupan yang lebih abadi. Bahkan bukan seorang tetapi dua individu yang cukup bermakna dalam perjuangannya walau mereka adalah dua insan yang berbeza watak dan pegangannya.

Dialah antara insan yang pertama menyahut suara kebenaran dari sang suami yang dipilih ALLAH menjadi rahmat sekalian alam di saat kaumnya mencaci dan menghinanya dengan pelbagai tuduhan hanya kerana mengajak umatnya mengatakan ALLAH sebagai ILAH mereka. Insan ini juga yang sanggup membela agama ini dengan segenap kekayaannya, menemani dan menenangkan suaminya menghadapi segala mehnah dalam perjuangan yang tidak pernah mengenal henti. Dia adalah permata yang cukup sukar dicari ganti walau telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini hingga mampu membangkitkan rasa cemburu isteri yang kemudiannya lantaran telalu kerap menyebut kebaikan-kebaikan insan yang laksana permata itu sepertimana sabdanya dalam sebuah hadith

“Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakanku, dia membela dengan hartanya ketika orang-orang menghalangiku dan aku dikurniai ALLAH anak darinya, sementara aku tidak dikurniai anak sama sekali dari isteri lainnya.”

Dialah Khadijah binti Khuwailid, permata pertama yang meninggalkan sang Rasul pembawa risalah ILAHI, di saat dakwah mula menampakkan sinarnya, namun takdir ALLAH menetapkan dia harus kembali kepada Penciptanya.

Permata yang kedua juga adalah seorang insan yang membantu dakwah sang Nabi walau dia tidak menjadi pengikut agama sang Nabi, dia mempertahankan RasuluLLAH di hadapan kaumnya lantaran ketokohannya dalam masyarakat, memudahkan dakwah Islam tersebar ke dalam jiwa masyarakat, memberi ruang yang cukup bermakna dalam perjuangan Islam. Namun takdir mendahului segalanya, dia juga dipanggil pulang kepada Penciptanya. Kesedihan demi kesedihan menimpa jiwa Rasul terakhir ini, apatah lagi permata yang kedua ini menuju RABBnya tanpa membawa kalimah syahadah bersamanya sehingga layak ditempatkan ALLAH dalam senarai orang yang akan diazabNYA sekalipun dia adalah ayah saudara sang Nabi yang mulia, Abu Thalib. Lantas ‘Tahun Duka Cita’ menjadi gelaran waktu itu.

Hilanglah sudah dua permata berharga dalam perjuangan ini, tapi itu bukan tanda perjuangan harus berhenti kerana perjuangan dakwah adalah milik Sang Penguasa Alam, hanya kepadaNya segala pertolongan dan pengharapan harus ditujukan, bukan kepada manusia sama ada Muslim atau tidak agar menjadi ibrah kepada Rasul dan umatnya lewat kematian dua permata itu.

Zaman telah berlalu tapi perjuangan masih sama, ujian dan dugaan masih sama, namun adakah individu seperti Khadijah dan Abu Thalib dapat hadir dalam perjuangan zaman ini. Kenapa tidak…andai ALLAH menginginkannya ia bukan suatu yang mustahil, cuma persolannya adakah kita ingin membina kembali generasi seperti Khadijah dan Abu Talib?

Ya, mereka adalah dua watak dan pegangan yang berbeza, membina generasi seperti Khadijah mungkin tidak pelik namun Abu Thalib adakah wajar membina generasi ini. Kegagalan kita mendidik generasi seperti Abu Talib menyebabkan golongan non muslim tidak memahami Islam bahkan menjadi pembenci Islam, maka tidak hairan andai ada yang sanggup membuat video klip menghina azan umat Islam walau hanya beberapa minit. Hatta berbeza pegangan tapi andai bermanfaat untuk dakwah maka wajar digunakan.

Marilah bina kembali jiwa-jiwa seperti Khadijah dan Abu Thalib dalam jiwa umat ini kerana kita memerlukan permata-permata seperti mereka. Bukan satu tugas yang mudah namun andai bukan kita siapa lagi. Kita akan dipersoalkan kelak dihadapan ALLAH lantaran tanggungjawab yang kita tidak laksanakan. Adakah kita akan berikan alasan-alasan kesibukan kedunian kita kepada ALLAH kelak??? Fikirkan wahai sahabatku

‘Tahun Duka Cita’ itu telah berlalu dan ALLAH mengembirakan Nabi dengan sebuah pengembaraan ‘Isra Mikraj’ yang mudah-mudahan dapat kita garap segala ibrah yang terkandung didalamnya dalam meniti jalan kebenaran menuju kemenangan menggapai mardhatiLLAH. Siapakah yang ingin menjadi pembantu-pembantu agama ALLAH?????

Regards,
Mohd Halimi Abdul Aziz
28 Rejab 1428H 09:20a.m
generasighurabaq.blogspot.com.

Wednesday, August 15, 2007

Teguran Buat Mujahidah Dakwah

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.
(Surah an-Nisa’ [4]:9)”

Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai engineer, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.

Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan? Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH. Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.

Namun, dengan amanah sebagai engineer dan sebagai murabbi sehari-hari, terpaksa saya ringkaskan qoulan syadida ini, mudah-mudahan tetap bermanfaat buat mereka yang benar-benar sudi menjadi mujahidah da’wah.

Menyempurnakan separuh daripada agama

Umum tahu betapa pernikahan menyempurnakan separuh daripada agama. Bahawa pernikahan memelihara diri kita daripada terjerumus ke lembah maksiat. Bahawa pernikahan itu bisa bernilai ibadah. Bahawa pernikahan itu umpama mendirikan masjid. Haidth-hadith tentang itu semua, tentunya kalian sedia maklum.

Mujahid dan mujahidah da’wah, yang benar-benar komited terhadap da’wah, tentunya dan pastinya akan menghadapi pelbagai macam kesulitan, halangan dan rintangan. Itulah lumrah dan adat jalan da’wah. Bagi yang belum merasakannya, kesimpulannya mudah: anda belum berda’wah! Atau anda tidak ikhlas berda’wah hingga tidak layak diuji! Atau anda mengambil jalan yang menyimpang daripada jalan da’wah! Noktah. Tidak perlu argument di situ.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(Surah al-Baqarah [2]:214)

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah al-Ankabut [29]:2-3)

Diuji dalam surah al-Ankabut di atas, bukan sekadar uji. Ia ujian yang sangat berat, kerana ALLAH menggunakan perkataan “fa-ta-na” di situ, bukan sekadar “imtihan”. Ertinyqa, ujian itu sangat berat, persis seperti orang yang difitnah, lantaran perkataan fitnah saja berakar kata dari fa-ta-na tadi.

Oleh kerana itulah, untuk menstabilkan emosi dan perasaan para mujahid da’wah, perlunya mereka bercepa-cepat kepada pernikahan, lantaran pernikahan menghasilkan stability (Sakinah) atau ketenangan, seperti yang diungkapkan oleh ALLAh SWT di dalam al-Quran;


“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, istrinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami istri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".
(Surah al-A’raf [7]:189)

Maka, wajar saja mereka yang tidak memilih pernikahan sebagai stabilizer dikatakan bengong atau terburuk oleh Nabi-Nya SAW;

“Orang yang paling buruk di antara kamu adalah para pembujang, dan di antara orang-orang mati yang terburuk adalah orang yang mati dalam keadaan membujang.”
(Hadith riwayat Abu Ya’la dan Thabrani)

Namun, pernikahan pula, seharus dan sewajarnya mengikut tatacara dan tatasusila yang digariskan oleh Nabi SAW;

“Nikah itu adalah sebahagian sunnahku maka orang yang tidak mengamalkan sunnahku, dia tidak termasuk umatku.”
(Hadith riwayat Ibnu Jauzi)

Ertinya bukan pada nikah itu saja menjadi sunnah, tetapi tentulah cara, prosedur dan etika kepada pernikahan juga, harus, wajar dan perlu mengikut sunnah! Kerana pernikahan yang berpandukan sunnah, adalah pernikahan yang diniatkan untuk semakin dekat dan semakin rapat dengan ALLAH SWT. Bagaimana mungkin pernikahan yang dicemari oleh cinta “anta-anti” dan zina hati, bisa membawa kepada kecintaan kepada Ilahi? Mana mungkin!

Itulah sebabnya, tatkala ALLAH SWT –di dalam ayat yang lain- mahu menceritakan tentang betapa isteri-isteri/suami-suami mendatangkan cinta dan belas kasih, ALLAH mulakan dengan menyebut “di Antara tanda-tanda kekuasaan-Nya”, kerana sepatutnya pada pasangan hidup anda itu, akan anda dapati tanda-tanda kekuasaan ALLAH.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
(Surah ar-Ruum [30]:21)

Lalu, jika perjalanan anda saja menuju pernikahan itu sudah dipenuhi noda dosa, khalwat di alam maya, zina hati dan lain sebagainya, bagaimana mungkin anda melihat tanda-tanda kekuasaan ALLAH pada pasangan anda itu, sedangkan anda sedang melakukan maksiat kepada ALLAH?

Hadith Arbain 1: Setiap sesuatu bermula dengan niat

Kerana pernikahan itu harus bersandarkan sunnah, maka saksikan sendiri guideline daripada Rasulmu SAW;

“Wanita itu lazimnya dinikahi kerana empat perkara:
i) kerna hartanya
ii) kerana keturunannya
iii) kerana kecantikannya
iv) kerana agamanya
maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, (jika tidak) maka binasalah engkau.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Simple. Hanya orang-orang yang mempunyai niat yang berlainan dengan niat yang sepatutnya dimiliki oleh setiap mereka yang mengikut sunnah nabi-Nya SAW –dengan memilih jodoh berasaskan factor agama- yang akan terpinga-pinga dalam menentukan bagaimana calon yang beragama itu. Adakah beragama seseorang itu, andainya ia jauh daripada medan perjuangan Islam, sedangkan para sahabat R.A menjadikan perjuangan Islam sebagai matlamat dan kerjaya nombor satu mereka? Adakah beragama seseorang yang tidak merasa ghairah untuk melazimkan bacaan al-Quran setiap hari? Adakah beragama seseorang yang tidak henti-henti berbicara dengan lawan jantina, hingga terkadang membawa kepada berdua-duaan di alam siber, sedangkan perbicaraan yang dilakukan adalah perbicaraan yang tidak penting dan tidak perlu sebenarnya? Adakah beragama seseorang yang tanpa segan silu membiarkan hatinya terjebak dengan zina?

“Tertulis ke atas anak Adam habuan daripada zina, tidak mustahil didapati yang demikian.
Matanya berzina lewat pandangan.
Telingannya berzina lewat pendengaran.
Lisannya berbicara lewat percakapan.
Tangannya berzina lewat sentuhan.
Kakinya berzina lewat melangkah ke tempat maksiat.
Hatinya berzina lantaran bernafsu dan berangan-angan.
Dan kemaluannyalah yang membenarkan atau menidakkan (terjadinya zina itu).”
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Itulah sebabnya, al-Quran al-Karim menggariskan guideline jika ingin berbicara dengan lawan jantina, demi menjaga masalah zina hati ini.

“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik,”
(surah al-Ahzab [33]:32)

Itulah sebabnya Islam meminta kita bersama menundukkan pandangan. Nah, kalau menundukkan pandangan saja suatu yang ditegaskan, maka adakah boleh kita bersembang dan bergurau dengan lawan berlainan jantina tanpa urusan yang mustahak?

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.
(Surah an-Nuur [24]:31)

Lagu “Antara Dua” Nyanyian Farah

Lebih malang lagi, adalah tatkala ada di kalangan mujahidah da’wah tidak benar-benar memutuskan hubungan dengan lelaki lain, tiba-tiba sebegitu berani membuka ruang untuk lelaki lain pula. Seolah-olah ia ingin menjadi seperti lagu Farah “Antara Dua”, iaitu harus mengumpulkan sebanyak lelaki yang ada, barulah ia memilih calon suami yang sesuai. AstaghfiruLLAH al-Azim! Wahai wanita muslimah, takutlah kamu pada ALLAH! Tidakkah kamu pernah mendengar sabda Nabi SAW yang mulia;

“Janganlah seseorang meminang pinangan saudaranya, sehingga peminang itu meninggalkannya atau mengizinkannya.”
(Hadith riwayat Bukhari)

Nah, selagi anda tidak benar-benar putuskan hubungan anda dengan seseorang lelaki yang menyatakan minatnya pada anda, bagaimana mungkin seorang lelaki lain mahu menyatakan hasratnya untuk melamar anda? Hal ini dilarang oleh agama! Pertanyakan kembali niat anda; jika benar anda ingin menikah kerana ALLAH, maka anda sentiasa sanggup memutuskan dan menjauhi insan yang tidak memenuhi criteria mujahid da’wah yang sekufu dengan anda, lalu anda tidak kisah akan lain-lain criteria bakal suami anda, asalkan saja ia mujahid da’wah. Jika tidak, maka layakkah anda menjadi mujahidah da’wah?

Penutup

Akhirnya, saya terpaksa juga menegur gerakan-gerakan Islam yang tidak serius dan tidak menekankan keharusan menjaga interaksi antara lawan jantina. Saya menegur gerakan Islam yang tidak bersungguh membina kadernya dengan tarbiyah Islamiyah yang benar. Saya menegur gerakan islam yang tidak memerhatikan urusan hati dan interaksi para kadernya. Dan saya nasihatkan para mujahidah da’wah, agar kembalilah kepada niat, tujuan dan prosedur yang betul. Iaitu; 1) betulkan dan ikhlaskan niat 2) lobi mak ayah 3) mudahkan urusan pernikahan.

Untuk kesekian kali, perasaan saya begitu diguris melihatkan insan-insan yang mengaku berada di dalam gerakan Islam, tapi menganggap urusan cinta kerana ALLAH sebagai suatu bahan mainan. Ingatlah, pasangan hidup anda itu bukanlah hak milik -bererti tidak bisa dibeli, demanding, dan lain-lain barang duniawi yang bisa dihak miliki- tetapi ia adalah anugerah. Anugerah daripada siapa? Anugerah dari Ilahi. Lalu, dengan pemahaman seperti ini, anda akan benar-benar menjadi mujahidah da’wah, dan menyerahkan kepada ALLAH untuk menganugerahkan buat anda teman sehidup semati. Maka benarlah kata Rahim Razali; “isteri itu bukannya hak milik, tapi anugerah….”



Wassalamu’alaikum


Thank you.

"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab
Electrical Engineer
Jimah O&M Sdn. Bhd.
2 x 700MW Coal Fired Power Plant Project
PT 7308 & PT 7309,
Mukim Jimah, Daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(Tel: 06-658 1158/ 06-658 1149 Ext: 1090)
Email:
faridul@jimahev.com
visit http://www.harunyahya.com

MUROBBI DAMBAAN UMAT

“INNA AL-AKH ASH-SHADIQ LAA BUDDA AN-YAKUUNA MURABBIYAN”[1]

Pernahkah kalian mendengar kalimah ini, ia bukan dari kalam Ilahi mahupun sabda Rasul yang tercinta, namun ia keluar dari lidah seorang insan yang benar-benar memahami wasilah-wasilah dakwah yang diperlukan untuk mengembalikan kebangkitan umat zaman ini. Perhati dan hayatilah maksud kalimah diatas:

“Sesungguhnya seorang akh yang benar ‘harus’ menjadi seorang murobbi”

Siapakah yang sudi menyahut seruan ini seperti mana sahabat-sahabat Nabi Isa a.s yang tanpa ragu-ragu mengatakan “Nahnu AnsaruLLAH” [ As-Saff 61:14].

Dimanakah murobbi dambaan umat yang bisa menjadi seorang da’i yang dapat mendidik mad’u-mad’u mereka hingga layak digelar al-akh yang benar lantaran keberhasilan dakwah yang mereka perjuangkan.

Layakkah diri ini menjadi seorang murobbi lantaran terlalu banyak masa-masa lebih banyak dihabiskan untuk kehidupan dan kesenangan diri semata-mata. Walhal pendokong kebatilan sentiasa memanfaatkan masa mereka untuk menyesat dan melalaikan umat dari mengingati-Nya.

Sayang seribu kali sayang, pendokong kebenaran masih belum cukup untuk melahirkan peribadi-peribadi Muslim yang benar lantaran lemahnya kita dalam mendidik umat ini, ditambah lagi dengan hilangnya golongan yang tercicir di jalan dakwah dengan pelbagai masalah dan alasan walau satu ketika dulu mereka adalah pendokong dakwah dan perjuangan.Ah, kita memang sedikit…..

Namun dalam lemah dan sedikitnya kita dalam mendidik umat ini, ALLAH masih lagi menginginkan kita berada di medan dakwah ini, sedangkan boleh jadi seringkali terdetik di lubuk hati ini, siapalah kita untuk menjadi murobbi dambaan umat. Hanya dengan kalimah Ilahi yang sentiasa meniti di bibir, menjadi ‘semangat’ untuk terus melaksanakan kewajipan walau umat seringkali menolak ketika seruan dakwah dilaungkan kepada mereka. Ya ALLAH berilah diri ini sedikit kekuatan agar jangan sampai semangat untuk melahirkan al-akh yang benar itu hilang dalam diri dan jiwa ini, persis pesan seorang da’i

“Engkau harus tetap menjaga himmah(semangat), kerana himmah adalah awal mula setiap perkara.”[2]

Buat diri yang sering lupa untuk mengingatkan umat lewat tulisan mahupun lisannya lantaran kesibukan yang dibuat-buat, moga sentiasa istiqamah dalam dakwah yang penuh dengan kesulitan dan kepayahan kerana setelah kesusahan itu akan datangnya kesenangan dan kejayaan. BismiLLAH jalan saja ya akhi…..[Al-Insyirah 94:5,6]

Bilakah saat dan ketikanya aku bisa menjadi al-akh yang benar???

RUJUKAN:

[1] Ungkapan Ustadz Dr. Abdullah Qadiri Al-Ahdal,-Murobbi Prasyarat Bagi Kebangkitan Umat dipetik dari buku Menjadi Murobbi Sukses, Satria Hadi Lubis, Kreasi Cerdas Utama. m/s viii

[2] Ungkapan Junaid Al-Baghdady-Tetaplah Menjaga Semangat dipetik dari buku Proaktif dalam Dakwah, Dr. AbdullahYusuf Al-Hasani, Robbani Press m/s 52

sumber:

Al Abd Al Faqir,
Mohd Halimi Abdul Aziz
17 Rejab 1428H, 03:56a.m
generasighurabaq.blogspot.com