terapi iman

Sunday, August 30, 2009

Merdekah kita?


Salam Ramadhan & Kemerdekaan untuk semua pembaca blog raudhahtunnisa.Semoga perut yg berkeroncong menahan lapar dan tekak yg kehausan kerna dahaga dapat membibitkan rasa keinsafan & keimanan di hati kita semua. Insya ALLAH.

Terasa ingin ku bawa suatu kisah hidup seorang sahabat Rasulullah S.A.W di dalam mempertahankan kemerdekaan jiwanya kepada ALLAH yg Esa.Walau di duga dengan siksaan yg dahsyat namun rasa cintanya tidak sedikit pun tergugat. Sama2 kita mengambil ibroh ( pengajaran ) dari kisah tersebut.

“Siapa tahu… siapakah nama Muazzin Islam yg pertama?” Bijak kalian semua, semestinya Bilal r.a yg merupakan Muazzin Islam dan salah satu bintang daripada kalangan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.Beliau adalah salah seorang pemuda kulit hitam dan hamba Habsyi kepada seorang kufar di Mekah.Apabila beliau memeluk agama Islam, tuannya tidak merestuinya lantas menimpakan ke atasnya berbagai siksaan tanpa belas kasihan.Ummaiyah Khalaf seorang pemusuh Islam yg sangat ketat telah membaringkannya di atas pasir yg bahang, di panas matahari yg terik dan meletakkan suatu bebanan batu yg berat ke atas dadanya supaya dia tidak dapat menggerakkan walaupun satu anggotanya.Kemudian tuannya itu berkata kepada Bilal r.a :

“ Tinggalkan Islam atau mati di panas matahari yg terik ini?”

Namun penyiksaan tersebut tidak menggugatnya malah bibirnya sentiasa melafazkan kalimah “ Ahadun! Ahad!” ( Allah Maha Esa, Allah Maha Esa ).

Pada malam hari beliau di sebat dan dengna keadaan luka beliau dibiarkan berbaring di jemuran matahari yg membakar supaya beliau meninggalkan agama yg dianutinya atau mati merana kerana luka-luka tersebut.

Para penyiksanya terdiri daripada Abu Jahal, Umaiyah dll bergilir- gilir menyebatnya serta berlumba di antara satu sama lain siapakah yg dapat memberikan penyiksaan yg lebih hebat kepada Bilal r.a. ( baca : sungguh kejam dan zalimkan mereka ). Namun Bilal tidak sesekali tunduk kepada mereka , sehingga akhirnya beliau di beli oleh Saidina Abu Bakar r.a dan jadilah beliau seorang Islam yg Merdeka.

Islam secara mutlak mengajar kita akan Keesaan Allah Taala, Pencipta alam jagat raya yg Satu..tiada 2 atau 3.Sedangkan penyembah2 berhala Mekah percaya kepada tuhan-tuhan yg banyak dan tuhan-tuhan perempuan yg mempunyai pula tuhan-tuhan kecil, maka sebab itulah Bilal r.a mengulngi perkataan :

“ Ahadun! Ahad!” ( Allah Maha Esa, Allah Maha Esa ).

Mari berfikir…
Cuba kalian semua fikir dengan akal, apabila alam ini ditadbir oleh dua tuhan.. pasti kucar-kacir perjalanan alam ini bukan? Ialah… yg satu ingin malam yg panjang manakala satu lagi ingin siang dan sebaliknya. Pasti kita pun akan menjadi seperti batu apabila berlakunya perubahan zarah-zarah dalam badan dek proses pengembangan dan penguncupan kerna fenomena alam.Maka tuhan-tuhan itu pasti bersifat lemah dan memerlukan kuasa yg Maha Hebat untuk memutuskan mana yg lebih baik.Makanya, itulah salah satu sifat yg mustahil bagi ALLAH S.W.T Tuhan yg Maha Esa pencipta seluruh alam ini.

“Allah, tiada Tuhan selain Dia.Yg Maha Hidup, yg terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yg ada di langit dan di bumi. Tidak ada yg dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya.Dia mengetahui apa yg di hadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatupun tentang ilmu-Nya melainkan apa yg Dia kehendaki.Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, Dia Maha Tinggi, Maha Besar.”

(Surah Al Baqarah:255)


Oleh itu, kita ( baca :terutama diriku sendiri ) perlu memerdekakan diri dengan mencari ilmu dan memahami maksud di sebalik kalimat “ La ilaha illallah Muhammadar Rasulullah” di mana ianya mengandung konsekuensi menolak segala sesembahan selain ALLAH dan hanya menerima ALLAH saja sebagai satu-satunya Tuhan yg layak di sembah serta mengikuti ajaran yg di bawa oleh Rasul dalam melaksanakan konsep perhambaan tersebut. ( Al Wala’ Wal Bara’ )

Firman ALLAH S.W.T bermaksud:

“ Sungguh, telah ada pada ( diri ) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu iaitu bagi orang yg mengharap ( rahmat ) ALLAH dan ( kedatangan ) hari kiamat dan yg banyak mengingat ALLAH “

“ Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yg mukmin dan perempuan yg mukmin, apabila ALLAH dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan yg lain bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai ALLAH dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yg nyata.”

( Surah Al- Ahzab: 21 & 36 )


Kesimpulan dari kisah Bilal r.a, menggambarkan cinta dan pengabdiannya kepada ALLAH. Begitu dalam cintanya kepada ALLAH, maka betapa banyak pun penyiksaan yg menimpa dirinya tidak dapat melarikan tumpuannya daripada menyebut nama ALLAH yg Maha Suci. Dikatakan bahawa budak-budak nakal Mekah yg mengheretnya di lorong-lorong dengan laungan “Ahadun! Ahad!” bergema di telinga mereka.

Lihatlah betapa ALLAH membalasi sikap istiqamahnya! Beliau telah dimuliakan dengan diangkat menjadi Muazzin Rasulullah S.A.W.Beliau sentiasa bersama-sama baginda di Madinah dan di luar Madinah untuk melaungkan azan bagi mendirikan solat.Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal berasa sedih untuk tinggal lebih lama di kota Madinah kerana pada setiap langkah dan setiap masa beliau terasa kehilangannya. Dengan kesedihan dan kepiluan ini beliau pun meninggalkan Madinah dan mengambil keputusan menghabiskan baki hudupnya berjuang ke jalan ALLAH.

Suatu hari beliau melihat Rasulullah S.A.W di dalam mimpinya dan berkata:

“ Wahai Bilal! Sudah lama kamu tidak menziarahiku”.

Sejurus sahaja bangun daripada tidurnya, lantas beliau bersiap-siap menuju ke Madinah. Tiba di Madinah cucunda Baginda ( Hassan Hussin r.a ) memintanya melaungkan azan.Permintaan kedua cucunda Rasulullah S.A.W yg sangat dicintainya itu tidak dapat ditolaknya.Sebaik azan dilaungkan maka berhamburanlah tangisan penghuni-penghuni Madinah kerana mengimbau kembali kenangan manis mereka bersama-sama Rasulullah S.A.W. Sehingga para wanita mereka pun keluar daripada rumah-rumah sambil menangis.Sekali lagi Bilal r.a meninggalkan Kota Madinah setelah beberapa hari di situ dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah.

Begitulah jiwa insane yg “Merdeka!3x” dengan mengabdikan seluruh kehidupannya demi Pencipta-Nya dan agama tercinta.”Ermmm..bagaimana ya diri kita…udah Merdeka apa belum…..?” ( jawab dalam hati ) (-.- )




Hiasi dirimu dengan akhlak terpuji,
Merdekakan dirimu dari sifat keji,
Semoga dirimu di berkati Illahi…. (^^,)

Al-Fatihah di hadiahkan utk semua umat Islam samada masih hidup atau yg sudah meninggalkan kita terlebih dahulu….al- fatihah..


Sumber Kisah Bilal r.a:

- Kisah Kehidupan & Perjuangan Para Sahabat R.A: Sheikh Muhammad zakaria
terbitan Darul Nu’man




Salam kemerdekaan utk tanah airku Malaysia ke -52
Norashikin
10 Ramadhan 1430hijrah
1.04pm

No comments: