terapi iman

Saturday, January 16, 2010

Perkongsian.




Assalamualaikum wbt...

kepada semua pelawat terima kasih atas sokongan saudara & saudari kerana sudi ziarah ke teratak " KETENANGAN " ini.Beribu kemaafan di pohon kerana sudah lama tidak berkongsi artikel terbaru sama ada melalui pembacaan, kiriman email atau pandangan sendiri mengenai sesuatu isu.

Ketiadaan...

Bukan ingin mencipta alasan.. namun dek kemalasan diri untuk membuka internet telah menyumbang kepada kesunyian blog ini daripada pengisian artikel terbaru.Aku teringat kepada kata-kata murabbiku tentang kesibukan. Jika zaman budak sekolah sudah beralasan disibukkan dengan kerja rumah, di universiti pula dengan lambakan assignment maka tidak mustahil tatkala memasuki alam pekerjaan pula aku disibukkan oleh pekerjaan.Memang banyak kebenarannya.Maka.. bagaimana dengan persoalan rohani yg perlu di isi dengan tarbiyah? Apa khabar iman dan Ukhuwah antara akhwat fillah( entah betul @ tidak ejaan ini ..nampak sangatku tidak berukhuwah).. Bagaimana khabar dakwah di tempat anda?pokok pangkalnya kmbali kepada empunya diri.."tepuk dada tanya iman...." ( Untuk diriku yang berkata2:"Wahai Iman maka bertanyalah kepada IMANmu sendiri....") huhu...

Muhasabah...

Tidak bermaksud untuk ditujukan kepada sesiapa, malah ku akui kelemahan dan kekurangan sendiri.Terlebih dahulu syukurku panjatkan kepada ALLAH atas segala nikmat pemberian yg terlalu banyak diberikan kepadaku.Kini ku boleh dikatakan menjadi orang penting di bahagian operasi di salah sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air.Segala urusan di bahagian sumber manusia dan pentadbiran syarikat di tempat baru ini dirujuk padaku sebagai kakitangan yang berpengalaman sedangkan aku baru setahun lebih berkhidmat di syarikat tersebut.Bukan untuk mendabik dada malah terasa kekerdilan diri dalam mengendalikan perjalanan sesebuah organisasi sehingga akhirnya segala perancangan, tindakan dan kaji selidik yang dibuat semuanya kembali kepada ALLAH S.W.T (Tuhan pentadbir sekalian alam).

Kawalan dan kekangan...

Dalam memastikan perjalanan sesebuah perancangan itu menjadi reality, pasti ada kawalan yang sewajarnya di ambil bagi memastikan ianya berjalan lancar.Misalnya dalam memberikan perkhidmatan pengurusan yang terbaik, pihak pengurusan perlu memastikan keadaan persekitaran bangunan berada dalam keadaan yang selamat,selesa,menarik, bersih dan aman dari segala ancaman.Ini bagi menarik perhatian orang ramai untuk membeli belah dalam suasana yang selamat dan harmoni.Sekaligus memberikan keuntungan kepada pihak peniaga dalam memasarkan produk mereka.Selain itu,kebajikan pekerja juga perlu diberikan perhatian bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.Namun sunahtullah sebuah kehidupan akan ada kekangan-kekangan yang timbul dalam kita menjalani sebuah kehidupan. Bgitu juga bagi sesebuah organisasi dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.Daripada pemerhatian diri dan melalui pembacaan, aku mendapati bahawa faktor sikap dan cara berfikir seseorang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah matlamat yang hendak dicapai.Kerjasama dan sikap saling bantu membantu dari semua pihak yang terlibat amat penting dalam menghasilkan produktiviti yang terbaik bagi mencapai piawaian2 dan standard tertentu.Ini bagi mengelakkan sikap individualistik dan "PHD" (Baca : Perasaan Hasad Dengki ) yang mungkin akan timbul apabila kepentingan diri diutamakan atau perasan diri lebih bagus daripada orang lain terhasil brpunca dari hati yang kotor.




Solusinya...

Walau apapun yang kita lakukan maka asasnya adalah Taqwa dan menanamkan pada diri bahawa ALLAH Maha Melihat segala yang terang mahupun yang tersembunyi.Taqwa bermaksud rasa takut kepada ALLAH yang tertanam di dalam hati orang yang beriman kerna setiap apa yang kita tanggung di sini akan kita jawab di sana nanti.Seperti sabda Rasulullah S.A.W kepada Muaz r.a:

"Wahai Muaz,takutlah ALLAH di mana jua kamu berada, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan memadamkannya dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik" ( Al ALbani,Sahih al-Tirmizi, no.1987)
Malahan, al-Quran merakamkan dalam Surah Al-Mulk ayat 12 bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar". (1)

Sesungguhnya yg baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan buruk pula datang dari diriku sndiri.Semoga kita semua saling berkongsi, mendoakan dan mengingati antara satu sama lain dalam kita istiqamah melakukan kebaikan.Oleh itu, kepada mereka yang mengenali diriku ini, tegur dan nasihatilah diri yang mana ku jua tidak terlepas dari melakukan kesilapan.



sumber :

(1) Petikan dari majalah solusi isu no.14 muka surat (93-94)

Salam Keimanan Penuh Ketenangan,

Selamat Mencari Rezki yang Halal
Raudhah_Iman
6.36 pm
bersamaan 1 Safar 1431hijrah..

Saturday, January 9, 2010

Remember...



When calamity strikes and hopes are low..
Remember Allah and constantly follow,
The ways of Islam in all that you do,
For if you remember Allah,
Allah will remember you,
So do not despair for after a rainfall,
surely comes a rainbow,
And pray your salat,
And make your knowledge grow....





from :http://www.islamicpoem.com