terapi iman

Monday, April 6, 2009

Tautan Ukhuwah

Hasil karya : no name

BertajuK: SaHaBaT

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa
kecuali diri sendiri...

Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung
kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita
mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.

Tetapi...
kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita...,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa...,
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita...
beri beribu alasan,
memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..
tetapi kita sering terlupa.

Untungnya...
mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,

Dia...
memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita...
terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita...
memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita...
menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita...
mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita...
menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia..
meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita...
yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh...
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita..
menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali...
jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu...
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi...
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu...
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi...
jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, MUNGKIN KITA AKAN TAHU...


p/s:Jazakillah wahai ukhtiku syg atas sajak yang dikirimkan ini.Semoga tautan ukhuwah ini berada di bawah lembayung Kasih Sayang ALLAH...ana uhibbuki fillah ya ukhti..^^,

Tidak Tahu


Sebenarnya ku tidak tahu..
tidak tahu
ingin menukilkan apa di atas kanvas putih ini.

Ku rafakkan rasa Syukurku kepada Sang Pemilik Hati
kerana memberikan nikmat yang begitu besar buat diri yang dhaif ini...

Dengan mata ku melihat,
Dengan hidung ku bernafas,
Dengan mulut ku bermadah,
Dengan tangan kaki ku menulis dan mengorak langkah,
Ngak betah diam...
dalam mengenal diri demi mencari Redha Sang Kekasih...

Ku lempiaskan perasaan
yang membuku di kalbu sepuas-puasnya di hadapan Selat Tebrau,
sambil memerhatikan sekumpulan ikan kecil melompat-lompat keriangan.

SubhanaLLAH...
sungguh mengasyikkan panaroma itu
menggambarkan kebesaran Sang Pencipta seluruh jagat raya.

Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya hanya pada Allah ku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. " ( Yusuf :
86 )

Membujuk hati dalam ku muhasabah diri.
Apakah selama ini tika diberi "hadiah" berupa dugaan...
adakah aku mengadukan segala kesusahan dan kesedihan
persis ayat tersebut?
sedangkan hakikatnya...
hanya Dia yang Maha Mengetahui..
Ku tidak mahu terus tenggelam dek jiwa yang kacau ini..


Ku perlu bangkit...
berazam menanam tekad..
memperbaiki diri agar lebih baik dari semalam,
agar bisa menjadi mujahidah tangguh seperti kata sahabiahku.

Ayuh! (peringatan khas untuk diriku)
wahai makhluk yang bergelar khalifah!
Teruskan perjuangan Jihadmu di jln ALLAH
Tautkan ukhwah!
rapatkan saf perjuangan...
Semoga ALLAH sentiasa mempimpin hati-hati yang ikhlas
berjuang mencari Mardhotillah....

Renung tenung,zikir fikir dan koreksi diri...

Firman ALLAH S.W.T:
"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(Surah Hud : 112-115 )


Untuk diriku yang tidak tahu,
Norashikin
11 Rabiul akhir 1430 hijrah

Monday, March 30, 2009

Jazakillah untuk Ehe.



Assalamualaikum smua...

jazakillah untuk adik manis Farihan zahari ( ehe ) kerana sudi menghadiahkan photo di atas kepada akak. Sangat-sangat menghargai pemberian ini. Gambar bersama si comel Chain ( anak saudara sepupuku ). Untuk ehe semoga hidupmu bahagia berjaya di dunia akhirat. ^^. Syukran Jazilan

Sunday, March 15, 2009

Penghayatan Ilmu bentuk peribadi Muslim

SUATU hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan mengenai iman, tanpa disengaja tajuk taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir kebenarannya.

Akhirnya dia berkata: “Alangkah jauhnya penyelewengan yang sudah aku lakukan selepas Allah memberi petunjuk kepadaku suatu masa dulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang lama hilang daripada jiwanya.

Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat.

Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya.

Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.

Selepas menyedari keadaan seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita, Allah dan tabiat dunia yang fana ini.

Hakikat ilmu itu, ia datang dan pergi, sehingga Rasulullah SAW pernah mengingatkan sahabat dengan satu perumpamaan yang bermaksud: “Ikatlah ilmu itu kerana ia terlalu cepat hilang berbanding unta yang terikat.

Maknanya setiap insan mesti menyediakan masa untuk hati dan akalnya berinteraksi dengan ilmu. Sesiapapun yang meninggalkan ilmu dalam masa satu hari saja boleh jadi dia akan mengalami gejala kelalaian hingga mungkin jatuh ke lembah kesesatan apabila hal ini berlanjutan sekian lama.

Matlamat manusia mencari ilmu ialah untuk mencapai satu keyakinan mengenai kebenaran, selepas yakin barulah timbul penghayatan yang membawa kepada ketundukan jiwa.

Ada orang berkata: “Tak payah bacalah, sebab kami sudah membaca dan mengetahui ilmu ini.” Memang benar kita sudah faham dan tahu hal itu tetapi apakah kita sudah mencapai penghayatan yang sempurna? Apakah boleh dipastikan ilmu itu sentiasa melekat di hati dan memacu diri untuk sentiasa merapatkan diri dengan Allah?

Seseorang pasti memahami perbezaan dirinya ketika dia sedang minat membaca atau ketika suka membuang masa. Tentulah berbeza keadaan jiwa dan perasaan orang yang suka menelaah, mengkaji dan membahas ilmu berbanding orang yang suka termenung dan mendengar hiburan.

Mungkin kita perlukan pendedahan tajuk ilmu yang sama pada masa tertentu, seperti saat kita sedih ditimpa musibah, tajuk sabar dan syukur adalah sesuai di kala itu. Jika rezeki bertambah atau naik pangkat, pendedahan mengenai alam akhirat mesti lebih difokuskan supaya diri tidak tenggelam dalam nikmat dan tipu daya dunia.

Apabila kurang nikmat ibadah, tidak khusyuk dan rasa keras hati eloklah ingat ilmu zuhud dan mengingati mati. Namun demikian, segala ilmu berpusat pada induknya iaitu al-Quran dan hadis. Barang siapa menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada keduanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjukkan orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah al-Maidah, ayat 15-16)

Bagaimana halnya dengan orang yang sudah mencapai darjat alim yang tinggi? Adakah perlu baginya membaca dan menuntut ilmu lagi selepas kedudukannya itu? Alangkah baiknya jawapan al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah, ulama Tabi’in tersohor pada zamannya apabila ditanya hal ini: “Siapakah manusia yang paling berhajat kepada ilmu? Beliau berkata: Orang yang paling alim di kalangan mereka. Beliau ditanya lagi: Mengapa begitu? Dijawabnya: Kerana kesalahan orang yang alim dalam ilmunya lebih jahat dan teruk berbanding orang jahil.

Orang yang pandai membeza antara hak dan batil tetapi memilih yang batil kerana hawa nafsunya tentu amat besar dosa diperolehnya akibat melanggar larangan Allah. Bukan kerana jahil tetapi ‘terlalu cerdik’ sehinggakan akalnya mahu berdolak-dalih untuk menghalalkan apa yang nyata haram di sisi agama, semata-mata menurut hawa nafsu manusia.

Bukan setakat itu saja, dia pula mengajak orang lain melakukan jenayah sama atas nama kecerdikan dan kewarasan palsu. Jelaslah bahayanya orang alim melakukan kejahatan dengan jenayah ilmunya yang tidak dipraktikkan semata-mata kerana mahu mengikut hawa nafsu manusia.

Sungguh pelik, orang yang jauh dan mendalam ilmunya mengenai Allah tetapi sekelip mata boleh berpaling daripada-Nya. Mereka adalah orang yang mengenal kejahatan syaitan tetapi sebaliknya boleh terpedaya menjadi pengikut syaitan.

Mereka adalah orang yang mengenal tipu daya dunia tetapi rela menjadi hamba dunia yang hina. Di situlah letaknya kelemahan manusia, setinggi mana ilmu diperoleh namun jika hidayah Allah tidak bersamanya maka segala kefahaman agama dan penghayatan hakiki menjadi sia-sia. Dalam keghairahan menuntut ilmu, jangan lupa memohon petunjuk dan hidayah Allah supaya ilmu itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Kerana ilmu yang sudah terpahat dalam ingatan dan hati sanubari tidak dijamin dapat kekal selamanya melainkan atas kuasa Allah. Adakalanya seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada ilmu yang dituntutnya, belajar mengaji bertahun-tahun tetapi perangai tak berubah-ubah, akhlak dan ibadatnya masih seperti ketika dia tidak berilmu. Jadi untuk apa letih-letih mencari ilmu jika tiada penghayatan?

Ada pula orang yang belajar hanya setakat ilmu Taharah, selama bertahun-tahun diulang-ulang lagi tanpa ada peningkatan. Takkan nak main air saja, bila lagi masa untuk belajar sembahyang yang khusyuk, memahami doa yang dibaca, belajar tafsir al-Quran dan mengikuti al-Hadis? Akhirnya orang ini tak sampai pada tujuan sebenar kerana hampir tiada peningkatan iman yang ketara.

Al-Imam Ibnu Abdul Barri meriwayatkan daripada Abu Ghassan, katanya: “Kamu sentiasa menjadi alim selagi mana kamu tetap menuntut ilmu, apabila kamu merasa cukup maka sesungguhnya kamu telah menjadi jahil.”

Perjalanan mencapai reda Allah tiada penghujungnya. Bagaimana mungkin seseorang boleh berkata: “Telah cukup ilmuku dan telah baik amalanku.” Padahal perkataan itu umpama rantai yang mengikat kakinya ke bumi sehingga dia tidak akan sampai ke destinasi yang dijanjikan Tuhannya.

sumber: http://www.fitrahpower.com/tazkirah-bersiri/penghayatan-ilmu-hidayah-bentuk-peribadi-muslim

Friday, March 13, 2009

Muhasabah Cinta



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Wednesday, March 11, 2009

Muhasabah Diri: Kasih Sayang ALLAH S.W.T

Dan Dia (Allah) Telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim lagi sangat mengingkari (kufur nikmat)“. (Ibrahim: 34)

Membaca merupakan perintah pertama Allah dalam Al-Qur’an yang ditujukan langsung kepada manusia pilihan-Nya, Rasulullah saw. melalui wahyu pertama ‘Iqra’ (bacalah) dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan’ (Al-Alaq: 1). Membaca di sini harus difahami dalam arti yang luas karena memang objek membaca dalam wahyu pertama tersebut tidak dibatasi dan tidak ditentukan; Bacalah! Berarti beragam yang layak dan harus dibaca. Salah satu objek terbesar yang harus dibaca adalah kasih sayang Allah swt. yang terhampar di seluruh jagat raya ini tanpa terkecuali. Semuanya adalah bukti dan tanda kasih sayang Allah swt. untuk seluruh makhluk ciptaan-Nya.

Untuk itu, ayat di atas hadir untuk mengingatkan manusia akan kasih sayang Allah swt. yang memberikan segala yang dibutuhkan, sekaligus merupakan perintah untuk senantiasa membaca karunia tersebut agar tidak termasuk orang yang zalim, apalagi kufur nikmat seperti yang disebutkan di kalimat terakhir ayat tersebut di atas ‘Sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi sangat ingkar nikmat.’

Tentu, ayat ini tidak berdiri sendiri seperti juga seluruh ayat-ayat Al-Quran. Setiap ayat memiliki keterkaitan dan korelasi dengan ayat sebelum atau sesudahnya yang menunjukkan ‘wahdatul Qur’an’ kesatuan dan kesepaduan ayat-ayat Al-Qur’an, termasuk ayat di atas ini harus dibaca dengan mengkorelasikannya dengan dua ayat sebelumnya yang menggambarkan sekian banyak dari nikmat Allah swt. yang harus dibaca dengan penuh kesadaran:

“Allahlah Yang telah menciptakan langit dan bumi serta menurunkan air hujan dari langit, Kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezki untukmu; dan Dia pula telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendakNya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (Ibrahim: 32-33).

Ayat yang senada dengan ayat di atas dalam bentuk tantangan Allah kepada seluruh makhlukNya sekaligus perintahNya untuk membaca hamparan karunia nikmatNya yang tiada terhingga adalah surah An-Nahl: 18:

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Dalam penutup ayat ini Allah swt. hadir dengan dua sifat yang merupakan puncak dari kasih sayang-Nya, yaitu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.

Ibnu Katsir mengungkapkan penafsirannya dalam kitab Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim bahwa selain dari perintah Allah untuk membaca nikmat Allah, pada masa yang sama merupakan sebuah pernyataan akan ketidak berdayaan hamba Allah swt. dalam menghitung nikmat-Nya, apalagi menjalankan kesyukuran karenanya, seperti yang dinyatakan oleh Thalq bin Habib:

“Sesungguhnya hak Allah sangat berat untuk dipenuhi oleh hamba-Nya. Demikian juga nikmat Allah begitu banyak untuk disyukuri oleh hamba-Nya. Karenanya mereka harus bertaubat siang dan malam.”

Membaca kasih sayang Allah swt. merupakan langkah awal mensyukuri nikmat-Nya. Untuk membuktikan bahwa seseorang telah melakukan syukur nikmat, paling tidak terdapat empat langkah yang harus dipenuhinya: pertama, Mengekpresikan kegembiraan dengan kehadiran nikmat tersebut. Kedua, Mengapresiasikan rasa syukur atas nikmat tersebut dengan ungkapan lisan dalam bentuk pujian. Ketiga, membangun komitmen dengan memelihara dan memanfaatkan nikmat tersebut sesuai dengan kehendak Sang Pemberi nikmat. Keempat, Mengembangkan dan memberdayakannya agar melahirkan kenikmatan yang lebih besar di masa yang akan datang sesuai dengan janji Allah swt. dalam firman-Nya:

“Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu.” (Ibrahim: 7) Di sini kesyukuran justru diuji apakah dapat membuahkan kenikmatan yang lain atau malah sebaliknya, menghalangi hadirnya nikmat Allah swt. dalam bentuk yang lainnya.

Ternyata memang mega proyek Iblis terhadap manusia adalah bagaimana menjauhkannya dari kasih sayang Allah swt. sehingga mereka senantiasa hanya membaca ujian dan cobaan yang menimpanya agar mereka tidak termasuk kedalam golongan yang mensyukuri nikmat-Nya. Padahal secara jujur, kasih sayang Allah swt. dalam bentuk anugerah nikmatNya pasti jauh lebih besar daripada ujian maupun sanksi-Nya. Di sini, kelemahan manusia membaca nikmat merupakan keberhasilan proyek iblis menyesatkan manusia. Allah menceritakan tentang proyek

Iblis dalam firman-Nya:

“Iblis menjawab: “Karena Engkau Telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (Al-A’raf: 16-17)

Dalam konteks ini, sungguh usaha dan kerja Iblis tidak main-main. Ia akan memperdaya manusia dari seluruh segmentasi dan celah kehidupannya tanpa terkecuali. Dalam bahasa Prof. Mutawalli Sya’rowi, “Syaitan akan datang kepada manusia dari titik lemahnya (ya’tisy Syaithan min nuqthah dha’f lil insan).” Jika manusia kuat dari aspek harta, maka ia akan datang melalui pintu wanita. Jika ia kuat pada pintu wanita, ia akan datang dari pintu jabatan dan begitu seterusnya tanpa henti. Sehingga akhirnya hanya segelintir manusia yang akan selamat dari bujuk rayu syetan dan menjadi pribadi yang bersyukur. Allah swt. pernah berpesan kepada Nabi Daud dan keluarga-Nya agar mewaspadai hal tersebut dalam firman-Nya: “Bekerjalah Hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih (bersyukur). (Saba’: 13).

Memang hanya sedikit sekali yang cerdas dan bijak membaca kasih sayang Allah swt. Selebihnya adalah manusia yang suka berkeluh kesah, mengeluh dan tidak bersyukur atas karunia nikmat yang ada. Bahkan kerap menyalahkan orang lain, su’ud dzan dan berperasangka buruk kepada Allah swt. Padahal kebaikan dan pahala sikap syukur itu akan kembali kepada dirinya sendiri, bukan kepada orang lain. Karenanya ujian kesyukuran itu akan terus menyertai manusia sampai Allah benar-benar tahu siapa yang bersyukur diantara hamba-Nya dan siapa di antara mereka yang kufur. ‘Ya Allah, jadikanlah kami termasuk golongan yang sedikit.‘ Allahu a’lam

Salah satu daripada kasih Sayang ALLAH diberikan seorang ibu yg sanggup berkorban apa saja demi insan bernama suami, anak dan keluarga....

Thursday, March 5, 2009

Tanda Kewujudan ALLAH

Fikir dan zikirlah, renung dan tenunglah..
koreksi dan muhasabahlah...
Adakah alam ini terjadi sendiri tanpa Penciptanya?
SubhanaLLAH Maha Suci ALLAH...
Allahu Akhbar ALLAH Maha Besar
Alhamdulillah Segala Puji bagi ALLAH...

Tuhan yang mencipta dan menjadikan alam ini
sebagai hamparan untuk segala hidupan di muka bumi ini...
Sesungguhnya "aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan yang layak di sembah melainkan ALLAH,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH"...































Hayati dan bacalah Al quran jua hadis sebagai panduan hidupmu..

Firman ALLAH S.W.T:


"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)." (SURAH AL-ANBIYA' ayat:30-33)

kiriman sepupuku (olie)
jazakillah ya^^

"Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari Iman,
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biar kita sibuk mencari keredhoan,
Jika mereka menangis kerana kecewa kecewa bercinta,
Biar kita menangis kerana mengenang dosa2 semalam,
jika mereka cintakan kemanusiaan,
Biar kita cinta ALLAH S.W.T.."

Sekadar memperingati diri,

Salam ketenangan mencari Redho ALLAH

Norashikin
9 Rabiul awal 1430 hijrah
Johor Bahru, Johor

Wassalam