terapi iman
Thursday, March 25, 2010
Nur Malam
Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam
Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran
Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati
Bila hati mengadap tuhan
Baru ku sedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan
Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai
Tiada palsu wahai Tuhanku
Allah yang satu
Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat
Lagu: Azalinor
Lirik : Hakimi
Saturday, January 16, 2010
Perkongsian.

Assalamualaikum wbt...
kepada semua pelawat terima kasih atas sokongan saudara & saudari kerana sudi ziarah ke teratak " KETENANGAN " ini.Beribu kemaafan di pohon kerana sudah lama tidak berkongsi artikel terbaru sama ada melalui pembacaan, kiriman email atau pandangan sendiri mengenai sesuatu isu.
Ketiadaan...
Bukan ingin mencipta alasan.. namun dek kemalasan diri untuk membuka internet telah menyumbang kepada kesunyian blog ini daripada pengisian artikel terbaru.Aku teringat kepada kata-kata murabbiku tentang kesibukan. Jika zaman budak sekolah sudah beralasan disibukkan dengan kerja rumah, di universiti pula dengan lambakan assignment maka tidak mustahil tatkala memasuki alam pekerjaan pula aku disibukkan oleh pekerjaan.Memang banyak kebenarannya.Maka.. bagaimana dengan persoalan rohani yg perlu di isi dengan tarbiyah? Apa khabar iman dan Ukhuwah antara akhwat fillah( entah betul @ tidak ejaan ini ..nampak sangatku tidak berukhuwah).. Bagaimana khabar dakwah di tempat anda?pokok pangkalnya kmbali kepada empunya diri.."tepuk dada tanya iman...." ( Untuk diriku yang berkata2:"Wahai Iman maka bertanyalah kepada IMANmu sendiri....") huhu...
Muhasabah...
Tidak bermaksud untuk ditujukan kepada sesiapa, malah ku akui kelemahan dan kekurangan sendiri.Terlebih dahulu syukurku panjatkan kepada ALLAH atas segala nikmat pemberian yg terlalu banyak diberikan kepadaku.Kini ku boleh dikatakan menjadi orang penting di bahagian operasi di salah sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air.Segala urusan di bahagian sumber manusia dan pentadbiran syarikat di tempat baru ini dirujuk padaku sebagai kakitangan yang berpengalaman sedangkan aku baru setahun lebih berkhidmat di syarikat tersebut.Bukan untuk mendabik dada malah terasa kekerdilan diri dalam mengendalikan perjalanan sesebuah organisasi sehingga akhirnya segala perancangan, tindakan dan kaji selidik yang dibuat semuanya kembali kepada ALLAH S.W.T (Tuhan pentadbir sekalian alam).
Kawalan dan kekangan...
Dalam memastikan perjalanan sesebuah perancangan itu menjadi reality, pasti ada kawalan yang sewajarnya di ambil bagi memastikan ianya berjalan lancar.Misalnya dalam memberikan perkhidmatan pengurusan yang terbaik, pihak pengurusan perlu memastikan keadaan persekitaran bangunan berada dalam keadaan yang selamat,selesa,menarik, bersih dan aman dari segala ancaman.Ini bagi menarik perhatian orang ramai untuk membeli belah dalam suasana yang selamat dan harmoni.Sekaligus memberikan keuntungan kepada pihak peniaga dalam memasarkan produk mereka.Selain itu,kebajikan pekerja juga perlu diberikan perhatian bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.Namun sunahtullah sebuah kehidupan akan ada kekangan-kekangan yang timbul dalam kita menjalani sebuah kehidupan. Bgitu juga bagi sesebuah organisasi dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.Daripada pemerhatian diri dan melalui pembacaan, aku mendapati bahawa faktor sikap dan cara berfikir seseorang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah matlamat yang hendak dicapai.Kerjasama dan sikap saling bantu membantu dari semua pihak yang terlibat amat penting dalam menghasilkan produktiviti yang terbaik bagi mencapai piawaian2 dan standard tertentu.Ini bagi mengelakkan sikap individualistik dan "PHD" (Baca : Perasaan Hasad Dengki ) yang mungkin akan timbul apabila kepentingan diri diutamakan atau perasan diri lebih bagus daripada orang lain terhasil brpunca dari hati yang kotor.

Solusinya...
Walau apapun yang kita lakukan maka asasnya adalah Taqwa dan menanamkan pada diri bahawa ALLAH Maha Melihat segala yang terang mahupun yang tersembunyi.Taqwa bermaksud rasa takut kepada ALLAH yang tertanam di dalam hati orang yang beriman kerna setiap apa yang kita tanggung di sini akan kita jawab di sana nanti.Seperti sabda Rasulullah S.A.W kepada Muaz r.a:
"Wahai Muaz,takutlah ALLAH di mana jua kamu berada, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan memadamkannya dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik" ( Al ALbani,Sahih al-Tirmizi, no.1987) Malahan, al-Quran merakamkan dalam Surah Al-Mulk ayat 12 bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar". (1)
Sesungguhnya yg baik datangnya dari ALLAH S.W.T dan buruk pula datang dari diriku sndiri.Semoga kita semua saling berkongsi, mendoakan dan mengingati antara satu sama lain dalam kita istiqamah melakukan kebaikan.Oleh itu, kepada mereka yang mengenali diriku ini, tegur dan nasihatilah diri yang mana ku jua tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

sumber :
(1) Petikan dari majalah solusi isu no.14 muka surat (93-94)
Salam Keimanan Penuh Ketenangan,
Selamat Mencari Rezki yang Halal
Raudhah_Iman
6.36 pm
bersamaan 1 Safar 1431hijrah..
Saturday, January 9, 2010
Remember...

When calamity strikes and hopes are low..
Remember Allah and constantly follow,
The ways of Islam in all that you do,
For if you remember Allah,
Allah will remember you,
So do not despair for after a rainfall,
surely comes a rainbow,
And pray your salat,
And make your knowledge grow....

from :http://www.islamicpoem.com
Monday, October 19, 2009
Teristimewa
Assalamualaikum ..
ku mohon kemaafan atas sgala khilafku kepada kalian semua. Teristimewa video2 di atas ku tujukan untuk kalian... Semoga kalian semua sentiasa berada di bawah lembayung Maghfirah-NYA... Semoga berjaya di dunia & bahagia di akhirat..ameen.. Jaga diri hiasi peribadi.Teruskan perjuangan di Jalan-Nya meskipun sukar kerana Syurga itu manis...(^^,)
wassalam...
Salam kemanisan Iman,
Norashikin
Tuesday, October 6, 2009
Rahmat Di Sebalik Dugaan 2

Assalamualaikum semua (^^,)
Alhamdulillah... ku rafakkan setinggi2 kesyukuran kepada ALLAH dari dulu, kini dan selamanya hanya padaMu Ya Rabb di atas segala pemberian nikmat yg tidak terhitung kepadaku selama ini.Jazakallahu khairan khasiro atas doa2 sahabat2 semua...Alhamdulillah hari ini demam panasku kebah & aku mula bertugas seperti biasa.
Pasti ada di kalangan kalian semua yg masih dalam mood raya,(baca: termasuk aku) oleh itu teruskan menjalin ikatan ukhuwah sesama insan, bermaafan dan sedekahkan senyuman moga syawal ini menjadi momentum untuk kita lebih menyemai bakti kepada insan lain. ( baca : saling mendoakan ya ).
Tertarik hatiku tatkala membaca buku Bidadari Dari Timur karangan Tuan Sabariah Tuan Ishak ( Isteri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ) yg berbunyi :
' Jadilah seperti lebah, makan daripada sumber yg baik dan mengeluarkan hasil yg baik dan manis.Bila ia hinggap di ranting, tidaklah pula sampai mematahkannya, menghisap pati bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu juga tanpa sengat, terbang dengan sebaran debu kecintaan, lalu hinggap membawa kasih sayang.Bersuara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan umpama ungkapan kesyukuran, ia seakan- akan malaikat dari langit turun ke bumi dari alam yg kekal.Mengambil dari alam dan memulangkannya kembali dalam keadaan yg lebih baik lagi'.
Allahu Akhbar! hebatkan ciptaan ALLAH. Semuanya tidak diciptakan dengan sia2.
Malah mempunyai peranan dalam setiap komuniti tersendiri misalnya lebah yg punyai peranan dalam ekosistemnya terutama dari aspek pendebungaan dan penghasilan madu.
Begitu juga hidup ini,setiap yg berlaku pasti ada sebab, masalah, akibat serta jalan penyelesaiannya.Setiap yg berlaku pasti ada rahmat di sebalik dugaan.Apa2pun semuanya berbalik kepada main point iaitu :
l.menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH S.W.T.
2. Memperkukuhkan keperibadian Muslim.
3. Mewujudkan keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan, masyarakat dan negara.
4. Mewujudkan ketenangan dan kemantapan dalam kehidupan.
5. Menjamin perpaduan dan persaudaraan
6. Menghidupkan semangat daya juang dan kekuatan untuk membina ummah dan negara
serta identitinya.

Kesemuannya ini memerlukan IMAN yg mantap bagi melahirkan tindakan yg positif, inovatif,kreatif dan berpandangan jauh.Kemantapan IMAN juga membentuk semangat daya juang yg berani berkorban mempertahankan agama, ummah dan keperibadian Islam asalkan Islam tetap terpelihara.
Dari aspek jatidiri pula IMAN membentuk jiwa dan tingkah laku seseorang.Apabila IMAN meresap dalam jiwa seseorang muslim maka tingkah lakunya akan berubah.Ia akan berusaha melakukan kebajikan dengan mengharapkan keredhaan ALLAH S.W.T dan menjauhi kemungkaran kerana perkara itu dibenci oleh ALLAH S.W.T ( peringatan penting buat aku).Namun biarlah perubahan itu datangnya dari hati yg suci dan niat kerana ingin mendapatkan Redho ALLAH bukan disebabkan oleh sesuatu misalnya berhijrah kerana seorang wanita.Maka apabila segala ramuan di atas dihadam sebaik mungkin, akan lahirlah ketenangan dan ketenteraman dalam jiwa dan rela menerima segala ketentuan ALLAH S.W.T ke atas diri sama ada baik atau buruk kerana pasti ada Rahmat di sebalik Dugaan.
Ku doakan yg agar kalian tabah dan terus berjuang menghadapi onak duri kehidupan ini dengan senyuman dan hati yg kuat.Kerana ALLAH telah menjanjikan sesuatu untuk kita semua di akhirat sana.
Firman ALLAH S.W.T:
"Wahai orang yg beriman! bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran serta kuatkan pertahan dan bertakwalah kepada ALLAH semoga kamu beroleh kejayaan"
( surah Ali Imran ayt 200 )
P/S: kepada yg exam bitaufiq wannajah fil imtihan.teritimewa utk umiku syg & alin adikku moga cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat.Artikel di atas lebih kepada diriku sendiri.

Sumber Rujukan :
1) Bidadari Dari Timur (Hadiah dari seorang ummu yg comel...jazakillah kak)
2) Tasawwur Islam SPM karangan Zulkifli Ahmad.
Catatan oleh:
Norashikin
8.45am
Johor Bahru
Thursday, October 1, 2009
Doa...
Tuesday, September 15, 2009
Tazkirah : Rahmat
Oleh : Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

RAMADAN bulan rahmat. Semua kita tahu mengenainya, malah hadis Rasulullah s.a.w bermaksudnya: "Awal Ramadan adalah rahmat, di tengahnya keampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka."
Kita biasa mengungkap perkataan rahmat dan ada orang yang memahaminya manakala yang lain tidak faham. Kesempatan bulan rahmat ini mari kita menyelami makna rahmat bersama.
Dalam bahasa Arab makna rahmat antaranya merujuk kepada lembut hati, lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudian membekalkannya kepada
tumbuhan untuk hidup subur.
Begitulah bandingannya orang yang mendapat rahmat, hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuh daripadanya pokok takwa yang buahnya ialah ibadat dan amal soleh serta akhlak terpuji.
Rahmat juga bermaksud melakukan kebaikan lebih banyak daripada apa yang kita dapat. Orang yang mendapat rahmat bukan saja berbuat baik kepada orang yang berbuat baik kepadanya, malah berbuat baik juga kepada mereka yang buat jahat.
Orang yang macam mana mendapat rahmat? Orang yang mendapat rahmat ialah orang yang pandai bersyukur.
Perkataan rahmat pula disebut 113 kali dalam al-Quran dan tujuan kedatangan rasul 'rahmatan lil alamin' iaitu memberikan rahmat kepada seluruh isi alam.
Hati yang mendapat rahmat ialah hati yang mencintai Allah. Apabila Allah sudah dicintai, segala suruhan-Nya akan dilakukan dengan mudah.
Bukankah begitu? Orang, kalau dah bercinta yang seronok memanglah seronok, tetapi yang kurang seronok pun akan menjadi seronok juga. Itulah ajaibnya cinta.
Solat menjadi seronok, puasa walaupun laparnya luar biasa, tetapi dilakukan dengan tabah. Itulah tanda mendapat rahmat.
Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran. Dalam al-Quran perkataan rahmat juga sering digandingkan dengan al-Quran.
Jadi, untuk mendapat rahmat juga kita sepatutnya mendampingi al-Quran dengan membaca, meneliti dan memahami, kemudian melaksanakannya.
Bagaimana hendak mendapat rahmat, kalau baca pun kita tidak suka, cepat jemu dan kalau baca pun banyak salah? Jika baca betul, belum tentu faham. Kalau faham,
tafsirnya pula tidak tahu. Sudah faham, tetapi kadangkala tidak ikut pula.
Tanda lain untuk mendapat rahmat ialah mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa. Caranya ialah mentaati perintah mereka, gembirakan mereka, tunaikan segala hajat mereka selagi termampu dan penuhi keperluan mereka.
Jangan sesekali menyakiti mereka, baik perasaan atau fizikal, malah sentiasa berdoa sewaktu mereka hidup atau mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Reda Allah akan bersama dengan reda ibu bapa."
Pendek kata rahmat ialah segala kebaikan dan daripada kebaikan itu lahirlah ketaatan. Pada bulan yang mulia ini marilah beramal dengan sebaiknya agar apabila berlalu Ramadan kita mendapat takwa yang menjadi mercu tanda ikhlas.
P/S : Kepada semua yg sudi membaca blogku ini, ku ucapkan Jazakallahu khairan khasira atas segalanya.Sesgguhnya diri ini biasa2 jua, setiap artikel yg di pamerkan lebih tertuju kepada diri sendiri sebenarnya...moga ada manfaat yg boleh kalian ambil.

Di kesempatan ini, ku ingin memohon kemaafan lahir batin terutamanya kepada mereka yg mengenali diriku ini. Maaf atas sgala khilaf yg diperbuat. Selamat Menyambut Idul Fitri semoga kegembiraan mewarnai hari2 kalian semua berjaya di dunia & bahagia di akhirat. Eratkanlah ukhuwah & silaturahim sesama kita agar kemanisan Iman terasa di hati...Berhati2 memandu ketika pulang ke kampung halaman. Semoga selamat sampai ke destinasi & dipermudahkan segalanya.( Jangan lupa baca doa naik kenderaan ya ).

Saling mendoakan juga buat semua muslimin muslimat di seluruh dunia terutama di bumi Palestin.Semoga Islam kan memilikinya kembali.Takbir ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR! ALLAHU AKHBAR!...Al- Fatihah..ameen...
Salam kemenangan,
Dari kami sekeluarga..
ABAH
EMAK
NORASHIKIN(^^,)
MOHD AZLAN
NOOR AISYAH
NOR PAZLIN...

Subscribe to:
Posts (Atom)