baru je seusai menjalani mid sem exam..agak taf jgk sem ni..OSH, Strategic management, Total Quality management, tesis,multivariate data analysis...pasni kena analysis data pula before present viva.mg smgtku Kuat...Chaiyo2!..oklah kita masuk pd tajuk kita...
Total Quality(TQ)
Sebut pasal kualiti mesti kalian kaitkan dgn produk atau hasil kerja sesebuah organisasi..betul x?..
Sebenarnya yg lebih penting adalah kualiti manusia yg melibatkn sahsiah diri samada luaran atau dalamannya yg mampu mencerminkan ciri2 kepimpinan yg tinggi, etika kerja yg baik serta kemahiran yg memenuhi tuntutan organisasi tersebut.( 1 )
Contohnya pelumba kereta Formula 1 Michael Schumacher...quality yg dipamerkan adalah kemenangan 7 kali berturut-turut dlm perlumbaan.Itu dari segi mata kasar saja.Pernah x terfikir bagaimana dia menghasilkan Qualiti diri yg baik? semestinya melalui disiplin diri yg kuat,latihan yg sistematik dan berterusan,penjagaan kesihatan yg baik, kerja berkumpulan yg mantap serta kenderaan yg digunakan juga memainkan peranan yg penting dlm memastikan kemenangan dapat di capai.Tetapi hakikatnya, segelintir peminat2 kereta Formula 1 beranggapan bahawa kemenangan yg di raih hanyalah bergantung kepada Quality kereta yg digunakan iaitu Ferrari, ahli kumpulan yg pakar dlm bidang permotoran serta Quality trek (litar) yg digunakan.
Konsep TQM Dalam Islam
Apabila disebut quality menyeluruh( TQ) dlm Islam, ia menyentuh satu keadaan dlm satu organisasi yg memperlihatkan kecemerlangan dlm semua aspek termasuklah unsur manusia dan unsur2 lain.
Prinsip2 yg menyokong TQM
- Sokongan Pengurusan Atasan
- memberikan kefahaman yg jelas tentang arah dan matlamat dasar quality yg telah diwujudkan agar semua kakitangan akan dapat bekerjasama bagi melaksanakannya.
- memberikan contoh dan teladan yg berquality kepada kakitangan2 yg lain agar mereka dapat melakukan sesuatu kerja itu secara praktikal serta memberikan semangat dan motivasi untuk melakukan kerja secara berterusan dan cemerlang.
Al Quran telah menekankan juga aspek pengurusan atasan dari sudut membimbing kakitangan dengan contoh2 yg baik atau leadership by example.
Firman ALLAH SWT bermaksud:
" Wahai org2 yg beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yg kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya disisi Allah.Kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tidak melakukannya" (61: 2-3)
Rasulullah SAW bersabda:
" Periksalah dirimu sebelum memeriksa orang lain.Lihatlah terlebih dahulu atas kerjamu sebelum melihat atas kerja orang lain".
Umar al- Khattab amat peka terhadap keperluan memberikan arahan yg jelas kepada pegawai-pegawai tadbirnya.Beliau juga memastikan agar rakyat juga mengetahui tugas2 pegawai2 ini supaya pengawasan dapat dilakukan terhadap mereka secara berterusan untuk memastikan quality mereka dpt ditingkatkan dan mereka tidak terlibat dengan penyelewengan.Antara arahannya ialah:
" Ingatlah saya tidak memilih kamu untuk menzalimi rakyat.Saya telah memilih kamu sebagai pemimpin supaya rakyat menjadikan kamu sebagai contoh.Berikanlah mereka hak mereka dan janganlah kamu memukul mereka.Jgnlah kamu terlampau memuji mereka keran mereka akan mudah tertipu.Jgnlah menutup pintu2 kamu daripada mereka, kerana kalau tidak golongan yg lebih kuat akan menzalimi yg lemah.Jgnlah bertindak seolah-olah kamu lebih tinggi daripada mereka"
Islam sentiasa menekankan perlunya sesuatu kerja yg sempurna.Oleh itu apabila aspek kesempurnaan diberikan penekanan,mewujudkan satu dasar quality dan menubuhkan struktur pengurusan quality ialah sesuatu yg harus dilakukan.
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu mengerjakan sesuatu pekerjaan, supaya dikerjakan dengan baik dan sempurna"
Namun wahai sahabat sekalian, ingatlah bahawa segala contoh serta akhlak yg baik itu terdpt dlm diri Rasulullah SAW.
Pesanan Saidina Ali,amat selari dgn konsep ini :
"Barangsiapa yg menjadikan dirinya sebagai pemimpin,maka hendaklah ia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum ia mengajar orang lain.Hendaklah ia membentuk mereka dengan contoh perbuatannya sendiri sebelum ia membentuk mereka dengan lidahnya".
Bersambung...