terapi iman

Thursday, September 27, 2007

Dambaan CINTA utk Sang KEKASIH...


"lebih indah dari senandung serunai yg merdu d kegelapan mlm,
terdgr bacaan AL QURAN...Alangkah bahagianya krn Tuhan mendgrnya,
suara yg merdu membangkitkan keharuman & air mata bercucuran...


Pipinya sujud menyentuh tanah bergelimang debu,
sedangkan hatinya penuh CINTA ILLAHI.
Ia berkata Tuhanku...Ibadah pdMU meringankan deritaku...."


Ya ALLAH...
ampunilah dosa2ku...
terkenang bait2 kata Ibadah pdMU meringankan deritaku....


Ya ALLAH...
org2 yg berkhalwat ingin dekat pdMU
ikan2 d laut bebas memuji keesaanMU
Demi keagunganMU bergelora ombak2 di laut

Demikian pula mlm gelap gulita
Cahaya siang terang benderang
Bahtera belayar di lautan bebas
bulan purnama bersinar cerah
Bintang berkelip2 semuanya menunjukkan KeAgunganMU kerana Engkau Maha Kuasa.


Ya ALLAH....
jk aku menyembahMU krn takut pd nerakaMU
bakarlah aku dgn nerakaMU
Jk aku menyembahMU kerana Mgharap SyurgaMU
Maka haramkanlah SyurgaMU uttku...

Tapi.....Jk aku menyembahMU Demi MenyintaiMU
maka limpahkanlah pdku ganjaran yg lbh baik...
Berikan aku kesempatan melihat WajahMU Yang Maha Agung & Maha Mulia...."


Oh KEKASIHKU...
tiada yg ku harapkan SelainMU
Limpahkanlah rahmatMU pd org yg dtg mghdpMU
Oh harapan,ketenteraman dan kebahagiaan hatiku,hatiku hanya padaMU jua.....

Kekasih tiada yg bisa menandingiNYA
Hatiku hanya tercurah padaNYA
Kekasihku tidak nampak padaku
Namun dlm hatiku tidak pernah lenyap

Oh kegembiraan, tujuan & harapanku,
Engkau semangat hatiku
Engkau telah memberikan kebahagiaan padaku,

Kalau bukan kerna mencariMU

Tidakku jelajahi negeri2 yg luas ini,
betapa banyaknya limpahan nikmat KurniaMU


Cinta pdMU ALLAH tujuan hidupku.....



Subhanallah....senandung munajat Rabiatul adawiyah menginsafkan aku akan betapa diri ini sering lalai dgn keasyikkan duniawi....sedangkan Rabiatul adawiyah hanya mendambakan CINTAnya Utk Illahi....

Ya ALLAH...
ku mohon bimbinglah hatiku demi mencari keredhaanMU....

madah cinta rabiatul adawiyah hanya utk Sang KEKASIH yg bakal dan pasti kita semua akan temui....moga Cinta yg akan kita curahkan hanya semata2 utkNYA....

P/S: smga kita merebut kesempatan d bulan yg penuh barakah ini demi mendambakan CINTA
KEKASIH HAKIKI & utk kwn2 yg berkasih2han renungilah adakah kita tlh mencari CINTA yg sepatutnya...???


...salam ramadhan....

Wednesday, September 19, 2007

Tasik Hatiku...



Harinya semakin hampir,
tasik hatiku mulai di genangi air,
maka lama,
tasik hatiku makin dalam...
Ya ALLAH...
Tabahkan Hatiku ini,
hanya pada-MU
Tempatku mengadu serta mendambakan Kasih
Damaikanlah Ya ALLAH...
akan
tasik hatiku ini
agar sentiasa tenang dan
basah
dgn mengingati-MU
serta zikir pd-MU
Ya ALLAH....
tiada siapa yg bisa membantuku
melainkan-MU Ya Rabb...
Ssgghnya Engkaulah Maha Mengetahui
akan tasik hatiku
ini...
Monolog tasik hatiku: Raudhah_iman

Kemuliaan Yg Tercemar






Alangkah mulianya bulan ini, penuh dengan rahmat dan kasih sayang Ilahi kepada hamba-hamba-Nya . Dengan kasih sayang-Nya, dapat dilihat berbondong-bondong manusia menuju rumah-Nya saat tiba masa untuk beribadah, terasa begitu mudah untuk melaksanakannya berbanding bulan-bulan yang lalu, semangat juga berbeza saat melakukan ibadah lantaran ramainya manusia yang turut melakukannya. Inilah fitrah yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang makhluk yang bernama hamba ALLAH tanpa mengira masa-masa tertentu, namun manusia mudah lupa kepada Rabb yang menciptakan dirinya. Adakah aku salah seorang daripadanya???

Adakah kemuliaan bulan ini telah tercemar oleh perbuatan kita yang merosakkan kemuliaannya, adakah kalian melihat ada segolongan manusia yang masih tetap menyebarkan hadith-hadith yang palsu saat tibanya bulan yang mulia ini dengan ganjaran yang melampaui batasan akal dan nas yang sahih, ternyata hadith-hadith yang sahih tentang keutamaan bulan yang mulia ini seolah-olah masih belum cukup. Jangan biarkan umat ini bersemangat melakukan ibadah dengan ganjaran –ganjaran yang palsu kerana matlamat yang Islam ingin capai tidak pernah menghalalkan cara yang bukan Islam ajarkan. Cukuplah dengan hadith yang sahih menjadi sandaran kita tentang kelebihan bulan ini. Adakah aku memahaminya???

“Barangsiapa mengerjakan qiyam Ramadhan kerana iman dan mencari ridha ALLAH, maka diampunilah dosanya yang telah lalu.”[HR Bukhari dan Muslim]

Dimanakah nilai kemuliaan bulan ini andai masih lagi kita lihat segolongan manusia tanpa segan silu berdua-duaan tanpa ikatan yang sah di tempat-tempat yang terbuka, mereka saling berpegangan bahkan berpelukan dengan cukup selamba, sedangkan mata ini cukup sakit memerhatikannya walau hanya sekejap, betapa sedihnya diri ini kerana tidak mampu untuk mencegahnya lantas hanya mampu membenci jauh di sudut hati disamping meluahkannya lewat tulisan yang serba kekurangan ini tanda lemahnya imanku. Sedangkan Nabiku bersabda:

“Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda. “Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu; maka dengan lisannya;dan jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”[HR Muslim]

Dimanakah sifat malu dalam diri mereka, adakah malu itu sudah hilang dalam jiwa umat ini hingga menjadikan mereka seolah-olah tidak merasa bersalah saat melakukan maksiat dan kemungkaran di bulan kemuliaan ini. Bahkan mereka melakukannya ketika syaitan-syaitan dibelenggu daripada berleluasa menyebarkan kejahatannya, adakah ini tanda hati sudah gelap dengan titik-titik hitam akibat maksiat dan dosa yang mereka perbuat dalam bulan-bulan yang lalu. Jagalah sifat malumu wahai sahabatku kerana ia juga salah satu tanda keimanan orang yang bertakwa.

“Malu adalah sebahagian dari iman”[HR Muslim]

Mudah-mudahan sifat itu masih kukuh dalam sanubari kita, agar dapat menjaga kita daripada melakukan kemungkaran lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini, andai ALLAH memberikan pahala berlipat ganda atas amal soleh yang kita lakukan di bulan ini, adakah mungkin ALLAH juga melipat gandakan dosa kita atas kemungkaran dan maksiat yang kita perbuat di bulan ini, mari kita renungkan bersama agar kita dapat meletakkan diri kita dalam golongan yang beruntung kerana kita bebas untuk memilih jalan yang ingin kita lalui, jalan kefasikan atau jalan ketaqwaan.

Jadikanlah bulan ini medan untuk kita mengenang sahabat-sahabat seIslam kita di seluruh bumi ALLAH ini yang mungkin serba kekurangan dan kesedihan melalui bulan kemuliaan ini, jangan kita terlalu mewah dengan pelbagai juadah makanan untuk di ratah sepuas-puasnya hingga terlupa mereka yang tidak mampu menikmatinya seperti kita, apatah lagi andai makanan itu berlebihan hingga dibuang begitu sahaja walau telah cuba untuk menghabiskannya setelah penat melakukan solat sunat tarawih, kerana membazir bukan sifat yang Islam ajarkan, bersederhanalah wahai sahabatku.

".......makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”[Al- A’raf 7:31]

Hiasilah bulan ini dengan sebaik-baiknya kerana ia baru bermula, madrasah Ramadhan ini masih terbuka untuk mentarbiyah umat ini agar dapat melaluinya dengan penuh keimanan dan membentuk peribadi yang terbaik hingga mampu menjadi pejuang yang sejati. Jangan lupakan cita-cita kita agar di penghujung Ramadhan ini kita berjaya menggapai gelaran orang-orang yang bertakwa lantaran aqidah dan amal soleh yang kita perbuat di bulan kemuliaan ini. Bulan ini masih belum tercemar maka sucikanlah iman dan amalmu.

“………..mudah-mudahan kamu bertaqwa.” [Al Baqarah 2:183]


Al ‘Abd Ad ‘Dhaif,
Mohd Halimi Abdul Aziz
Menjelang 10 Ramadhan, 12:58a.m.
generasighurabaq.blogspot.com

Saturday, September 15, 2007

Cikgu.....


Salam. .cikgu. ☺
Artikel di bawah adalah nurkilan ukhti Nor Adillah yang ana kira cukup baik dan ada banyak pengajaran untuk kita mendekati dan memahami hati-hati adik-adik kecil. Lebih seronok sebenarnya bila kita bersama dengan adik-adik yang kecil terasa dunia ni indah sahaja. Kembali keremajaan ku. Boleh buat sesuka hatiku. Cikgu pun tak larat nak marah ..he..he..Betul tak cikgu?..
Petikan daripada artikel di bawah,
Rupanya ‘tertanam’ diminda mereka sedikit ilmu yang saya sempat tinggalkan buat mereka iaitu
‘ular kena palu’ …
Hanya kerana 3 patah perkataan yang saya terangkan secara kebetulan, yang disebabkan ingin menggambarkan keadaan meja mereka yang tidak tersusun telah mewujudkan satu ingatan diminda mereka hingga menggelarkan saya ‘cikgu ular kena palu’….petikan dari artikel CIKGU ‘ular kena palu’
Lihat sahaja anak-anak kecil yang di gambarkan oleh cikgu Nor Adillah. Cepat mereka belajar. Maka kerana itu peringkat awal amat penting dalam pendidikan anak-anak. Mereka akan cepat tangkap apa yang ada disekeliling mereka. Apatah lagi jika guru yang didekati mereka amat sayang pada mereka.
Namun kita lihat sekiranya pada peringkat usia semuda mereka ini tidak kita manfaatkan untuk mendidik mereka dengan baik, maka apa impaknya? Sekiranya input yang di masukkkan tidak mengikut spesifikasi yang telah ALLAH tetapkan sejak kecil lagi apakan jadi pada outputnya? Negetif atau positif?
Program reality tv bintang kecil begitu mantap hingga dapat menarik anak-anak yang masih kecil untuk memilih karier sebagai penyanyi. Tak cukup untuk golongan dewasa program untuk adik-adik kecil pun ada. Betapa berusahanya program-program ini hinggakan bila ditanya tentang cita-cita “most of them” menjawab nak menjadi penyanyi popular. Maka jangan salahkan mereka. Moga-moga kita akan lebih berusaha.
Sesuai sangat muslimat menjadi pendidik kerana inilah posisi terbaik seorang wanita dalam pentarbiyahan. Moga kelak anak-anak yang didik oleh guru yang solehah ini bila ditanya tentang cita-cita jawab mereka “ I want to be a great mukmin”..Hidup untuk menjadi seorang syuhada. ☺
Anak-anak ibarat kain putih…..kita yang akan mencorakkan mereka. Guru ibarat permata berharga buat mereka. Terima kasih cikgu..kerana kesabaranmu…I love U teacher ☺
CIKGU ‘ular kena palu’


“Assalamualaikum cikgu..”sapa seorang murid darjah satu ketika berselisih denganku..
“Waalaikumussalam..” jawabku tersenyum..
“Cikgu..cikgu tau tak…kawan-kawan satu kelas saya panggil cikgu, ‘cikgu ulaq(ular) kena palu’.” katanya bersungguh dengan nada manja sebagai seorang anak kecil yang baru berusia 7 tahun.
“Ye ke..??kenapa kamu semua panggil cikgu macam tu?” tanyaku kehairanan tapi dengan nada lembut..
Tersengih tanpa jawapan. Terus saja anak itu berlari meninggalkan saya tercengang disitu.
Dalam perjalanan ke pejabat, di fikiran saya berputar-putar memikirkan sebabnya..tiba-tiba teringat saya seminggu sebelum cuti sekolah hari tu saya ada menggantikan guru yang tak hadir menjaga kelas darjah 1. Pertama kali masuk ke dalam kelas mereka membuatkan mereka tercengang melihat cikgu baru menggantikan kelas mereka. Memandangkan ketika saya masuk adalah waktu terakhir sebelum pulang, saya dapati kelas tersebut tunggang langgang. Dengan sampah bertaburan dan meja kerusi tidak tersusun dengan baik. Al maklumlah murid darjah satu, masih tidak dapat menguruskan kelas dengan baik.
“Ok kelas, kamu cuba lihat dibawah meja masing-masing dan seluruh kelas kamu penuh sampah.Apa kata kita kemas kelas dulu ye..boleh?” “Boleh cikgu!!” jerit mereka beramai-ramai. Kanak-kanak sememangnya begitu. Suka jerit bila menjawab soalan secara beramai-ramai. Kemudian terkeluar daripada mulut saya..
“Haa.. selepas tu kita susun meja ye.Cuba tengok kamu punya meja tak teratur macam ‘ular kena palu’’..kataku kepada seluruh kelas yang secara tiba-tiba terdiam kehairanan..
“Cikgu, ‘ulaq(ular) kena palu’ tu apa cikgu??” tanya seorang murid bagai mewakili seluruh kelas..ditambah lagi dengan seorang pelajar lain..”Yelah cikgu,kami tak faham cikgu cakap apa..”..tersenyum saya melihat gaya dan telatah anak-anak kecil ini berbicara…Lantas saya tulis di papan hitam perkataan ‘Ular kena palu’.
“Ulaq kena palu tu,adalah simpulan bahasa yang maksudnya barisan atau apa saja yang kita susun tapi dalam keadaan bengkang-bengkok. Maksudnya tak lurus la..macam meja kamu ni..tak tersusun.” terangku bersungguh.
“Tapi kamu kena tahu juga kenapa kita gunakan simpulan bahasa ini untuk menggambarkan barisan yang tidak lurus..kamu tahu tak palu tu apa?” soalku. Seronok saya lihat setiap mata anak –anak ini tertumpu penuh minat dengan penerangan saya.
“Tak tau cikgu. Palu tu apa?”tanya beberapa orang murid.
“Palu tu sama juga dengan maksud pukul. Kamu tau kan ular tu binatang macam mana. Panjang badan dia. Jadi bila kita pukul ular tu, cuba kita tengok, badan ular tu akan mengeliat dan bengkang bengkok kesakitan..(sambil melukis di papan hitam)..Jadi daripada keadaan begitulah kita ambil sebagai simpulan bahasa untuk menggambarkan barisan yang tidak lurus..faham tak?” terangku panjang lebar..dalam hati saya berkata, fahamkah mereka dengan penerangan saya yang bagai ayat ‘skima’ ni.Bimbang juga jika tak faham kerana mungkin tahap pemikiran mereka masih ‘muda’ untuk faham semua ini. Tapi bagi saya kita kena terangkan kenapa jadi begitu, bukan hanya beri fakta semata-mata.
“Oooo..ulaq kena katoq (pukul) la ni cikgu..!” kata seorang murid lelaki dengan loghat Penang ..Ketawa saya dengan rakan-rakan sekelas yang lain mendengar loghat ‘pekatnya’..
Begitulah kisah yang masih segar diingatan saya.Mungkin kerana itu saya digelar begitu. Saya membuat andaian. Saya tersenyum sendirian. Hinggalah satu hari saya berpeluang bersembang dengan 2 orang murid kelas darjah 1 yang saya masuk tempoh hari.
“Kenapa kamu semua panggil ‘cikgu ulaq kena palu’? tanyaku ramah.
“Kami satu kelas panggil macam tu sebab kami tak tau nama cikgu. Jadi kami panggil la macam tu. Lagipun cikgu yang ajaq kami pasal ulaq kena palu tu..”jawabnya takut-takut. Mungkin bimbang dimarahi. Lantas saya ketawa mendengarnya. Memang salah saya pun. Baru saya ingat saya lupa nak kenalkan nama saya.
“Ooo..macam tu ka..tak pa,cikgu tanya ja,bukan nak marah pun.Terima kasih habaq cikgu perkara sebenar na..k,nama cikgu, Adillah. Jadi kamu semua panggil, cikgu Adillah ye..nanti habaq kat kawan-kawan satu kelas nama cikgu ye.Tak mau panggil macam hari tu lagi.” sambil tersenyum.
“Haa..cikgu nak tanya ni. Kamu masih ingat tak maksud ulaq kena palu tu?”
“Ulaq kena katoq cikgu..” jawabnya penuh keyakinan. Tersenyum saya lagi.
“Ye, betul. Tapi maksud cikgu, simpulan bahasa tu diguna kan untuk situasi apa?Kita guna bila nak terangkan tentang apa?”
“Tentang barisan yang bengkang-bengkok!”jawab seorang daripada mereka.
“Haa.Untuk yang tak lurus cikgu!”jawab seorang lagi tak mahu mengalah..
“Pandai pun kamu. Bagus la kamu masih ingat apa yang cikgu ajar walau hanya 3 perkataan sahaja. Kamu ingat pesan cikgu ni, kamu mesti ingat maksud simpulan bahasa ni. Nanti darjah 2 kamu akan belajar lebih banyak simpulan bahasa lagi. Nanti bila cikgu kamu tanya tentang ‘ular kena palu’ kamu mesti boleh jawab…”kataku penuh harapan.
“Ok cikgu, kami ingat!…”jawab mereka bersungguh.
“Erm..nak bunyi loceng dah ni, kamu balik kelas dulu ye..sampaikan salam cikgu buat kawan-kawan kamu ye..”kata saya penuh kepuasan.
Sebelum ni, mereka ni satu kelas bila lalu saja didepan kelas ‘khas’ dimana kelas tempat saya mengajar untuk murid pemulihan yang kebetulan berada bersebelahan dengan perpustakaan sekolah, pasti mereka akan tegur saya dengan panggilan ‘cikgu!’. Bayangkan mereka yang lebih daripada 30 orang murid yang beratur panjang menuju ke perpustakaan tak putus-putus panggil saya.’cikgu!’ Entah apala sebab mereka suka sangat dengan saya yang hanya berkesempatan menjaga kelas mereka hanya selama 30 minit. Rupanya ‘tertanam’ diminda mereka sedikit ilmu yang saya sempat tinggalkan buat mereka iaitu
‘ular kena palu’ …
Hanya kerana 3 patah perkataan yang saya terangkan secara kebetulan, yang disebabkan ingin menggambarkan keadaan meja mereka yang tidak tersusun telah mewujudkan satu ingatan diminda mereka hingga menggelarkan saya ‘cikgu ular kena palu’.. Saya tidak marahkan mereka langsung atas gelaran itu malah bersyukur kerana sekurang-kurangnya ilmu itu ‘dimanfaatkan’ walau pada situasi yang kurang tepat! Begitulah sedikit kisah yang ingin saya kongsikan bersama. Sebuah kisah benar yang berlaku dalam lingkungan perkhidmatan saya sebagai seorang guru sandaran. Kisah yang tak mungkin saya lupakan.

Nor Adillah Abd Rahman,
Guru Sandaran,
SKTL,PP
(Ogos ‘07-Nov ‘07)

Cikgu ‘Ulaq kena palu’,
Guru Sandaran,

Suara Hati seorg Lelaki....



Ukhtifillah. .

(Surat Terbuka Seorang Ikhwan untuk Seluruh Akhwat di Dunia)


Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga,
tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, karenanya kau tak membutuhkan persamaan.


Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati,
seluruh jiwa, sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.


Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri,
berkelebat selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.


Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah,
tapi karena aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku,
mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib,
meski hatiku lebih kotor dari Lumpur.
Kau memang suci,
tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.


Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada,
itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah hakmu,
seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu,
semua terukir dalam kitab suci.


Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kaubangun dengan segala kekhusyu'an tangis do'amu.


Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu,
melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita. -


-- Adapted from article : Wanita Suci In Asih Retno ( daripada Diana Bandung,indonesia)


p/s; buat kaum adam yg pernah ku lukai hatinya...bukan niatku utk berbuat demikian....ku
doakan kalian bertemu wanita Solehah yg lbh baik dari diriku ini....salam penuh kemaafan
di bln ramadhan...

...Sesungguhnya ALLAH Menyayangimu...


"Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian.

Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.


Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.


Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”(Riwayat Tirmizi)


Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.


Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab.


Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin.


Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”


Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.


Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)


Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.


PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…"

Friday, September 14, 2007

Mutiara kasih dari kakakku....aya_aljannah


Mutiara kasih
"QUM DAULATUL ISLAMIAH FI QULUBIKUM, SATAKUNU FIL ARD"

Allahumma ahyina bilhayatil ulama e wal mujahidin...wa amitna b mautis syuhada e was solehin


(Hadiah yg plng istimewa yg aku impikan dr seorng teman ialah PERINGATAN.
Sesungguhnya perjalanan hidup ini terlalu memeritkan.
Hanya tangisan yng mampu kulakarkan.
Teruskan perjuangan krn kita pemuda yg rindukan kematian) ~

Thursday, September 13, 2007

HikMah Di Sebalik Gegaran....



"...ngapain syi... tetiba kok kepalaku pusing...Ya ALLAH... mangan apa ya aku sore tadi...?" monologku sendirian..





"eh....! kak Iman, what happen?knpa irda rasa bergegar ni... eh! pangsapuri kita berlaku gegaranlah....! jom2 turun selamatkan apa yg patut.. "kata irda dlm keadaan panik.





itulah yg aku alami kelmarin..susulan gegaran akibat gempa bumi di Padang,Indonesia yg kini semakin di rasai di Malaysia.Sewaktu aku menaip ni pun gegarannya masih terasa dan kepalaku agak pusing sedikit.Fenomena ini bukanlah kali pertamaku lalui sebelum ni gegaran turut di alami sewaktu tsunami di Indonesia yg meragut ratusan ribu nyawa.





Ku terfikir, di takdirkan maut menjemput kami ketika itu .... bgmnkah agaknya keadaan kami..adakah berada dlm dakapan IMAN @ sebaliknya....sedangkan perselisihan sesama manusia belum dpt di bereskan lagi...Oh ALLAH...please forgive me...




Sahabatku sayang...


Gegaran kelmarin, amat manis ku rasai kerna dua hati yg merajuk telah menyatu kembali.ALHAMDULILLAH...syukurku tidak terkira...jika segalanya kerana ALLAH, apa saja yg berlaku insan akan sanggup menerima seseorg itu seadanya,manakala jika ukhwah yg terjalin itu kerana duniawi ianya akan putus begitu saja.Dalam apa jua perkara, kesabaran itu penting terutamanya apabila ingin memahami hati seseorg yg bergelar sahabat.





"Dan sesgghnya Kami benar2 akan menguji kamu agar kamu mengetahui org2 yg berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan baik buruknya hal ihwalmu." (47:31)



Solution yg aku dapat dari kejadian kelmarin......"Dan Yang mempersatukan hati mereka( org2 beriman ) Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yg berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat memepersatukan hati mereka,akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Ssgghnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(8:63)



Walaupun fenomena gegaran ini agak menggerunkan dan mengakibatkan kemusnahan, ianya tidak akan menghasilkan apa2 kebaikan selagi kerosakan2 masih berleluasa di muka bumi ini.
Terkadang kita alpa kerana kemewahan,glamour dan sebagainya itu yg lebih kita utamakan.Namun setiap bencana alam yg berlaku merupakan peringatan dari ALLAH buat kita....tanda ALLAH masih menyayangi kita.Seperti FirmanNYA:

"...Melainkan Kami menjadi saksi atasmu waktu kamu melakukannya.Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah(atom) di bumi ataupun di langit.Tidak ada yg lebih kecil dan yg lebih besar dari itu,melainkan semua tercatat dalam kitab yg nyata (Lauh Mahfuzh"(19:61)


Renungan ini turut ditujukan khasnya wat diriku ini....oh ya nak juga ku nyata apa itu gempa bumi dan persediaan diri menghadapinya....

Gempa bumi (seismologi)

fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yg berbatu,berlaku apabila tenaga yg disimpan,biasanya dlm bentuk geseran batuan tetiba terlepas.Gempa bumi biasanya disebabkan oleh pergerakan rekahan geologi, kecacatan zon quasi-planar di kerak bumi.Bumi sentiasa bergerak dalam pergerakan tektonik, dan gempa bumi berlaku disebabkan tekanan melebihi keupayaan bahan bumi menanggungnya. Keadaan ini sering dijumpai di sempadan plat tektonik di mana kerak bumi atau lithosphere terpisah. Kejadian yang berlaku di sempadan plat dikenali sebagai gempa bumi interplat; gempa bumi dalam plat lithosphere dikenali sebagai gempa bumi intraplat.Gempa bumi kebiasaannya berlaku setiap hari di bumi, namun kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun. Dalam gempa bumi tertentu, sesuatu cara kemusnahan lebih menonjol, dan dalam sejarah setiapnya menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang teruk, tetapi kebanyakan gempa bumi, gegaran merupakan paling menonjol dan juga merupakan punca utama kerosakan.Contohnya di Aceh,Indonesia pada 26 Disember 2004 mencatatkan 8.9 skala Richter disertai tsunami yg merupakan gempa bumi terkuat di dekad ini yg mengorbankan lebih daripada 200,000 nyawa serta meninggalkn kesan permukaan bumi yg di ibaratkan 'padang jarak padang terkukur' di mana mayat bergelimpangan di sana sini.(1)

rujukan:

(1) Wikipedia

Sucikan Dirimu





Ia hadir di saat jiwa ini merinduinya, ia tiba tatkala hati ini ingin mendapatkannya, ia datang ketika diri ini ingin menghampirinya, perasaan yang hanya dirasai oleh mereka yang benar-benar ingin menjadi orang yang bertakwa dalam kehidupan mereka. Adakah aku merasai kehadirannya???

Hadirnya menyerikan seluruh penghuni langit dan bumi, melimpahkan rahmat ke seluruh alam, menyelimuti jiwa-jiwa yang sentiasa mendambakan keindahannya. Bulan yang penuh berkat dan rahmat, RAMADHAN kembali menyinarkan cahayanya buat umat ini.

Ternyata ALLAH masih memberi kesempatan buat diri ini bertemu dengan Ramadhan, bulan untuk membersihkan diri dari dosa dan noda yang dilakukan pada bulan-bulan yang lalu. Moga diri ini dapat memanfaatkan hari-hari mulia yang tiba nanti untuk menyucikan dirinya. Renungilah setiap apa yang ingin kusampaikan buat mereka yang ingin mendengarnya.

Sucikan dirimu daripada pengaruh kesesatan yang dapat mengugat akidah suci yang kita miliki, kesesatan yang menjauhkan kita daripada hidayah-Nya lantaran membelakangkan ajaran Ilahi, ingatlah pesan Luqman kepada anaknya yang tercinta;

"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."[Luqman 31:13]

Sucikan dirimu daripada menyebarkan sesuatu yang tidak pasti hujung pangkalnya, apatah lagi yang melibatkan hukum tanpa dalil dan hujah yang nyata kerana ulama salaf mahupun khalaf sahaja cukup berhati-hati dalam soal hukum, juga kerana agama ini dibina dengan kekuatan dalil dan hujah yang jelas, setiap ucapan dan amalan yang dibuat harus bersandarkan kaedah yang Islam ajarkan agar agama ini tidak dicaci dan dihina lantaran kesilapan yang kita lakukan akibat kejahilan diri sendiri. Andai tidak tahu maka tanyakan kepada mereka yang lebih arif.

“……maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu
tidak mengetahui”[An-Nahl 16:43]

Sucikan dirimu daripada pelbagai prasangka buruk kepada insan lain, lebih-lebih lagi sahabatmu kerana kebanyakan prasangka itu adalah dosa, andai tersilap dalam ucapan mahupun tindakannya ia adalah kelemahan seorang insan yang sering lupa dan tersilap, jika ALLAH saja mengampunkan umat ini atas kesilapan atau kelupaannya, lalu kita lebih harus memaafkan insan yang bernama sahabat.

“Dari Ibnu Abbas ra. Bahawa Rasulullah saw bersabda, “ Sesungguhnya ALLAH mengampuni umat atas kesalahan , kelupaan dan atas sesuatu yang dipaksakan kepadanya.”[Hadith Arba’in- 39 hadith hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah , Baihaqi dan lain-lain]

Sucikan dirimu daripada terlalu mengharapkan balasan atas segala kerja mahupun pengorbanan kepada insan lain sekalipun ucapan terima kasih atau lebih rendah daripadanya, ia memang tidak adil andai tidak ada sebarang penghormatan atas segala usaha yang kita sumbangkan, namun siapalah kita untuk mengeluh hanya kerana tiada balasan setimpal yang kita merasakan harus memilikinya, kerana Raja segala makhluk sahaja sering berfirman hanya segelintir yang berterima kasih kepada-Nya.

“…….Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”[Saba’ 34:13].

Sucikan dirimu daripada melihat aurat yang bukan hakmu selagi belum sampai saat dan ketika untuk melihatnya, kerana menjaga kesucian itu lebih utama daripada memuaskan hawa nafsu tanpa kaedah dan jalan yang Islam tunjukkan.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya…[An Nuur 24:30]
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya…[An Nuur 24:31]

Sucikan dirimu daripada membuka segala ‘perhiasanmu’ selagi belum sampai saat dan ketika untuk membukanya daripada dilihat oleh mereka yang tidak layak melihatnya hingga mampu menggoncang nafsu sang lelaki mahupun wanita, lantas jiwa semakin tertekan kerana gelojak nafsu yang kian membara hingga membawa kepada kemaksiatan yang menghancurkan moral umat dan tamadun.

“Semua peristiwa(penzinaan) itu bermula dari memandang. Dan api yang besar itu berasal dari percikan api yang kecil”[kata-kata seorang penyair]


Sucikan dirimu dengan solat yang khusyuk agar menjadi tanda bagi orang-orang yang berjaya sebagai seorang mukmin,

Sucikan dirimu dengan tilawah quran dan tadabbur ayat-ayat-Nya agar ia dapat menyucikan jiwa yang sering kotor ini dengan cahaya-Nya,

Sucikan dirimu dengan hadith-hadith sahih di bulan yang mulia ini agar tidak sekali-kali dicemari dengan amalan atau ganjaran yang datang dari sumber yang palsu,

Sucikan dirimu dengan tahajud dikala insan lain senang lena diulit mimpi agar diri ini terjaga dari bisikan syaitan dan hawa nafsu,

Sucikan dirimu dengan menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh agar ia menjadi penyuluh kehidupan dunia dan akhirat,

Sucikan dirimu dengan bekerja sebaik mungkin dengan penuh amanah dan ikhlas dalam melaksanakannya agar ia bakal menjadi amal kita yang terbaik,

Sucikan dirimu dengan RAMADHAN yang tiba dengan sungguh-sungguh, mengharapkan keampunan-Nya, petunjuk-Nya dan rahmat-Nya kerana siapa tahu ini adalah Ramadhan kita yang terakhir sebelum kita menghadap-Nya.

Selamat datang wahai bulan kemulian, moga kehadiranmu membuatkan diri ini lebih bersemangat untuk menjadi dan membina generasi Rabbani yang mendambakan kemenangan Islam.Adakah kalian pun begitu?????

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”[Al Baqarah 2:83]


Al Faqir ila Rabbihi,

Mohd Halimi Abdul Aziz
Menjelang 1 Ramadhan 1428H 12:55am

Sunday, September 9, 2007

Berguru Dengan Alam..


Alam itu merupakan suatu kesatuan yg membuktikan kekuasaan Maha Pencipta.Dalil akli adanya ALLAH S.WT ialah adanya alam ini. Masakan alam ini tiada yg menjadikan dan yg pastinya Sang Pencipta (ALLAH S.WT) tidak sama dgn makhluk-NYA.


" Dia menciptakan langit dan bumi dengan hak. Maha Tinggi ALLAH daripada apa yg mereka persekutukan" (16:3)


Subhanallah..indah sggh alam ciptaan-NYA. Tenang,damai,nyaman,udara yg segar itulah persepsiku kali pertama di bawa oleh keluargaku ke Tmn Negara hgga membuatkan aku jatuh hati dan bercita2 ingin melanjutkan pengajian dlm bidang perhutanan...namun sblknya ALLAH mgkehendaki aku utk mendalami cabang ilmu yg lain.


Berbicara ttg alam cuba kita hayati air sungai yg mengalir.Aliran air sungai yg begitu tenang itu umpama aliran masa.Tidak akan berhenti atau berpatah semula ke belakang.Jika kita mengisinya dgn kebaikan dgn kebaikan,kebaikan itu akan tersimpan sbgai pahala.Sebaliknya, jika di isi dgn kejahatan, ia akan kekal sbgai dosa melainkan kita bertaubat memohon ampunan ALLAH S.WT (1)


Firman ALLAH:


"Demi masa.Ssgghnya manusia itu benar2 berada dlm kerugian,kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati spya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati spya menetapi kesabaran"(103:1-3)


SEMUT

makhluk kecil..yg bagi kita tidak mendtgkan apa2 sumbgn pun dlm khidupan.

" Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dgn sia2.Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa neraka"(3:191)

Namun byk pengajaran yg kita boleh pelajari dpd semut.Si kecil semut mengajar kita akan pentingnya smgat kerjasama,bantu membantu dlm sesebuah komuniti tanpa ada perbalahan, perasaan hasad dengi,iri hati malah sentiasa mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama di jinjing"dlm menjalani tugasan agar dpt diselesaikan dgn mudah.Teringan cuti sem lps, mama bercakap sesuatu dgn semut...aku jd hairan dan bertanyakan tujuan mama berbuat demikian.Mama cuba memujuk sekumpulan semut agar beredar dari dlm bekas gula dlm masa 15 minit.aku cuma tersenyum melihat keletah mama lalu beredar dari situ.Ternyata pujukan mama berjaya,dlm masa 15 minit semut2 itu telah tiada dlm bekas gula tersebut.Faham juga semut2 ni akan apa yg diperkatakan oleh mama.
Tiba2 aku teringat surat An-Naml ayat 18-19:

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut;Hai semut2,
masuklah ke dlm sarang2mu,agr kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya,sedangkan
mereka tidak menyedari;maka dia tersenyum dgn tertawa krna mendgr perkataan semut itu."


IKAN

Meninjau pula hidupan marin.Walaupun air laut itu masin semasin2nya tapi anehkan... isi atau daging ikan ttp tidak masin malah enak di makan.Ertinya, ikan ttp mengekalkan identiti dan jati dirinya yg ttp tawar walaupun dikelilingi air laut yg sgt masin.Satu pengajaran yg sgt mahal ialah kita jgn sesekali di corakkan oleh suasana sekiranya suasana yg kita hadapi itu negatif.Ikan lumba-lumba misalnya akan bergerak secara berkumpulan utk sama2 mencari makanan. Semangat berpasukan yg tggi akan menghasilkan sesuatu perolehan yg lumayan.Sifatnya yg penyayang menjadi daya tarikan manusia utk mengkaji alam ikan lumba2.Ini juga boleh dikaitkan dgn sifat seseorg individu yg baik akan menyebabkan org lain ingin lebih mengenali serta menjalin ukhwah dgnnya.


Kesimpulannya,setiap makhluk di muka bumi ini mempunyai peranan dan sumbangan mereka masing2.Walaupun seekor khinzir di mana ia berperanan memakan najis2 binatang lain.Wahai manusia yg di amanahkan ALLAH sbgai khalifah di muka bumi ini, berfikir dan kaitkanlah stiap kejadian itu kepada mengingati ALLAH.Jgnlah asyik melakukan kerosakkan di muka bumi ini kelak pasti kita akan dipertanggungjawabkan.Jika binatang yg ALLAH jadikan tanpa akal itu penuh dgn sifat Kasih Sayang,'teamwork' dll inikan pula manusia yg mempunyai akal dan bisa membedakan mana yg baik dan buruk pastikan akan lebih sempurna akhlaknya.


p/s: Renungan buat diri ini jua....


Sumber:


Al-Quran

(1)Majalah Anis keluaran bulan Ogos 2007-Berguru Dgn Alam.

Friday, September 7, 2007

To: My Little Baby...


Bicara ini adalah adalah
buat Puteri kami...Iman
Dari kasih seorg ayah
dan sayang seorg ibu
serta dorongan adik2mu
agar sentiasa sedar diri
dan tahu menilai erti budi


Anakku sayang
saat tangis pertamamu pecah
air mata ibu turut tumpah
punah derita 9 bln terseksa
gugur sengsara sakaratul maut
tak terhingga
gementar mngucap syukur penuh bahagia...


Alhamdulillah Ya ALLAH
jadiknlah zuriatku ini
Insan penegak agama-MU
Beriman kpd pencipta-NYA
dan berbakti kpd ibu ayah
agar kelak terlorong jln ke syurga


Anakku sayang
saat kalimah suci pertama
ayah perdengarkan
lewat azan di telinga kananmu
dan iqamah di telinga kirimu
terharu ayah menerimamu
sebesar-besar anugerah
SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH WALAILLAHAILLALLAH WALLAHU AKHBAR


Ya Tuhanku
tunjukilah jln yg Engkau
redhai utk lalui anakku ini
hindarilah dia dari jln
kemungkaran dan jauhilah
kesesatan agar terlepas dari azab neraka jahanam


Ingatkah engkau wahai
Cinta hatiku' Cahaya keasyikkan'
kecilmu ibu tatang bagai bintang yg kecil bersinar
sesuci kain putih
titisan susu ibu menjadi darah dagingmu
makanmu ibu suap tidumu ibu belai manja
impianmu ibu tunai agar tidak mengungkit
dan tahu berterima kasih...


Ingatkah engkau buah hatiku
sakit peningmu anakku
sengsara ayah ibu rela berkorban
menjagamu di hospital
utk melihat senyumanmu
agar nanti kau bijak menilai
mana yg baik dan buruk.


kau kian nakal
resah jiwa ibu mengenang langkahmu
bicara ibu kau tidak endahkan
bukannya omelan marah dan mencari salah
sekadar mengingatkan dunia penuh kejahilan dan kemaksiatan


ibu mahu kau sedar
sekali tersilap hidupmu gelap
sekali ternoda seusia hidupmu terhina
sekali jln salah kau ambil
kau tergolong umat yg jahil
jgn ulangi dan lakukan itu lagi anakku


Sayang anak ibu
kesempatan utkmu masih luas
jln esok masih jauh utk kau selusuri
bersama dewasamu ibu titipkan
Ilmu dunia sbagai teman
Ilmu akhirat sebagai mutiara IMAN
moga dirimu menjadi Muslimah Soleha
Penyejuk mata ayah
Permata hati ibu
Penawar Hati suamimu...insyallah


Iman Sayang....
our little baby
tanda cinta buah hati kami
take care yourself
be a Soleha girl
don't be a naughty girl
we always pray for you
and ALLAH always be with you....


miss you my little baby


Regards;

Your mum and dad...


p/s:huhu... xtau nk kata apa... to my lovely mum n dad terima kasih atas sgalanya.
Ya ALLAH, ampunilah dosa ibu dan ayahku,sbgmn mereka memeliharaku sedari kecil.
Maaf atas segala kesalahanku mum n dad.insyallah...akanku ubah diri jd yg terbaik....my mum n dad always called me ( my little baby)...

KONVOKESYEN

pak bakar & mak june..(^^,)

Hari itu semakin hampir, alangkah indahnya saat tibanya hari yang bersejarah itu, inilah hari yang sentiasa dinantikan oleh seorang mahasiswa setelah memerah keringat untuk mendapat segulung ijazah. Alangkah bertuahnya hari itu dengan pakaian jubah, blazer kot, mortar dan hood yang akan dipakai lagak seorang yang akan menamatkan zaman pembelajarannya di sebuah institusi pendidikan.

Ia adalah hari yang paling bersejarah, hari yang pasti tidak akan dilupakan, setiap saat pasti dirakam lewat kamera mahupun video. Hari Konvokesyen yang penuh gilang gemilang itu sentiasa menjadi dambaan seorang mahasiswa. Segala persiapan telah dibuat dan setiap gerak langkah diajar dengan penuh tertib. Senyuman harus sentiasa terukir dibibir tatkala sampai giliran untuk menerima skrol masing-masing, walau ia hanya mengambil masa beberapa minit mahupun saat sahaja.

Sebagai tanda penghormatan, penyampai ijazah adalah dari kalangan orang-orang kenamaan, bahkan yang namanya Sultan juga sanggup mencemar duli menjadi penyampai ijazah kepada sang mahasiswa. Bertuah sungguh insan tersebut.

Seluruh sanak saudara, rakan taulan akan berkumpul meraikan kejayaan menghabiskan pengajian masing-masing, segala penat lelah mahupun perbelanjaan untuk menghadiri upacara konvokesyen terasa hilang setelah melihat kejayaan sang anak menggulung sekeping ijazah.

Itulah hari yang merakamkan detik-detik yang menggembirakan semua, namun disana ada hari yang bahkan lebih besar dan lebih banyak orang yang menghadirinya. Andai hari konvokesyen hanya untuk individu yang berjaya menamatkan pengajian namun hari yang pasti kita akan temui nanti adalah untuk semua individu sama ada yang berjaya mahupun tidak iaitu “Konvokesyen Mahsyar”

Pakaian yang bakal dipakai nanti tidaklah semegah konvokesyen universiti, hanya sehelai kain putih menyelimuti badan, tidak perlu mengikut pelbagai protokol seperti tunduk hormat mahupun bersalam terlebih dahulu sebelum menerima “skrol kehidupan” masing-masing bezanya adalah sama ada kita menerima “skrol kehidupan” itu sebelah kanan atau sebelah kiri

Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)". (QS. 69:19)
Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), (QS. 69:25)

Jika waktu pengajian kita selama tiga tahun atau lebih membuatkan kita bertungkus lumus demi untuk menyelesaikan pengajian agar dapat menghadiri hari konvokesyen masing-masing, maka persiapan untuk menghadiri Konvokesyen Mahsyar lebih harus dilaksanakan kerana ia adalah hari yang telah ditetapkan, hanya menunggu masa dan ketika dan kita adakah telah bersedia atau tidak untuk menghadirinya. Adakah saat dan ketika itu kita mempunyai wajah yang ceria lantaran “ahsanul amala” yang kita lakukan atau wajah yang muram lantaran “fahsya wal mungkar” yang kita kerjakan.

pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri, dan ada pula muka yang hitam muram. Adapun orang-orang yang hitam muram mukanya (kepada mereka dikatakan): "Kenapa kamu kafir sesudah kamu beriman Karena itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu". (QS. 3:106)
Adapun orang-orang yang putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (surga); mereka kekal di dalamnya. (QS. 3:107)
Kalian masih mempunyai masa untuk berubah, andai tersalah memilih jalan kehidupan, andai telah berubah mudah-mudahan ALLAH berikan kekuatan untuk istiqamah di jalan kebenaran dengan memegang Islam secara menyeluruh dalam wajahnya yang sebenar.
Itulah ayat-ayat Allah, Kami bacakan ayat-ayat itu kepadamu dengan benar; dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganiaya hamba-hamba-Nya. (QS. 3:108)

Kepada kalian yang telah mahupun bakal menghadiri konvokesyen masing-masing, jadikan ia sebagai permulaan untuk menggapai kejayaan yang lebih hakiki di “Konvokesyen Mahsyar” kita kelak.

Andai konvokesyen adalah tanda sebuah kemerdekaan bagi seorang mahasiswa dalam pengajiannya, moga kelak ketika Konvokesyen Mahsyar akan menjadi kemerdekaan bagi seorang manusia dalam kehidupannya. Kemerdekaan yang membentuk peribadi dan jiwa yang tenang.

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diridhoi-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,dan masuklah ke dalam surga-Ku. (QS. 89:27-30)

Salam kemerdekaan buat negaraku yang tercinta, namun diri ini masih belum mampu memerdekakan dirinya lantaran kurangnya kesungguhan untuk merealisasikan kata-kata seorang pejuang Islam tatkala berhadapan dengan seorang panglima perang

“Kami berjuang untuk mengeluarkan (memerdekakan) umat daripada penyembahan kepada manusia kepada penyembahan kepada ALLAH semata-mata, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, daripada kejumudan agama kepada keindahan dan keadilan Islam”.

Sempena Hari Konvokesyen UPM kali ke-31 pada 25-29 Ogos yang lalu, sekadar peringatan buat diri dan sahabat.

Regards,
Mohd Halimi Abdul Aziz
BS(K)- Microbiology
Now Master of Science(2007/2009)
31 OGOS 2007 11:52a.m
generasighurabaq.blogspot.com