terapi iman

Thursday, June 26, 2008

Diriku..

Diriku,
dalam sibuk kau membicarakan soal strategi perjuangan,
dalam sibuk kau
menyusun perancangan, kadangkala kau lupa menyemak
kedudukanmu di sisi Zat Yang Agung, yang keranaNya kau
menyusun, mengatur dan berjihad.
terlupa kau bertanya sejauh mana keikhlasanmu. terlupa
kau membelek Manhajmu agar ia selari dengan manhaj
Rabbani yang diturunkan.. .

Diriku,
dalam rancak kau meyiram taman hati insan lain, kau
terlupa membaja taman hatimu sendiri agar ia sentiasa
segar dalam hubungan dengan Allah,tersentuh
dengan daulatNya, merasa terpikul amanah ad-deen ini
bukan kerana kau berjamaah, namun kerana engkau di
bawah perintahNya.

Diriku,
seringkah kau mencari jalan agar hatimu sentiasa
lembut halus sentuhannya, agar sentiasa sedar akan
keagunganNya, insafi kekerdilan, kelemahan,
kealpaan dan kesilapan dirimu...?

ketahuilah diriku...
hatimu itu keras. khusyu'mu kurang, syukur dan redhamu
tidak banyak kau hadiahkan padaNya. terlalu banyak
kurang dan salahmu....

Diriku,
tunaikanlah solatmu dalam khusyu'dan tenang.
muhasabahlah dirimu kala sunyi, selamilah kalam2
al-Quran yang kau perjuangkan. padanya ada bekalan
untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini.

Diriku,
pada nawafil dan amalan sunat ada jalan yang hampir
untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu. pada
qiamullail di keheningan malam bersama bisikan doa
dan munajatmu, diiring esak airmata keinsafan dan
keikhlasanmu, kau akan temui kemanisan taqarrub di
bawah duli kebesaranNya. di situ ada bekalnya...

lazimilah awal harimu dengan al-Ma'thurat, pasti kau
akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
pada tawadhu', pada ukhuwah fillah, pada infaq fi
sabilillah, pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan
selawat, ada ketenangan dan kekuatanmu.

Diriku,
ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja yang
bisa memberikan nafas kepada hati yang mati.
hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang
mati..

Diriku...
smga apa yg di semai
kan dapat kau tuai di hari kemudian.

Hidup ini tenang.. jika hidup bersama Allah..

Sunday, June 22, 2008

Anything is PossiBLe

Believe in your dreams,
the goals you"ve always
wanted to achieve.


Believe in your abilities,
that you are capable
and worthy of being
and doing anything.


Life holds no promises
to what you can have.


It gives you opportunities
to utilize your abilities.


It gives you time
to make choices and take chances.


Be willing to accept
life's challenges.


Embrace changes that
come along the way.


Never Give Up.


Be passionate to make
you dreams a reality.


Believe that it's possible
to achieve what you want and you will.

InsyaALLAH =) amiinnn

Friday, June 20, 2008

Alhamdulillah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur Kepada Allah
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semogadiberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkamu
Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Thursday, June 19, 2008

Teman

"Abah!!...

tolong akin abah...tolong!!... akin takut!!!
abah!!.. cepat lari!!.cepat !!!kita sembunyi...
langit nak runtuh ni,gunung- ganang akan hancur..jap lagi dunia nak kiamat..
akin nak ngan abah..abah!!...pinta si anak dgn linangan air mata.


Lalu abah terus memeluk anaknya yg sedang ketakutan.Dengan penuh kasih sayang, Abah menghapus air mata yg mengalir deras dari pipi si anak. Abah berkata dengan tenang


"Akin...
jgn takut... abah ada kat sini kan..
jangan menangis anakku..
kenapa ni?? sampai sedu-sedan menangis.
Akin, sayang abah kan?..
Akin x keseorangan, Akin ada TEMAN yg sentiasa menemani akin.''


"Akin, xnak....
Abah...mak..jangan tinggalkan akin tau..nanti...
sapa nak jaga akin... bila akin nangis sapa nak pujuk, bila akin sunyi,banyak
masalah sapa nak temankan,sapa nak dengar masalah akin,bila akin tidur sapa nak
nyanyikan..Akin nak abah dan mak je.. ''kata Akin dengan esak tangisnya''.


''O.k Abah nyanyi..Akin dengar tau..



Engkau ALLAH selalu bersamaku,
Setiap masa setiap waktu,
ALLAH Maha Besar, ALLAHU AKHBAR3X..

Kuat Imanku,
Tabahkan hatiku,
Engkau Pengasih,
Engkau Pengampun,
Segala amalku setiap satunya..
Untuk-Mu ALLAH 2X...



Sedap xsuara abah...senyumlah sikit ya anak abah sayang..penat abah nyanyi tau.
Akin...apabila tiba saatnya nanti...
abah, mak,adik2 akin, smua org yg akin sayang xdapat utk menemani Akin setiap masa.

Suatu hari nanti, anak abah yg nakal ni akan membesar menjadi gadis,wanita, isteri ,Ibu yg Solehah insyaALLAH.
Akin sayang..
ingatlah bahawa Akin tidak akan keseorangan walau di mana saja akin berada...kerna ALLAH tidak akan meninggalkanmu anakku....''nasihat abah penuh hikmah..


******************************
Kini...
Si kecil Akin kian dewasa...secantik dan seayu Wanita Solehah...
dia tidak risau lagi memikirkan TEMAN...
kerna TEMAN yg di impikan rupanya sentiasa di sisi...

Cuma..
terkadang Akin terlupa akan TEMAN dek kesibukan duniawi...
Dan Akin juga masih mempunyai ruang di hatinya utk mempunyai Teman Hidup yg bergelar Suami....


"Ya ALLAH..
Ampunilah doasa hambaMU ini..
syukurku panjatkan kpd-Mu..
atas sgala limpahan Kasih dan Sayang-Mu...
Ya ALLAH..
Terima Kasih kerna sering menemani dan memakbulkan
segala permintaaku selama ini...
Ku mohon dikurniakan seseorang
yg bisa mengingatkanku, menegurku
bila ku jauh dari-MU...
Bimbingilah dan hatiku dlm mencari KeRedhaan-Mu
Amiinn...

**Itulah monolog Akin...Sendirian ketika dia sedang menanti seseorang.... Tiba-tiba anak muridnya berlari mendapatkannya..

"Cikgu!!! Cikgu Akin.... Teman lelaki Cikgu datang.."kata anak muridku.

"Nakal awak ya Farah"kataku.

Dengan penuh senyuman ku terus menyambut"Teman lelaki" ku itu.Ku cium tangannya yg sudah tua.Teman lelakiku masih gagah, walaupun rambutnya sudah beruban...Dengan ribuan kedut di dahi,Songkok Haji di kepala dan kain pelikat di pinggang,Teman lelakiku masih setia menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh kesabaran utk menggembirakan aku hingga ke saat ini...Itulah dia Abahku.. Terima Kasih ABAH...(^^,)

Alhamdulillah.

p/s: Walaupun Hari Bapa dah lepas, namun bagiku setiap hari jasa dan pengorbanan seorang ayah patut kita hargai... Untuk Abah... Orang sayang Abah...


Anakmu:

Asyikin 11.27pm

Wednesday, June 18, 2008

Ku Ingin TersEnyum

"wahai diri,ajarlh jiwamu trbang tggi spy ia mmpu
mlupakan khilangan ssuatu yg remeh,
ajarlh jiwamu erti kemuliaan agr ia bencikan kehinaan.
Berilah peluang jiwamu mrasai klazatan ruhani
yg agung,nscaya ia bisa mlupakan kelazatan kecil yg smentara..."



Walaupun dugaan melanda...ku ingin tersenyum buat driku sndri...
Alhamdulillah...syukurku panjatkan pd-Mu Ya Rabbi..

Thursday, June 5, 2008

Syukran atas peringatan ini.


Sebuah berita menyebut :-KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.



i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan


ULASAN UZAR :


Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.Peserta mungkin berkata"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.Mungkin juga ada yang berkata :-"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang


"Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَاErtinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )


Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,"dari 10 kali main, biasnya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS.


Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300. terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz?? Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.


Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَErtinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan.


Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )


Sekian,Zaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.net3 Jun 2008


p/s: Moga kita semua tidak tergolong di kalangan mereka yang selalu terjerumus ke lembah "syubhah" dalam kehidupan ini. Tunjukkan kami jalan yang diredhaiMu ya ALLAH.


Syukran ...


Tawakkal kpd ALLAH


No. 1 - Narrated 'Umar bin Al-Khattab: I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."


Runtuhkan berhala fanatisme dan materialisme. Ideologi manusia berbeza dan ia tidak boleh diubah melainkan jika mereka kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah. Sifat keterbukaan dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam mencari kebenaran akan menyelesaikan segala pertelingkahan. Umat Islam patut bersatu daripada segala aspek, ketepikan perbezaan dan raikan persamaan yang wujud diantara kita.Setiap manusia akan diuji Allah swt dengan pelbagai ujian, semakin tinggi iman seseorang maka akan semakin besarlah ujian yang akan diberikan Allah swt.


Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, Dia tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya. Jangan sesekali menyalahkan Allah swt atas apa yang berlaku. Apabila kita menghadapi sesuatu perkara, contohnya kesedihan ditinggalkan orang yang paling disayang, maka jadikanlah kesedihan itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan iman kita kepada Allah swt. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya. Hasbiyallah...


Di dalam hidup manusia, perasaan di antara lelaki dan wanita merupakan suatu perkara yang hakikat. Jika perasaan itu melampaui batasan, mereka akan mula melupakan siapakah dan dimanakah Yang Maha Mencipta. Dunia ini segalanya adalah ujian daripada Allah swt, bersabarlah menghadapi dugaan dan yakinlah yang janji Allah swt itu akan pasti berlaku.


Jangan sampai keluargamu, anak-anakmu, isterimu, dan kekayaanmu menyebabkan kamu lupa kepada Allah swt.Setiap perbuatan akan dibalas dengan balasan yang setimpal, alangkah indahnya jika balasan itu hanya ditimpakan oleh Allah swt di dunia ini, dan kemudian ia diambil lalu dijadikan pengajaran oleh hambaNya.


Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.


" Ya Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana, berikanlah daku kekuatan dalam menghadapi kehidupan ini. Dunia ini dan segala isinya tidaklah bermakna tanpa redhaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, ampunkanlah daku sekiranya pernah ku menduakanMu. Sesungguhnya daku insan yang lemah lagi hina, tidak berniat daku untuk mengingkariMu, apatah lagi untuk mensyirikkanMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, daku bersyukur kepadaMu kerna Kau telah memberikan daku sedetik sinar kehidupan tatkala bayang kegelapan semakin mengelilingiku. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, sesungguhnya daku sedar bahawa setiap apa yang daku sangkakan baik itu mungkin tidak baik di pandangan Mu. Engkaulah Pencipta ku dan hanya Kau lah yang memahami apa yang terbaik untuk ku. Esok lusa mungkin ku akan kembali kepada Mu, terimalah daku Ya Allah, sesungguhnya cukuplah Engkau bagiku. Lailahaillallah..."


Jadikan setiap kesulitan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.

Kerinduanku...


Salam alaik..
Kepada semua teman2, sahabiahku sekalian.. kudoakan smoga kalian semua sentiasa berada d bawah lembayung Maghfirah-NYA. Ku harap kalian tabah serta kuat utk meneruskan perjlnan hidup yg penuh mehnah.Maaf..kerana telah lama xupdate blog ini.Kerana ALLAH ku amat merindui kalian smua... Tiada yg lbh indah melebihi ukhwah ini, bertemu berpisah krn ALLAH..Utk adikku2 syg...jgn sedih. ALLAH sntiasa bersama kita, merintih dan mengadulah pd-NYA.utk diri ini, ku harap jua mg dpt memberi kuntuman mawar pd insan d sekelilingku..
Jaga diri, Jaga Iman.. (^^,)
kepada : nurul iman, ema,hannah,wani & yana, ifa,oya,rabiatul adawiyah, kak nani n babies, zila,ila & geng di USM,anak2 didik yg berada di mana jua... miss u so much

Jangan Sedih



“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..” (Surah At-taubah, ayat 40)


Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.


Bukan dicari-cariKesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..” Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu.


Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ;


“..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu. Kesedihan Mendatangkan PahalaBerbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya.


Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

IMAN


IMAN SEMUT


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:

" Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".


Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.


Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".


Itulah Iman Semut!! IMAN MANUSIA?? Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.


Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".


Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia. Kata Saidina Ali kepada Kamil: "


ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKA

Thanks regards
Yusmawati
FMC Technologies
FMC Wellhead Equipment Sdn.Bhd.Nusajaya
Material Department