terapi iman

Thursday, November 27, 2008

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN

SIRI KE-19:

IBN KHALDUN &

PEMIKIRAN KETAMADUNAN
Pembentang:

Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Tarikh: 29 November 2008 / 1 Zulhijjah 1429H (Sabtu)

Masa: 8:30 malam – 11:00 malam

Tempat: Bilik Seminar, Kolej Dar al-Hikmah,
Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

* Makan malam disediakan di kantin SERI/SEMI pada pukul 8.30 malam.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Sekretariat ABIM Pusat. Tel: 03-6188 0300 (Sdri. Noraliza) atau
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK-KDH) 03-8925 2392 (Sdri. Khalidah)

Anjuran:

Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Kolej Dar al-Hikmah (KDH)

dengan kerjasama


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)



Siapa yang tidak kenal Ibn Khaldun? Kebanyakan dari kita pasti tahu atau sering membaca namanya. Ibnu Khaldun secara luas dikenali sebagai bapa ilmu sosiologi dan sejarah sains. Dan ia lebih terkenal lagi kerana buku Muqaddimah-nya yang menghimpunkan hasil pemikirannya yang sangat cemerlang. Bahagian pertama bukunya, Al-‘Ibar, sangat tajam, rasional dan analitik meninjau masalah-masalah manusia dan sejarah. Pada buku inilah Ibnu Khaldun, menurut kebanyakan intelektual dunia, telah memberi arah pada ilmu-ilmu psikologi, ekonomi, lingkungan hidup dan sosial. Ibnu Khaldun selain terkenal sebagai penulis sejarah dan manusia, juga memperkenalkan ilmu analisa tentang peradaban manusia.

KETAGIH

by: Faridul Farhan Abd Wahab “jauhkanlah aku dari ketagihan meninggalkan qiamullail dengan-Mu..”

Antara problematika yang sangat meruncing, hingga sangat sulit untuk diselesaikan, ialah tatkala seseorang itu dilanda masalah ketagihan. Lihatlah saja orang yang ketagih merokok. Biar ia berazam dan berusaha untuk berhenti, begitu ia ketagih, sangat sulit sekali menggapai keberhasilan. Walakian, hanya segelintir orang sahaja -yang mempunyai kezaman, tekad, semangat dan kekuatan- yang berjaya menganggotai “alumni” perokok.



Atau, orang yang sudah ketagih cinta. Hingga wajar makin ramai gadis melayu di luar sana, yang sudah tidak lagi “suci” seperti sucinya gadis melayu yang ingin dicari oleh TV9 “dekat di hati”. Sudah cemar daranya, cemar juga hatinya. Ketagih cinta sang lelaki, mengakibatkan sulit sekali mereka bangkit, apatah lagi meninggalkan zina hati untuk menjernihkan jiwa dengan cinta pada ALLAH dan Rasul semata.



Atau, begitu seseorang terbiasa liat untuk bangun pagi -seakan “memboikot” tahajud dan subuh berjemaah- lama-kelamaan ia bisa menjadi kebiasaan, hatta bisa sampai menjadi “ketagihan”. Lantas, sulit sekali untuk kembali merasai syahdunya “bicara” bersama Tuhan-Nya di balik heningnya malam, lantaran turunnya ar-Rahman ke langit dunia di sepertiga malam, sudah hilang indahnya dilanda ketagihan untuk bangun pagi.



Moga ALLAH merahmati para da’ie, mujahid dan pejuang Islam nan sejati. Begitu mereka ketagih dengan dakwah, sulit sekali mencari alasan untuk memfuturkan mereka. Biar mereka diseksa, mereka gembira untuk mati lantaran syahidlah yang mereka cari-cari. Begitu mereka dikecewakan jemaahnya, mereka tetap terus berjuang lantaran prinsip mereka “kita ta akan mengecewakan ALLAH, begitu kita dikecewakan orang.” Begitu mereka dihina, bahkan hinaan itu dijadikan cerminan guna bermuhasabah akan kesalahan, lantas ketawadhukan mereka mendekatkan mereka dengan Ilahi Rabbi.



Mereka inilah -sang ketagihan cinta Rabbul Izzati- yang harus menjadi sandaran dan harapan, untuk memulihkan mereka yang ketagihan urusan duniawi. Lalu, apa lagi, tidak sudikah anda menjadi “ketagih” dalam berjuang untuk Rabbu mu yang tercinta

Sumber:http://faridul.wordpress.com/

Teman...



sahabat ...
matahari memancar kamar diterangi
diriku kaku menatap pena
kertas terbentang mengharapkan sedikit coretan
namun buntu fikiran tidak mampu mencurahkan

sahabat ...
dirimu amat ku hormati, kusayangi, kusanjungi
kasihku padamu ikhlas kerana Ilahi
jatuh tertuduk dirimu ingin ku bantu berdiri semula
namun kenyataan hanya doa yang dikirimkan



sahabat ...
dunia mengasyikkan, mengaburi mata
sayu hati mengigatkan diri itulah hadya
agar rahmat Ar-Rahman tetap mengunjungi qalbu
khuatir ia adalah berterusan di basahi
oleh peringatan Allah andainya kerap terabai

sahabat ...
jika benar katamu diri telah lemas
maka carilah pelampung makrifat
agar timbul keinsafan yang abadi
insaf akan kelemahan diri
tanpa kurnia yang hakiki



sahabat ...
biar dirimu dihina, dicaci, dibenci
namun kasih yang tersemai tetap abadi
apa jua ketentuan Ilahi maka rendah diri
berkekalan permintaan ku agar dirimu sentiasa dihampiri

sahabat ...
bangunlah, lontarkan dirimu dalam Redha Kasihnya
letakkan gunung keinsafan
lahirkan zuriat keimanan
alirkan lautan kasih
biar badai menghalang, ombak menjulang
kapal keimanan gagah menetang



Walaupun...
persahabatan ini adakalanya 'terusik' dek taufan yang ganas,
namun hanya satu pintaku darimu sahabat,
infakkanlh hatimu dan berlapang dadalah,
semoga ukhuwah ini tetap utuh demi mencari keredhoan Tuhan.



Untukmu sahabat,

Hati itu ibarat berlian yg bergemerlapan
dan setiap ukhuwah yg terjalin adalah penguat sinarnya,
Maka,
simpanlah setiap satunya dalam hatimu...
Ku harap,
Dikau mengerti bahawa hidup ini tak pernah sepi
Dan dikau punya teman yang tidak akan menyepi... (Kak Nani)



Pahit manis perjuangan kanku pahat
di sanubari...
Biar berlainan wadah namun ukhuwah kita tetap bersemi
persis mentari di pagi hari...
Usah bersedih wahai temanku,
Indahnya ukhwah kerna semuanya kerana ALLAH

Semoga ukhwah yang di bina dgn lafaz Bismillah
hanya akan di akhiri dgn lafaz Innalillah....

Copy paste: Dari sajak Perjuangan sahabat http://www.geocities.com/mawardewi/sajak.html

Nukilan

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan ku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk diri mu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lena ku yang panjang.


Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada kami", jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi. Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku.

Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?



Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku. Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa', agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu. Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, 'woman intuition' ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu.

Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.

Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hati mu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.

Buat tatapan sahabat-sahabatku,

Jadikanlah coretan ini sebagai panduan untuk kita menghadapi dugaan di bumi Allah ini. Semoga kita menjadi wanita solehah yang menjadi tulang belakang lelaki soleh yang bakal memimpin kita menjadi penghuni syurga Allah. InsyaAllah.
Beringatlah bahawa ‘wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik juga’.
Sebar-sebarkanlah bacaan ini. Yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu kita jauhkan.

Untuk diriku, teruskan perjuanganmu.Walaupun tika ini abah dan umi berat untuk mengizinkanku membina 'Baitul Muslim' namun ku yakini bahawa inilah yang terbaik untukku tika ini.Ku mohon pada-MU KEKASIH ABADI moga diri ini bisa menjadi permata hati Solehah untuk abah dan umiku.

Malam memayungi menerangi semesta,
Seindah sedamai berputik di hati,
Mengharap kasih pada siapa,
Ku damba Kasih kepada Illahi.

Sumber:http://qirmumtaz.blogspot.com/



P/s: Untuk adik-adikku moga kita dapat bercuti bersama agar jalinan ukhwah antara
kita kian mekar dalam peliharaan-NYA.

Tuesday, November 25, 2008

Jodoh itu Ketentuan Tuhan



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

Apabila dtg seseorang yang ingin menjadi teman hidup kita atau kita ingin menjadikan seseorang sebagai teman hidup kita..tanyalah pendapat DIA yang menciptakan kita dulu..kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik utk kita...
solatlah istikharah ,munajat,solat hajat....agar diberi petunjuk...
and then ikutlah petunjuk Allah yang maha mengetahui....bukan ikut hati dan perasaan shja.Nilailah seseorang daripada pandangan Allah.


Gambar Hiasan

Sunday, November 23, 2008

Ama Zilna.

Approaching God with our hearts
No fear nor grief for whom He guides
His rope is strong and will never waver
His provision is there for all who are in need

In every place, at every time
Above you is The Glorious Caretaking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves you and will never forget you

Do we know our Lord?
Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord?
Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are
[ www.thenasheedlyrics.com ]

In His Dominion we exist for as long as He wills
And we call upon His bounty through prayer
And seek His favors through hope
For He is our refuge when difficulty strengthens its hold

In every place, at every time
Above you is a Gloriouscare Taking Lord
In every place, at every time
You have a Lord who loves and will never forget you

Do we know our Lord? Do we see our Lord’s blessings?
Do we know our Lord? Do we thank Him... or have we forgotten..
that His servants... we are

My heart is Allah’s, My soul is Allah’s
My wealth is Allah’s




Thank You to:

Siti Haswani Zakaria
(Murabiahku Sayang-Warsaw,Poland)

Tuesday, November 18, 2008

SKIM BIASISWA NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF)

BIASISWA NATIONAL SCIENCE FELLOWSHIP (NSF) BIL. 2/2008

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Penyelidikan National Science Fellowship (NSF) anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pembiayaan pengajian peringkat sarjana dan kedoktoran secara penyelidikan sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara (PhD sahaja). Biasiswa NSF meliputi elaun sara hidup bulanan, yuran pengajian dan yuran peperiksaan.

Syarat dan kelayakan :



1. Pemohon akan berdaftar sebagai pelajar pada Semester 2 tahun 2008/2009 atau telah berdaftar sebagai pelajar pada semester 1 tahun 2008 di IPT tempatan dan luar negara.

2. Menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang berikut :

Bioteknologi

Bioteknologi Pertanian, Biofarmaseutikal, Bioteknologi Perindustrian, Genomik dan Molekular Biologi, Proteomics dan Bioteknologi Kesihatan
Industri

Nanoteknologi, Bahan Termaju, Teknologi Pembuatan Termaju, Tenaga Alternatif/Diperbaharui, Rekabentuk dan Kejuruteraan/Industri
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Cyber Security, Encrytion systems, Grid Computing & Multi Service Networks, Wireless Broadband, Micro energy systems, Micro systems (MEMS/NEMS), Bioinformatiks
Sea to Space

Aeroangkasa, Sains Marin dan Oseanografi
Pertanian

Lain-lain Bidang S & T

- Farmaseutikal
- Sains Kesihatan dan Perubatan
- Mikroelektronik
- Pengawalan Pencemaran industri dan Kejuruteraan Alam Sekitar
- Sains Makanan

3. Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi calon Sarjana dan 35 tahun bagi calon PhD pada tarikh tutup permohonan.

4. Pemohon bukan kakitangan Kerajaan atau tutor di IPTA. Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menerima sebarang sumber pembiayaan lain atau menanggung apa-apa pekerjaan.

5. Syarat akademik :
a. Permohonan di peringkat Sarjana perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau Kelas Kedua Atas (CGPA > 3.0) atau yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh Kerajaan ;

b. Permohonan di peringkat kedoktoran perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan/atau Ijazah SArjana yang mengkhusus dalam bidang-bidang yang disenaraikan.

6. Hanya permohonan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang berjaya akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau mana-mana agensi yang dipersetujui oleh Kerajaan.

Permohonan Biasiswa Penyelidikan NSF Bil. 2/2008 hendaklah dibuat secara on-line melalui laman web :
http://ehcd.mosti.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November 2008.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

URUS SETIA BIASISWA NSF
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
UNIT HRD, SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK, BAHAGIAN PERANCANGAN
ARAS 2, BLOK C5, KOMPLEKS C, 62662 PUTRAJAYA
Tel : 03-8885 8796 / 8813; e-mel: ehcd@mosti.gov.my
Sokongan Teknikal : 03-88858157 / 8706

Wednesday, November 12, 2008

Kesyukuran Dalam Kemeriahan Hadiah Teristimewa



Kulemparkan pandanganku jauh ke tengah lautan.Menyusuri pasir pantai yang landai sendirian.Terimbas di kotak fikiran kenangan bersama teman-teman sewaktu di alam persekolahan,program-program dan juga di Universiti datang silih berganti.Wajah-wajah ceria itu amat ku rindui.Ku bermonolog sendirian "Kapankah bisa ku temui mereka lagi?".


Hari berganti hari, terasa masa berlalu begitu pantas sekali.Harini usiaku bertambah 1 lagi.Maka sesuai dengan amanah yang sedang dan akan kupikul."Waduh!! kok penasaran ya jadinya....ya begitulah yang namanya kehidupan".Sekadar sebuah perhentian yg hanya detik waktunya seumpama detik waktu kita dilahirkan di sambut dengan azan,dan mati kita di iringi dengan Solat begitu singkatnya sebuah kehidupan.

ALLAHU AKHBAR3X!!!

Maha Pemurah lagi Maha Penyayangnya ALLAH,Maha Baik dan segala sifat yang sempurna hanya layak bagi-Mu ALLAH.Tidak terhitung nikmat yang begitu banyak telah diberikan-NYA padaku di dalamku meniti hari-hari.

Firman ALLAH S.W.T:

"Sesunggunya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah" (Surah Al-Kautsar:1-2)

Hadiah Dari-NYA...

Alhamdulillah....tiada yang paling indah untukku tika ini.Dikurniakan teman, sahabat Soleh/Soleha di dalam menemaniku hari-hari untuk sentiasa mengingati ILLAHI.Ku ingin tersenyum waktu ini.Untuk kalian ku tujukan khas nasyid di bawah ini:


Nostalgia

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat



Untuk teman2ku mawar agama yang sedang mekar di jambangan dakwah, ku doakan agar kalian bisa persis Mujahidah Tangguh agar bisa mengemban risalah-risalah dakwah sebagai hadiah untuk diri dan mereka yang Cintakan Islam serta mengajak hati-hati ini agar sentiasa dekat kepada SANG KEKASIH SEJATI berpandukan ajaran Rasulullah S.A.W...

Terkadang tidak dapat kunafikan bahawa Jalan ini terkadang perit,bermandikan darah dan airmata,ianya membutuhkan semangat yang luar biasa untuk terus Mujahadah di Jalan ini...Yakinilah wahai sahabat dan sahabiahku akan janjinya ALLAH kerna imbalannya kelak cukup besar hingga ngak bisa terungkap dek kata-kata.

Ku mohon kemaafan atas segala kekhilafanku pada kalian yang bernama Teman,sahabat dan kawan.Ku minta di halalkan segala makan,minum, masa yang ku ambil semasa bersama kalian.Teruskan perjuangan kalian...Takbir ALLAHU AKHBAR3!!!

Teristimewa...

Untuk Siti Hawa Samat..(umiku) tidak dapat ku balas jasamu hanya doa ku panjatkan moga dikau tetap sihat walafiat dan bahagia di samping keluargamu.Umi...terima kasih kerana telah menjadi Temanku yang paling akrab dan paling memahami dirini.Moga ALLAH menjadikanmu Bidadari yang paling cantik di negeri abadi.

Untuk Abd Hamid Mohamed ( abahku ) dikaulah rakan,sahabat, temanku yang paling sporting.Terima kasih atas segala ilmu yang di ajarkan kepadaku.Mohon seribu kemaafan kerna tidak dapat berkumpul bersama di majlis kesyukuran pada 22/11/2008 ini kerna ku mempunyai urusanku sendiri.


Farahana

Untuk sahabiahku Farahana Saman jazakillah atas segalanya...kerna dikau Sudi menemaniku sedari umur 6 tahun hingga kini.Hanya ALLAH saja yang bisa membalas sgala kebaikanmu temanku.

Untuk "my buddy" kak oya (dah puan) dan kak pah ( zarifah ) diri ini sentiasa kan merindui kalian.Terima kasih kerana sudi bersamaku dalam susah dan senang semasa kita menimba ilmu di menara gading.Begitu jua untuk sahabiah2ku semoga kita semua bahagia berjaya dunia dan akhirat.Insya ALLAH .amiiin.


kenangan bersama "My buddy" di tasik shah alam

Yang terkini...

Untuk kak liza(dophin) dan kak siti comel rakan sepejabatku...mohon segala tunjuk ajar kalian padaku dalam melancarkan tugasanku ini.Serta terima kasih atas segalanya...(maafkan gambar gagal upload)huhu...

Nyaman terasa hati ini...Kesyukuran Dalam Kemeriahan Hadiah Teristimewa dari Allah untukku... Masih banyak yang ku perlu pelajari.Langkah demi langkah perluku tapaki sebelum sampai ke negeri Abadi.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...


Norashikin
23 zulkaedah 1429hijrah
9.30am

p/s:Terima kasih atas ucapan,hadiah dan segala macam yang di berikan padaku.
Terharu...
Tak sabar rasanya ingin kembali berkumpul bersama teman2ku pada 22/11/2008
bersama penulis Fatimah Syarha Mohd Nordin pengarang novel Syabab dan Tautan
Hati... (^^,)



Happy Birthday to me,hope my wish come true and May Allah bless Us.AL-Fatihah...

Saturday, November 8, 2008

Setulus Kasih Ayah




Menitik air mataku tika mengeringkan air daripada badan bapak,seusai di mandikan.Setelah itu, ku pakaikan bapak baju dan kutukarkan kain pelikatnya.Ku ambil bedak lalu ku sapukan pada muka dan badan bapakku biar wangi.Namun itu semua belum cukup untuk ku membalas jasa bapak.

Keadaan bapakku yang kian uzur di tambah dengan penyakit 'Alzheimer' sejak 3 tahun lalu sering meruntun hatiku untuk setiap minggu pulang ke kampung.Walaupun begitu,keletah bapak sering mencuit hatiku.Bagi bapak, aku adalah seorang cucu perempuan yang masih bersekolah.Setiap kali ingin pulang ke rumah ayah bondaku pasti bapak kan mengucup kedua-dua belah pipiku seraya memujukku agar tidak ikut pulang bersama ayah bonda.Tika itu, tidak dapat ku bendung lagi airmata ku daripada terus mengalir keluar.

Semasa kecilku, bapak seorang yang kuat bekerja.Dengan tulang empat keratnya bapak memecah keringat membanting tenaga sebagai seorang penoreh getah.Demi membesarkan 6orang anaknya.kini, anak sulong bapak merupakan pesara polis (pak long), manakala anak kedua dan keempat(bondaku) merupakan kakitangan Jabatan kesihatan Malaysia,anak bongsu pula bekerja di Pertubuhan Peladang dan anak ketiga dan kelima telah kembali ke Rahmatullah ketika masih kecil.







Aku kagum dgn bapak.Semasa ku di sekolah rendah ketika berusia 10 tahun, pernah ku berpagi-pagi untuk mengikut bapak menoreh getah.Alangkah seronoknya daku tika itu,dapat membonceng basikal tuanya.Di kebun getah, pokok getah di toreh untuk mendapatkan susunya.Kemudian susu2 getah yang telah ditoreh dikumpulkan menjadi satu dan di masukkan ke dalam baldi sebelum di biarkan untuk menjadi getah beku(scrap).Kemudian getah scrap tersebut di bawa ke tempat pemprosesan untuk di proses menjadi getah keping dan dijemur sebelum di jual kepada pemborong.

Pada waktu petangnya pula, bapak akan ke hutan untuk mencari kayu api bagi dijadikan bahan bakar masakan.Setelah itu, bapak akan ke kebun buah-buahan atau ladang kelapa sawit untuk menebas, membaja, meracun dan kadang kala memungut hasil apabila tiba musim buah-buahan.Bapak juga turut memelihara 10 ekor kambing.Biasanya seusai balik dari menoreh bapak akan mengeluarkan binatang ternak untuk di bawa ke padang ragut dan akan mengambilnya kembali tika dinihari.Pengalaman membawa kambing-kambing pulang ke kandang bersama-sama saudara maraku sewaktu kecil amat menyeronokkan.Terasa segala kenangan tersebut baru beransur kelmarin.

Perwatakan bapak yang tegas dalam mendidik cucu-cucunya tertumpah kepadaku.Masih tergambar di fikiran tatkala aku dan saudara-maraku yang sebaya kulas menunaikan Solat Fardu dan mengaji Quran pasti akan dileteri serta ada rotan ditangannya sekiranya kami 'tuang' Solat fardu.

Namun kini, kenangan terindah itu tinggal memori.Seusai pembedahan mata 3 tahun yg lalu, menyebabkan daya ingatan bapak semakin berkurang.Ini disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat sewaktu pembedahan yang ingin di lakukan ke atasnya.Hanya pd Illahi ku memohon agar bapak sentiasa sihat dan bahagia di dunia dan akhirat.Segala pengalaman yang ku timba bersama bapak ku luahkan dlm tesis akhirku berkaitan dengan statistik harga getah di Malaysia.Alhamdulillah tesisku membuahkan hasil.




"Syukurku padamu Ya ALLAH
atas sagala pemberian-MU selama ini padaku.
Ya Rabb..
DIKAU terlalu baik padaku.
ALLAHU AKHBAR..."

Kini ku semakin jauh dari alam kanak-kanak dan sedang menginjak ke alam dewasa.Debaran di hati kian terasa apabila diri ini bakal bertambah usia pada 21.11.2008 ini.Kini, giliran abahku pula menemani hari-hariku.Terima kasih Abah kerana telah menyediakan persiapan sejak 2 minggu awal sebelum menjelangnya Ulang tahunku kali ini.Abah...diri ini amat menyayangi dirimu...Hanya ALLAH S.W.T yang mampu membalas segala kebaikanmu padaku kerna membuatkan hari-hariku tersenyum gembira.

Kepada Emak, ratu hatiku dikau tetap bertakhta di hatiku.Terima kasih semua terutamanya pada adik2ku, keluarga,sahabat handai,guru-guru,murabbi,ikhwah wa akhwat atas segalanya.Hanya ALLAH yg mampu membalas kebaikan kalian semua.Semakin bertambahnya usiaku semakin dekatku menuju Negeri abadi untuk pulang pada KEKASIH SEJATI YANG DIRINDUI.

Firman ALLAH:
"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)" (ayat 2:Surah Al-An'aam)

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan" (ayat 11:Surah Al-Munaafiquun).

Tuesday, November 4, 2008

Tenang...

CINTA SEORANG SUAMI...

(Based on True Story)

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja
bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya
diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua.
Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa,
setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi
selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa
tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran,
menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV
supaya isterinya tidak berasa kesunyian.walau isterinya tidak dapat bercakap,
tapi dia selalu melihat
isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat
kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi
isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian,
dan selepas Maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil
bercerita apa sahaja yang dia alami seharian..

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan
respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan
bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia
merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati
mereka. Sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih
kuliah.

Pada suatu hari, ke empat anak Pak Suyatno berkumpul di rumah orang tua
mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka
tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia
inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya...

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata "Pak kami
ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak
merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak,
bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu..".
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami
rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak
dengan berkorban seperti ini?
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan
merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya
yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh
anak-anaknya.
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....
mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu
kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah
melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat... "Kalian yang selalu kurindukan
hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu
apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini ???
Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat
bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang
baik dirawat oleh orang lain ........ bagaimana dengan ibumu yg masih
sakit??"

Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno... Merekapun
melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu
ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV
swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh
dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno...
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang
sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu Pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio
yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan rasa terharu...
Disitulah Pak Suyatno bercerita...

Jika manusia didunia ini
mengagungkan sebuah cinta
tapi dia tidak mencintai kerana Allah
maka semuanya
akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .... Sewaktu
dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... mencintai saya dengan
sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. ..
dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu
merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. ..
apalagi dia sakit! Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu
kepada Allah di atas sajadah
supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan
segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .
Amin...

Kisah yang wajar kita teladani

Seusai membaca kisah di atas, hatiku tertanya2 bagaimanakah nanti apabila tiba
saatnya diri ini mendirikan rumahtangga..sanggupkah aku menjaga dan merawat suamiku
yang sedang kesakitan..apa mungkin kesabaranku teguh atau mungkin aku meminta cerai
dari suamiku dek kerana kekurangannya sifat sabar...

Tepuk dada,tanya iman di hati...
hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segala isi hati setiap hamba2-NYA.

Apakah niat dan matlamat kita untuk membina baitul muslim?
Kupercaya setiap insan punyai keinginan demi mendambakan keredhaan-NYA.Menikahlah
kerana ALLAH pasti hidup kalian kan bahagia di dunia dan akhirat.Bersyukur dan
redhalah akan insan yang telah di ciptakan untuk menjadi belahan jiwa kita kerana
rumahtangga adalah kesinambungan sebuah perjuangan yang akan di tempuhi oleh setiap
manusia.

Kepada kalian yang Sudah berumahtangga dan bakal mendirikan rumahtangga ku doakan
semoga baitul muslim yang di bina bahagia di dunia dan akhirat jua di kurniakan
zuriat soleh solehah bagi meneruskan perjuangan menegakkan kalimah LA ILAHA
ILLALLAH di muka bumi ini.

Sekadar peringatan untuk diri.



Keluarga Bahagia (kak liza dolphin) (^^,)

Sunday, November 2, 2008

Wajah-wajah Comel



















Melihatkan wajah-wajah si kecil,terubat sedikit hatiku yg sedang di landa keresahan tika ini.Ku keliru untuk membuat pilihan.

"YA ALLAH,
ku mohon pilihlah yang terbaik untukku
dalam meneruskan perjuanganku ini.
Mohon dengan sangat

Ya ALLAH..
thanks ALLAH...make me smile =)