terapi iman

Sunday, August 30, 2009

Merdekah kita?


Salam Ramadhan & Kemerdekaan untuk semua pembaca blog raudhahtunnisa.Semoga perut yg berkeroncong menahan lapar dan tekak yg kehausan kerna dahaga dapat membibitkan rasa keinsafan & keimanan di hati kita semua. Insya ALLAH.

Terasa ingin ku bawa suatu kisah hidup seorang sahabat Rasulullah S.A.W di dalam mempertahankan kemerdekaan jiwanya kepada ALLAH yg Esa.Walau di duga dengan siksaan yg dahsyat namun rasa cintanya tidak sedikit pun tergugat. Sama2 kita mengambil ibroh ( pengajaran ) dari kisah tersebut.

“Siapa tahu… siapakah nama Muazzin Islam yg pertama?” Bijak kalian semua, semestinya Bilal r.a yg merupakan Muazzin Islam dan salah satu bintang daripada kalangan sahabat Nabi Muhammad S.A.W.Beliau adalah salah seorang pemuda kulit hitam dan hamba Habsyi kepada seorang kufar di Mekah.Apabila beliau memeluk agama Islam, tuannya tidak merestuinya lantas menimpakan ke atasnya berbagai siksaan tanpa belas kasihan.Ummaiyah Khalaf seorang pemusuh Islam yg sangat ketat telah membaringkannya di atas pasir yg bahang, di panas matahari yg terik dan meletakkan suatu bebanan batu yg berat ke atas dadanya supaya dia tidak dapat menggerakkan walaupun satu anggotanya.Kemudian tuannya itu berkata kepada Bilal r.a :

“ Tinggalkan Islam atau mati di panas matahari yg terik ini?”

Namun penyiksaan tersebut tidak menggugatnya malah bibirnya sentiasa melafazkan kalimah “ Ahadun! Ahad!” ( Allah Maha Esa, Allah Maha Esa ).

Pada malam hari beliau di sebat dan dengna keadaan luka beliau dibiarkan berbaring di jemuran matahari yg membakar supaya beliau meninggalkan agama yg dianutinya atau mati merana kerana luka-luka tersebut.

Para penyiksanya terdiri daripada Abu Jahal, Umaiyah dll bergilir- gilir menyebatnya serta berlumba di antara satu sama lain siapakah yg dapat memberikan penyiksaan yg lebih hebat kepada Bilal r.a. ( baca : sungguh kejam dan zalimkan mereka ). Namun Bilal tidak sesekali tunduk kepada mereka , sehingga akhirnya beliau di beli oleh Saidina Abu Bakar r.a dan jadilah beliau seorang Islam yg Merdeka.

Islam secara mutlak mengajar kita akan Keesaan Allah Taala, Pencipta alam jagat raya yg Satu..tiada 2 atau 3.Sedangkan penyembah2 berhala Mekah percaya kepada tuhan-tuhan yg banyak dan tuhan-tuhan perempuan yg mempunyai pula tuhan-tuhan kecil, maka sebab itulah Bilal r.a mengulngi perkataan :

“ Ahadun! Ahad!” ( Allah Maha Esa, Allah Maha Esa ).

Mari berfikir…
Cuba kalian semua fikir dengan akal, apabila alam ini ditadbir oleh dua tuhan.. pasti kucar-kacir perjalanan alam ini bukan? Ialah… yg satu ingin malam yg panjang manakala satu lagi ingin siang dan sebaliknya. Pasti kita pun akan menjadi seperti batu apabila berlakunya perubahan zarah-zarah dalam badan dek proses pengembangan dan penguncupan kerna fenomena alam.Maka tuhan-tuhan itu pasti bersifat lemah dan memerlukan kuasa yg Maha Hebat untuk memutuskan mana yg lebih baik.Makanya, itulah salah satu sifat yg mustahil bagi ALLAH S.W.T Tuhan yg Maha Esa pencipta seluruh alam ini.

“Allah, tiada Tuhan selain Dia.Yg Maha Hidup, yg terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yg ada di langit dan di bumi. Tidak ada yg dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya.Dia mengetahui apa yg di hadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatupun tentang ilmu-Nya melainkan apa yg Dia kehendaki.Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, Dia Maha Tinggi, Maha Besar.”

(Surah Al Baqarah:255)


Oleh itu, kita ( baca :terutama diriku sendiri ) perlu memerdekakan diri dengan mencari ilmu dan memahami maksud di sebalik kalimat “ La ilaha illallah Muhammadar Rasulullah” di mana ianya mengandung konsekuensi menolak segala sesembahan selain ALLAH dan hanya menerima ALLAH saja sebagai satu-satunya Tuhan yg layak di sembah serta mengikuti ajaran yg di bawa oleh Rasul dalam melaksanakan konsep perhambaan tersebut. ( Al Wala’ Wal Bara’ )

Firman ALLAH S.W.T bermaksud:

“ Sungguh, telah ada pada ( diri ) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu iaitu bagi orang yg mengharap ( rahmat ) ALLAH dan ( kedatangan ) hari kiamat dan yg banyak mengingat ALLAH “

“ Dan tidaklah pantas bagi laki-laki yg mukmin dan perempuan yg mukmin, apabila ALLAH dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan yg lain bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai ALLAH dan Rasul-Nya, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yg nyata.”

( Surah Al- Ahzab: 21 & 36 )


Kesimpulan dari kisah Bilal r.a, menggambarkan cinta dan pengabdiannya kepada ALLAH. Begitu dalam cintanya kepada ALLAH, maka betapa banyak pun penyiksaan yg menimpa dirinya tidak dapat melarikan tumpuannya daripada menyebut nama ALLAH yg Maha Suci. Dikatakan bahawa budak-budak nakal Mekah yg mengheretnya di lorong-lorong dengan laungan “Ahadun! Ahad!” bergema di telinga mereka.

Lihatlah betapa ALLAH membalasi sikap istiqamahnya! Beliau telah dimuliakan dengan diangkat menjadi Muazzin Rasulullah S.A.W.Beliau sentiasa bersama-sama baginda di Madinah dan di luar Madinah untuk melaungkan azan bagi mendirikan solat.Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Bilal berasa sedih untuk tinggal lebih lama di kota Madinah kerana pada setiap langkah dan setiap masa beliau terasa kehilangannya. Dengan kesedihan dan kepiluan ini beliau pun meninggalkan Madinah dan mengambil keputusan menghabiskan baki hudupnya berjuang ke jalan ALLAH.

Suatu hari beliau melihat Rasulullah S.A.W di dalam mimpinya dan berkata:

“ Wahai Bilal! Sudah lama kamu tidak menziarahiku”.

Sejurus sahaja bangun daripada tidurnya, lantas beliau bersiap-siap menuju ke Madinah. Tiba di Madinah cucunda Baginda ( Hassan Hussin r.a ) memintanya melaungkan azan.Permintaan kedua cucunda Rasulullah S.A.W yg sangat dicintainya itu tidak dapat ditolaknya.Sebaik azan dilaungkan maka berhamburanlah tangisan penghuni-penghuni Madinah kerana mengimbau kembali kenangan manis mereka bersama-sama Rasulullah S.A.W. Sehingga para wanita mereka pun keluar daripada rumah-rumah sambil menangis.Sekali lagi Bilal r.a meninggalkan Kota Madinah setelah beberapa hari di situ dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 hijrah.

Begitulah jiwa insane yg “Merdeka!3x” dengan mengabdikan seluruh kehidupannya demi Pencipta-Nya dan agama tercinta.”Ermmm..bagaimana ya diri kita…udah Merdeka apa belum…..?” ( jawab dalam hati ) (-.- )




Hiasi dirimu dengan akhlak terpuji,
Merdekakan dirimu dari sifat keji,
Semoga dirimu di berkati Illahi…. (^^,)

Al-Fatihah di hadiahkan utk semua umat Islam samada masih hidup atau yg sudah meninggalkan kita terlebih dahulu….al- fatihah..


Sumber Kisah Bilal r.a:

- Kisah Kehidupan & Perjuangan Para Sahabat R.A: Sheikh Muhammad zakaria
terbitan Darul Nu’man




Salam kemerdekaan utk tanah airku Malaysia ke -52
Norashikin
10 Ramadhan 1430hijrah
1.04pm

Saturday, August 22, 2009

PUASA


Firman ALLAH S.W.T. di dalam Surah Al Baqarah ayat 185 berbunyi :

"Bulan Ramadhan adlh ( bulan ) yg di dlmnya diturunkan Al-Quran , sbgai petunjuk bagi manusia dan penjelasan 2 mengenai petunjuk itu dan pembeda ( antara yg benar dan yg batil ).Kerana itu, brgsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah.Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan ( dia tidak berpuasa ), maka ( wajib menggantinya ) sebanyak hari yg ditinggalkannya itu pada hari2 yg lain.Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan ALLAH atas petunjuk-Nya yg di berikan kepadamu agar kamu bersyukur".

Alhamdulillah.. (^^,)
akhirnya Allah masih memberikan kita semua kesempatan untuk bernafas di dalam bulan yg penuh Barokah dan keampunan-Nya ini.Salam Ramadhan AL- Mubarak ku ucapkan kepada kalian semua, dan maaf lahir batin ku pinta atas kesalahan yg telah dilakukan.

pasti...
pelbagai kenangan yg berlaku sepanjang kembara kita di dunia ini kan, terutama dalam bulan ramadhan..menempuh peralihan dari zaman kanak2 kemudian zaman remaja, dewasa dan penghujung usia.Macam-macam gelagat & karenah yg berlaku dalam kita mematangkan diri menghayati makna sebenar P.U.A.S.A. Ada yg tertelan air sewaktu mandi, tersengaja ke dapur awal pagi lalu membuka periuk untuk bersarapan, terlupa memasang niat berpuasa, tak tahan lapar akibat liat bangun sahur dan pelbagai lagi.
.

Walau apa pun jua keadaan, beramal dan rebutlah peluang melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya demi meraih keampunan & kasih Sayang daripada Allah yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang.Nampaknya, dah nak masuk waktu berbuka puasa ni, sampai di sini dulu coretanku, insya ALLAH kita bersambung lagi...ku tinggalkan kalian dengan pantun 2 kerat ciptaanku...

Buah mempelam si buah mangga,
selamat berbuka bersama keluarga.

Selamat Meraih Keampunan-Nya,
Norashikin
1 Ramadhan 1430hijrah
7.05pm
-Johor Bahru-

Sunday, August 16, 2009

Alhamdulillah II


Hujan lebat di luar jendela, seolah2 mengerti akan fenomena sang hati yg sedang hiba.Bukan kerna kecewa di sakiti atau di marahin... bahkan kerna ngak bisa memotretkan kata2 tatkala bah yg melanda beransur pamit dek kemunculan sang mentari yg memancarkan senyuman penawar bagi empunya diri.

"Alhamdulillah Ya ALLAH.. Alhamdulillah...
atas segalanya.. yg telah Engkau berikan kepada hamba.Ngak pantas rasanya hamba menerima hadiah ini...benar..di sebalik seguris kepahitan takdir-Mu,Engkau gantikan Selaut kemanisan yg tersembunyi".Perjalanannya kehidupan adakala gembira, riang,tawa namun pasti disulami kesedihan, kesakitan, ketakutan dalam mewarnai diarinya insan.



Dipujuknya Dia dgn Firman-Nya:

" Karena sesgghnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesgghnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" ( Surah Al- Sharh: 5 - 6)

Malah di hiburkan pula qita dengan :

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”.(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur"( Surah Al-imran : 15-17 )

Kekasih-Nya ( Rasulullah S.A.W ) turut mengingatkan dalam sabdanya:

"Jagalah ALLAH, nescaya engkau akan temui Dia di hadapanmu.Kenalilah ALLAH tika lapang nescaya Dia mengenalmu dalam sempit.Ketahuilah segala sesuatu yg luput daripadamu tidak akan menimpamu & yg menimpamu tidak akan luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran.Kelapangan itu menyertai kesempitan & kemudahan itu menyertai kesukaran". -Hadis Riwayat Ahmad-

Terngiang2 di telinga kata2 dari saudaraku :
"Cukup ALLAH yg menyemangati gita, sehingga tanpa sedar tiap peristiwa mnjd teguran,
Cukup ALLAH yg mmelihara ketekunan qita,
kerna perhatian manusia terkadang mghanyutkan Keikhlasan.
Semoga ALLAH mnjdkan qita sosok peribadi yg bermakna,
yg saat berbaur ia mampu mnyemangati yg lain & saat sendiri ia mampu menguatkan dirinya sendiri"... Semangat!!




Ku sekadar enak bicara aja..

saat di hadirkan Ujian dari-Nya... ku masih belum bisa mnyemangati diriku sendiri.Bahkan turut terikutkan perasaan yg menjengahkan diri.Ku ngak sendiri... kerna ALLAH S.W.T menghadiahkan utkku keluarga, teman2 yg selalu mengingatkan & menyuntik kata2 semangat agarku bangkit dari kesepian itu.( Jazakallahu Khairan Khasiran)

Alhamdulillah Ya ALLAH....Alhamdulillah...
ku rafakkan kepada-Mu...
atas segala2nya...
bisa aja ianya berupa nikmat dan ujian,
dalam ku bertatih dan belajar dalam kembara hidup sebelum nafas terhenti.

Menghitung Hari...
Semoga Ramadhon yg bakal memperlihatkan dirinya akan membawa seribu kegembiraan & kemanisan dalam qita beribadah kepada-NYA.Buat diri.. lapangkan hatimu, ikhlaskan niatmu, berilah kuntum senyuman dalam apa jua keadaan.Tabah & Kuatkan jatidiri dalam menempuhi apa aja yg mendatang.Sarungkan pakaian barumu di tubuh, dalam meraikan ketibaannya,infakkan hartamu di jalan dakwah,Eratkan silaturahim sesama saudara,perbanyakkan mentadabur Al-QUran & zikrullah agar hati-hati ini tenang dalam mengingati Tuhan-Nya.


Senyum:
Norashikin
25 syaaban 1430

Tuesday, August 11, 2009

Penjara sepi


Terpenjara begini
terasa bagai jasad terpisah dari nadi
persis belati menikam diri
pedih tidak terperi

Sepi
di bangunan sendiri
tanpa ilmu dan tazkirah makanan hati
terperosok dalam tempurung duniawi
mencari makna & muhasabah diri

Ku cekalkan hati
walau kepahitan mengguris sanubari
pasti ada selaut kemanisan tersembunyi
Munajat ku panjatkan pada Illahi
agar diri tidak menjadi fitnahnya lelaki
dalam berurusan sehari-hari..

Biar diri dibenci insani
Moga ILLAHI menyayangi diri
dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezki
meneruskan kembara mencari redha Illahi
mengorakkan langkah kaki
meninggalkan penjara sepi...

semoga tabah hati,
Norashikin
21 syaaban 1430 hijrah

Thursday, August 6, 2009

Marah??

Bila muhasabah kembali minda berfikir,"kenapa aku mesti marah?" monologku di dalam hati. Pelbagai alasan berlegar2 menunggu saatnya gunung berapi memuntahkan laharnya yg ngak bisa tertampung dek sang hati.Ngapain ya, sesetengah insan ngak betah melihat saudaranya gembira.Di manakah nilainya Ukhuwah yg di gembar gemburkan selama ini? Apakah dengan cara itu hatimu bisa bahagia dengan melihat air mata dan kesakitan yg di tanggung oleh insan lain?!!... Pasti setiap insan punya jawaban mereka sendiri...

"Ohh...Allah berikan aku secebis ketenangan buat sang hati "...ameen.


Firman ALLAH dalam surah Al Baqarah ayat 153 :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar"

ALLAHU AKHBAR3X!!!...

Maha Pemurah lagi Maha Penyayangnya ALLAH kerna begitu saja perasaan ini (baca : marah ) maka dipujuknya kita dengan Surat Cinta-NYA ( Baca : Al-Quran ).Ayuhlah sahabat2ku sekalian....Pujuk dirimu sendiri, tersenyumlah dengan seikhlasnya utk sang hati agar bisa tenang menghadapi onak duri yg menanti di setiap detik perjalanan yg panjang ini.Pasti kan ada ALLAH ( Tuhan ) kita yg ngak akan meninggalkan kita walau datang dosa2 kita seluas langit dan bumi kerana Kasih Sayangnya ALLAH melebihi kemurkaan-NYA.

Firman ALLAH dalam surah At- tAUBAH AYAT 40:

“Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.



Sahabat2ku fillah...

teori duniawi mengajar kita bahawa tidak semua orang menyukai diri kita dan juga ada insan2 yg bertepuk tangan tatkala melihat kita jatuh terjelempuk ke bumi. Pasti tika itu, kita merasai betapa sakitnya sang hati apabila terasa bagai hilangnya kasih sayang dan nilai persaudaraan walau kita seaqidah.Jika yg mempunyai skill dalam martial arts terasa betapa ringannya kaki utk memflying kick susuk tubuh yg mencetuskan api2 kemarahan dan kebencian di dalam hati...Namun berbaloikah kita dengan menyakiti insan itu, hati kita puas???..... ( jawab dengan suara imanmu ).

Al-Imam an-Nawawi memasukkan dalam Matan al-Arba`in, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Malik al-Harith bin `Asim al-Asy`ari r.a. katanya:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Suci itu sebahagian iman, dan Alhamdulillah memenuhi timbangan. Subhanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Sembahyang itu cahaya dan sedekah itu keterangan. Sabar itu sinaran, al-Quran itu hujah (dalil) bagimu dan atasmu. Sekalian manusia itu pada waktu pagi ada orang yang menjual dirinya, lalu dimerdekakannya atau dibinasakannya.” (Riwayat Muslim).

Sahabat2ku yg dikasihi ALLAH sekalian...

Usahlah api kemarahan yg tercetus dek dugaan yg menimpamu memakan ranting2 kayu keimanan yg sudah dikau bajai dengan zikrullahmu kpd Sang Kekasih ( Baca: ALLAH ).
Dan usahlah kemarahan dan perasaan benci yg hadir dari insan lain melemahkan senyuman di bibirmu untuk tetap mekar dengan baja keikhlasan.Redha dan Sabar...sabar...sabar..Solatlah mohon pertolongan dan kekuatan dari-NYA yg sentiasa menanti kehadiran kita dengan penuh Kasih Sayang.

Untuk diri yg sedang belajar erti sabar...

Bermujahadahlah kamu...Rajin2kan dirimu mentadabur Surat Cinta-NYA & Hiburkan hatimu dengan Sirah Rasulullah S.A.W. Idola terbaik untuk di contohi..usah bersedih & berputus asa kerana dunia pasti kiamat akhirnya...dan dikau pasti kan kembali pulang kepada Penciptamu... Tenanglah wahai hati....kerana dengan mengingati ALLAH hati2 akan menjadi Tenang....

Wallahu a'lam..

Muhasabah Sang Hati,
Norashikin
16 syaaban 1430 hijrah
-johor bahru-

Sedikit tatapan menyejukkan hati... ( Nur Asyifa )



ALLAH is Great



Picture yourself in a place that's full of people,
war and hatred is gone, it's all peaceful,
secluded and idyllic in all the 4 seasons,
air's so great for all to just breathe it,
The world's so beautiful !God! you should see it,

and then it happens,

slowly it's all changing,
the drums start drumming and gradually it starts pacing,
your heart's stops beating to the sound that's getting louder,
praying to their idols, and fighting over who powers',
neither can help and nor can they listen,
pieces of wood just fixed to a position,

and then it stops!

it's the storm before the coming,
the earth's all flat from the blow out of the trumpet,
it's all quiet and peace is full again,
now picture a world where the people are all dead,
no one is left to finish this sad story,
only Allah is left in his glory!

Allah is great!


P/S: Life is most beautiful if you touch in ISLAM...(^^,)

Mari Menjawab..

Salam kak tie ( Cikgu nie)...

terima kasih atas awardnya...



jika jawapannya salah bagitau ya.
sila sertakan sekali jawapan sebenar...
I Love U ..2...3...4....infiniti Fillah ^^,)

soklan 1
Mak Ali suruh Ali pi kedai. Jadi, Ali pun p kedai naik bas. Tambang bas tu RM 1.
Nasib baik mak dia bekalkan RM 7. Jd, dia pun naik bas. Sampai kat kedai,die pun bl brg2 yg dipesan mak nya. Baki wang yang digunakan utk membeli barang yang dipesan oleh ibunya itu ialah 90sen.Dia pun nk blk rumah. Sampai kat bas stop..dia pun naik bas..Tambang bas tu kan RM 1. Mcm mn plak dia blh naik bas tu sedangkan dia ada 90sen?????


Jawapan: Pemandu Bas tu pemurah dia bagi naik je...setakat seposen xda masalah..Lagipun dia naik Bas Rapid KL kot..hehe

Soklan 2
Dalam banyak2 ikan..ikan apa yg selalu sakit perut????

Jawapan : Ikan Kembung...( bijaknya aku )

Soklan 3
Apa bezanya jatuh pokok kelapa ngan jatuh perigi???

Jawapan : bezanya...pokok kelapa panjat dulu baru jatuh, manakala perigi jatuh dulu baru panjat... ( memang Excellent )

Soklan 4
Kenapa doktor bedah,kalau nak lakukan pembedahan..mulutnya yg ditutup??

Jawapan : Elak daripada virus kot.... takut kena kanser paru2 sapa tau kan...lagipun kalau tutup mata xnmpklah nak bedah tang mana( awesome )..huhu

Soklan 5
Apa benda jatuh ke bawah tapi orang tercari2 di atas??

Jawapan : Buah- buahan kan3x...( lagipun tgh musim nie).

Itulah jawapan yg paling best yg kite dapat jawap utk kak tie...take care & thanks akk.

Tuesday, August 4, 2009

Perpisahan



Pagi Jumaat ini datang seperti biasa. Pintu hari dikuak dan sehari lagi kita mendekati saat kematian yang telah ditentukan itu. Peliknya, hati seakan-akan lupa hakikat itu.

Mati seolah-olah “mati” dalam hidup kita. Saban hari orang bersengketa – tentang itu dan ini, berebut kuasa, mengecam dan mendabik dada. Harta, kuasa, nama dan populariti jadi hijab yang menghilangkan bayang-bayang mati yang mengikut kemana sahaja manusia pergi.

Kita tidak tergamak, bermusuhan sesama saudara, sesama sahabat dan sesama Islam kalau kita kita ingatkan mati. Kita tidak akan berdendam, marah, memfitnah dan melakukan pelbagai penganiayaan jika sedar kita sendiri akan menghadap Allah yang mengetahui tentang kita segala dan semuanya. Baik, mulia, agung dan hebat sangatkah kita?

Wahai diriku dan saudara-saudaraku, mari kita kenangkan saat berpisah yang pasti menjengah. Kenangkanlah saat yang dibimbangkan oleh orang-orang yang soleh itu. Hayati apa yang ditangisi oleh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali RA itu. Mereka mengikut jejak kekasih mereka Rasulullah SAW yang sentiasa mengingati mati. Itulah sumbu bagi pelita kehidupan mereka. Tanpa ingat mati, apalah guna hidup ini…

Hari ini, urut dadamu, pejamkan matamu… istirehat seketika dan katakan: Wahai diri, aku akan mati! Kemudian bukalah mata, dan sematkan di hati bahawa segala ujian hidup ini adalah kecil dan sedikit berbanding apa yang akan dihadapi nanti. Insya-Allah, akan lapanglah hati… dan mulut mampu terseyum dengan segala cabaran yang mendatang. Masakan orang yang melihat singa berhampirannya masih merungut tentang seekor semut yang menggigit kakinya?

Begitulah diriku dan saudaraku, keyakinan kepada kehidupan akhirat akan memberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kenangkanlah saat berpisah kerana…

saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Jika datangnya kita tidak diminta, maka perginya tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini?

Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”

Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita. Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.

Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi. Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”

Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza. Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti.

Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu. Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Ingatlah, kata-kata ini:
“In life, what sometimes appears to be the end is really a new begining.”


Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!

Amin.

sumber :http://genta-rasa.com

Kewajiban Jihad di Depan Mata



Gelombang Keadilan
Munsyid : Shoutul Haroqah

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga


dakwatuna.com – Gaza, Menteri Waqaf dan Urusan Agama Palestina, Thalib Abu Syaer menyerukan warga Al-Quds dan Palestina jajahan 48 ataupun siapa saja yang bisa menjangkau kota Al-Quds untuk berkumpul di pelataran Masjid Al-Aqsha untuk menangkal penodaan yang akan dilakukan serdadu Zionis dan kelompok permukiman Yahudi.

Dalam surat keteranganya yang dilansir Infopalestina Senin (3/8) Abu Syaer menghimbau semua pihak yang masih peduli terhadap tanah suci Islam dan tempat suci umat untuk bersatu-padu menghadapi rencana Zionis yang akan melanggar semua rambu ummat Islam di Al-Quds. Terutama bagi warga kota Al-Quds atau yang berada di sekelilingnya, kewajiban ini sangat ditekankan, agar tidak terjadi hal-hal yang tidak diinginkan. Ia menegaskan sikap diam terhadap masalah ini tidak akan bisa memperpanjang kehidupan kita.

Di sisi lain, Abu Syaer mengisyaratkan, penodaan Zionis terhadap tempat suci umat Islam di Al-Quds akhir-akhir ini semakin meningkat. Kondisi ini membutuhkan sikap serius dari umat Islam dan dunia Arab demi melindungi dan mempertahankan kerhormatan umat dan agama.

Sebelumnya pasukan Zionis menyerbu sejumlah rumah warga muslim di Al-Quds dan mengusir penghuninya. Mereka memukuli hingga sejumlah orang terluka parah.

Monday, August 3, 2009

Twins











Alhamdulillah...akhirnya kak liza (dolphin) dapat anak sedara yg baru yg diberi nama Hafiz & Haris.adik kepada Haikal....aku tumpang gembira atas kelahiran mereka...lepas ni pasti riuh rumah kak liza...betul x hafiz & haris? Betul3x...

Semoga mereka berdua sihat walafiat & di doakan mnjadi anak yg Soleh kpd ayah dan ibu...^^,)ameen

link kak liza: http://mawaddah-kehidupan.blogspot.com/

LoVe




I Love You
You Love Me
We Are Happy Family
We Love Allah
We Love Rasulullah
Together We Are One Ummah..


Assalamualaikum...

Ku dedikasikan lagu di atas kepada semua terutamanya insan2 yg bermakna dlm hidupku..Jazakallahu khairan khasiran atas sgala kenangan terindah yg diciptakan bersama...Bertemu berpisah kita kerana-NYA.

Ku berdoa semoga kalian semua sentiasa bahagia berjaya di dunia dan akhirat.Dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT.

Ku mohon kemaafan kepada semua kerna selepas ini, agak sulit untukku menulis & memaparkan artikel pilihan ku di sini dan juga chat di yahoo messenger atas sebab2 tertentu.Ku mohon doa dari semua agar sudi mendoakan ku di sini semoga kerosakan teknikal ini dapat di atasi dengan segera.Ameen.



Akhir sekali, kepada semua akhawat yg bersamaku di Family Day baru2 ini, ku jua amat merindui kalian, sehari terpisah terasa bagai setahun.Jazakillah atas segalanya...usahlah bersedih wahai akhawatku sayang...ALLAH sentiasa bersamamu.Insya ALLAH kita pasti kan bertemu lagi.

Berburung berzikir di sanggar Raudhah,
Menyambut azan di tabir senja,
Insan berkasih kerana ALLAH,
bertemu Berpisah kerana Cinta-Nya..

Ukhuwah Terpatri kerana ALLAH,
Norashikin ( Kak Iman )
13 syaaban 1430 hijrah
-Johor Bahru-