terapi iman

Sunday, January 30, 2011

Tentang Cinta


Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua pembaca yang masih sudi berziarah ke blog ketenangan ini.Seribu kemaafan dipohon kerana sekian lama tidak menulis di sini.Bukan utk mencari alasan tapi Alhamdulillah dengan Izin-Nya yg telah menyembuhkan penyakit,ku bangkit utk kembali menulis.


Cinta kepada ALLAH,
Cinta Rasul,
Cinta ibu bapa...
Cinta kepada Ummah,
Cinta kepada kecemerlangan...
Mari kita semua ..
Cinta 5 perkara.

Begitulah sebahagian lirik lagu dari kumpulan Nasyid Saujana tentang Cinta.Cinta itu suci milik-Nya utk semua makhluk berkasih sayang.Cinta membangkitkan semangat utk terus berjuang dan berkorban,Cinta bisa menjadikan diri yang kering kembali segar dan bertenaga dan Cinta juga boleh mengubah seseorang dari buruk kepada baik.Sebaliknya cinta bisa menjadi racun yg bisa membunuh jika niat mereka yang bercinta itu hanya utk( baca: just for fun, touch & go) dan lain-lain lagi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana cinta yg kudus lahir dari hati yg ikhlas krna-Nya terlalu asyik mendambakan Cinta-Nya semata.Bait-bait kata Ibnu Athaillah bererti : tidak ada yg dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yg menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yg membuat hati merana!.Tertulis juga dalam syair Rabiah Asy Syamiyah Al Adawiyah:-

Kekasih Tuhan itu sakit di dunia ini,
Penderitaannya tak kunjung seda,
Kesedihannya satu-satunya pelipur hatinya,
Barangsiapa benar-benar mencintai Pencipta Agung …

Berkelana ke seluruh dunia bersama-Nya,
Di dalam pikiran-Nya
Dan di karuniai penglihatan akan Dia
(1)

Begitu juga pembuktian sirah para pengikut Rasul terdahulu dan sahabat Rasulullah S.A.W akan cinta kepada agama-Nya hingga sanggup berkorban nyawa demi mengharapkan mati syahid & nikmat syurga terutama penghormatan melihat Wajah-Nya di syurga nanti.Malah ketika Perang Hunain ada pejuang yang sanggup melemparkan buah-buah tamar ( baca: kurma ) apabila mendengar janji Rasulullah S.A.W hingga berperang dan terbunuh.Allahu Akhbar3x!!!.Titisan keringat dan airmata serta keinginan utk mencapai redha Allah juga ketaatan kepada Rasul-Nya tatkala mendengar ucapan Baginda Rasulullah S.A.W :

" Tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta,sedangkan kamu pula kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?" (2)

Subhanallah..beruntungnya mereka yang hidup berdampingan dengan Rasulullah,dapat bertentang mata, menatap wajah dan mendengar kata2 Bagindakan sahabat2 sekalian.Kita pun ingin begitu.Insya ALLAH... dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya serta berpegang kepada 2 bekalan yang ditinggalkan iaitu Al-Quran dan hadis kita juga berpeluang utk menatap wajah Rasulullah S.A.W.

Cinta kini...

Era modenisasi abad ini..menjadikan manusia sibuk mengejar kemewahan material (baca: harta benda), populariti hingga sedikit demi sedikit rasa kasih sayang dan cinta sesama ummah semakin terhakis.Di dada2 akhbar terpampang pelbagai tragedi pembunuhan ngeri sama ada pada zuriat sendiri,ahli keluarga dan sahabat.Ini berpunca daripada tekanan hidup di dalam merealisasikan impian.Dengan kepesatan dunia juga telah "mengembalikan" kepesatan penggunaan ilmu sihir di kalangan masyarakat. Maklumlah jika tidak dapat cara baik maka cara halus digunakan..ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak selerak.Janji cita-cita tercapai walau terpaksa menindas dan menutup periuk nasi orang lain. (baca: beginikah cinta sesama ummah dewasa ini? maka lu pikirlah sendiri ).

Manusia secara fitrahnya sangat menginginkan KETENANGAN, KEBEBASAN dan KEBAHAGIAAN yang kesemuanya berpaksi dari seketul daging bernama HATI.Jika hati itu bersih maka sistem imunisasi yang baik dan akal yang waras dapat dilahirkan.Maka jika seorang individu itu baik, maka lahirlah masyarakat yg harmoni dan negara yg aman. (baca: hebat bukan?)

Sahabat sekalian..

"Cinta memang bukan segala-galanya,tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya.Benar.mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan.Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan.Hanya Cinta kpd ALLAH yg tidak.Jika kau mencintai seseorang ada kemungkinan diterima atau ditolak.Jika ditolak pasti sakit rasanya.Namun jika kau mencintai ALLAH pasti diterima.Jika kau mencintai ALLAH,engkau tidak akan pernah merasa kehilangan.Tidak akan ada yg merebut ALLAH yg kau cintai dari hatimu.Tidak akan ada yg merampas ALLAH.Jika kau bermesraan dengan ALLAH, hidup bersama ALLAH,kau tidak akan pernah berpisah dengan-Nya.ALLAH akan setia menyertaimu.ALLAH tidak akan berpisah darimu.
Kecuali kamu sendiri yg berpisah dari-Nya.Cinta yg paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah Cinta kpd ALLAH 'Azzawa Jalla'."(3)


Sahabat2 sekalian..

jika cinta yg pernah kau sulam bersama si dia putus di tengah jalan.Maka percaya dan yakinlah bahawa akan ada ganti yg lebih baik dari ALLAH.Maafkanlah sesama manusia. Usah diikutkan dendam amarah yg ada dihatimu kelak kau merana.Maafkanlah manusia yang pernah menolak cintamu..kerana dia bukanlah milikmu yg boleh kau paksa2 utk mengikut kehendak hatimu.Jangan disihir dan disakiti dia kelak kau pasti mendapatkan balasan yg setimpal di dunia dan di akhirat.Malah berdosa besar jika kau melakukan syirik kepada ALLAH.Doakanlah kebahagiaan diri sendiri dan semua manusia yang berada disekelilingmu.Insya ALLAH..moga doa itu kembali kepadamu jauh lebih baik lagi.

Sahabat2 sekalian...

hidup didunia ini hanya sementara umpama azan dan iqamat sekejap masa yang ada.Tabah dan kuatkan hati dgn bermohon pd-Nya sekiranya Ujian yg dihadapi tidak mampu kau tanggung.Ujian yg datang adalah Kasih Sayang ALLAH buat kita.Tidak semua manusia yg berpeluang mendapatkannya hanya mereka yg terpilih sahaja.Misi kita di bumi ini bukan utk bermusuh dan berperang tapi demi mengabdikan diri kita sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T. Berkasih sayanglah sesama makhluk-Nya hatta kepada seekor kucing sekalipun. Kerna tiap2 makhluk yg diciptakan-Nya punyai perasaan kasih sayang dan cinta. Wallahu A'alam.

So..bagaimana pula dengan cinta kita kpd-Nya?tepuk dada tanyalah iman di hati. (^^,)(baca: bukan hanya dengan berangan2 ya ).wassalam..


Nukilan Hati Jatuh ke Hati:
Raudhah_iman
30/1/2011



Sumber rujukan:

(1) http://cinta-sufi.blogspot.com

(2) Buku Sirah Nabi Muhammad S.A.W Pengajaran & Pedoman oleh Dr. Mustafa as-Syibaie.

(3) Buku Ketika Cinta Bertasbih dwilogi pembangunan Jiwa oleh Habiburrahman El Shirazy.