terapi iman

Monday, August 20, 2007

ToTal Quality Management (TQM) in Islamic Perspective


Alhamdulillah...
baru je seusai menjalani mid sem exam..agak taf jgk sem ni..OSH, Strategic management, Total Quality management, tesis,multivariate data analysis...pasni kena analysis data pula before present viva.mg smgtku Kuat...Chaiyo2!..oklah kita masuk pd tajuk kita...

Total Quality(TQ)

Sebut pasal kualiti mesti kalian kaitkan dgn produk atau hasil kerja sesebuah organisasi..betul x?..
Sebenarnya yg lebih penting adalah kualiti manusia yg melibatkn sahsiah diri samada luaran atau dalamannya yg mampu mencerminkan ciri2 kepimpinan yg tinggi, etika kerja yg baik serta kemahiran yg memenuhi tuntutan organisasi tersebut.( 1 )

Contohnya pelumba kereta Formula 1 Michael Schumacher...quality yg dipamerkan adalah kemenangan 7 kali berturut-turut dlm perlumbaan.Itu dari segi mata kasar saja.Pernah x terfikir bagaimana dia menghasilkan Qualiti diri yg baik? semestinya melalui disiplin diri yg kuat,latihan yg sistematik dan berterusan,penjagaan kesihatan yg baik, kerja berkumpulan yg mantap serta kenderaan yg digunakan juga memainkan peranan yg penting dlm memastikan kemenangan dapat di capai.Tetapi hakikatnya, segelintir peminat2 kereta Formula 1 beranggapan bahawa kemenangan yg di raih hanyalah bergantung kepada Quality kereta yg digunakan iaitu Ferrari, ahli kumpulan yg pakar dlm bidang permotoran serta Quality trek (litar) yg digunakan.


Konsep TQM Dalam Islam

Apabila disebut quality menyeluruh( TQ) dlm Islam, ia menyentuh satu keadaan dlm satu organisasi yg memperlihatkan kecemerlangan dlm semua aspek termasuklah unsur manusia dan unsur2 lain.

Prinsip2 yg menyokong TQM


  1. Sokongan Pengurusan Atasan


  • memberikan kefahaman yg jelas tentang arah dan matlamat dasar quality yg telah diwujudkan agar semua kakitangan akan dapat bekerjasama bagi melaksanakannya.

  • memberikan contoh dan teladan yg berquality kepada kakitangan2 yg lain agar mereka dapat melakukan sesuatu kerja itu secara praktikal serta memberikan semangat dan motivasi untuk melakukan kerja secara berterusan dan cemerlang.

Al Quran telah menekankan juga aspek pengurusan atasan dari sudut membimbing kakitangan dengan contoh2 yg baik atau leadership by example.


Firman ALLAH SWT bermaksud:


" Wahai org2 yg beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yg kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya disisi Allah.Kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tidak melakukannya" (61: 2-3)


Rasulullah SAW bersabda:


" Periksalah dirimu sebelum memeriksa orang lain.Lihatlah terlebih dahulu atas kerjamu sebelum melihat atas kerja orang lain".


Umar al- Khattab amat peka terhadap keperluan memberikan arahan yg jelas kepada pegawai-pegawai tadbirnya.Beliau juga memastikan agar rakyat juga mengetahui tugas2 pegawai2 ini supaya pengawasan dapat dilakukan terhadap mereka secara berterusan untuk memastikan quality mereka dpt ditingkatkan dan mereka tidak terlibat dengan penyelewengan.Antara arahannya ialah:


" Ingatlah saya tidak memilih kamu untuk menzalimi rakyat.Saya telah memilih kamu sebagai pemimpin supaya rakyat menjadikan kamu sebagai contoh.Berikanlah mereka hak mereka dan janganlah kamu memukul mereka.Jgnlah kamu terlampau memuji mereka keran mereka akan mudah tertipu.Jgnlah menutup pintu2 kamu daripada mereka, kerana kalau tidak golongan yg lebih kuat akan menzalimi yg lemah.Jgnlah bertindak seolah-olah kamu lebih tinggi daripada mereka"


Islam sentiasa menekankan perlunya sesuatu kerja yg sempurna.Oleh itu apabila aspek kesempurnaan diberikan penekanan,mewujudkan satu dasar quality dan menubuhkan struktur pengurusan quality ialah sesuatu yg harus dilakukan.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang kamu mengerjakan sesuatu pekerjaan, supaya dikerjakan dengan baik dan sempurna"

Namun wahai sahabat sekalian, ingatlah bahawa segala contoh serta akhlak yg baik itu terdpt dlm diri Rasulullah SAW.

Pesanan Saidina Ali,amat selari dgn konsep ini :

"Barangsiapa yg menjadikan dirinya sebagai pemimpin,maka hendaklah ia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum ia mengajar orang lain.Hendaklah ia membentuk mereka dengan contoh perbuatannya sendiri sebelum ia membentuk mereka dengan lidahnya".

Bersambung...

2 comments:

The Stabbed Recall said...

Salamun'alaikum
"Sesungguhnya ALLAH Azza Wa-Jalla telah menjadikan akal dari cahaya-NYA di sisi kanan Arasy-NYA dan ia (akal) itu adalah makhluk yang awal di antara roh-roh. Selepas kejadiannya ALLAH Tabaraka Wa-Ta'ala memerintahkannya pergi, akal menurut perintah-NYA. Kemudian ALLAH memerintahkan datang kepada-NYA, akal menurut perintah-NYA. Kemudian ALLAH Tabaraka Wal-Ta'ala berfirman:" Telah AKU jadikan engkau makhluk yang agung dan AKU anugerahkan ke atas engkau karamah (kemuliaan) ke atas sekalian makhluk-makhluk-KU." Kemudian ALLAH menjadikan al-Jahlu (kejahilan) daripada lautan masin da gelap dan memerintahkannya pergi. Al-Jahlu menurut perintah-NYA. Maka ALLAH memerintahkannya menemui-NYA. Al-Jahlu enggan menurut perintah-NYA. Maka ALLAH berfirman:" Engkau angkuh," maka ALLAH melaknatnya. Selepas itu ALLAH mengurniakan tujuh puluh lima bala tentera kepada akal. Apabila al-Jahlu menyaksikan ALLAH memuliakan akal dan bagaimana ALLAH mengurniakan pembantu-pembantu kepada akal maka rasa permusuhan lahir dalam dadanya dan al-jahlu berkata kepada ALLAH." Wahai Tuhanku! Akal adalah suatu kejadian yang sama sepertiku, maka ENGKAU memuliakannya dan juga menguatkannya dengan bala tentera dan aku adalah kebalikan darinya. Aku tidak diberi kekuatan untuk menandinginya, maka kurniakanlah kepadaku bala tentera seperti mana yang ENGKAU berikan kepada akal. Maka ALLAH menerima permintaannya itu dan berfirman:" Sekiranya kamu mengengkari perintah-KU sekali lagi, AKU akan putuskan engkau dan tentera-tenteramu dari rahmat-KU." Al-Jahlu berkata," Aku redha dengan perintah-MU." Maka ALLAH mengurniakan 75 tentera pembantu kepada al-Jahlu.
" Al-Khair (kebaikan) adalah (wazir) pembantu kepada akal dan bertentangan dengan al-syar (kejahatan) dan itu adalah wazir kepada al-jahlu;
al-iman adalah berlawanan kepada al-kufr;
al-tasdiq (kepatuhan dalam hati adalah bertentangan kepada al-juhud (penolakan);
al-raja' (harapan) adalah lawan kepada al-qanut (putus harap);
al-adl (adil) adalah lawan kepada al-jawru (aniaya);
al-redha lawan kepada al-suhtu (marah dan tidak suka);
al-syukr (syukur) lawan kepada al-kafirun (menolak);
al-tama' (optimisme) lawan kepada al-ya'su (pesimisme);
al-tawakal lawan kepada al-qaswah (angkuh);
al-rahmah lawan kepada al-ghadhib (marah);
al-ilm berlawanan kepada al-jahlu; dan
ak-fahm (faham) lawan kepada al-hamaq (dungu);
al-affah (menjauhkan diri daripada yang haram) lawan kepada haaltahtika (sifat tidak malu - mengerjakan yang haram);
al-zahid lawan kepada al-raghbah (sifat suka dunia);
al-rafiq (lemah-lembut) lawan kepada al-hariq (kebodohan dan kejanggalan); dan
al-rahbah (takutkan ALLAH) lawan kepada al-juratu (berani menentang ALLAH); al-somtu (diam) lawan kepada al-hazir (sombong); dan
al-istaslam (menyerah diri kepada ALLAH) lawan kepada al-istakbar (bongkak dan angkuh);
al-taslim (menyerah) lawan kepada al-syakk (ragu-ragu);
al-sobr lawan kepada al-jaza'u (tergesa-gesa); dan
al-sofhu (ampun) lawan kepada al-intaqam (dendam);
al-ghina (sifat memadai-puas hati) lawan kepada al-faqir (meminta-minta); dan
al-tazakkir (mengingati ALLAH) lawan kepada alsahwa (lupa); dan
al-hifzu (pemelihara) lawan kepada al-nisyan (pelupa dan tidak peduli);
al-ta'attapa (cenderung dan simpati) lawan kepada al-qati'ah (menyekat-mendinding); al-qanau' (puas dan rela) lawan kepada al-hirsu (tamak); dan
al-mawaddah (kasih sayang) lawan kepada al-adawah (permusuhan);
al-mauasah (konsolasi) lawan kepada al-mana' (menghalang); dan
al-wafa' (kesetiaan) lawan kepada al-ghadar (belot);
al-ta'ah (taat) lawan kepada al-ma'siyah (maksiat);
al-khudu' (tunduk) lawan kepada al-tatawil (dominasi);
al-salamah (keselamatan) lawan kepada al-bala'; dan
al-habba (kasih sayang) lawan kepada al-bughdu (kebencian); dan
al-sidqu (yang benar) lawan kepada al-kazab (pembohong); dal
al-haq lawan kepada al-batil; dan
al-amanah lawan kepada al-khianat;
al-ikhlas lawan kepada al-syaubu (bercampur matlamat);
al-syahamah (bijaksana dan berani) lawan kepada al-baladah (bodoh dan penakut);
al-fahm (faham) lawan kepada al-ghabawah (bebal); dan
al-ma'rifah lawan kepada al-ankar (engkar);
al-mudarah (menjaga rahsia) lawan kepada al-mukasyafah (pembuka rahsia-belot);
al-salamah (sejahtera) lawan kepada al-makarah (tipudaya);
al-kitman (menutup rahsia) lawan kepada al-fasya' (berhamburan); dan
al-solah lawan kepada al-adha'ah (mengabaikan solat);
al-saum (berpuasa) lawan kepada al-iftar (gemar makan);
al-jihad lawan kepada al-naklu (terbelenggu dari jihad);
al-Hajj (mengikat perjanjian kepada ALLAH iaitu tidak menyembah kecuali ALLAH) lawan kepada al-misaq (memungkiri perjanjian tersebut);
al-saun (menjaga dan memelihara cerita-cerita orang lain) lawan kepada al-namimah (membuat cerita); dan
al-biru al-walidani (berbuat baik kepada ibubapa) lawan kepada al-uquq (derhaka kepada ibubapa);
al-haqiqah (realiti) lawan kepada al-riya’ (pamer);
al-ma'ruf lawan kepada mungkar;
al-sitru (menutup diri) lawan kepada al-tabaraj (menunjuk);
al-taqiyah (memelihara rahsia kepentingan agama daripada musuh) lawan kepada al-iza'ah (penzahiran yang mengakibatkan kehilangan dan kerosakan); dan
al-insaf (sedar akan kebenaran dan keadilan) lawan kepada al-hamiyyah (berat sebelah);
al-tahiah (bercampur dalam masyarakat seperti mesra dalam hubungan sosial) lawan kepada al-baghyu (menentang); dan
al-nuzafah (bersih) lawan kepada al-qazir (kotor); dan
al-haya-u (bersopan) lawan kepada al-jala' (tidak sopan);
al-qasdu (sederhana) lawan kepada al-udwan (melampau); dan
al-raha (kesegaran hati) lawan kepada al-ta'abu (depresi - murung); dan
al-sahalah (memudahkan) lawan kepada al-su'ubbah (menyukarkan);
al-barakah (berkat - bertambah-tambah) lawan kepada al-mahku (hilang berkat dan binasa); dan
al-afiat (keselamatan) lawan kepada al-bala' (malapetaka); dan
al-qawam (keteguhan) lawan kepada al-mukathirah (banyak cakap); dan
al-hikmah (bijaksana) lawan al-hawa' (mengikut hawa nafsu - cinta dunia);
al-waqar (kehormatan) lawan kepada al-hiffah (sifat rendah akal budi); dan
al-istighfar (memohon ampun) lawan kepada al-ightirar (tidak jujur dengan taubat); al-muhafizu (memelihara) lawan kepada ahaaltahawun (cuai dan abai);
ak-du'a (berdoa kepada ALLAH SWT) lawan kepada al-istankafa (memandang rendah - mudah dan tidak mahu berdo'a); dan
al-nasyyat (cergas) lawan kepada al-kasal (malas);
al-farah (sukacita) lawan al-hazan (dukacita);
al-ulafah (mesra- berkawan, dan bersatu) lawan kepada al-furqah (berpecah-belah); dan
al-saha'a (murah hati) lawan kepada al-bakhil (kedekut)."
" Maka semua sifat-sifat yang dikatakan itu akan menjadi pasukan tentera yang kuat dan bertenaga kepada akal dan semua sifat-sifat ini tidak akan berpadu ke dalam diri seseorang jua kecuali Nabi SAWA, wasinya AS, dan mu'min yang imannya telah diuji oleh ALLAH SWT. Dan tidak ada sahabat kepada kami (para Imam) yang tidak memiliki sifat-sifat tersebut tetapi memiliki sifat-sifat yang diperuntukkan kepada kejahilan sehingga dia membina akalnya ke arah kesempurnaan dan mengikis segala kelemahan yang lahir daripada kejahilan. Maka para peringkat ini dia dikurniakan darjat kemuliaan bersama dengan Nabi SAWA dan wasi-wasinya. Dan sesungguhnya dia mencapai kedudukan tersebut dengan makrifat al-akal dan tentera-tenteranya dan setelah menjauhkan dirinya daripada al-jahlu dan tentera-tenteranya. Dan semoga ALLAH mengurniakan kita kemampuan untuk taat kepada-NYA dan mendapat redha-NYA."
wasSalam

ImaNaShikiN said...

wslm...syukran atas commentnya..tp boleh tau apa kaitan dgn TQM dgn comment anta.... syukran atas explainationnya....