terapi iman

Tuesday, December 18, 2007

PenGalamanku Menjadi Ibu.

Gambar Hiasan

assalamualaikum smua..


smga kalian smua sentiasa sihat dan dlm redha ALLAH hendaknya.amiin =)


teringat kenanganku 2 bln yg lepas, sehabisku menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana...aku terus pulang...bermain semula di halaman ayah dan bondaku.Alhamdulillah, segala kenangan pahit manisku di rantau org( x jauh pun sbnarnya) slama 3 thn byk mengajarku erti hidup.Dari segarang2 manusia aku cuba membentuk diri menjadi seorg muslimah yg lemah lembut ttpi tegas.. itu prinsipku.


Alhamdulillah... ku amat bersyukur kpd Illahi krn result final semku agak baik dan melayakkan aku utk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Namun, wat masa ini, aku ingin menimba pengalaman bekerja dan insyallah akan ku sambung pengajian ku suatu hari nanti.


Selama 2 bulan lebih di teratak ayah bonda ku rasa kesepian..bukan tidak seronok malah saat2 bersama keluarga adalah saat2 yg indah bagiku. Namun...sebenarnya ku amat merindui halaqah, sahabiah2ku nun di sana.Pada mulanya mereka agk keberatan utk melepaskan aku pulang...namun sbenarnya masih ada pekerjaan di sini yg belum selesai. Sahabiahku sekalian doakan ana ya moga istiqamah di jln ini.Alhamdulillah rezeki utkku bekerja datang mencurah2... tetapi aku masih belum bersedia utk memikul amanah yg bakal diberikan sehinggalah hatiku tergerak utk menjaga dan mengasuh anak jiranku yg berusia dlm lingkungan 1 tahun setengah.


Nur Sakinah Ilyana... ( kinah )


Bocah cilik yg amat lincah dan cerdik merupakan buah hatiku & keluarga. Si comel (kinah)sering bermalam di rumahku saban hari.Dgn gaya jalannya yg masih lagi terhuyung hayang dan keletahnya yg bersahaja sering membuatkan kami sekeluarga terpesona.Sewaktu menjaganya, baru ku sedar,beginilah agaknya bonda mengasuh kami 4 beradik selama ini.Makan minum disuapin,bila merajuk di belai dan di gendong, di mandikan, di pakaikan baju pokoknya segala hal ehwal si anak akan menjadi tanggungjawab ayah bonda dan begitulah juga keadaanku sewaktu menjaga kinah... semuanya terletak dlm tangungjawabku.


Pengalaman yg tidak dapat kulupakan adalah bila tiba malam hari dan waktu itu kinah tidur dirumahku...aku bagaikan seorang ibu yg perlu berjaga di malam hari kerana kinah terjaga dari tidurnya.Mula2 tu agak kekok juga sbbnya aku tiada pengalaman dan xpenah buat kerja2 seperti ni...kadang2 tu sedang enakku dibuai mimpi si kinah menangis meminta susu @ pampersnya basah... jadi sebagai 'ibu' aku menjadi tanggungjawabku utk menenangkan dan menggantikan pampersnya yg basah...keadaan ini turut menuntut erti pengorbanan dalam hidupku.Masakan tidak,aku yg selama ini agak xambil pusing dgn kerja2 seperti ini tiba2 berubah dgn adanya si kecil kinah yg merubah hidupku.


Si Comel kinah...


Ke mana saja aku pergi pasti ayah bondaku menyuruh membawa kinah bersama...dan setiap kali itu jua ramai orang yg bertanyakan sapa kinah dgnku.Aku tidak keberatan, dan sentiasa mengatakan yg kinah adalah 'anakku'.ALHAMDULILLAH....syukur pdNYA atas kehadiran kinah dlm hidupku yg membuat hari2ku semakin ceria walaupun terkadang agak capek mengasuh kinah seharian.


Keletahnya dia ( kinah )...

pantang mendengar alunan ayat2 suci Al- Quran dan laungan azan pasti badannya bergerak kekiri ke kanan seolah2 sedang turut sama berzikir.Alhamdulillah kinah juga cpt tangkap apa yg diajar kepadanya...yg paling menggembirakan hatiku adalah tika aku seusai solat dan sedang berdoa tiba2 kinah dtg mendekatiku, menadah kedua tgnnya dan terus menekup mukanya lalu berkata 'AMiiin'.


Hinggalah suatu hari...

dgn izin ALLAH aku diterima bekerja di sebuah syarikat Import Export di Selatan tanah air yg berdekatan dgn rumahku...kinah yg seperti biasa berada dirumahku telah diambil ibunya yg sebenar.Pd mulanya aku xkisah kerana mmg begitu rutinnya bila ibunya pulang dari bekerja, pasti kinah diambil dan akan dipulangkan semula kepadaku....TAPI.........


Waktu itu...Kinah...

tidak dipulangkan seperti biasa malah ibu dan ayahnya juga bersiap2 mengemas semua barang2 yg berada di dlm rumah mereka...hatiku mulai resah...kerna saat2 perpisahan sepertinya akan berlaku.....sangkaanku mmg tepat...kerana ptg tu juga ibunya memberitahu keluargaku bahawa mereka semua akan berpindah ke tempat lain....Ya ALLAH.....sedihnya....adikku ( aisyah,alin) terus mendapatkan kinah dan menangis atas perpisahan yg berlaku.Aku???? pura2 ketawa diluar namun hati kecilku menangis kesedihan...seolah2 kurasakan naluri keibuanku telah muncul dan akan berpisah dgn anakku...rupa2nya aku terlupa bahawa kinah adalah anak jiranku dan adalah pinjaman sementara dari ALLAH utkku....


Nur Sakinah Ilyana...

kini,dah 5 hari waktu berlalu...setelah pemergian kinah ke tempat baru.Aku pula telah masuk hari ke-3 bekerja di syrkt itu.Thanks ALLAH, aku amat bersyukur atas apa yg berlaku dan kini ku amat yakin akan ada Rahmat di sebalik dugaan... APA YA???


Ahad ( 17/12/07)

Jiran baru...masuk memenuhi kekosongan yg ditinggalkan oleh keluarga 'Anakku' Sakinah.Bagiku ia tidak menarik perhatianku utk mengambil tahu...namun sebagai jiran ku ramahkan diri utk bertegur sapa dgn jiran baruku itu...HAIRAN!!!!!


kerana...

yg kutemui adalah...ayah dan ibu kinah...dan....kedengaran suara si kecil tiba2 tertawa akibat digeletek kakaknya...rupa2nya....ALLAHU AKHBAR!...ALLAHU AKHBAR!...ALLAHU AKHBAR! Nur Sakinah Ilyana....anakku telah kembali semula...ALHAMDULILLAH...gembira xterkata...lalu ku masuk ke dlm rumahnya lalu terus mendakap erat si kecilku.. dan ketika ini...si kecilku sedang lena di ulit mimpi bersama bondaku...


ALHAMDULILLAH.....ALHAMDULILLAH....indahnya... walaupun agak kepenatan balik bekerja namun rasa itu hilang....setelah melihat wajah si kecilku yg keletah tika menyambutku pulang.....

5 comments:

Anonymous said...

ending tak faham.
bukan jiran kamu dah berpindah ke.
ooo..kamu minpi yer...ooooOOoo.

Anonymous said...

aku pun kurg faham ending
apakah

Anonymous said...

Emm...

ending tu bgini...

si kecil kinah xjd berpindah atas faktor2 yg aku sndri ngak tau... ALhamdulillah dia masih bersamaku...tika dan saat ini pun si kecil kinah masih di rumahku...

kata fmlynya insyallah mereka akan berpindah pd bln 1 jadi...

Nurul Iman said...

akak...comelnyer gambar hiasan tue..hehe..;)..mesti si kinah pun comel macam tue ye..;)..kem salam same si kinah comel!!..:D

Anonymous said...

salam iman...

Subhanallah ciptaan ALLAH smuanya indah kan syg...kinal mmg comel n cute...alhamdulillah wat masa ni kinah lum lagi pindah...tggu jelah bln 1 nnti huhu