terapi iman

Tuesday, May 6, 2008

Semangat Yg Hilang.

Si comel Aishah & my best friend (iffah)
Teringat kenangan jumaat yg lalu (2/5/2008),


kami sekeluarga agak sibuk menghadiri majlis perkahwinan sepupuku kak Rukzainora Hassan & pasangannya Mohd Nizam.Seperti biasa aku akan mengiringi mempelai ke Masjid kerna di minta menemani pengantin perempuan.Seusai Solat Asar, kedua mempelai selamat di ijab qabulkan.Tanpaku sedari hujan d kelopak mataku turun membasahi pipi.Terimbau kembali memori sewaktu zaman kanak2.Kami bermain,bergaduh,belajar,berkongsi masalah dan pengalaman hidup bersama2.Alhamdulillah,aku agak rapat dgn saudara mara di sebelah mak dan abah jadi mana2 boleh masuk (ngam).Suasana riang gembira bertemu sanak keluarga,rakan taulan mengeratkan lagi ukhwah sesama insan.Pepatah Melayu ada menyebut ' Yg jauh di eratkan, Yg dekat lagi d rapat2kan' (kalau salah jgn mare).


Terdiri daripada beradik (4 A)


iaitu Asyikin (23 thn), Azlan (22 thn),Aishah (19 thn),Azlin (15 thn) turut menghingar bingarkan lagi majlis tersebut.Seperti biasa aku & adikku Azlin di tugaskan memberi 'souvenir' kpd tetamu yg hadir.Azlan dan geng2nya pula, menyediakan & memastikan lauk pauk serta minuman tetamu cukup.Masing2 telah di agihkan tugas bagi menjayakan majlis tersebut.Namun...berlainan pula dgn Aishah adikku yg ke-3, tingkahnya agk berbeza sedikit tika itu.


***Keadaannya agak merisaukan kami sekeluarga.Dia seorang yg ramah,lawak dan lincah tetiba kelihatan pendiam,sugul dan tidak bermaya.Mak ada memberitahuku ttg keadaannya yg sakit kepala.Sebagai anak yg sulung serta kakak kpda 'pangeran jantungku' ( gelaran wat adik2ku) aku cuba utk menyelami hati mereka.Sometimes kehidupan seharian jua amat melelahkan.Aku amt mngerti ttg itu.Dgn assignment yg berlambak,exam, masalah dgn rakan2 @ keluarga dll.Aku cuba mendekati adikku dan bertanya ttg keadaannya.Namun hambar, dia hanya mngatakan yg dia mengantuk dan ingin berehat akibat kesakitan di kepala yg dia rasakan.Lalu ku relakan jua, adikku berbuat sedemikian.. kerna xsampai hati melihat keadaan yg sgt lesu tika itu.Alhamdulillah, majlis kakak sepupuku berjln dgn lancar hgga ke hujungnya.Manakala selepas itu, kami sekeluarga except Azlan berangkat pulang ke kampung utk menghadiri majlis perkahwinan kak Nana sepupu di sebelah mak.Walaupun agak keletihan, tapi kami berasa seronok kerna dpt berjumpa dgn saudara mara yg kian lama xjumpa. (hehehe..)Suasana tika itu, hampir sama dgn majlis di rumah kak rukzainora cuma di tambah dgn live band tu je.So agak happening dan memeningkan kepala.(huhu).


Seusai majlis...


kami sekeluarga bertolak pulang.Sebelum itu, kami sekeluarga singgah ke 'Bus Stand' utk menghantar Aishah.Dia menuntut di Kolej Komuniti, Segamat dlm bidang IT.Lazimnya, kami 4 beradik akan tido spjg perjalanan dan mnjadi tugas abah dan mak utk mengejutkan kami apabila sampai ke destinasi.Tapi pd masa itu, Aishah seorg saje yg ketiduran dan mnjd tggjwbku utk membangunkannya.


Sesuatu terjadi...


Puas ku kejutkan adikku Aishah namun dia xbangun2.Lalu ku suruh adikku Azlin mengejutnya pula...namun xberjaya.Kami berdua panik.Segala mcm lawak 'hampeh' kami buat dgn harapan dia bangun.Ternyata tidak.Mak dan Abah jua kelihatan resah gelisah.Adikku tetiba tidak sedarkan diri. ''Ya ALLAH..Selamatkanlah adikku ini.Kami mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah.


Setiba di rumah, dia masih xsedarkan dri.Aku xmampu berbuat apa2.Hanya mak dan abah berada di sisinya.manakala azlin mengangkat barang2 dr bonet kereta.Tiba2 Aishah menangis...mengatakan kepalanya sakit bagai nk pecah.Mak bergegas utk menelefon pakcikku ( seorg Doktor ) utk merawat adikku,ternyata kliniknya tutup."Arrrrghhhh!!! bagai nak mati rasanya..." tiba2 adikku menjerit.Kami sekeluarga meluru mendapatkannya.Dia meronta2, menangis semahu2nya kerna kesakitan yg teramat sgt.Mak menangis melihat adikku seperti itu.Sedih... ku turut merasakannya.Abah cuba mndapatkan atukku yg secara kebetulan rumahnya xjauh dr rumahku.Sesampainya atuk di rumahku, adikku masih spt itu.Malah keadaannya bertambah teruk apabila aku memicit ibu jari kakinya sambil membaca ayatul kursi.Pelbagai cara telah dilakukan spt azan, baca ayt kursi,lada hitam,air durian belanda namun xberjaya juga.


Rupa2nya...


Adikku histerical ( kerasukan) kerana sblum ni 3 hari berturut dia ternampak makhluk halus di rumah sewanya, di segamat.Kesian dia...Azlin( adikku yg bongsu) turut membantu utk menenangkan kakaknya.Dlm keadaan itu, adikku masih mengenal mak,abah,atuk dan Azlin.Namun bila tiba giliranku dia bertempik"Siapa kau?aku xkenal kau..tolong jangan kau bacakan ayt itu.aku panas......"Melihatkan keadaannya jiwaku luluh, SEMANGAT HAMPIR HILANG, sendi2ku lemah..."Ya ALLAH, kasihanilah dia...dia terlalu baik Ya ALLAH...".Abah menelefon adik beradiknya yg lain.Mereka smua dtg utk membantu apa yg perlu.Waktu tu, atuk menyuruh abah pergi ke masjid memanggil pak imam yg pandai mengubat ttg penyakit yg berkaitan dgn gangguan makhluk halus.


Alhamdulillah...


Akhirnya,makhluk tersebut berjaya di keluarkan dr tubuh adikku."Terima Kasih Ya ALLAH...atas sgala pertolonganMU''.Hari ini, keadaannya sedikit membaik..dia juga terpaksa di rawat di hospital besar kerana di sahkan mengidap apendiks.Alhamdulillah, penyakitnya xserius yg di sangka lalu dia di benarkan pulang ke rumah.Aku turut merasa bersalah kerna membiarkan dia keseorgn..aku tahu, bukan mudah utk mnjadi kakak yg baik wat 'pangeran jantungku' ini.Setiap mereka punya fikiran,citarasa dan perangai masing2.Begitu juga dgnku.Kdg aku jua masih belum mengenali sapa diriku sebenar.Aishah, masih belum mahu pulang ke Segamat, Semangatnya yg hilangkini cuba di suburkan kembali dgn 'Nur Iman'.


Khas utk 'Pangeran Jantungku' ( adik2ku):


Tika kalian membaca blog ini, ketahuilah bahawa akk benar2 menyayangi kalian.Sayang banget.Kalian adalah pangeran jantungku yg terbaik dr ALLAH khas utkku.Akk mohon ribuan kemaafan kerna belum bisa mnjd kakak yg terbaik watmu.Percayalah beri akk masa utk berubah memberikan yg terbaik wat pangeran jantungku smua.Utk Aishah, syg moga cpt sembuh ya.Kuatkan semangatmu, ALLAH sentiasa bersamamu syg.Moga kalian bahagia berjaya dunia akhirat.Moga keluarga kita kan bersatu lagi di jannah...amiin. Adikku jgn nakal2 ya, jaga Solat, kalau boleh jgn bercinta ( termasuklah aku), Jaga hati,tingkatkan Imanmu.


SAYANG ADIK AKAK ( AZLAN, AISHAH,AZLIN)


Yg mencintaimu:


Nor Ashikin,Nurul Iman,Raudhah_iman ( kakakmu)

bersamaan 1 jamadil awal..



No comments: