terapi iman

Wednesday, December 31, 2008

Jemputan Muktamar Kebangsaan Amal Islami 2009

Assalamualaikum Wr. Wbt.

JEMPUTAN KE MUKTAMAR KEBANGSAAN MAJLIS AMAL ISLAMI 2009.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan menganjurkan
Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami 2009 yang bakal menghimpunkan
badan-badan profesional dan NGO Islam daripada seluruh negara.

Majlis yang akan diadakan ini bakal disempurnakan perasmiannya oleh
Seri Paduka Baginda Al-Whatiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin,
Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Program : Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami 2008.
Masa : 9.00 sehingga 5.00 petang.
Tarikh : 13 Januari 2009 (Selasa)
Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pakaian :Kebangsaan

Semua dijemput hadir untuk maklumat lanjut hubungi
http://www.yadim. com.my/Muktamar2 008/index. asp atau

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :- Sekretariat Majlis Islami Malaysia
Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur Tel : 03-22746077
Faks : 03-422732330

Tuesday, December 30, 2008

Darah Ini Terus Mengalir




Darah ini terus mengalir,
seumpama aliran Amazon yang terus mengalir
tanpa penat,
diteguk buas si Penceroboh haram...




Darah ini terus mengalir,
tanpa gentar demi Syahid di jalan Tuhan,
Igauan Syuhada' yg memburu kemenangan,
tanpa peluru berpandu dan alatan perang canggih
hanya balingan batu perisai diri..

Darah ini terus mengalir,
berjuang hingga titisan darah terakhir demi
mengambil kembali Palestin dari rampasan rakus
Sang Terrorist,Pembunuh tragis,bercitra imperialis
yang bergelar Zionis Laknatullah...



Darah ini terus mengalir,
bersama titisan keringat perjuangan dan pengorbanan
yang tidak sedikit,
demi kedaulatan Bumi Anbiya dan Agama Islam tercinta...


Darah ini pasti kan berhenti jua,
tatkala mata pedang yang di hayun,
menebas megah kepala-kepala musuh,
hingga rebah di hamparan tanah,
musnah di tangan Jihad Fisabilillah,



Takziah untukmu Zionis laknatullah
kerna janjinya ALLAH kan pasti tiba,
bersama KEMENANGAN YANG KEMBALI SIRNA,
dan berpihak kepada ISLAM seluruhnya...

Takbir, ALLAHU AKHBAR!! ALLAHU AKHBAR!!! ALLAHU AKHBAR!!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Ya Allah...
hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu.
Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami,
musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu.

Ya Allah,
muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin.
Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka
dan perbaikilah hubungan kekeluargaan
diantara mereka serta berilah pertolongan
kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim."

(Qunut Nazilah)

Cetusan rasa:

Norashikin
00.15am
2 Muharam 1430 Hijrah

Thursday, December 25, 2008

Mentari kan bersinar Kembali



Air menitis membasahi bumi.Menyirami tanah-tanah yg kian kontang dek tangan-tangan rakus yg mementingkan kemewahan.Bukit-bukau, gunung-ganang, hutan belantara di tarah dan digondolkan demi mengaut keuntungan bagi mereka yang dambakan kekayaan duniawi...Kitaran ekosistem alam yang kian miskin menghambat penghuninya untuk turut merasai akan keuzuran alam yang kian tenat.Pantas mengapa insan yang dikurniai otak bisa sewenang-wenangnya menuduh alam yang bersalah sebagai asbab mereka di timpa bencana?Jika difikir-fikir apakah alam sememangnya dengki melihat pembangunan yang pesat dibangunkan ke atasnya? barangkali mungkin kalian punya jawabannya...Ku tinggalkan kalian dengan persoalan ini..Iya...Tepuk dada jawablah sendiri...


********

Air hujan yang turun tika ini seolah-olah mengerti akan qalbuku.Awan mendung yang datang silih berganti mewarnai corak kehidupan mengajar insan erti kesabaran dan ketabahan dalam musafir kita menuju kepada-NYA.Bila kurenung kembali adakah aku bisa tabah dalam menerima 'hadiah' dari Illahi? Terkadang perbuatan tidak sama dengan bicara.

Firman ALLAH:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" (Surah Al-Imran:200)

Bagiku ianya bukan sekadar persiapan diri di medan perang.Kerna kadangkala mehnah yang dihadapi seperti kematian orang tersayang juga memerlukan kekuatan pertahanan emosi,spiritual yang kental serta redho dengan ketentuan Allah bagi meneruskan pemusafiran ini.

Firman ALLAH:

"tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu". (Surah Al-Imran: 185)


Ya tidak dapat kunafikan...ku jua adakalanya tersasar.Mengikut emosi kesayuan hati dengan kejadian yang berlaku.Ku cuba pujuk diri, agar berjiwa besar menakung segala perasaan yang hadir agar bisa mempamerkan senyuman sebagai penawar redho dengan pemberian dari Illahi.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan " (Surah Alam nasyrah:5 )

Seusai waktu bekerja di kantor(pejabat), ku terus bergegas pulang untuk menemui keluarga tercinta.Sepanjang perjalanan teringat akan daku tazkirah dari seorang teman.Semoga ibroh(pengajaran) dari kisah ini dapat diambil manfaatnya.Kisahnya bermula….

Pada suatu hari, (macam mari bercerita pulak) di sebuah tempat yg terasing dari kesibukan kota, ada seorang anak muda sedang mengeluh akan dugaan hidupnya kepada seorang tua yg sedang duduk di bawah pohon rendang. Lalu orang tua itu meminta orang muda itu segenggam garam dan secawan air.Tanpa banyak bicara pemuda itu pun memberikan segenggam garam dan secawan air kepada orang tua itu.Kemudian orang tua itu, menyuruh anak muda tadi memasukkan segenggam garam ke dalam air dan meminumnya.Kerana terlalu masin akan rasanya, pemuda itu tidak mampu untuk menghabiskannya.Selepas itu, orang tua itu membawa anak muda tadi ke sungai dan meminta dimasukkan segenggam garam yang sama ke dalam sungai untuk di minum.
Ternyata pemuda itu minum sepuas hatinya bagi menghilangkan dahaga dan rasa masin tadi.Akhirnya mereka berdua pulang ke rumah dan pemuda itu kembali tersenyum dengan jiwa yang tenang.

Ibroh dari kisah tersebut adalah segenggam garam tadi seumpama ujian yang diberikan ALLAH kepada kita selaku hamba-NYA.Manakala secawan air tadi ibarat jiwa yang kalau hanya sebesar cawan, maka ujian yang ALLAH sudah tetapkan buat kita pasti terasa pahit dan sukar untuk dihadapi, berbeza jika jiwa kita seluas sungai dan lautan kerana secawan air menggambarkan keadaan hati yang tabah dan berjiwa besar ketika berhadapan dengan ujian yang diberikan.

Sebelum sampai ke rumah (kampung),ku singgah ke hospital untuk mendapatkan umiku dan mak(bonda umi @ isteri kepada arwah bapak)di sana.Setibanya di sana, ku di sambut umi dengan dakapan hangat sekali, walaupun keletihan kerna semalaman menjaga mak, umi tetap ceria menyambut kepulanganku. Manakala mak pula terlantar di katil akibat serangan jantung pada malam sebelumnya.Keadaannya tika itu, masih lemah dan pucat.Ku cium mak dan kudakap mak erat.Walaupun kesayuan terasa melihatkan keadaan ketika itu,namun jauh di sudut hati ku kagum dengan ketabahan dan semangat dua bidadari hatiku itu.Ia mengingatkan daku akan kisah perjalanan hidup nabi-nabi ulul azmi yang ujiannya lebih gedek(besar) dan hebat tatkala diuji namun dengan jiwa yang besar dan iman yang kuat pergantungannya kepada ALLAH ujian yang dihadapi dengan baik.

Alhamdulillah,…

kurafakkan kesyukuran pada-NYA atas segala nikmat yang tidak terhitung ini.Dikurniakan teman-teman soleh/ha,keluarga yang memahami serta saudara mara yang sentiasa memberi sorongan padu merupakan hadiah istimewa dari-NYA.Hanya doa yg mampu ku titipkan agar kalian semua berbahagia berjaya di dunia dan akhirat dan hanya ALLAH jualah yang bisa membalas segala kebaikan yang kalian berikan kepadaku.Jazakallahu khairan khasiro.

Mutiara kata ada menyebut:

‘Bahagianya kekasih ALLAH dihadiahi ujian amat hebat sebagai tanda berkasih dengan ALLAH.Tidak dibiar-NYA terlena dalam kenikmatan yang melimpah tapi dihidangkan keperitan dan derita yang tidak berkesudahan.Panjatkan kesyukuran pada-NYA atas segala ujian yang diberikan tanda sayangnya Allah,Tabahkan hatimu,Ingatlah janji ALLAH bagi orang-orang yang berada pada jalan-NYA.’

Kusekadar ingin menyampaikan khabar dan berkongsi bersama pembaca dan saudara maraku yang jauh di mata yang turut sama membaca blogku ini.. Ku tahu setiap insan pasti punya ujian mereka tersendiri.Hidup ibarat roda.Ada masa kita di atas ada masa kita di bawah.Untuk mereka yang bakal bergelar mahasiswa/wi, tahniah dan selamat berjuang diucapkan.Kepada adik-adik yang dibangku sekolah selamat kembali ke sekolah dan teguklah ilmu sepuas-puasnya.Terima kasih khasnya ditujukan kepada kalian saudara maraku atas memori terindah ketika bersama. Detik indah yang ngak bisa dilupakan.Maafkan diri ini kerna ngak bisa berlama-lama bersama dek tuntutan amanah yang perlu ku penuhi. Sempena Maal Hijrah yang bakal tiba ku memohon maaf atas segala kesalahan, minta dihalalkan segalanya dari kalian yang bernama insan. Semoga kita sama-sama berhijrah untuk mulakan episod baru dengan penuh ketabahan.Insya ALLAH...Kerna pasti suatu saat, mentari kan ceria kembali menyinari para penghuninya.




Norashikin
03.00 am
27 zulhijjah 1429hijrah

Sunday, December 21, 2008

Terima Kasih


semoga yg terbaik utkmu.Terima kasih atas poskad Ehe (farihan)...(^^,)

sumber: http://ehe3985.blogspot.com/

Tuesday, December 16, 2008

wanita soleha idaman mujahid

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.


”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.


“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.


p/s: moga sama2 muhasabah diri..bagi menjadikan diri yang terbaik..amiin =)

sumber di petik: www.iLuvislam.com
nurinaqistina
Editor: everjihad

Sunday, December 14, 2008

SahaBat


Sahabat..
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh.. aku bersama mu.


Sumber:http://jundatullah.blogspot.com/

Thursday, December 11, 2008

Keharusan memiliki Ilmu dalam Berdakwah

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menyebutkan beberapa sifat yang harus dimiliki oleh seorang da'i yang mengajak kepada perbuatan ma'ruf dan melarang orang lain berbuat mungkar, di antaranya :

"...Yang dimaksud dengan niat terpuji yang diterima di sisi Allah dan mendapatkan ganjaranNya adalah hendaknya amalan tersebut ditujukan untuk mencari ridha Allah dan yang dimaksud dengan amal terpuji yang merupakan amal saleh adalah amal yang diperintahkan, dan apabila demikian adanya maka orang yang melakukan amar ma'ruf nahi munkar wajib menerapkan pada dirinya sendiri dua syarat tadi, dan tidaklah disebut amal saleh apabila tidak berdasarkan ilmu dan pemahaman ...."

Kemudian beliau berkata pula :

"...maka orang yang menjalankan amar ma'ruf nahi munkar haruslah memiliki ilmu tentang hal yang ma'ruf dan yang mungkar dan dapat membedakan antara keduanya dan harus memiliki ilmu tentang keadaan orang yang diperintah dan yang dilarang.

Dan yang dimaksudkan dengan ilmu adalah apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dari apa-apa yang Allah utuskan kepadanya dan dia adalah As Sulthan sebagaimana Allah berfirman :

"Yaitu orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka." [Ghafir : 35]

Barangsiapa yang berbicara tentang dien Islam ini bukan dengan apa yang telah Allah utuskan kepada RasulNya, maka ia berbicara tanpa ilmu, dan barangsiapa yang dikuasai oleh syetan maka syetan pasti menyesatkannya dan menuntunnya menuju adzab jahannam yang menyala- nyala. Dan barangsiapa yang tunduk kepada dienullah maka ia telah beribadah kepada Allah dengan keyakinan." [1]

Syaikh Abdul Azis bin Baz rahimahullah (wafat th.1420 H) berkata ketika menceritakan tentang akhlak dan sifat-sifat yang harus dimiliki oleh seorang da'i :

"Haruslah da'wahmu itu ditegakkan atas hujjah yang nyata, yaitu berdasarkan ilmu, janganlah engkau jahil dengan apa yang engkau serukan kepada manusia, Allah berfirman:

"Katakanlah : "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kalian (kepada) Allah dengan hujjah yang nyata." [Yusuf : 108]

Maka haruslah engkau memiliki ilmu, dan ini hukumnya wajib, maka hati-hatilah jangan sekali-kali engkau berýda'wah dengan kebodohan, janganlah sekali-kali engkau berbicara dalam hal-hal yang tidak engkau ketahui, maka orang yang bodoh itu menghancurkan, bukannya membangun, merusak bukannya memperbaiki, maka bertaqwalah kepada Allah wahai hamba Allah, hati-hati, janganlah sekali-kali engkau mengatakan sesuatu dengan mengatasnamakan Allah tanpa ilmu, janganlah engkau berýda'wah mengajak orang lain kepada sesuatu, kecuali dengan ilmu tentang hal tersebut, dan hujjah yang nyata itu artinya sesuai dengan firman Allah dan sabda RasulNya.

Maka seharusnya atas setiap penuntut ilmu dan juru ýda'wah agar memperhatikan tentang apa yang ia serukan dan memperhatikan dalilnya, apabila nampak bagi dia kebenaran dan mengetahuinya maka baru dia menýda'wahkannya, menyeru untuk melakukan keta'atan dan melarang kemaksiatan yang dilarang oleh Allah dan RasulNya." [2]

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin hafidzahullah berkata ketika beliau menjelaskan tentang bekal-bekal juru ýda'wah, di antaranya adalah :

"Hendaklah seorang da'i memiliki bekal ilmu dalam berýda'wah. Ilmu yang benar bersumber dari Al-Qur'an dan As Sunnah karena setiap ilmu harus digali dari keduanya. Adapun ilmu yang datang kepada kita harus diperiksa terlebih dahulu apakah sesuai dengan Al-Qur'an dan As Sunnah atau tidak. Apabila sesuai maka harus diterima, dan apabila bertentangan wajib ditolak siapa pun yang menyatakannya. Ibnu Abas radliyallahu'anhuma telah berkata,

"Hampir saja batu terjatuh dari langit menimpa kalian, aku mengatakan Rasulullah bersabda dan kalian mengatakan, "Abu Bakar dan Umar berkata"

Apabila ucapan Abu Bakr dan Umar sebagai seorang khalifah dan shahabat yang menyalahi sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam harus ditolak, maka bagaimana kiranya dengan pendapat seorang yang jauh di bawah mereka berdua dalam hal ilmu dan taqwa ? tentu lebih utama untuk ditolak ucapannya. Sungguh Allah Subhana wa Ta'ala telah berfirman :

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa adzab yang pedih." [An-Nur : 63]

Imam Ahmad rahimahullah berkata, "Tahukah engkau apakah fitnah itu ? Fitnah itu adalah kesyirikan, barangkali apabila ia menolak sebagian sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam maka akan menimpa dia sesuatu, berupa kecondongan kepada kesesatan yang menyebabkan ia binasa."

Sesungguhnya bekal yang pertama yang harus dimilki seorang da'i yang menyeru manusia kepada agama Allah, haruslah ia memiliki ilmu yang bersumber dari Al-Qur'an dan Hadits yang shahih, adapun da'wah tanpa ilmu maka sesungguhnya ia adalah da'wah berdasarkan kebodohan dan da'wah berdasarkan kebodohan lebih banyak merugikan dari pada manfaatnya dikarenakan si da'i ini telah menobatkan dirinya sebagai orang yang sesat dan menyesatkan, kami memohon pelindungan kepada Allah dari yang demikian itu, dan orangnya disebut dengan jahil murakkab (bertumpuk-tumpuk), kebodohan yang bertumpuk-tumpuk ini lebih berbahaya dari pada kebodohan yang ringan, orang yang bodoh ringan (yaitu merasa dirinya bodoh, pent) dia tidak akan berbicara dan dengan belajar ia dapat menghilangkan kebodohannya, tetapi problem yang sangat besar itu pada diri orang bodoh bertumpuk-tumpuk karena dia tidak akan diam bahkan terus berbicara meskipun dengan kebodohan. Maka ia lebih banyak menjadi perusak dan penghancur dari pada menjadi pemberi cahaya.

Wahai saudara-saudara, sesungguhnya da'wah menyeru kepada agama Allah tanpa didasari ilmu menyalahi praktek Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan para pengikutnya. Dengarkanlah firman Allah Ta'ala ketika memerintahkan NabiNya, Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam, dalam firmanNya :

"Katakanlah : "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) kepada Allah dengan hujjah (ilmu) yang nyata." [Yusuf : 108]

Pada kalimat "Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kalian) dengan hujjah (ilmu) yang nyata", maka haruslah seorang da'i untuk menyeru kepada agama Allah berdasarkan ilmu bukan berdasarkan kebodohan.

Dan perhatikanlah, wahai da'i firman Allah Ta'ala, "Úáì ÈÕíÑÉ" [dengan hujjah (ilmu)], yaitu dalam tiga perkara :

[1]. Dengan ilmu tentang apa yang ia sampaikan, hendaklah ia mengetahui hukum syari'at karena boleh jadi seseorang mengajak orang lain untuk melakukan suatu perbuatan yang disangkanya sebagai suatu kewajiban, padahal sesungguhnya dalam syari'at Allah perbuatan tersebut tidaklah wajib maka ia telah mengharuskan manusia untuk melakukan sesuatu yang tidak diharuskan oleh Allah, dan sebaliknya boleh jadi ia melarang orang lain melakukan suatu perbuatan yang disangkanya sebagai hal yang haram, padahal sesungguhnya dalam dien Allah bukanlah suatu yang haram, maka ia telah mengharamkan manusia apa-apa yang Allah halalkan untukmereka.

[2]. Dengan ilmu tentang keadan orang yang dida'wahi, oleh karena itu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mengutus Muadz bin Jabal radhiallahu 'anhu ke negeri Yaman beliau berpesan kepadanya, "Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum dari ahli kitab," agar Muadz mengetahui dan bersiap-siap untuk menghadapi mereka. Maka haruslah engkau mengetahui keadaan orang yang dida'wahi, sejauh mana kapasitas ilmunya ? Sejauh mana kemampuan bicaranya ?. Supaya engkau memposisikan diri secara matang untuk berdiskusi dengannya, karena seanýdainya engkau dalam kebenaran berdebat dengan orang yang jauh lebih panýdai dalam berbicara, maka engkaulah yang akan terpojokkan. Maka, jadilah musibah besar terhadap kebenaran sehingga disangka sebagai kebatilan dan engkau adalah penyebabnya, dan janganlah engkau menyangka bahwa pendukung kebatilan itu mesti kalah dalam berbicara pada setiap keadaan.

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang artinya:

"Sesungguhnya kalian berselisih dan mengadukan kepadaku, dan barangkali sebagian di antara kalian lebih pandai dalam berbicara membawakan alasan-alasannya dibandingkan dari yang lain, maka aku memutuskan yang menguntungkannya disebabkan yang aku dengar."

Ini menunjukkan bahwa orang yang berselisih tadi, meskipun di pihak yang batil dikarenakan ia lebih pandai dalam berbicara mengemukakan alasannya, maka diputuskan sesuai dengan apa yang telah diutarakan oleh orang tersebut. Oleh karena itu, haruslah engkau mengetahui keadaan orang yang dida'wahi.

[3]. Dengan ilmu tentang cara berda'wah. Allah Subhana wa Ta'ala berfirman :
"Serulah (manusia) kepada jalan rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik" [An-Nahl : 125]

Sebagian manusia ketika ia melihat kemungkaran segera menyerangnya, tanpa befikir dampak dari perbuatannya, bukan saja berkenaan dengan dia pribadi, tetapi dampaknya bagi dia dan teman- temannya sesama da'i. Oleh karena itu wajib atas setiap da'i sebelum bergerak melakukan sesuatu, memikirkan apa yang mungkin akan terjadi dan menimbangnya, boleh jadi pada saat itu ia dapat melampiaskan gejolak kecemburuannya dengan pengingkaran tersebut, tetapi dalam waktu yang dekat setelah pengingkaran tadi dapat memadamkan api kecemburuan dia dan orang lain. Oleh karena itu, saya menganjurkan saudara-saudaraku para da'i untuk menggunakan hikmah dan ketelitian, dan perkara ini meskipun terlambat sedikit tetapi membawa akibat yang terpuji dengan kehendak Allah.

Pentingnya seorang da'i berbekal dengan ilmu yang benar berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah disamping telah terdapat dalil-dalilnya dalam nash-nash syari'at juga akal yang sehat ikut membuktikan juga, karena bagaimana mungkin engkau berda'wah menyeru manusia kepada dien Allah sedangkan engkau tidak mengetahui jalan menujuNya, tidak mengetahui syari'atNya, bagaimana bisa ia dikatakan sebagai da'i ?!

Apabila sesorang belum memiliki ilmu, maka sepantasnya ia belajar terlebih dahulu kemudian baru berda'wah.

Boleh jadi ada seorang yang bertanya, "Apakah ucapanmu tadi bertentangan dengan sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

"Sampaikanlah dariku meskipun satu ayat" ?"

Maka saya menjawab, "Tidaklah bertentangan, karena Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sampaikanlah dariku," kalau begitu apa yang kami sampaikan itu harus berasal dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, inilah yang kami inginkan, ketika kami berkata bahwa seorang da'i membutuhkan ilmu bukan berarti kami mengharuskan ia memiliki ilmu yang sangat luas, tetapi kami menyatakan janganlah seorang menyampaikan sesuatu kecuali dengan apa yang ia ketahui saja, janganlah ia berbicara dengan sesuatu yang tidak ia ketahui." [3]

[Disalin dari buku Fikih Nasehat, Penyusun Fariq Bin Gasim Anuz, Cetakan Pertama, Sya'ban 1420H/November 1999. Penerbit Pustaka Azzam Jakarta. PO BOX 7819 CC JKTM]
__________
Foote Note
[1]. Majmu'Fatawa, juz 28 hal. 39. Dinukil dari buku Dhowabit All-Amri bil ma'rufi wan nahyi 'anil mungkari inda Syaikhil Islam Ibni Taimiyyah
[2]. Wujubud ýda'wah ilallahi wa akhlakud du'at, hal.50
[3]. Zaad Ad-Daa'iyah ilallah, hal 6-10

sumber: khomaini (via Multiply)

Yang Tersurat

Kegembiraan yang terpamir diluar tidak bisa menggambarkan tasik hati yg terpendam.Terasa tidak karuan untukku menghitung dan menghadapi saat yang bakal hadir.Hati ini ‘ngak’ betah diam di satu tempat.Ku cuba memujuk hati agar ‘bisa’ tenang dengan mengalunkan zikrullah.Kernaku yakini

Firman ALLAH S.WT :

“(Yaitu)orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH.Ingatlah,hanya dengan mengingati ALLAH-lah hati menjadi tenteram”
(Surah Ar-Ra’d:28)

Detik-detik waktu yang kulalui kini terasa sunyi hingga ngak sedar ada manik-manik kecil keluar dari kelopak mata.Pelbagai peristiwa yang ku alami mengajarku akan ertinya ketabahan dan redha atas ketentuan Illahi.Teman,sahabat,rakan taulan datang silih berganti dalam hidup ini. Hanya rasa syukur pada-NYA yang mampu ku ungkapi di atas segala pemberian nikmat yang terlalu banyak ini.

Firman ALLAH S.WT:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.Maka dirikanlah Solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah’’ (Surah Al-Kautsar:1-2)

Betapa Maha Pemurah dan Penyayang-NYA ALLAH kepada setiap daripada kita selaku hamba-NYA.Tidak di bentangkan permaidani merah untuk kita menyelusuri denai kebaikan, sering ‘di hadiahi’ kita dengan mehnah bagi menguji sejauh mana kekuatan IMAN.Ia bisa aja IMAN jatuh merundum dan memuncak tinggi menggapai bintang di langit namun sejauh manakah keikhlasannya hati di dalam mengerjakan amal ibadah? Apakah pas masuknya mal ibadah itu sudah menjamin diri kita sebagai penghuni Syurga?Apa bisa dipastikan ia tulen tanpa timbulnya rasa riak,bongkak,iri hati dan segala macam sifat mazmumah yang lain daripada tumbuh mekar di dasar hati? Persoalan yang aku sendiri ngak bisa menjawabnya…kernaku jua ngak ketahui bagaimana amalanku selama ini….

Betapa kerdil dan hinanya diri ini…
Tika saat menghadap SANG KEKASIH SEJATI.. hanya pinta dimakbulkan segala hajat di hati.Apa ngak bisakah aku bangkit semata-mata untuk mendamba CINTA SANG KEKASIH? Ku ngak mampu bertahan lagi… diam membatu tanpa meluahkan segala yang tersirat di hati.Semoga kita bisa saling menasihati jua mengajak rakan-rakan kita tanpa mengira samada soleh/ha atau tidakkah mereka.Kita tidak berhak menilai insane lain kerna nun jauh dihati mereka telah ada fitrahnya kebaikan Cuma perlu digilap untuk memancarkan cahayanya saja.



“Ya Rabbana…
Hanya pada-MU sahaja bakal ku temui ketenangan,
hanya dari-MU bisa ku dapati jalan penyelesaian,
hanya DIRI-MU saja
YA RABB….
bisa merungkai segala persoalan hatiku ini.”

Kuyakini kalam-MU bahawa:

“Dan Tuhanmu berfirman :’Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Kuperkenankan bagimu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” (Surah Al-Mu’min:60)

“Tabahkan hati dan Tetapkan Imanku Ya Muhaimin..”



Alahai Diri..

Jangan di ikutkan bicara hati
Tanpa iman yg suci menyirami..
Berjalanlah diri di atas keyakinan iman yg hakiki
Jadikan Iman,Ihsan,Islam dan ikhlas penegang titi
Supaya sampai kita ke makrifat sejati….

Jika Di ingkari
Jadilah seperti
Orang yg ikut hati akan mati
Orang yg ikut rasa akan binasa…

Binalah keyakinan diri

Menjadi “saya tahu apa yg saya tahu
Saya tahu apa yg saya tidak tahu”
Kerna…
Amat malanglah diri sekiranya
Menjadi “saya tidak tahu apa yg saya tahu
Saya tidak tahu apa yg saya tahu”

Celiklah diri kerna hidup ini
Bukanlah senang utk senang
Bukanlah susah utk susah
Tetapi amat senang untuk tidak senang..

Assalamualaikum Iman di Hati..

Bangkitlah diri,
Usah tunggu lagi
Bersegeralah menemui yg Azali
Tiang seri ISLAM kian menanti
I - Isyak
S - Subuh
L - Zuhur
A - Asar
M - Maghrib
Andai ditinggalkan ia meranalah diri…
Jangan dilupa dua sahabat sejati pedoman diri
i) Al-Quran nur karim
ii) Hadis Nabi Muhammad S.A.W
Kerna jika hidup tiada pegangan
Ibarat belayar di lautan haluan
Hanya kepada ALLAH arah tujuan.

Ayuhai Diri
“Langkah pertama menentukan langkah seterusnya”

Jadikanlah jejak kita
Jejak bertapak
Bukannya hanyut di lambung ombak

Siramilah hidup dengan Iman
Dindingilah perjalanan dengan Islam
Sucikanlah hati dengan keikhlasan
Berpegang tujuan dengan ketaqwaan…

Jaga dan bajailah ia agar segar sentiasa di jiwa
Tiada yg lebih berharga daripada Iman,Islam,Ihsan dan Ikhlas.

Emas, permata,intan berlian
Nilaian fatamorgana
Rupa yg cantik ditelan masa
Pekerti yg molek kekal selamanya
Amal & taqwa saja menjamin bahagia
Hidup di dunia dan diakhirat sana…

Akhirnya Diri…

Belayarlah di lautan maya
Bersampankan keimanan
Berdayungkan keislaman
Berkompaskan ketaqwaan
Agar menuju ke pulau bahagia
Dan berlabuh di pelabuhan Kejayaan…..

Sekadar renungan buat diriku yang sering kealpaan..Ku memohon ribuan kemaafan dari kalian insane jua jutaan keampunan dari Empunya Diriku Ini…

Khas untuk kedua kakak sekerjaku iaitu Kak liza (dolphin) & kak siti comel…terima kasih atas segalanya…ku doakan kalian bahagia Berjaya dunia dan akhirat.Ku bersyukur dipertemukan dengan kalian berdua.Budi baik kalian tidak mampuku balas.Kenangan kita bersama tetap diingatan.moga dikurniakan zuriat soleh soleha dan pasangan hidup yang beriman…Moga bertemu sinar baru di tempat baru.amiin.

Jazakallahu khairan khasiroku ucapkan
Tanda penghargaan seorang teman
Sudah lumrah kita insane berselisih pandangan
Dari hati terasa kita tidak perasan.

Doakan dirini tabah…
Norashikin Abd Hamid
09.18pm
14 dzulhijjah 1429hijrah.