terapi iman

Monday, February 16, 2009

Warna-warna


Hari ini genap 7 bulan 3 hari ku bertugas di sini.Ku syukuri di atas petempatan yang ALLAH berikan.Jarak pejabat yang hanya 5 minit dari C.I.Q Imigresen Malaysia-Singapura menjadikan keadaan sekeliling sesak dengan pelbagai aktiviti seharian.Turut menceriakan kehidupan dengan pelbagai warna,ragam alam menghiasi kanvas kehidupanku selaku watak utama yg berperanan sebagai Hamba ALLAH.

SubhanaLLAH, Maha suci ALLAH...
yang telah menciptakan alam ini dengan pelbagai warna yg sungguh enak di pandang mata.Sejuk, gembira, nyaman dan tenang tatkala membiarkan bayu laut meniup ke arahku.Warna biru yang mendominasi latar langit dan air laut cukup memperlihatkan keagungan alam ciptaan-NYA.Pepohonan menghijau serta batuan yg pelbagai warna menaikkan ton warna alami untuk dinikmati oleh setiap penghuni bumi.


Tidakku nafikan...
bahawa kejadian alam juga menjadi inspirasi bagi setiap pelukis untuk memotretkan sesuatu di atas kanvas putih.Pemandangan laut,terbit dan terbenamnya matahari, flora dan fauna(1) adalah objektif yang sering di lakarkan oleh pelukis.Permainan warna-warna sekunder(2),tertier(3) yang bijak dapat memberikan ton (4), kroma(5) untuk menghasilkan transformasi dan melahirkan perspekti-perspektif baru.

Selain warna...
manusia juga turut mempunyai pelbagai warna kelakuan " Human Behavior".Ini dari sudut pandanganku yang terhasil dari pemerhatian yang setiap hari berhadapan dengan pelbagai jenis kelakuan manusia selama 7 bulan 3 hari.Ku pernah terbaca sebuah buku(tidak ingat tajuknya),fitrahnya insan walau jahat bagaimanapun ia tetap sukakan kebaikan.

Namun sering...
penampilan luaran seseorang dijadikan ukuran.Misalnya, jika seseorang itu tidak berjilbab,merokok, seksi terus individu itu dikatakan jahat dan sosial.Pernah ku temui melalui pengalaman hidup, tatkala mereka yang berperwatakan baik ini menyisihkan golongan tersebut malah memandang rendah kepada mereka.Apakah ini sewajarnya tindakan yang patut dilakukan?

Islam itu indah..
telah ada garis panduan dalam Islam adab untuk memberi teguran.

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya :
" Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

" Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.


Oleh itu,
wahai sekalian makhluk yang bernama manusia kembalilah kita semua kepada cara hidup Islam dan abdikanlah seluruh jiwa raga kita kembali kepada ALLAH.Kerana kita telah berikrar bahawa:
Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~

Akhir kata, mohon kemaafan sekiranya artikel di atas ada menguris hati.Namun jauh di sudut hati ku sekadar ingin mengingati diri.Maaf kiranya artikel kali ini, cacar marba bahasanya harap dapat di fahami.

"Hidup ini punya 2 pilihan:
Hari ini dan esok,
Baik dan jahat.
tarik dan hembus nafas,
Syurga atau neraka,
samada hidup dalam kemuliaan atau mati dalam kemurkaan ALLAH"

Pengenalan istilah:

Warna-warna asas:
-biru
-merah
-kuning

(1)flora -bunga-bungaan dan tumbuhan
fauna- haiwan

(2)warna sekunder-campuran dua warna asas.
-jingga = merah + kuning
-hijau = kuning + biru
-ungu = biru + merah

(3)warna tertier-Campuran satu warna asas dengan warna sekunder

(4)ton warna-kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui
campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu.

(5)Kroma adalah nilai ukuran kuasa warna yang dapat menimbulkan perasaan rindu,
sunyi, sedih dan nostalgia


Best Regards,
Norashikin
21 Safar 1430 Hijrah

2 comments:

mawaddah said...

salam...

cayalah tajuk warna-warna....camtu lah kehidupan manusia sehari-harian..kehidupan yg berwarna-warni....

ImaNaShikiN said...

wslm kak...

huhu, biasa2 je kak...

rindunya kat akk..nanti dtg ziarah kita lagi tau.