terapi iman

Saturday, June 1, 2019

Nostalgia

Kenangan..

Masa kecil dulu, abah dan maklah insan yang paling sibuk menyiapkan semua persiapan keluarga sebelum menjelang Aidil Fitri.Kami adik beradik dan arwah atok( sebelah abah) akan dibawa ke pusat membeli belah selama sebulan ramadhan😱 untuk memilih baju,
kasut, tudung, songkok, kain samping segala kelengkapan diri hatta alat "make up" yang baru sempena hari raya.Betul,meriahnya raya kami. ( baca: sakan😅 ).

Abah..
Cerewet dan bergaya orangnya.Apatah lagi bab pemilihan pakaian anak-anak.Kami anak-anak perempuan kena pilih kasut tumit tinggi, pakaian kurung moden dan adik lelaki pula kena ada kain samping bila pakai baju melayu.
Semua baju raya kami, dipakai selama 3 hari pertama dalam bulan syawal.Tapi bukan sedondon warnanya ( baca: kurang gemar,suka warna warni ).

Mak..
"Superwoman" yang lebih mementingkan semua segi.Perhiasan rumah, barang masakkan (baca: juadah, kuih-muih), keluarga dan kerjaya.Jika mak bekerja, arwah atoklah yang buat kuih ros, rempeyek dan tumpi untuk dijamu oleh anak dan cucu.Kami adik beradik hanya tolong menyibuk sahaja.😅

Aku..
Seorang pencinta alam (chewah), ceria,lasak, ringkas dan garang dengan adik-adik(baca:  X percaya? tanya sendiri).Setiap tahun dari kecil sampai sekarang, memang akan pakai hanya baju kurung berwarna hijau.Tidak boleh dibawa berunding, dan akan pastikan koleksi baju hijau ada dalam senarai beraya.Apapun yang paling penting adalah pakaian yang mengikut syariat sudah cukup untuk aku.

Kini..

Arwah atok telah pergi pada 27 ramadhan 1436 hijrah yang lalu.Mak abah juga telah lama bersara, kerenah anak cucu menjadi pemecah suasana. Ramadhan dilalui dengan amal ibadah kepada Yang Maha Esa.Kami anak-anak juga telah bekerluarga.In shaa Allah ada 2 lagi adik bakal menyusul.Didoakan semoga baiti jannati yang bakal dibina mendapat rahmat Allah.

Alhamdulillah.. 

mak abah juga telah dikurniakan 4 orang cucu, manakala cucu kembar mereka telah pulang ke rahmatullah 18/4/2019 yang lalu. Keadaan kesihatan mak abah juga tidaklah sekuat dahulu.Didoakan semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan,dikurniakan kesihatan yang terbaik, bahagia berjaya didunia hingga akhirat dan Syurga Firdaus pengakhiran kehidupan. (آمين).

Aidil fitri..

Disambut dengan syukur dan bersederhana. Ramai ahli keluarga yang telah meninggal dunia, xkurang yang lahir ke dunia.Silih bergantinya sebuah kitaran kehidupan.Ada yang mampu bermewah jua yang kurang berkemampuan.Hidup dijalani dengan penuh kesyukuran tanda kita hamba kepada Allah pencipta sekalian alam.

Bersyukur atas segala nikmat pemberian.

Allah Ta’ala berfirman,

وإذ تأذن ربكم لئن شكرتم لأزيدنكم


“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengumumkan, ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’( Ibrahim: 7).

Salam nukilan ,

27 Ramadhan 1440Hijrah



No comments: