terapi iman

Monday, July 27, 2009

kekasih



Kelebihan Kita Mencintai Kekasih

AL-QUR’AN itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!

1. Kekasih yang terlalu istimewa

SEKEPING WARKAH daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak . Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?

Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Allah berfirman, "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia" (Surah Ar-Rad:28)

Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah, dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23:

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah, Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".

2. Kekasih yang perlu dimuliakan

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,Firman Allah bermaksud:

"Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat." (Surah Al-An'am :155)

Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204, maksudnya:

"Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat".

3. Kekasih yang setia Kesetiaan dalam percintaan

ADALAH jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya? Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan . Maksud firman Allah:

"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh". (Surah Ali Imran, ayat 113-114)Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda:

"Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)"

Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda:

"Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat. Sesiapayang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil." (Riwayat Abu Daud)

4. Kekasih yang perlu dibelai sentiasa

Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya . Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Qur’an dan tidak melupakannya. Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan". (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan "kegilaan" orang lain membaca Kalamullah itu. Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam".

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai 'ghitbah' yang dimaksudkan sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran. Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?


Keutamaan Membaca Al-Quran

1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

2. Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga

4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga

5. Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-

Dalam sembahyang - 100 kebajikan.

Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan

Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

6. Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.

7. Untuk selamat daripada api neraka

8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.

9. Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela

10. Pembaca akan memperolehi keamanan

11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.

12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

(Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

P/S:selamat menanam rasa cinta kpd Al-Quran & selamat beramal

Thursday, July 23, 2009

Untukmu Syuhada



Munsyid : Izzatul Islam

Kehidupan bagaikan roda
beribu zaman terus berputar
namun satu tak akan pudar
cahaya Allah tetap membahana

Majulah sahabat mulia
berpisah bukan akhir segalanya
lepas jiwa terbang mengangkasa
]cita kita tetap satu jua
cita kita tetap satu jua

Walau raga meregang nyawa
Harta dunia tiada tersisa
Namun jiwa tetaplah satria
Takkan surut satu langkah jua

Debu - debu dan darah suci
Saksi nan tak terbantahkan lagi
Gunung lembah hutan dan samudra
Untuk Allah diatas segalanya

Tujuh awan bersuka ria
Sambut ruh suci menuju Rabbnya
Sahabat nantikan hadir kami
Kan menyusulmu sekejap lagi

Bidadari nan bermata jeli
Menyongsong dengan wajah berseri
Sahabat kami rela kau pergi
Jihad kita kan terus bersemi
Jalan ini takkan pernah henti

Wednesday, July 8, 2009

LaM Ta'LaMiN KaM UhiBbuKi




Menggagahi diri menjalani kehidupan seharian adakalanya melelahkan.Terbit rasa kagum dan cemburu di hati tatkala memikirkan teman2 yg tidak pernah berputus asa dalam mencurah keringat dan airmata berjuang di medan dakwah.... Masih terngiang di cuping telinga akan kata2 semangat dari akhawat2 sewaktu di menara gading dahulu "Ukhti! teruskan perjuangan ini, jika tidak kita siapa lagi" kata seorang sahabiah kepadaku.

Teringat....
saat manis bersama akhawat fillah.Tautan hati & ukhuwah jelas terpancar di mata dan gerak tubuh menggambarkan keikhlasan demi mengharapkan keredhaan ALLAH! berkongsi suka duka dari hati ke hati.Melakukan aktiviti bersama,tergambar keceriaan di wajah dengan senyuman yg menammpakkan barisan gigi memutih tatkala bertemu dek perpisahan yg hanya sebentar kerna masing2 berlainan kursus pengajian.Ada yg biomedic,business, engineering, etc masih mampu bersatu mencari titik kebersamaan dalam sebuah jalinan persaudaraan.Allahu Akhbar..indahnya ukhuwah jika segalanya kerana ALLAH...

Indahnya Ukhuwah
Terbalut hati yang lurus
Terbingkai fikiran yang jernih
Terpaut pada husnudzon

Indahnya Ukhuwah
Tercermin pada prilaku
Terlihat pada tutur kata
Terealisasi dalam akhlak



Indahnya Ukhuwah
Saat empati terasa
Saat bahagia berbagi
Saat duka bersama

Indahnya Ukhuwah
Sungguh Benar benar Indah.....
Jika ianya hanya kerana Allah



Tanpa sedar...
airmata merembes keluar dari kornea mata.Menahan sebak kerinduan kerana berjauhan dari teman2 seperjuangan.Perlahan-lahan ku mengesat airmata yg mengalir di pipi.Terbayang di ingatan wajah akhawat yg dirindui seorang demi seorang...keletah masing2 menjadi "trademark" diri agar tidak dilupakan tatkala hadir teman baru dalam kehidupan.



Lalu...
ku gapai sebuah novel yg baru ku beli daripada Badan Book Store bertajuk 'Novel untuk Asyikin'.Ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama ASyikin yang telah masuk U dan amik kursus biotech tetapi mendapati dia lebih berminat dengan sastera. Dia ingin menukar kursus tapi tidak di bagi oleh ayahnya disebabkan prospect kerja dalam bidang biotech lebih luas berbanding bidang sastera. Jiwa anak muda ini semakin memberontak. Dia cuba mencari keserasian dlam biotech namun keputusan peperiksaannya mengecewakan.


Dia cuba mendapatkan khidmat kaunseling dari seorang professor dan ternyata dia mula mengerti, lulusan biotech bukannya tak boleh menjadi seorg minat sastera dan suka bersastera. Dengan azam baru dia meneruskan usaha utk memperbaiki keputusannya setiap semester.


Kursus yg dihadapinya bukan satu2nya masalah yg dihadapinya. Sbg seorang gadis manis yg meningkat dewasa, dia menjadi perhatian beberapa jejaka termasuk abg sepupunya. Ada yg menarik perhatiannya. Namun pelajaran menjadi keutamaan.Apa yg menarik perhatianku tentang buku ini adalah kisah Nurasyikin dalam membuat pilihan2 penting dalam hidupnya antara minat,permintaan dan harapan insan2 tersayang.Buku ini bergenrekan kekeluargaan, motivasi dan keibubapaan dalam memahami hati anak2 remaja dewasa ini.Novel utk Nurasyikin ialah karya kreatif seorg profesor dlm bidang sains yg sejak kecil meminati kesusasteraan dalam menasihati pelajarnya yg seorang ini.

Dalam...
keasyikkan membaca novel tersebut & kerinduan meluap-luap kepada teman2, aku di kejutkan dengan kemasukkan beberapa pesanan ringkas.ALHAMDULILLAH... Syukurku rafakkan kepada-NYA kerna perasaan rindu juga sedang bertamu dalam jiwa teman2ku.
Ingin rasanya bertentangan mata dan berbicara dari hati ke hati tentang apa yg telah dilalui selama ini."kapan bisa ketemu ya kak?" kata ayash adik angkatku dari Jawa timur. "Insya ALLAH" jawabku.



Lam TA'lamin Kam Uhibbuki Fillah...
saling mendoakan ya...
Afwan atas segala khilaf diri yg pernah menyakiti hati selama kita bersahabat.ku doakan yg terbaik utk kalian...bahagia,berjaya di dunia dan akhirat....amiin

Andai dipisahkan dek masa yg tak
terduga lamanya
andai dipisahkan dek tempat yg
terukur jauhnya
andai terpisah buat sekian kalinya
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu

Jika yg dikenang membisu bicara
Jika yg pergi tak kirim berita
jika yg ditunggu tak kunjung tiba
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu

sekiranya pedagang belum nak pulang
sekiranya musafir teruskan berkelana
sekiranya kapal layar putus anginnya
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu

bila terasa bagai perawan berhati rawan
bila terasa bagaikan pungguk rindukan bulan
bila terasa bagai penyair mendamba sebutir ilham
Labuhkanlah sayapmu di pepohonan rindu


Dipetik dari 'Novel Untuk Asyikin'

Norashikin
16 Rejab 1430Hijrah
1pm

"Biar daun gugur berderai, namun pokok tetap teguh menanti,Insya ALLAH jika tidak bertemu di sini, moga ketemu di Syurga-Nya nanti.."

Monday, July 6, 2009

kasih Sayang

DALAM Islam, pembunuhan pada asasnya dilarang terutama membabitkan jiwa, bahkan mereka yang melakukan jenayah terbabit dikira melakukan dosa besar.

Jika membunuh itu dilarang, perbuatan jenayah lain seperti melukakan dan mencederakan orang juga satu kesalahan dan dipandang keji dan pelaku patut dihukum.

Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 93, bermaksud: "Sesiapa membunuh orang mukmin dengan sengaja, balasannya neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, Allah murka kepadanya serta dikutuki-Nya dan disediakan-Nya seksa yang berat."

Namun, bagaimana pula hukum membunuh binatang?

Apakah justifikasinya sama dengan membunuh manusia?

Secara umum, Islam bukan saja melarang membunuh dan menganiaya makhluk sama ada manusia atau haiwan malah tumbuhan dan alam sekitar.

Fatwa Jabatan Mufti Brunei menyatakan, membunuh binatang dilarang, melainkan yang ditetapkan atau diharuskan syarak boleh dibunuh atau ada sebab lain yang mengharuskan.

"Jika binatang itu membahayakan atau memudaratkan sama ada tabiat semula jadi seperti binatang buas, singa dan serigala atau memang tabiat semula jadinya tidak membahayakan tetapi kadangkala sesuatu membahayakan dan menjadi ganas seperti anjing pengigit atau anjing gila.

"Dalam hal ini, boleh dicegah bahayanya itu menurut kesesuaian termasuk membunuhnya."

Banyak cerita mengenai balasan Allah terhadap orang menyeksa binatang sehingga mati dalam hadis seperti seorang wanita diseksa pada hari kiamat kerana mengurung seekor kucing sehingga mati.





Disebabkan perbuatan wanita itu mengurung kucing terbabit tanpa memberi makanan dan minuman, Allah memasukkannya ke neraka. (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan Rasulullah s.a.w melaknat sesiapa yang meyeksa binatang.

Menurutnya, Allah menegur perbuatan seorang nabi yang menyuruh membakar semut, semata-mata kerana seekor semut daripada serangga itu menggigit baginda.

Lalu Allah mewahyukan kepada nabi terbabit: "Hanya disebabkan seekor semut mengigitnya, dia memusnahkan suatu umat yang selalu bertasbih." (Hadis diriwayatkan Imam Muslim).

Imam Muslim juga menceritakan mengenai seorang yang memberi minum air kepada seekor anjing yang kehausan. Bagi menghargai jasa orang itu, Allah mengucapkan syukur dan mengampunkan dosanya.

Bahkan apabila sahabat Rasulullah bertanya: "Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini? Jawab Rasulullah s.a.w: "Menyayangi setiap makhluk hidup itu adalah berpahala." (Riwayat Muslim)

Kemudian, tindakan membakar binatang adalah dilarang kerana ada hadis, antaranya daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tiada seorang pun seharusnya menghukum dengan api kecuali Allah." (Riwayat al-Bukhaari)

Fatwa terbabit menyatakan, ada juga hadis yang menunjukkan boleh membunuh binatang seperti cicak, bahkan membunuhnya pula mendapat pahala. Binatang terbabit boleh dibunuh di tanah halal dan haram.

Menurut ulama, sebab syarak menyuruh membunuh cicak kerana ia antara binatang yang meniupkan api untuk membakar Nabi Ibrahim a.s.

Sementara itu dalam hadis lain, Nabi Muhammad s.a.w menyuruh membunuh ular, burung gagak, rajawali, kala jengking dan anjing pengigit. Binatang ini boleh dibunuh di tanah haram.

Kesimpulannya, Islam mengharuskan sesetengah binatang dibunuh jika haiwan itu mendatangkan bahaya yang tidak boleh dielak kecuali membunuhnya.

sumber: Harian Metro ( Bhgn Ad-Din )

Malam Pertama Kita


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawiah semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu,mempelai sangat dimanjakan
Mandipun harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka,
Tak Ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak Ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok Dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang - lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. .,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena bermerk sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan ke baju Kita...
Bagian kepala,badan.,Dan kaki diikatkan
Tataplah,tataplah,itulah wajah Kita
Keranda pelaminan langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai di arak keliling kampung bertandukan tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin...
Berwalikan liang lahat..
Saksi - saksinya nisan-nisan yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... . Tiba masa pengantin..
Menunggu Dan ditinggal sendirian...
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama bersama KEKASIH..
Ditemani rayap - rayap Dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat...
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Tapi anehnya Kita tak pernah galau ketakutan... .
Padahal nikmat atau siksa yang kan kita terima
Kita sungkan sekali meneteskan air mata...
Seolah barang berharga yang sangat mahal...

Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Tentunya Kita berharap menjadi ahli syurga...
Tapi....tapi ....sudah pantaskah sikap kita selama ini...
Untuk disebut sebagai ahli syurga?

Sahabat...mohon maaf...jika malam itu aku tak menemanimu
Bukan aku tak setia... Bukan aku berkhianat.. ..
Tapi itulah komitmen azali tentang hidup dan kehidupan
Tapi percayalah.. .aku pasti kan mendo'akanmu. ..
Karena ...aku sungguh menyayangimu. ..
"Lam Ta'lamin Kam Uhibbuki"
Rasa sayangku padamu lebih dari apa yang kau duga

P/s: sayu hati.. tatkala kenangan bersama mereka yg telah "pergi" terimbau di ingatan... Al- Fatihah.. smga roh kalian dtmpatkan di kalangan orang2 yg Soleh Soleha...Amiin

Thursday, July 2, 2009

Tag From Uncle.



The rules:• Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award. U-N-C-L-E

- "pak cik" yg peramah dan pemurah dlm berkongsi ilmu.

- banyak duit... tengoklah hobi dia apa...( minta sikit duit boleh? )

- suka naik buggy... uncle try naik unta...sure lebih "feel" ( hehe )

- RED is Merah .. blog yg sgt mewah dari segi warna & gambar2 nya...

- Uncle.... dah macam "pak cik " aku plak... apa2 pun smga sihat, bahagia berjaya
dunia & akhirat.

(ii) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.

- Tagged : Xsuka tagged sesiapa tapi kalau rajin jwblah tagged dari kawan2. Kalau
xjawab tu... jgn kecil hati ya... coz kita ttp kawan (^^,)



- Umi Abah : Sangat suka mengikut ke mana saja umi dan abah pergi sebab boleh dapat
apa saja yg di ingini.

- Ketenangan : suka suasana yg sunyi & sepi terutama bila berada di kawasan gunung,
hutan & laut.



- Membaca : Kurang meminati novel, tapi gemar akan Kisah2 Sirah, Jihad & Motivasi.

- Ikan Lumba2, ikan paus,Beruang Panda & Kucing : sangat fanatik dgn 4 haiwan yg
comel ni, suka membeli apa saja barangan yg ada gambar mereka,xkan melepaskan
peluang mengikuti dokumentari ttg kehidupan mereka.. salah satu yg di pelihara
ialah kucing.sejak kecil hingga sekarang sentiasa ada kucing @ ikan @ arnab di
rumah ( berhajat nak pelihara yg 3 lagi tp mcm xsesuai je )....



- Kartun : dari kecil sampai kini gemar menonton kartun yg comel dan ada pengajaran ( One piece, Wonderpets, Anime ( xsemua ), Upin Ipin...kan Uncle (^^,) Betul3X

- Window Shopping : Xsuka shopping ( wat abis duit je ) tapi suka window shopping,
bila berkenan beli ...xberkenan belah ....so Beli Belah...

- Martial Arts : suka seni mempertahankan diri seperti Taekwando,Karatedo, tido...(
penting ni..), silat... ( di sebabkan asma dh lama xjoin ).

- Formula One & Motor GP : sukan permotoran yg pernah di minati terutama Pasukan
Ferrari-Michael Schumacher & Valentino Rossi...( sekarang ...xminat dah...tggl
kenangan ).

- Menulis : Sangat gemar menulis sajak, cerpen tapi di personal diary...cukup
setahun...Bakar...sebab pernah kantoi dengan Umi...tup2 Umi plak tulis dlm
diary...huhu

P/S : U-N-C-L-E
Maaf ya ...tu je yg mampuku coretkan...apa2 pun tq Uncle... =)